Showing posts with label Bihun/kew teow/mee. Show all posts
Showing posts with label Bihun/kew teow/mee. Show all posts
Wednesday, August 10, 2011
Kuey Teow Ladna Pattani
Ni menu berbuka Nora hari Isnin 8/8/2011 lepas. Lambat nak update sebab Nora sibuk sikit..(buat biskut..). Hari Ahad lepas Nora beli kuey teow, ingatkan nak buat Char Kuey Teow sbb tengok kt blog KJee..hmm sedap sesangat. tetapi Nora lupalah pulak nak beli udang dan kerang. Belek punya belek..fikir punya fikir, Nora buat kuey teow ladnalah..Nora buat satil Pattani. Ladna ni ada guna tauchu.
Jom kita tengok reipinya, kut2 berkenan, boleh buat untuk berbuka nanti. Masa Nora buat ni, Nora buat taufu Fah sekali dan juga air soya...hmm..best..
bahan2nya:
1 paket kuey teow
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar kicap pekat
** gaul semua dan goreng sebentar. Ketepikan.
150gm ayam yang dipotong2 kecil
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar kicap cair atau maggi seasoning
*** gaul semua dan perap selama 10 minit
2 sudu besar bawang putih yang dicincang
2 sudu besar tauchu
2 1/2 cawan stok ayam ( atau 2 1/2 cwn air dicampur dgn kiub ayam)
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
bahan perasa: garam, gula dan serbuk lada putih
sayur2an: karot yang dihiris (ikut suka)/putik jagung/sawi/kobis/tomato dipotong 6/kobis bunga
Lain2: fishball/fishcake/udang/sotong
Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan ayam yang diperap tadi.
Masukkan tauchu. Gaul lagi.
Masukkan udang/sotong/fishcake/fishball( ikut suka yang mana)
Masukkan stok ayam.
Biarkan sebentar hingga kuah mendidih.
Masukkan semua sos dan bahan2 perasa.
Masukkan sayur2an pilihan.
(yang ini Nora tambah sendiri: kocok 2 biji telur, masukkan kedalam kuah tadi)
Masukkan 1 1/2 sudu besar tepung jagung yang dibancuhkan dengan sedikit air.
Bila pekat, tutup api.
Siram kuah ke atas kuey teow tadi.
Bolehlah dihias.( sedap dimakan dgn cili jeruk)
Kalau nak pedas lagi, boleh ditambah cili padi yang dititik.
Selamat mencuba
Thursday, July 28, 2011
Mihun Kungfu
Ni resipi bidan terjun. Hubby balik lambat sikit.Boring makan nasi untuk dinner, anak2 suruh masak yang lain selain nasi. Bukak peti sejuk, tenguk apa yang ada...hmm...anak suggest buat mee kungfu..tapi meenya tak ada, yang ada mihun jer. Mihunpun mihun lah..Maka dgn pertolongan budak2, Nora pun operasilah kt dapur. Nasi simpan buat nasi goreng esoknya. ( Tak buatpun sebab terbangun lewat..makan roti jer pagi ni.)
Rupanya taklah secantik kt kedai, tapi tak pedas..kalau nak pedas, taruhlah lada lebih sikit..
Bahan2nya:
Mihun dalam 300gm ( direndam dgn air suam) dan toskan. (boleh ganti kue teow atau mee atau yee mee)
Telur (ikut bilangan orang yang nak makan, Nora guna 6 biji)
Pecahkan sebiji telur, masukkan garam dan lada putih. Pukul2 sedikit.
Masukkan segenggam mihun dan gaul dgn telur tadi.
Panaskan kuali,taruh minyak, dadarkan mihun tadi seperti buat telur dadar.
Angkat dan ketepikan.
Ulangi proses.
Bahan kuah:
Udang/sotong/ayam dipotong kecil
Sayur : karot/sawi/kobis/kobis cina/cendawan/putik jagung/bunga kobis dipotong kecil2
Cili merah ( dalam 2 biji, dihiris)
Cili padi ( diketuk ini pilihan)
6 biji bawang putih ( diketuk2 saja)
Lada putih ( secukupnya)
stok ayam atau pati ayam
Sos tiram ( dalam 2 sudu besar)
Tepung jagung ( dalm 2 sudu besae untuk memekatkan)
Sos ikan ( dalam 1 sudu besar)
Kicap cair ( dalam 1 sudu besar)
Tumis bawang putih. Masukkan ayam/sotong/udang. Biar sampai masak.
Masukkan stok ayam ( kalau tak ada, masukkan air panas dan sedikit pati ayam).
Biar mendidih.
Masukkan sayur2, mulakkan dgn cendawan dan sayur yg keras.
Masukkan lada putih,sos tiram, ikan dan kicap cair. Kacau.
Perisakan dgn garam ( jika tidak masin)
Masukkan cili merah dan jika suka cili padi.
Bila sayur2 agak masak ( jgn terlalu masak), masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Kacau dan bila dah agak pekat, tutup api.
Tuang kuah ke atas mihun tadi.
Boleh dingappp....
Resipi ni agak2. Kuahnya ikut berapa org nak makan.
Resipi ni lebih kurang Ladna dan Kantonis. Cuma cara buanya saja berlainan. Basic kuahnya agak sama.
Sunday, June 19, 2011
Suun/Suhun Goreng
Alhamdulilah..lepas sarapan pagi Sabtu Nora . Sebenarnya, Nora tak planpun nak buat Suun Goreng ni tapi nak goreng bihun jer. Bila Nora buka gobok , tengok2..laaaa..tak ada bihun..yang ada suun dan fucuk. Last2 Nora buat jer suun goreng ni. Lagipun Nora dah lama tak goreng suun ni. Rasa2nya dalam tahun ni belum lagi..Jadi apalagi, operasilah. Kena cepat2 sbb anak nak pergi sekolah, ada latihan silat. Terkocoh2 jugaklah sbb "terbangun " lewat sikit..:0)
Ayuh..jenguk2 dan cuba2 resepi ni ( kalau berminat) sbb bagi Nora ianya sedap walaupun texture mee nya agak kenyal berbanding bihun.
Bahan: (untuk 6 orang makan)
Suun 300gm
2 ulas bawang besar*
3 ulas bawang putih*
(blend*)
2 biji telur
segenggam udang kering( direndam)
2 sudu besar cili blend (kalau nak lebih pedas,tambah lagi)
Udang basah ( ikut suka)
Isi ayam (ikut suka, potong kecil2)
Isi ikan/fish cake( potong kecil2, juga ikut suka)
Fish ball (potong 4, juga ikut suka)
Sayur : taugeh/kucai/ kobis cina/kobis bulat/lobak merah (ini pilihan, mana2pun boleh)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos ikan/sotong
garam/gula
Perasa( kalau nak taruh..better not)
cara:
Rendam suun dalam air sejuk dalam 1 jam, toskan.
Panaskan minyak, pecahkan telur, kocok2kan dan masukan suun. Gaul hingga suun dan telur sebati . Pastikan suun dapat dilerai2kan.Angakat dan ketepikan.
Panaskan minyak. Tumis bawang2 yg diblend tadi.
Bila naik bau, masukkan udang kering. Agak2 naik bau, masukkan cili blend. Tumis sehingga cili masak.
Masukkan ayam,udang. Kacau hingga agak masak, masukkan lain2 bahan(fish ball/cake).
Tambah gula,garam, sos cili dan sos ikan/tomato.
Masukkan sayur2..gaul sebentar dan masukkan suun tadi.
Gaul hingga semua rata dan sebati.
Dah rasa semua bercampur..boleh angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba...
Wednesday, June 8, 2011
Hunger for "mee kari"
Hmm..alahai..setelah sekian lama nak buat benda alah ni..baru hari ni tercapai impian...mengidam nak makan mee kari. Dari hari sebelum anak Nora masuk Uitm..Nora dah bercadang2 nak buat mee kari. Teringin nak makan mee kari buatan sendiri. Beli aje tak best...ada jer yang tak memuaskan anak tekak ni..Tapi tak jugak buat buat.
Haritu adik ipar ada bagi mee buatan sendiri, hasil dari tempat kerja dia buat. Mmg sedap mee dia..lembut..tapi tak tahan lama, sebab tak ada pengawet. Malangnya, tak sempat jugak nak membuatnya..So dengan rasa penuh semangatnya hari ini..maka jadi jugaklah mee kari idamanku ini..apalagi..macam org mengandung..makan bertambah2..iyelah..buat ikut selera kita..mestilah sedap..kannn..
So kat sini Nora nak sharelah resepi mee kari Nora yang dah turun temurun dari ayah Nora. Arwah dapat resepi ni dari satu stall kt Tasik, Ipoh. Memang mee kari ni favourite arwah..Selalunya menjadi hidangan hari minggu...kalau tak laksa...mesti buat mee kari ni..tetiba teringat kt arwah pulak..rindunyer...
Rasa2 Nora resepi ni sama jer dgn org lain punya..tapi Nora nak letak jugak resepi ni sbb mungkin ada yang tak tahu kan...sama2lah kita berkongsi..
Kuahnya:
2 ulas bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
2 in halia*
segenggam udang kering, dibersih dan direndam*
* blend semua ni.
2 peket serbuk kari ikan ( Nora pakai cap adabi)
1 sudu serbuk cili (optional..nak taruh cili blendpun boleh)
2 liter santan ( jgn pekat atau cair sangat..sedang2)
Isi ayam( ikut suka banyak mana)
Kerang( direbus dan ambil isi)
Udang basah ( juga ikut suka banyak mana)
Fish ball/fish cake/tauhu yg siap digoreng/fucuk gulung/sotong ball/chicken ball/crab ball atau apa2 yang anda suka (potong ikut saiz kesukaan anda)
Mee kuning/mihun/kue teow
Telur rebus
Limau kasturi
Sayur: Taugeh( dicelur) dan sawi( dicelur)
Daun bawang/sup( dihiris)
Bawang goreng
Daun salad(pilihan jugak sbb Nora letak..)
Sambal tumis udang kering(optional jugak)
Tumis bahan2 yang diblend tadi hingga naik bau.
Masukkan rempah kari, serbuk cili dan sedikit air. Tumis sehingga rempah masak.
Masukkan ayam dan udang..kacau2 sedkit dan masukkan air. Biar ayam masak.
Masukkan santan, kacau2 dan biar santan agak meruap( bukan mendidih).
Masukkan segala "ball" dan "cakes" tadi..biar masak sebentar.
Masukkan tauhu goreng.
Masukkan kerang rebus.
Perisakan dgn garam, gula dan serbuk perasa(kalau nak). Boleh tambah sos ikan atau sotong sikit.
Biar dalam 5 minit sambil kacau2. Angkat dan boleh dihidang dgn mee kuning, mihun atau keu teow.
Hias ikut suka.
Selamat mencuba..
Subscribe to:
Posts (Atom)









