Showing posts with label apam polka dot / dll. Show all posts
Showing posts with label apam polka dot / dll. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Apam Bentuk buah2an



Nora buat apam ni semalam. Seperti biasa, adunannya menggunakan adunan apam polka dot..cuma kali ini NOra buat bentuk buah2an. Nora buat 2 adunan. Dapat 150 biji..anak bawak ke sekolah 30 bungkus...dalam 1 bungkus tu ada 4..kawan2 dia order..suka betul kawan2 dia tgk apam2 yg comel ni...hari isnin ada order lagi..kali ini diorang nak ladybird dan bumble bee..sat gi nak buat apam polka dot utk sedekah pada jiran, nak kenduri esok, tapi Nora tak dapat pergi. Jadi bagi kuih jerlah..memandangkan apam polka dot ni tengah popular...so Nora bagi yang ni jerlah...

Apam berbentuk manggis ( ada kata mcm ribena..) berintikan blueberry filling

Apam berbentuk buah oren berinti oren filling

Macam2 ada...

Apam berbentuk buah strawberry berintikan strawberry filling

Apam berbentuk tembikai berintikan kaya


Thursday, July 21, 2011

My cute little bumble bee Apam..



Hah..comel tak apam Nora ni?..cantikkan..cute sesangat..ni Nora buat utk anak bawak ke sekolah..kawan2 dia order..suka sangat diorang tengok apam ladybird  kelmarin dan hari ni mungkin lagi teruja mereka. Biasalah budak2 mmg suka dgn benda2 macam ni. Resepinya sama dgn apam polka dot tu..cuma dah tukar dot dot nya ke lebahlah pulak..harap semua suka dan mencuba jugak..

Tuesday, July 19, 2011

Apam Ladybirds



Kelmarin Nora buat apam ni setelah membelek2 album resepi rakan 2 FB ku yang lain . tenguk cantik sangat apam yg mereka buat. Asalnya respi apam polka dot. Tapi kerana kreativiti rakan2 fb..maka jadilah apam ni. Nnti nak cuba buat apam yg berbentuk buah seperti strawberi, nenas dll. Insyallah...

Thursday, March 24, 2011

Apam Polka Dot Dot


as salam. Ramai yang dah cuba buat apam polka dot dot. Aku jugak yang ketinggalan. Bukan apa, aku takut tak menjadi sbb aku ni bab apam mangapam ni fail sikit. Lagipun anak2 tak berapa gemar makan apam. Tapi entah kenapa semalam hati aku tergerak nak buat apam ni setelah lama memendam rasa. Mungkin dalam perasaan gundah gelana menunggu keputusan SPM anak dan duduk sorang2 pulak tu kt rumah, lalu aku mencapai semua bahan2 utk mengapam apam polka dot ni. Maka inilah hasilnya walaupun tak secantik orang lain punya namun puas hati..jadi jugak. Yang suprisingnya..anak2 suka. Kata diaorang sedap sbb ada inti..siap suruh ibu nya buat lagi nak promote kt kawan2 dan cikgu...
Resepi ini aku ambil dari Eiza Hamid, terima kasihlah kerana resepi yang best ini


Bahan2 :


3 biji telur ( yang sejuk dari peti sejuk)
275 gm tepung gandum
3 sudu teh baking powder
220 gm gula halus
150ml susu segar/ santan/cair
1 sudu kecil ovallette
filling : strawberry/ blueberry/peanut butter/kaya atau apa2 yang disukai


cara:
1. ayak tepung dgn baking powder.
2. pukul telur ,ovalette dan gula hingga kembang dan putih.
3. masukkan tepung dan susu. pukul lagi hingga kembang,gebu dan putih macam buat bahulu.
4. bahagi kepada beberapa bahagia utk diwarnakan mengikut pilihan.
5. masukkan dalam piping bag.
6. picit dalam acuan kertas (ikut suka size apa).
7. masukan filling. picitkan adunan keatasnya sehingga 3/4 penuh.
8. kemudian dot dotkan dgn warna pilihan ( adunan yang lain colour).
9. Kukus selama 15 minit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...