Showing posts with label pie. Show all posts
Showing posts with label pie. Show all posts

Friday, December 16, 2011

My homemade Apple Pie


Hmm..yummy...Petang ini Nora buat Apple Pie untuk minum petang. Semenjak terlihat Paula Deen buat apple pie dua tiga hari lalu di rancangannya di Food Network Channel, teringin pulak nak buat. Seronok tengok Paula anyam2 atas pie tu. Nampak cantik dan berseni..

Norapun google resepi apple pie dan lihat macam2 cara nak buat apple pie ni. Hasil belek2, selidik2..maka Nora buat ikut Noralah..hasil campur semua resepi yang Nora ada. Alhamdulilah..rasanya pun ok dan sedap..
Jadi Nora nak share dengan sesiapa yang sudi nak buat...


Untuk pastry crust, Nora guna

200gm mentega (sejuk)
3 1/2 cawan tepung halus/gandum (ayak)
sedikit garam
air sejuk (dari peti sejuk)

Gaul dan ramas tepung dan mentega hingga jadi seperti serbuk roti.
Renjis2kan air sejuk, uli sekadar pastry boleh dikepal. Jangan terlebih uli.
Bahagi dua. Satu simpan dalam peti sejuk.
Canai satu bahagiam. Letak dalam acuan pie. ( Nora guna acuan bersaiz 9 in)
Masukkan sebentar dalam peti sejuk.

Filling:
7 biji epal muda (granny smith) dibuang kulit, empulur dan hiris. (boleh didadu)
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh serbuk buah pala
 Gaul gula dan serbuk kayu manis serta buah pala.
Masukkan epal. Gaul rata.
Ketepikan.

Crumble:
50gm mentega
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula perang

Gaul semua bahan hingga jadi seperti serbuk roti

Cara satukan:
Masukkan epal tadi ke pastry crust. Tabur crumble rata2.
Ambil pastry yang satu bahagia tadi.
Canai dan kelar memanjang.
Susun di atas pie tadi seperti menganyam tikar. Buat hingga habis
Sapu bahagian atas dgn kuning telur.
Bakar 170 C selama 40 minit atau hingga masak

Ni sebaik dikeluarkan dari oven. Tunggu sejuk.

Rupa lepas sejuk dan dikeluarkan dari acuan

Saturday, December 10, 2011

Apple Crumble ( Nora version..jenis campak2) with fresh cream


Lama Nora tak update masakan Nora. Entahlah tak ada mood nak update. Tapi hari ini bersemangat pulak setelah anak Nora "merenovation"kan blog Nora ni. Kali ni Nora nak kongsi resepi Apple Crumble.

Sebenarnya anak Nora minta buatkannya apple pie. Memandangkan telur dah kehabisan, Nora buat ajalah Crumble ni. Ni versi Nora yang buat ikut apa ada jer.

Untuk filling:   5 biji epal granny smith ( dipoting dadu atau ikut suka)
                      4 sudu besar gula perang
                       1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis ( pilihan)
                       sedikit air
                       1 sudu besar tepung gandum
Untuk crumble:  100gm tepung gandum
                           50gm nestum
                          100gm butter ( yg baru keluar dari peti sejuk dan dadukan)
                          50gm gula kastor
                          Coklat chips atau kismis (pilihan)

Gaul epal dgn gula perang. Panaskan di atas api dan tambahkan sedikit air. Biar layu sedikit.
Masukkan serbuk kayu manis. Gaul rata
Taburkan tepung , kacau2 dan angkat.
Isikan dalam acuan2 kecil  atau dalam acuan besar.
Taburkan coklat chips dan letakkan crumble di atasnya.
Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak ( keperangan)
Boleh makan panas2 atau sejuk. Sedap dimakan dgn fresh cream atau blueberry/strawberry sauce..

Cara2 membuat crumble:
Satukan tepung,nestum ,gula dan butter.
Gaul ramaskan sehingga jadi seperti serbuk roti tetapi agak basah.
Taburkan di atas filling apple tadi.

Monday, May 9, 2011

Cottage Pie atau American Shepperd's Pie

Dah lama tak post..selepas balik dari Gopeng last week...malas teramat2 sangat. Ni nak post apa yang Nora masak Sabtu lepas 7/5/2011. Buat Cottage Pie. Kawan Nora kata ini cottage pie sbb pakai mincef beef(daging lembu)..kalau shepperd's pie pakai mutton(daging kambing). Search dlm tenet ada yang panggil ni American shepperd's pie sbb org america tak suka makan daging kambing, dia orang replace dgn daging lembu. Apa2 ajelah..yang penting sedap dan kena dgn tekak masing2...

Resepi ni basically Nora ambil dari blog kawan tersayang Nora, Fina...tapiiii...Nora ubahsuai dgn apa yang ado kt dapur Nora ni..tak kisahlah kan. Ikut sendirilah..janji basicnya tetap sama..tak gitu Fina...hentam sajalah Labu...


Resepinya jangan terlalu ikut sangat yea..boleh diubahsuai atau ditokok tambah...ikut selera masing2..nak pedas, tambah lebih lada hitam atau mcm kawan Nora, dia tambah cili kering blend...almaklumlah tekak orang melayu...janji sedap..betul tak?..

1 kg daging kisar ( boleh kurangkan sbb kalau ikut sukatan ini dapat 5 bekas spt yg Nora gunakan)
2 labu bawang besar holland ( bombaypun boleh, merahpun boleh)
2 atau 3 ulas bawang putih yang dicincang halus
10-15 cendawan butang fresh atau 1 tin cendawan butang dlm tin ( hiris kasar)
1-2 cawan mixed frozen vege( ini pilihan..Nora tak taruh)
4 biji tomato (sederhana) didadu
4 sudu teh mixed herbs ( kawan Nora guna 2 oregano 2 rosemary)
2 sudu besar sos tiram atau sos lada hitam
6 sudu besar sos pasta
2 cawan mushroom soup (nora guna vono) atau beef broth atau air
serbuk lada hitam ( ikut suka)
Garam secukup rasa
Yang ni pilihan kalau nak pedas:
4-6 tangkai cili kering blend dgn 2 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih
Topping:
1.5 kilo kentang ( kalau boleh US potato cepat empuk dan gebu) di potong 2 dan rebus
1/2 cwn butter (lembutkan)
1 cawan susu ( Nora campur 1/2 cawan susu, 1/2 cawan thickened cream)
serbuk lada hitam ( jika suka)
Keju mozarella atau cheddar

cara:-
1.   Panaskan oven 200 C. Laser bekas dgn butter.
2.   Ubi kentang di rebus. Bila empuk, buang air, letak atas api, lenyek hingga kering air lebihan. Angkat, masukkan butter dan susu. Sebatikan. kalau suka taruh garam dan serbuk lada hitam.
3.   Masukkan daging dalam kuali, dan biar hingga daging masak dan kering airnya. Kacau2 selalu, takut hangit pulak.
4.   Dalam kuali lain, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan cendawan segar. Kacau2kan sebelum dimasukkan daging kisar.
5.   Masukkan bahan kisar ( jika suka), sos pasta, lada hitam, mixed herbs, sos tiram atau lada hitam dan garam .Kacau sebentar.
6.   Masukkan mushroom soup/air/broth kedalam daging, kacau lagi, biar kering sedikit.
7.   Bila hampir kering, masukkan mixed vege (kalau suka) dan tomato dadu. Kacau sebentar dan angkat.
8.  Lepas tu masukkan daging ke dalam bekas macam dalam gambar tu. Rata2kan.







9. Lepas tu letakkan mashed potato di atasnya , ikut suka nak buat macamana..







10.Kemudian tabur sedikit butter dan cheese ( ikut suka banyak mana..)
     Masukkan kedalam oven dan bakar hingga bahagian atas keperangan dan cheese cair...






11. Nilah rupanya bila dah siap...boleh dingappp...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...