Thursday, October 3, 2013

Kek Lapis Prune

Ini kali  kedua Nora cuba buat kek lapis versi bakar. Kali ini Nora cuba buat Kek Lapis Prune pulak. Nora tak belajar mana2 cara buat kek lapis ni..belajar dengan pengamatan dan tinjauan di internet ni saja. Nak pegi kursus, tak ada modal so terpaksalah belajar sendiri2..dan yang penting, usaha utk memperbaiki tanpa rasa jemu. Kalau ada kesilapan dan kekurangan, Nora cuba cari apa yang silap. Alhamdulilah, yg kedua ni makin okay sikit dari yang pertama kali Nora buat iaitu Kek Lapis Blueberry 

kek lapis prune
Resepi kek lapis prune ni basic keknya Nora ambil dari blog Dayang Jack. Wah...cantik2 kek lapisnya..rasa nakcubabuat semualah...hehehe..insyaAllah..kalau ada rezeki, mmg nak cubasemua. Terima kasih DJ kerana beri panduan yang terbaik utk buat kek lapis ni.

Sebenarnya, kek lapis ni tak berapa sedap makan ketika panas panas sbb rasanya belum sebati. Kalau Nora, buat petang hari ini, esok petangnya baru Nora potong danhidang. Masa ni baru cantik kalau dipotong( pastikanpisau tajam yea..) nak2 kalau pakai prune ni, kenalah betul2, barulah cantik kejadiannya.

Jom tengok resepinya:

Bahan bahannya:
Loyang 7" x 7 "

5 biji telur saiz A
250g mentega yang baik ( Nora pakai SCS)
150g tepung hong kong
75gm gula kastor
50g horlicks
75g kaya
150g susu pekat
1/2 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
Sunsweet prune ( bukakan dan leperkan sedikit)
Pewarna (optional- Nora pakai pewarna bright red)

1. Pukul telur dengan gula serta ovalette hingga kembang dan putih ( nak tahu dah okay, cuba ambil senduk, bila curahkan ke dlm mangkuk, ianya likat dan jatuh perlahan2, kalau laju jer jatuhnya, maknanya kena pukul lagi sampai kental, mcm kita buat bahulu..)
2. Dalam mangkuk lain, pukul mentega dan susu pekata hingga berkrim.
3. Satukan kedua dua adunan, gaul hingga sebati.
4. Masukkan kaya diikuti dengan horlick. Gaul lagi.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit tapi jgn terlalu overmixed, nanti kek tak kembang.
6. Bahagi ke 2 bahagian, satu plain, satu lagi letak pewarna merah. ( kalau nak dua2 plain pun okay)
7. Pastikan acuan dialas dan dilaserkan.
8. Tuang adunan plain sebanyak 4-5 sudu makan ( ketebalan ikut suka sendiri). Ratakan dengan belakang sudu dengan secara membulat.
9. Bakar api atas bawah selama 4-5 minit atau hingga atasnya keperangan kuat.
10. Angkat, tekan2 dengan penekannya atau kalau tak ada, boleh tekan dgn sudu atau belakang senduk supaya gelembung2 tiada dan permukaan rata.
11. Tuang adunan plain sekali lagi dan ratakan. Kali ini bakar dengan api atas sahaja sehingga perang.
     Angkat dan tekan2 lagi.
12. Letak pula adunan berwarna merah. Susun buah prune dan bakar lagi hingga perang. Jgn lupa tekan2.
13. Letakkan sekali lagi adunan merah, ratakan dan bakar lagi.
14. Ulangi proses hingga habis adunan.
15. Bagi lapisan yang terakhir, bakar hingga atas sedikit keperangan dan tukar ke api atas bawah. Bakar dalam 5 minit sahaja.
16. Biar kek sejuk dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.
17. Kalau nak kek lebih moist, bolehlah sapu setiap layer selepas dibakar dengan butter cair. Sedikit sahaja, jgn terlalu banyak..nnti kek benyek. Yang paling atas tak payah sapu.



















Apam Nasi Mekar

Alhamdulilah...apam yg mekar menjadi juga...selama ni Nora buat apam tak pernahpun mekar sebegini. Suka sangat2...Tapi masa Nora buat ni, tak ada kelapa parut putih utk dimakan dengan apam ni. Kalau tidak pasti lagi happening.
Nora buat setengah adunan jer dulu, utk "testing"...so dapat sikit sajalah. Kebetulan adik ipar datang bersama isteri dan mak mentuanya. memang rezeki merekalah petang tu...yang kesiannya anak2 Noralah...tak dapat makan banyak, dapat sekutul seorang jer...
Tak pa..nanti kalau ada kelapangan dananak2 semua berkumpul, nak buat lagi tapi kali ni buat dlm kuantiti yang banyak sikit...mungkin buat masa raya haji 2013 nnti...




apam berasku yang mekar




Bahan bahannya:

1 cawan nasi sejuk ( kalau boleh semalaman)
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir ( Nora kurangkan ke 3/4 cawan sahaja)
1 1/4 air
1 sudu kecil yis segera
Sepeket eno (biru)

1. Blend nasi dengan  1 1/4 cawan air tadi, hingga nasi hancur dan halus. (Boleh juga rendam dulu nasi ke dalam air supaya nasi lembut.
2. Masukkan gula, tepung beras dan yis. Blend lagi hingga semuanya sebati.
3. Alihkan kedalam mangkuk, tutupkan dan biar perap  dalam 4-5jam.
4. Kacau perlahan lahan adunan, masukkan eno dan kacau sebati. Masa ni bolehlah diwarnakan ikut warna kesukaan. Biarkan sebentar.
5. Sementara itu panaskan kukusan. 
6. Bila dah betul2 panas, masukkan adunan kedalam acuan ( Nora letak dalam acuan kuih lompang), kukus selama 10 minit ( masa ikut besar mana acuan, kalau acuan besar, bagi masa dalam 15-20 minit)
Pastikan guna api yang kuat.
7. Selamat mencuba...



















































Tuesday, September 24, 2013

KEK PANDAN SEMPOI

Kek Pandan yang Nora nak share ni Nora ambil  resepinya dari kak Mai Zura. Memang sempi kek ni. Kalau ada semua bahan2 mmg cepat dan mudah.  Sedap pun sedap. Alhamdulilah, percubaan pertama Nora buat kek ni menjadi. So..harap2 kawan2 semua akan mencubanya. Senang teramat2..



canti dan gebukan?..terima kasih Kak Mai Zura

Resepinya:

2 cawan tepung gandum ( ayak dengan 1 sdk baking powder)
3 biji telur
1 1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak sayuran/ masak
3/4 cawan air + 2-3 helai daun pandan (lebihpun boleh) diblend dan ambil airnya.
sedikit pewarna hijau
** kalau tak ada daun pandan, pakai pandan pastepun boleh.

Cara2nya:

1. Satukan  dan blend semua bahan2 kecuali tepung.
2. Tuang dalam mangkuk.
3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung, kacau sebati.
4. Tuang dalam loyang, bakar 45 minit @ masak, 170 C (ikut oven memasing yea...)


Selamat mencuba....:*


KEK LAPIS BLUEBERRY

Sebenarnya dah lama Nora nak try buat kek lapis ni. Tapi sebab rasa tak yakin boleh buat, itu yang tak buat2. Last week masa fikir apa nak bagi anak buah untuk buat hantaran pertunangannya bulan 10 nnti, terdetik pulak hati nak buat kek lapis versi bakar. Selama ni Nora hanya buat yang versi kukus. Tengok sahabat fb Lili buat kek lapis cantik sangat dan dibuat hantaran....terasa nak mencuba pulak.

Resepi kek lapis yang Nora buat ni hasil tinjauan Nora pada blog2 masakan di internet. Kebanyakannya hampir serupa saja bahan bahannya. So, Nora ambil semua dan banding2kan..Hasilnya..hmmm...tak beberapa memuaskan buat kali pertama..akan cuba lagi. Mungkin kawan2 yang lain akan buat lebih bagus lagi Nora. Practice make perfect...buat sampai jadi..okay..

inilah rupanya kek Nora buat..tak berapa cantik layernya...hmm...tak per nnti kita buat lagi..




Resepinya: (untuk acuan 7 x 7..dapat 10 layer setinggi 2 " )

250gm mentega ( Nora pakai Anchor utk rasa yg lebih enak)
50gm gula halus
1 sdb ovallette
5 biji telur saiz besar @ A
130 tepung hong kong @ pau ( tepung naik sendiripun boleh)
50gm horlick
1/2 tin @ 250gm susu pekat
50gm blueberry filling @ lebih

Cara2nya:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur dan ovallette. Pukul lagi hingga kembang lagi dan putih.
3. Masukkan susu pekat. Pukul lagi dengankelajuan perlahan.
4. Masukkan horlicks dan tepung sedikit demi sedikit hingga sebati dengan kelajuan perlahan.
5. Kalau suka bahagi dua, satu adunan biar kosong, satu lagi taruh 2 sudu teh blueberry paste dan sedikit       pewarna ungu.
6. Nora buat semuanya plain. ( sbb nak test jerkan..hihi)
7. Gris loyang dan alas dengan baking sheet.
8. Tuang dlm 1/2 cawan adunan, ratakan. Bakar selama 4 minit @ dah keperangan suhu 160 C api atas bawah.
9. Angkat, tekan2 sikit, tuang lagi 1/2 cawan adunan. Bakar 4 minit @ perang api atas sahaja.
10. Angkat, tekan2 sikit, tuang lagi 1/2 adunan, ratakan. Ambil blueberry filling, serak2 kan atas adunan tadi.
11. Bakar lagi selama 4 minit @ perang.
12. Angkat, tuang 1/2 adunan plain, bakar lagi hingga perang.
13. Angkat tuang adunan plain lagi, bakar @ perang.
14. Ulangi step 10.
15. Ulangi step sampai habis adunan. Last sekali, bakar api atas bawah selama 15-20 minit.
16. Kalau nak pakai 2 warna tadi, masa step 10 tu masuk adunan yg berwarna ungu. Terpulang nak satu layer atau dua.
17. Kek ini boleh dibuat dengan bahan lain selain dari blueberry filing seperti coklat chips, hawflakes,prune dsb.

Selamat mencuba...:*





Saturday, May 18, 2013

Brownies Kukus Lapis Cheese


Bahan A:

1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk bicarbonate soda
1/2 cawan sebuk koko
1 cawan gula halus
1/2 cawan minyak masak/sayuran
2 sk esen vanilla
1/2 cawan susu segar/cair/coklat
1/2 cawan air panas
2 biji telur gred A
1 sk emulco coklat
1 sk emulco coffee ( kalau tak ada, campurkan 1 sk nescafe + air panas yg 1/2 cawan tadi)

Bahan B:
250gm cream cheese
60gm gula halus
1 biji telur gred A
25ml air/susu
1 camca besar tepung gandum

Cara:
Bahan A:
Ayak tepung dangan baking powder, bicar.soda dan serbuk koko.
Pukul gula dan telur hingga kembang.
Masukkan susu,esen vanilla dan minyak.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Masukkan emulco dan air panas.

Bahan B:
Pukul semua bahan kecuali telur hingga kembang.
Masukkan telur, pukul lagi.
Masukkan air/susu. Pukul sekejap.

Cara melapis:

masukkan 1/3 adunan coklat ke dalam loyang. Kukus 15 minit.
Masukkan 1/2 aduna cheese keatas adunan coklat tadi.
Kukus lagi 15 minit.
Ulangi proses. Yang terakhir kukus selama 20 minit.
Bolehlah diangkat dan biar sejuk sebelum dipotong.
Bolehlah dihias ikut suka. Nora letakkan coklat ganache di atasnya sahaja.




Apam Sua




Apam Sua ni ada nama lain. Ada setengah orang panggil Telinga lembik, ada juga yang panggil Halwa Puri.
Nora baru 1st time mengenali kuih ni. Itupun melaluiseorang sahabat fb, Haida RifQi. Dari perbincangan dalam fb, Nora sapat tahu ada yang meletakkan inti kelapa selain dari inti kastard. Warna kulitnyapun ada yang mewarnakan hijau ataupun merah. Namun yg Nora cuba ni Nora tambah sedikit warna kuning sbb warna aslinya agak pucat.

Jom kita jengukresepi dan mencubanya. Memang sedap tetapi kena sabarlah buat kulitnya satu persatu.

Bahan bahannya (resepi Haida RifQi)

2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil yis segera
1 1/2 cawan air
sedikit garam
Pewarna kuning

Inti:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula (boleh dikurangkan)
3 cawan santan
pewarna
** Kacau semua bahan atas api. Jika keras, tambah air)

PS: boleh guna resepi adunan kastad yang lain (mengikut citarasa anda), boleh tambah jagung atau durian.

1. Gaul semua bahan2 untuk kulitnya. Blend.
2.Perap selama 2 jam.
3.kacau semula.
4. Tuang satu senduk kecil kedalam kuali yang kecil, ratakan dengan belakang senduk untuk mendapat saiz yang dikendaki.
5. Biar masak, angkat.
6. Taruh inti, lipat dua, tekan sedikit utk melekat  bahagian tepinya.

rupa dan saiz kulit apam sua



Kek Lapis Cheese Persona



Kek lapis Cheese Persona
Sumber: dari blog Azlita Aziz

Bahan A:
2 bungkus biskut marie coklat (+-600gm) atau Nora pakai biskut digestive
500 ml susu segar (panaskan sekejap dan biar suam)

Bahan B:

500gm cream cheese
10ml susu segar
1/2 cawan gula halus
***boleh letak perisa yg disukai

1. Sediakan loyang 7x 7 loose pan. lapik dasar dengan baking paper
2. Satukan creamcheese dengan gula halus. Pukul sebati.
3.Masukkan susu sedikit demi sedikit ( jangan terlalu cair adunannya) Pukul hingga kembang dan sebati.
4. Celup biskut sekejap sahaja (dlm satu saat). Susun dalam loyang.
5. Letak adunan cheese, ratakan.
6.Ulangi proses hingga lapisan cheese jd lapisan yang terakhir.
7. Kisar baki biskut atau apa2 biskut dan tabur diatas lapisan cheese td.
8. Sejuk dalam peti sejuk sekurang kurangnya 6 jam sebelum dipotong.


Kek Kukus Masam Manis.

Maaflah...lama Nora tak update blog ni. Sekarang ni cuaca agak panas...agak malas nak buka blog atau fb. Masa Nora banyak habiskan dengan membaca dan menjahit patchwork. Cadang2 nak buat cadar. Sekarang ni baru half way. Berhenti sekejap sebab jari jemari ni dah sakit sakit.

Nora nak share resepi kek Kukus ni dengan kawan2 semua. Ni 1st trial.Alhamdulilah...menjdi. Itupun agak lama jugak nak mencuba sebenarnya. bahan bahan semua dah ada tapi sebabkan mood tak sampai, dekat sebulan hawflakes yg Nora beli bertapa dalam peti sejuk. Akhirnya Nora buat jugak.

jom kita tenguk resepinya yg Nora ambil dari Kak Fida/ Kak Ita dari Myresepi.



Bahan bahannya:

5 biji telur gred A ( sejukkan dlm peti sejuk)
225gm gula halus
220gm tepung gandum
1 sk baking powder
1 sb ovallette
150ml susu cair
1/2 sk garam
100ml minyak sayuran/masak
1 sk esen vanilla
Hawflakes secukupnya(kalau boleh yg besar)
Pewarna (ikut suka berapa nak pakai)
Loyang 8 x8

1. Panaskan kukusan.
2. Ayak tepung dengan baking powder.
3. Campur semua bahan kecuali minyak dan hawflakes
4. Pukul adunan hingga sebati, gebu dan putih.
5.Masukkan minya dengan menggunakan kaedah balik kaup.
6. Bahagi ke beberapa bahagian. Nora bahagi kepada 4 bahagian, merah,oren,kuning dan hijau.
7. Alas loyang dengan baking sheet.
8. Tuang adunan warna pertama. Nora letak hijau dahulu.
9. Susun hawflakes.
10. Kukus 5-7 minit.
11. Letak adunan kedua dan susun hawflakes. Kukus lagi.
12. Ulangi proses hingga habis.
13. Lapisan terakhir, kukus selama 20 minit.
14. Setelah kek masak, biar sejuk dahulu sebelum dikeluarkan dan dipotong.





Friday, March 22, 2013

Kek Aiskrim

Pada mulanya Nora nak buat kek keju Marble Coklat untuk harijadi anak keempat Nora pada 20hb Mac haritu. Memandangkan Nora tak tau nak buat kek apa, itulah  pasal Nora ambil keputusan nak buat kek marble tu. Baru 10 hari menjamah kek semasa harijadi Cik Hubby, kali ni Nora kena buat lagi kek untuk anak Nora pulak. 

Entah macamana, belek punya belek, terpandang satu kek yang memang Nora tak pernah buat dan terlintaspun nak buat dalam satu Grup masakan yang Nora join. Norapun tenguklah cara2 nak buat kek tu. Macam senang. Hmmm...plan berubah...Nora nak buat kek aiskrim untuk anak Nora...surprise for him..Nora bagitahu Nora nak buat kek coklat resepi dari kawan sekolah Nora yang duduk kat Jerman.
Bahan bahan kek yang lain dah ada, cuma aiskrimnya tiada. So, 2 hari sebelumnya Nora beli aiskrim. Puas jugaklah menahan anak2 dari menjamah aiskrim tu, sampai bengang anak anak..hehehe..

Nora guna resepi kek span yang Nora buat untuk Kek Butterscoth sebab Nora suka dengan resepi ni. Lagipun senang dan sedap. Nora buat kek span ni awal sehari sebab proses nak membekunya mengambil masa jugak.


Jom tengok resepinya okay..

Kek Span:

5 biji telur gred A
150g gula halus
150g tepung kek/ superfine
1 sudu teh baking powder (ayak dgn tepung)
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh vanila
80g susu segar/ air
80g minyak/ butter yang dicairkan
Perasa strawberry ( ini pilihan, Nora guna strawberry + pewarna pink)

Satukan tepung kek + gula +ovallete + vanilla +telur. Pukul hingga kembang, likat dan putih.
Masukkan susu/air. Pukul lagi.
Masukkan perasa strawberi dan pewarna makanan berwarna pink/merah.Pukul sampai rata.
Dengan menggunakan spactula/ senduk kayu, balik kaup minyak / butter kedalam adunan hingga sebati.
Di sini Nora guna dua acuan, satu acuan bulat berukuran 7" dan empat segi sama 10" x 10".
Tuang 2/3 adunan kedalam acuan bulat dan 1/3 ke dalam acuan empat segi sama.
Bakar 160 C selama 20 minit atau masak.
Angkat dan terlingkupkan di atas redai. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari peti sejuk.

Filling + hiasan:

Aiskrim ( ikut suka brand apa atau perasa apa. Nora pakai jenama Nestle yang ada 3 perisa tu)
1 cawan Whipping cream (non diary) dipukul kental.

Cara penyediaan :
Nora guna acuan spring form berukuran 8".
Mula2 Nora bahagi dua kek span bulat.
Kek yang berukuran empat segi sama tu Nora bahagi ikut ketinggian acuan springform 8".
Susun kek seperti gambar di bawah


Lepas tu isikan aiskrim kedalamnya hingga penuh.(keluarkan aiskrim 15 minit sebelum digunakan).
Boleh jugak digaulkan sedikit whiiping cream yang dipukul kental ke dalam aiskrim secara balik kaup.
Tapi Nora tak masukkan, takut terlalu berlemak pulak dan muak sebab nanti nak lepakan kek dengan whipping cream lagi.
Tutup bahagian atas dengan satu lagi lapisan kek bulat. Maaflah Nora terlupa nak snap gambar setelah diisikan aiskrim. Dah tutup baru teringat nak snap. Ni gara gara nak cepat sebab takut aiskrim cair, nak2 buat masa musim panas ni...
Lepas tu wrap kek dengan plastik wrap dan sejukkan dalam freezer selama 6 jam atau lebih. Nora buat malam sebelumnya. Keesokkan paginya Nora lepakan dengan whip. cream.




Maaflah, Nora tak pandai melepa kek. Ni buat dalam keadaan tergesa2 sebab takut aiskrim cair. Lepas lepa, terus masukkan dalam freezer balik selama 4 jam atau lebih. Nora buat pagi, malamnya baru potong.
Hasilnya memang wallahhhhh....alhamdulilah..my 1 st trial menjadi. Anak Nora happy sangat dan hubby puji sedap...So next time boleh try buat lagi... Nora boleh...anda juga tentu boleh...yang penting..usaha dan keyakinan...:))
Rupa kek setelah dipotong. Ingat, potong dengan pisau yang dicelup dengan  air panas.


Yummy...

Monday, March 11, 2013

Labu Serikaya





Labu Serkaya ni Nora buat dua minggu lepas atas permintaan anakanda Najmi. Dia yang suka sangat labu serikaya ni. Nora tak berapa suka tapi kalau masak lemak putih, Nora suka. Makan dengan nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan. Perghhhh...

Nora selalu main agak2 jer resepinya sebab ikut besar labunya. Yang ni Nora pakai paling kecil punya labu. Adalah besar dalam dua genggam Nora jer...

Nora guna
Labu kecil ( Tebuk atas, buang biji)
2 biji telur gred A
1/2 cawan santan sederhana
1/4 cawan gula perang
1/4 cawan gula pasir
sedikit garam
Daun pandan
sedikit esen vanilla
1 sk tepung jagung/kastard

Ramas telur dengan gula dan daun pandan.
Masukkan esen vanila, tepung dan garam
Gaul hingga gula agak hncur.
Buang daun pandan.
Tuang adunan dalam labu.
Kukus hingga masak.
Biar sejuk, baru potong.


Kuih Kaswi




Kuih Kaswi...memang favourite Nora dari dulu hingga selamanya...Dulu kalau nak makan kaswi, suruh mak Nora buat tapi bila dah kahwin dan beranak pinak ni, kenalah buat sendiri, barulah ada kepuasan. Alhamdulilah, kuih kaswi ni juga turut digemari oleh seisi keluarga Nora. Jadi bila buat kuih ni tak pernahlah berbuang, licin. Nak2 bila anak2 Nora dah besar2, lagilah licinnya.

Kuih kaswi yang Nora nak share ni Nora buat last week , kebetulan mak Nora datang rumah. So, Nora sengaja buatdalam acuan lompang, senang nak makan. Selalunya Nora buat dalam loyang, pastu potong2 dan gaul dengan kelapa parut. Hmmm...sedapnya...

Jom intai resepi kegemaran keluarga Nora yang Nora ambil dari mak Nora:

1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir ( yang ini kalau tak suka manis boleh kurang, nak manis lagi, tambahlah)
Daun pandan
5 cawan air

Masak semua bahan, tapis dan sejukkan.

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu besar air kapur

Gaul semua bahan.
Bancuh sedikit demi sedikit dengan air gula merah tadi hingga sebati.
Tapis.
Masukkan dalam loyang atau dalam acuan lompang ( ikut suka)
Kukus selama 10-15 minit atau masak ( bula cucuk, tiada adunan melekat)
Sejukkankan sebelum dipotong atau keluar dari acuan lompang.
Makan dengan kelapa parut putih bercampur garam sedikit.


Kek Tiramisu



Happy birthday Baba...yang ke berapa?...tak payah bagitaulah....Ni kek yang Nora buat untuk my lalink hubby yang menyambut hari lahirnya pada 10/3 yang lalu..(semalamlah..). Mula2 tu ingatkan nak buat kek coklat mewah yang resepinya baru Nora dapat dari sahabat Nora yang tinggal kat Germany. Tapi anak2 Nora tak nak, kata mereka tiap2 tahun baba asyik dapat kek coklat jer (nk buat mcmana dah itu favourite baba...) so anak2 nak kek yang lain.

Memandangkan Nora tak banyak koleksi kek yang nak di buat  (utk last minute ni...) so Nora decided  buat Tiramisu.  Tiramisu ni Nora selalu buat tapi menggunakan biskut ladyfinger. Baru baru ni Nora terlihat ada sahabat yang post Tiramisu pakai sponge kek ( mcm yg jual kat bakery2 tu...). Boleh tahan cantik. So, Nora planlah buat kek ni. Pergi beli barangnya dengan cik Hubby (sebab dia yang bayarkan...hehehe)...tapi bila dia tanya nak buat kek apa untuk dia...Nora cakap tak tau lagi..beli jer dulu..(cover..cover..)

Operasinya bermula hari Sabtu petang, masa dia keluar rumah dengan anak2, Nora buat kek span dulu, pastu buat yang lain2. Sempatlah buat semuanya sebelum dia balik. Nora sorok dalam peti sejuk. Esoknya barulah potong kek pada hari lahirnya...Terpaksa buat tengahari sbb anak2 nak balik asrama. Jamuan  anak beranaka jer ( seperti selalulah...) cuma ada mak dan abang Nora kebetulan ada kat rumah. Tambahannya Nora buat pulut kuning dengan kariayam pekat berkerisik, ayam goreng KFC ( ni mak Nora sponsored), satay kajang ( abang Nora sponsored). Nasib baik Nora tak buat burger daging homemade, kalau tidak, siapalah nak makan banyak2 ni....hmmmm...

So jom tengok resepi kek ini yang Nora buat. Resepi kek sponge nya Nora ambil dari resepi Kek Butterscotch yang Nora buat sebelum ni. Untuk filling dan lepanya, Nora ikut resepi tiramisu yang selalu Nora buat.

Kek Sponge:

5 bij telur gred A
150 gm tepung kek
1 sk baking powder
150gm gula halus
1 sudu besar ovallette
1 sk esen vanilla
80ml susu segar
80ml minyak @ mentega cair

Satukan tepung kek, baking powder, gula halus, ovallette dan telur.
Pukul hingga kembang dan putih.
Masukkan susu, pukul lagi.
Masukkan minyak atau mentega cair ke dalam adunan secara balik kaup hingga rata.
Masukkan ke dalam acuan 8" dan bakar selama 30 minit @ masak pada suhu 160 C.
Bila masak, keluar dan telungkupkan di atas redai. Biar sejuk, baru keluarkan dari acuan.
Bahagi 3 bahagian.

Filling:

250gm cream cheese (seelok2nya sebaik keluar dari peti sejuk)
60gm gula kastor
1 sk esen vanilla
1 biji kuning telur
1/2 cawan whip cream/fresh cream (pukul kental)
1 cawan air nescafe/kopi segera suam + 1 sudu kecil gula
Serbuk koko
Hiasan: biskut ladyfinger atau apa2 pun.

Pukul cream cheese, gula dan esen vanila hingga sebati.
Masukkan telur kuning, pukul lagi.
Masukkan adunan cheese ke dalam whip /fresh cream yang dipukul kental tadi secara balik kaup.
Bahagi 3 bahagian.

Cara melapis kek:
Ambil satu keping kek. Guna berus , renjis2kan air kopi ke atas permukaan kek hingga meliputi semua permukaan.
Lepakan satu bahagian cream cheese diatas permukaan kek tadi, taburkan serbuk koko.
Letak satu lagi lapisan kek diatas nya.
Ulangi proses hingga ke lapisan kek yang ke tiga.
Lepa tepi2 kek dengan creamcheese tadi dan susun biskut lady finger.
Sejukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 4jam.




Tuesday, February 19, 2013

Laksa Nyonya


Laksa Nyonya ni Nora buat dua minggu yang lepas. Baru nak update. NNtilah Nora letakkan resepinya yea...

Apple Caramel Cake



Ini salah stu lagi kek yang Nora buat atas permintaan anak. Diaorang nak makan kek aplle. So Nora decided buat kek hasil resepi yang di ambil dari Paula Deen. Lama dah Nora simpan resepi ni. Baru kali ni berkesempatan nak buat.

Bahan bahannya:

2 1/2 cawan gula halus ( Nora guna 1 1/2 gula perang + 1 gula halus)
3 biji telur A
1 1/2 cawan minyak sayur
3 cawan tepung gandum atau tepung kek
2 sk baking powder
1 cawan walnut cincang
 2 1/2 cawan epal yang didadu kecil
2 tsp esen vanilla

Topping:
2 cawan gula perang
1/4 cawan susu cair atau whip cream
3/4 cawan butter
Panaskan semua bahan hingga pekat.

Pukul telur, gula ,esen vanila dan minyak hingga kembang.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang di ayak dengan baking powder.
Dengan menggunakan spactula, masukkan epal dadu dan kacang walnut. Kacau agak2 sebati. Jangan overmixed.
Masukkan dalam acuan, bakar 180 C selama 45- 60 minit atau hingga masak.
Cucuk2 bahagian atas kek.
Tuang topping caramel di atasnya.
Boleh tabur kacang atau apa2 yang anda suka.



Butterscotch Cake



Okay...hari ni Nora nak update kek yang Nora buat hari minggu lepas. Anak2 yang minta nak makan kek sebelum masing masing nak balik asrama. Puas memikirkan kek apa yang Nora nak buat. Malas nak buat kek chocolate sebab selalu sangat buat kek tu. Nak cari yang lain pulak.

Jalan jalan ke beberapa mall semasa cuti tahun baru cina yang lepas, Nora terpandang kek ni kat Secret Resepi...Butterscotch Cake...ingat nak beli jer tapi anak kata better ibu buat  jer...maka kek ni termasuklah dalam senarai kek yang bakal Nora buat.

Google punya google, yang ada Pecan heavenly Butterscotch cake...alamak nak guna kacang pecan pulak. Bakery pulak semuanya tutup. Cari kat pasaraya tak ada pulak. Yang ada kacang badam. Hmmm...tak boleh pulak pakai kacang badam sebab hubby alergi to almond. Fikir punya fikir, masa lalu kat candy section, terpandang kacang bipang. Yesss...memandangkan dlm resepi kacang pecan itu akan disira dgn gula yang dikaramelkan...lebih kurang kacang bipanglah...so Nora decided guna jer kacang bipang ni...hehehe..Tak apa..kita yang buat dia...bukan dia yang buat kita...hubby Nora cakap...

Jom jengah resepi kek ni yang telah Nora olahkan...

Sos Butterscotch:
1 1/3 cawan susu sejat atau thick cream
1 1/2 cawan gula perang
5 sudu besar mentega
2 tsp esen vanilla

Masak semua bahan  di atas api yang kecil hingga semua bahan sebati, lebih kurang 5 minit. Sentiasa kacau.
Kuatkan api , biar didih sebentar.
Kemudian turunkan api ke rendah kembali, masak hingga agak pekat. Ingat...sentiasa kacau. Takut hangus.
Dah pekat, angkat, biar sejuk .

Untuk Kek Sponge:

150g tepung kek
150g gula halus
5 biji telur A/ Besar
1 tsp serbuk penaik
1 tbsp ovallette
1 tsp esen vanilla
80 ml susu segar
80ml mentega cair/minyak sayuran

Satukan tepung kek, gula, serbuk penaik, ovallete dan telur. Pukul hingga kembang, putih dan gebu.
Masukkan susu sedilitdemi sedikit. pukul lagi.
Hentikan mixer. Gunakan spactula kayu atau rubber atau plastik, balik kaup minyak atau mentega cair ke dalam adunan.
Masuk dalam loyang 8" dan tinggi 6" yang telah di alas dan digirs.
Bakar 160 C selama 20-25 minit atau masak.
Keluar dari oven, telungkup diatas redai. Jgn keluarkan dari acuan. Biar hingga sejuk, baru keluarkan kek dari acuan.
Setelah sejuk, belah tiga.

Filling n Topping kek:

1 cawan fresh cream atau non diary whipping cream
sedikit butterscoth
Kacang bipang yang di pecah2kan kecil2.

Pukul cream hingga kental.
Masukkan sedikit butterscotch, balik kaupkan guna spactula.
Bahagi dua. ( 1 layer, 1 topping)
Untuk layer, masukkan kacang bipang , balik kaupkan.

Cara melapis:
Letak satu lapis kek di atas alas kek.
Sapu sedikit butterscotch di atasnya. Kemudian letak 1/2 dari adunan cream utk layer td.
Letak lapisan kek ke 2 di atasnya. Ulangi proses.
Letak l;apisan kek yang ke3.
Lepa kek dengan cream yang diasingkan untuk topping.
Tuang lebihan butterscoth di atas kek.
Kalau butterscotch agak kerntal, masukkan lebihan cream utk topping sedikit, panaskan atas api kecil.

Tak berapa cantik sebab Nora tak pandai nak bahagi tiga kek ni...tak sama besar.

kek ni memang sedap...sekejap jer dah tinggal banyak ni...:)


Monday, February 18, 2013

Laksam oh Laksam


Lama betul teringin nak makan laksam ni. Semenjak tenguk fb sahabat baik Nora yang post gambar laksm ni, hati ni meronta ronta nak buat laksam ni. Nora pernah buat beberapa kali laksam ni tetapi lama dah tak buat. Nora asyik beli jer.  Baru baru ni anak Nora, Angah Syafiq  suruh Nora buat laksam  ni sebelum dia balik Politeknik. Nak tak nak, Nora gagah juga buat laksam ni.

Bukan apa, paling malas nak kukus laksam ni. Kuahnya senang jer. Tapi mee laksam ni, aduyai...pukul 9 start kukus, pukul 11 baru siap...tapi bila makan..tak sampai 1/2 jam jer..tapi alhamdulilah..dapat memenuhi permintaan anak.

Resepinya:

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air

Gaul semua bahan. Adunan memang cair.
Panaskan air kukusan.
Oles loyang atau tudung periuk dgn sedikit minyak.
Taruh dalam sesenduk atau dua ke dalam loyang, kukus dalam 3-4 minit.
Angkat, biar sebentar sebelum digulung.
Sementara itu bolehlah masuk loyang lain dalam kukus.
Buatlah sampai habis.

Kuah laksam;

1 kilo ikan kembung/ mambung atau apa2 ikan yang sesuai.(rebus dan ambil isinya- tumbuk)
400 ml santan sederhana pekat.
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 inci halia
Serbuk lada hitam
Garam n gula
Asam keping

Kisar bawang merah, putih dan halia.
Masukkan ke dalam periuk disertai dengan isi ikan, santan, asam keping dan serbuk lada hitam ikut suka)
Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Kalau pekat sangat, tambah sedikit air. Ikut suka nak pekat macamana.
Bila dah mendidih, angkat.

Bahan2 hiasan/sampingan:

Taugeh (buang ekor)
Timun ( dimayang)
Kacang panjang ( hiris halus)
Daun kesum ( hiris halus)
Bunga kantan (hiris halus)
Sambal belacan ( tumbuk cili padi + belacan)
Hirisan limau









Pisang Goreng Bijan



Dua tiga hari lepas Nora buat goreng pisang nangka ni. Musim hujan ni memang kenalah kalau makan pisang goreng dengan air kopi O panas...Pisang pulak Nora dapat dari kakak ipar tersayang Ngah Zaharah. Dia kirimkan kepada anak yang balik kampung baru2 ni..

Mula2 nak buat goreng pisang biasa jer tapi teringat pulak pada sahabat Nora , Sal See Ya. Dia pernah buat pisang goreng berbijan ni...hari tu nampak macam sedap jer. Tu yang try buat ni. memang sedap...rangup2, pastu rasa nutty bijan tu...perghhh...memeng mabeles...Kalau orang Johor, cicah dengan sambal kicap. Nora pulak cicah dengan gula...kopi pulak manis2 buah...terasa segar petang tu...

Jom intai resepi mudah ni:

Sesikat pisang nangka
Secawan tepung gandum
Garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 cawan minyak masak
Bijan secukupnya
Air secukupnya

Gaul semua bahan kecuali bijan hingga sebati.
Potong dua pisang, celup dalam adunan tepung/batter tadi. Guna garfu ketika mencelup.
Tabur bijan.
Goreng dalam minyak panas.
Agak2 kekuningan dan masak, angkat.
Sedia untuk di makan.





Tuesday, February 12, 2013

Kek Hantaran Anak Sedara 1/2/2013






Keknya Coklat Moist, 3 layer. Setiap layernya Nora letak coklat ganache dan fc coklat.
Toppingnya Nora pakai fc jer yang diwarnakan ungu, ikut tema.
Bunga diatas tu beli aja kat Bagus dan Jia Yi Bakery...nak buat tak pandai.

ayam ponteh/ayam masak taucu



Tak nak tulis panjang2...hehehe....ni ayam ponteh versi Nora yea...ada yamg Nora tokok tambah, ikut tekak Nora. Jom tenguk resepinya...rupanya mmg nampak buruk kan...tapi rasanya..hmmm....sedappp...puji sendirilah.

500gm ayam.(potomg sederhana kecil atau kecil2pun boleh)
3 ulas bawang putih (tumbuk/blend halus)
2 inci halia (tumbuk/blend halus)
2 ulas bawang besar/ 5 ulas bawang kecil ( tumbuk/blend halus)
3 sudu besar taucu ( Nora guna taucu black beans)
3 biji kentang ( belah 4)
cendawan shitake kering (rendam dahulu hingga lembut. Nora pakai yang fresh)
Garam/gula/kicap manis
Sedikit serbuk lada hitam (ini NOra tambah sendiri)

Tumis bawang putih, bawang merah dan halia.
Masukkan ayam. Kacau rata.
Masukkan kentang dan cendawan shitake. (kalau pakai yang fresh, jangan masuk dahulu)
tambah sediikit air.
Bila kentang dan ayam dah lembut dan masak, masukkan taucu.
Gaul rata, tambah kicap manis dalam 2 sudu besar, lada hitam (pilihan) garam dan gula.
Biar sebentar dalam 5 minit.
Angkat.


Udang Mentega/ Butter Prawn

Ni satu lagi masakan udang yang Nora buat masa CNY dulu...hehehe...macam kita pulak yang raya. ak apalah..kitakan satu Malaysia. Lagipun sepanjang nak raya Cina ni..udang yang dijual besar2 belaka. Geram tengok. Dari asyik buat sambal, gulai...sesekali buat yang lain sikit. Alhamdulilah...orang2 kat rumah suka..Bukan tak pernah buat tapi memandangkan udangnya kali ni besar2 tu yang bertambah best.

jom kita tengok resepi butter prawn ala2 Nora ni...



400gm udang (saiz ikut suka)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
7-9 biji cili padi ( cincang halus)
daun kari
4 biji telur saiz besar (nak pakai kuning jerpun boleh, Nora pakai semua)
Sedikit susu cair


Panaskan minyak. Pukul telur hingga sebati.
Tuang telur dengan cara mengangkat mangkuk tinggi ke dalam kuali sambil mengacau selalu minyak. Ini utk membuat telur tak melekat dan berketul2.  Tuang perlahan2 supaya telur jadi macam jala emas. Kalau suka boleh guna acuan roti jala. Agak2 dah kekuningan, angkat dan letak atas paper towel/ tisu.

Goreng udang dengan butter + minyak hingga setengah masak. Ketepikan.

Panaskan sedikit butter. Tumis bawang putih ,daun kari dan cili padi.
Masukkan udang. Kacau rata.
Masukkan susu cair dan garam (agak2).
Masukkan telur tadi dan gaul rata.
Bolehlah di angkat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...