Thursday, June 30, 2011

Biskut Ranting Buruk Nestum

Hai..baru jer puasa ganti dan sunat dah rasa macam nak raya...macam2 dalam kepala otak ni nak buat biskut raya apa tahun ni. Padahal punyalah lama lagi nak raya..puasa wajibpun belum lagi..heeee..saja jer nak naikkan semangat..Lagipun rasa2nya tahun ni nak buat biskut lainlah dari yang selalu buat tiap2 tahun..kecuali biskut bunga cina..hah..yang itu wajib...so Norapun google2lah cari resepi biskut yang kaw2 dan ringkas. Adalah dua tiga yang berkenan. Salah satunya..nilah biskut ranting buruk. Agak senang jugak buatnya cuma renyah sikit nak mengulung kulit poupiah ni..tapi sbb nak makankan..kenalah usaha lebih sikit...So..jom intai2 resepinya yang Nora tgk dlm internet ni..( tak tau yang mana satu..sbb Nora google byk sgt dan main ingat dlm kepala jer..)

bahannya:
Kulit popiah( digunting kecil empat segi)
- digulung dgn hujung chopstik atau apa2 yang anda suka ikut saiz yang dikehendaki.Calitkan dihujungnya dgn tepung yang dicampur sedikit air untuk melekatnya.
-Biar hingga benar2 kering.( Nora buat hari ini, esoknya baru goreng).
-Goreng hingga kekuningan .Biar sejuk sedikit(suam suam)
-Gaul dgn nestum, masuk2kan inti nestum tu kedalam lubang...
- dah siap..
Intinya:
Nestum( ikut sukalah yang original atau coklat)
Gula pasir( ikut kemanisan sendiri)
Susu tepung( kalau nak taruh- Nora tak taruh)
***blend kering semua bahan ni.

ini rupanya kulit popiah yang telah digulung dan dah kering.
ini dah digoreng.bila ianya betul2 kering, senang nak goreng dan tak sampai 3 minitpun..
Yang ni yang dah siap dan dah habispun...:0)

Selamat mencuba...

Monday, June 27, 2011

chicken burger for breakfast???...

Hari Sabtu yang lepas, tinggal Nora empat beranak. Danial ke Pedas, Negeri Sembilan, ikut Ustazah dan kawan2nya. Si bongsu Haikal pulak mengikuti rombongan pengawas sekolahnya ke Kuala Lumpur. Lepas hantar Haikal, yang lain2nya tak bangun lagi lepas tidur kembali selepas suboh. Berkira2 jugak nak buat breakfast apa pagi tu. Haikal mmg tak makan pagi2 sangat melainkan minum jer. Dia takut sakit perut. Tapi dah dibekalkan roti dan nutrigen utk dia breakfast dalam bas.
Buka freezer, ternampak daging burger, rotipun ada. Plan nak buat makan malam atau petang nnti. Tapi memandangkan kepala otak ni duk dah tertiba jer nak buat burger, maka terbuat jugaklah burger ni sebagai breakfast..heavy sangatkan??..boleh ke burger jadi breakfast? Memandangkan hari dah dekat pukul 10.30 pagi..gasaklah..sibaba dan yg lagi 2 org tu tak bangun2 lagi..jadi bila bangun, terus brunch dgn burger ni..kira okaylah kan...jom tengok gambar2nya sbb rasa2nya semua tahu buat burgerkan?..bahan2nyapun ikut suka diri sendiri nak taruh apa.
Nora buat burger ayam. Rotinya setelah di bakar, Nora oleskan dgn mayonis. Lepas tu taruh timun hiris dan tomato hiris. Taruh daging burger, picitkan sos thousand island, sos lada hitam dan sos cili. Tak taruh keju sbb keju dah habis. Selalu Nora taruh keju...Lepas tu taruh salad dan tutup dgn roti yang bahagian atas. Pastu ngappp...


Apam Balik

Lama benar nak buat apam balik ni..ramai kawan fb yang dah buat termasuk KJee(Fauziah Abdul Samad). Nora dah lama ada resepi apam balik ni tapi agak rumit sikit. Tapi bila belek2 resepi yang Kjee ada, macam senang dan mudah jer bahan2nya. Kebetulan Nora ada kacang tanah yang telah siap digoreng lebihan buat pucuk ubi goreng haritu dan Nora tak ada jagung. So, Nora planlah buat yang simple tanpa jagung untuk juadah berbuka. Buat satu adunan..alhamdulilah..menjadilah juga tapi dapat sikit...anak2 tak puas makan. Diorang suruh buat lagi. Kali kedua Nora taruh jagung krim, buat 2 adunan. Haaa...puas makan..sampai menyambung ke breakfast..panas kt microwave..Jom kita lihat resepinya..senang bangat...



Resepi diambil dari blog mama Nor

1 biji telur
1/2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sdt bicar.soda
1 sdt baking powder
1 1/2 cawan air
1/4 sdt garam
sedikit mentega/majerin utk mengoles.
kacang tanah yang ditumbuk/kisar
Jagung krim dalam tin
sedikit gula

Ayak tepung dgn b.soda dan b.powder.
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masukkan air. Boleh ditaruh pewarna kuning jika suka.
Pukul hingga rata.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Biar rest selama 10-15 minit.
Oles non stick pan atau apa2 pan pun boleh, janji tak melekat..dgn marjerin atau mentega.
Taruh sesenduk atau lebih(ikut ketebalan). Tutup dgn penutup dan biar sebentar. Api jgn terlalu kuat.
Bila nampak gelebung2 dan lubang2..taburkan kacang tanah yang dicampur dgn gula. Taruh jagung krim dan tabur2kan sedikit marjerin/mentega.
Biar sebentar hingga masak.
Boleh angkat dan lipat dua.
Selamat mencuba.

Tuesday, June 21, 2011

Pulut oh Pulut

Dari minggu lepas menyambung ke minggu ni..Nora asyik mengerjakan 'pulut' jer. Teringin macam2 resepi yang berkaitan dengan pulut. Minggu lepas, Nora buat kuih koci. Makan masa kenduri cukur jambul anak saudara rasa sedap pulak...org tu buat mcm tepung bungkuspun ada..So Norapun buatlah...
Semalam, Nora buat pulak pulut inti untuk breakfast anak2 dan suami. Terbaik punya...anak2 suka dan suruh buat lagi, tapi malangnya inti kelapa pulak habis. Kenalah pergi beli kelapa parut.
Petangnya, memandang inti dah habis, pulutpun banyak lagi..so Nora buat pulak pulut mangga untuk Nora berbuka puasa. Semua tak nak kecuali Nora saja yang makan..hmm...
Ni plan nak buat pulak wajik atau nasi manis. Semalam  ada orang request resepi wajik kt Kongsi resepi..teringinlah pulak..tapi bila nak buatnya tak taulah lagi...Jom layan...



Monday, June 20, 2011

Nasi Lemak Kukus

Ni breakfast merangkap lunch Nora semalam 19/6/2011. Memandangkan hubby nak keluar pagi ada majlis sambutan  hari guru kt hotel  dan kemudian ada mesyuarat Pibg so Nora buat sarapan yang berat sikit. Nora buat banyak sikit sebab boleh langsung ke tengahari. Hubby gerenti tak makan kat rumah, lunch kt majlis tu..jadi masa tu Nora boleh buatkan kek utk hari bapa utk hubby. Anak2pun tak kisah sbb diaorangpun selalu bangun lewat hujung minggu. Jadi jom layan nasi lemak kukus ni. Nora buat makan dengan sambal sotong kering, ikan bilis goreng, telur mata lembu ke kerbau?...hirisan timun..anak2 nak ayam goreng berempah tapi malaslah pulak..jadi Nora suruh makan apa yang ada..hehe

5 cawan beras
santan secukupnya
garam
daun pandan

Basuh beras dan letak dalam loyang. Kukus dalam 10 minit .
Keluarkan dan rendam beras dgn air sejuk. Tujuannya adalah utk emmanjangkan beras. Biar sekurang2nya 4 jam atau lebih.
Buang air dan kukus kembali dalam 20 minit.
Keluarkan dan gaul dgn santan yang ditaruh garam. Gaul rata. Biarkan selama 10 minit supaya santan dapat meresap ke dalam beras.
Kukus kembali, taruh daun pandan dan lubang2kan agar masak serata. Boleh taruh halia atauy bawang hiris kalau suka.
Kukus hingga masak.
Nasi lemak kukus ni berderai dan yang penting tak hangus di bawahnya.
Boleh dihidang dgn sambal tumis ikan bilis/udang/sotong atau apa2 sahaja yang anda sukai.

Laksa oh Laksa

Sempena hari bapa 19/6/2011, selain dari kek, Nora juga buatkan laksa sebagai penambahan. Saja buat laksa sebab hari tu hubby bawak bunga kantan dari tempat kerja, katanya kawannya yang bagi. Memandangkan lama tak buat laksa, lagipun mudah nak buatnya, so Nora buatkan laksa jer. Lagipun siangnya kami dah breakfast dan lunch dengan nasi lemak kukus. Hubby makan kat luar sebab ada mesyuarat dan seminar. Nora memang 'hantu' laksa. Dekat dua tiga mangkuk sekali makan dan bersahur pagi tadipun dengan laksa ..hehe..jom jenguk..


Resepinya Nora rasa ramai yang dah tahu tapi saja nak tempek kat sini sbb ni "my version"..org lain mungkin buat dgn cara yang berbeza..

1 kilo ikan kembung/pelaling/sardin- bersihkan, rebus dan ambil isinya,lumatkan kasar/halus.
1/2 genggam asam keping
1 sudu makan asam jawa
1 sudu makan cili kering blend
5 biji cili padi
1 inci belacan
2 kuntum bunga kantan ( dihiris halus)
1 ikat daun kesum, ambil daunnya
1 biji bawang besar yang sederhana(hiris)
1 tin kecil sardin ( ambil isi dan hancurkan isinya)
garam dan gula
mi laksa
daun salad/bawang besar dihiris bulat/limau kasturi/cili merah hiris/telur rebus/timun.

Panaskan air rebusan ikan tadi. Masukkan cili kering blend, cili padi yang diblend dgn belacan dan asam keping. Biarkan hingga tiada rasa maung cili.
Masukkan bawang yang dihiris, daun kesum,bunga kantan serta isi ikan dan sardin tadi.
Kacau kacau dan tambah air mengikut kepekatan yang di ingini.
Perisakan.
Boleh dihidangkan dgn mi laksa dan bahan2 lain.

Selamat Hari Bapa 19/6/2011

Selamat Hari Bapa..!!! buat semua bapa2 di Malaysia dan seantero dunia...Malangnya Nora dah tiada ayah. Nora dah kehilangan ayah Nora kira2 22 tahun yang lalu. Memang menyedihkan kerana dia pergi ketika Nora masih memerlukannya dan pada usia yang belum menjangkau 50 tahun. Arwah pergi dalam usia 49 tahun.
Nora masih ingat lagi detik2 kehilangannya. Bila mengingatinya Nora terasa nak menangis..hati jadi sayu. Iyalah..masa tu Nora belum kahwin lagi dan ayahlah tempat Nora mengadu dan bermanja.

Nora masih ingat lagi tarikh keramat tu..23/12/1989. Arwah sepatutnya menjemput Nora di bus stand Simpang jam 4.00 pagi .Nora bekerja di Subang ketika itu dan pada hari itu Nora bercuti sampai Krismas. Sebelum tu, pada siangnya Nora ada call dia tapi dia tak nak cakap, mak yang cakap. Dan sebelum bertolakpun Nora masih tak dapat bercakap dengan dioa sebab mak Nora kata dia hantar kawan dia ke stesyen keretapi. 

Masa dalam bas, kira2 jam dua pagi, tiba2 Nora digerk oleh orang yang duduk sebelah Nora. Dia kata Nora mengigau.. Nora tak ingat apa yang Nora mimpikan ketika itu. Nora rasa tak sedap hati. Rupa2nya pada masa tulah ayah Nora menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi mak dan adik Nora. Bayangkan ketika samapai di bas stand, yang menyambut Nora, adik Nora, dengan tangisan teresak2 sampai mengatakan ayah dah tak ada. Lemah lutut dan rasa nak pengsan namun nasib baik ada jiran yang teman adik tolong sambut.Kalau tak mmg terjelepuk kat tepi jalan Nora.

Nora sedih sangat..sbb sebelum tu mmg Nora asyik menyebut2 nama ayah. Nora tak sedar tapi kawan2 Nora yang perasan dan cerita balik kt Nora. Norapun ada belikan ayah Nora kain pelikat. Entah kenapa, tiba2 Nora terasa nak hadiahkannya kain pelikat dan Nora belikannya kain pelikat yang mahal. Untuk mak,juga Nora belikan kain batik. Dah tersurat dan tersirat..kain pelikat dan kain batik tu dijadikan penutup jenazah arwah, mengiringinya ke destinasi terakhirnya.

Hingga kini Nora masih terasa kehadirannya di sisi Nora. Bila Nora rasa down..Nora akan bercakap dgnnya, dan Nora rasa seperti dia mendengar segala2 apa yang Nora cakap. Begitulah kuatnya rasa sayang dan kasih Nora buat abah. Namun Nora tak simpan gambar arwah sbb bila tengok wajah dia Nora pasti akan menangis..so baik di simpan dalam album kenangan di rumah mak. Yang penting ingatan yang kuat dan abadi di dalam ingatan ini.

Buat arwah abah Zabri bin Mohd Tolin, alfatihah..anakandamu ini akan sentiasa mendoakanmua agar di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan semoga Allah mengampunkan segala dosa2 abah ketika di dunia ini...amin..

Nora ucapkan Selamat Hari bapa buat suami tercinta, Mohd Sabri Hamzah...thanks kerana menjadi bapa dan sahabat yang baik buat anak2ku dan Nora amat menyayangi dan menyintaimu. Semoga jodoh kita berkekalan dunia dan akhirat...You are our superhero...

Nora buatkan Japanese Cotton Cheese Cake buat hubby Nora ni. Satu besar dan satu lagi Nora tekap dgn acuan bulat dan layer dgn filing blueberry. Satu hidangan sampingan lagi ialah laksa...always my favourite



Sunday, June 19, 2011

Ayam Goreng dengan sos lada hitam (my versionlah)


Ayam goreng ni Nora buat semasa buat nasi ayam buat berbuka puasa. Boring dengan rasa ayam yang sama je bila buat nasi ayam, so Nora buatlah sos utk disiram di atas ayam goreng ni. Alhamdulilah..boleh tahan rasanya dan anak2 serta ayahnya suka. So..siapa2 yg nak kelainan, bolehlah cuba.

Bahan:
1 ekor ayam, dibelah 8( sebenarnya kalau nak belah berapapun boleh, Ikut suka)
1 ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih*
*blend
3 inci halia-titik atau hiris
bahan menumis: bunga lawang/kayu manis/bunga cengkih/jintan kasar

Bersihkan ayam.
Tumiskan bahan tumis serta bawang2 yang diblend.
Masukkan air secukupnya untuk merebus ayam.
Masukkan halia dan ayam.
Rebuskan ayam sehingga separuh masak.
Angkat ayam dan toskan.
Lumur ayam dengan garam,kunyit, sedikit serbuk pati ayam dan lada hitam.Biar sebentar.
Goreng ayam hingga kekuningan dan masak.

Untuk sos:
1 ulas bawang holland/bombay- hiris mebulat,
Sos tiram
Sos lada hitam
2 sudu besar lada hitam( tumbuk/kisar jgn terlalu halus.
Cendawan shitake (fresh)- boleh replace dgn cendawan butang atau cendawan dlm tin- hiriskan
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar mentega
1 paket sup cendawan/ayam Vono( atau apa2 brand). Bancuh dgn 1/2 cawan air

Panaskan mentega, masukkan bawang yang dihiris membulat. Biarkan layu.
Masukkan tepung gandum, kacau cepat2 dan masukkan sup cendawan tadi. Kacau rata.
Masukkan cendawan. Biar sampai cendawan masak.
Tambah air kalau menjadi pekat sangat.
Masukkan lada hitam, sos tiram dan sos lada hitam Kacau lagi.
Tambah perisa.
Boleh diangkat dan siram diatas ayam goreng tadi.
Boleh dihidang dgn nasi ayam.

Nota: air rebusan ayam tadi boleh dibuat sup dan untuk memasak nasi ayam
         hidangan ini boleh di hidang dgn sos cili bawang putih dan kicap cair.

Selamat mencuba..

Suun/Suhun Goreng

Alhamdulilah..lepas sarapan pagi Sabtu Nora . Sebenarnya, Nora tak planpun nak buat Suun Goreng ni tapi nak goreng bihun jer. Bila Nora buka gobok , tengok2..laaaa..tak ada bihun..yang ada suun dan fucuk. Last2 Nora buat jer suun goreng ni. Lagipun Nora dah lama tak goreng suun ni. Rasa2nya dalam tahun ni belum lagi..Jadi apalagi, operasilah. Kena cepat2 sbb anak nak pergi sekolah, ada latihan silat. Terkocoh2 jugaklah sbb "terbangun " lewat sikit..:0)
Ayuh..jenguk2 dan cuba2 resepi ni ( kalau berminat) sbb bagi Nora ianya sedap walaupun texture mee nya agak kenyal berbanding bihun.



Bahan: (untuk 6 orang makan)

Suun  300gm
2 ulas bawang besar*
3 ulas bawang putih*
(blend*)
2 biji telur
segenggam udang kering( direndam)
2 sudu besar cili blend (kalau nak lebih pedas,tambah lagi)
Udang basah ( ikut suka)
Isi ayam (ikut suka, potong kecil2)
Isi ikan/fish cake( potong kecil2, juga ikut suka)
Fish ball (potong 4, juga ikut suka)
Sayur : taugeh/kucai/ kobis cina/kobis bulat/lobak merah (ini pilihan, mana2pun boleh)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos ikan/sotong
garam/gula
Perasa( kalau nak taruh..better not)

cara:
Rendam suun dalam air sejuk dalam 1 jam, toskan.
Panaskan minyak, pecahkan telur, kocok2kan dan masukan suun. Gaul hingga suun dan telur sebati . Pastikan suun dapat dilerai2kan.Angakat dan ketepikan.
Panaskan minyak. Tumis bawang2 yg diblend tadi.
Bila naik bau, masukkan udang kering. Agak2 naik bau, masukkan cili blend. Tumis sehingga cili masak.
Masukkan ayam,udang. Kacau hingga agak masak, masukkan lain2 bahan(fish ball/cake).
Tambah gula,garam, sos cili dan sos ikan/tomato.
Masukkan sayur2..gaul sebentar dan masukkan suun tadi.
Gaul hingga semua rata dan sebati.
Dah rasa semua bercampur..boleh angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba...



Monday, June 13, 2011

Lompat Tikam

Ni satu lagi resepi yang lama dah Nora nak cuba. Asyik pandai makan jer. Selalu kalau balik Termeloh, kalau pergi Pekan Sehari, kalau  jumpa, belilah. Tak pun jumpa kt pasar ramadhan jer..kali ini Nora try buat. Yelah..sekarang dah dekat puasa..so tgh cuba2lah cari apa resepi yg sedap2 utk berbuka nanti. sebenarnya lompat tikam ni ada dua jenis..itu yang Nora jumpalah masa cari2 resepi ni..ada yang berkuah santan, ada yang buat macam talam tapi lembik sikitlah adunannya...apa2pun dua2 sedap. Nora buat yang versi mcm kuih talam..oklah rasanya. Nanti nak buat yg berkuah santan pekat tu..Jom cuba...


bahagian Bawah:
150gm tepung beras
700ml santan cair
1 tsp air kapur
secubit garam
sedikit paste pandan

Satukan semua, tapiskan. Kacau diatas api perlahan hingga pekat. Letak dalam acuan loyang dan kukus selama 20 minit

bahagian atas
60gm tepung beras
20gm tepung jagung
400ml santan pekat
100 ml air
1 tsp garam
satukan suam bahan, tapiskan dan kemudaian kacau diatas api sehingga pekat. Letak diatas lapisan bawah dan kukus selama 10 minit.

Pulut
150gm pulut direndam dgn 1 sudu kecil pewarna merah selama 3 jam
100ml santan cair
secubit garam
Kukus pulut selama 40 minit. Tuang dan gaul rata santan yang dicampur garam dan kukus lagi 20 minit hingga masak.

Air gula
1 pek/bungkus gula melaka
1/2 senduk gula pasir
daun pandan

masak gula melaka dgn 1 cawan air dan daun pandan hingga gula larut 
masukkan gula pasir dan masak hingga agak likat sikit.

cara nak makan: potong kuih beras tadi, taruh pulut dan tuang sirap gula melaka. Pastu ngapp..

Chocolate Chunck Cake



Cake ni sebenarnya Nora buat Jumaat yang lepas..tak sempat nak masukkan sbb buzy buat red velvet cuppies dan apam polka dot untuk kenduri anak jambul anak sedara. Resepi ini Nora dapat masa tinjau2 blog mamma Olyn. Nampak sedap dan senang. So apalagi projeklah hari Jumaat tu, buat untuk minum petang. Mamma Olyn tabur kacang2 kat atasnya tetapi memandangkan Nora dah kehabisan kacang2 ni..yang ada biskut oreo anak..so Nora belasah je taruh biskut oreo ni. Kek ni memang sedap dan heavy, ada sikit2 macam chocolate lava..ada chocolate mengalir kt dalamnya.Waduh..bertambahlah berat Nora ni dan yang paling takut..naiklah gula dlm darah ni...hmm..alahai..Jom cuba...

bahan2nya:
6 sudu besar mentega
112gm bittersweet chocolate-cincang
2 cawan tepung gandum*
3/4 cawan serbuk koko*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh bicarbonate soda*
* ayak semua
2/3 cawan gula kastor
1 1/4 cawan buttermilk/sourcream/yogurt
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
utk hiasan/topping:
chocolate ganache
kepingan badam/walnut/hazel
atau biskut oreo/chipsmore ( patah2kan)

Cairkan butter dgn 1/2 dari coklat cincang tadi . Ketepikan
Campurkan semua bahan2 kering.
Masukkan telur, sour cream/buttermilk/yogurt dan esen vanilla. Kacau rata.
Masukkan coklat cair dan lebihan coklat cincang tadi( boleh tambah lagi kalau suka)
Gaul sebati tetapi jgn terlalu overmixed. Tak apa kalau "lumpy" sikit.
Masukkan dalam acuan muffin atau cake pan yang digris.
Bakar 180 C selama 20-25 minit atau hingga cake masak.
Bila kek betul2 sejuk, tuang coklat ganache dan tabur kekacang atau biskut tadi.
Bolehlah dinyum..nyum..

Wednesday, June 8, 2011

Hunger for "mee kari"

Hmm..alahai..setelah sekian lama nak buat benda alah ni..baru hari ni tercapai impian...mengidam nak makan mee kari. Dari hari sebelum anak Nora masuk Uitm..Nora dah bercadang2 nak buat mee kari. Teringin nak makan mee kari buatan sendiri. Beli aje tak best...ada jer yang tak memuaskan anak tekak ni..Tapi tak jugak buat buat.
Haritu adik ipar ada bagi mee buatan sendiri, hasil dari tempat kerja dia buat. Mmg sedap mee dia..lembut..tapi tak tahan lama, sebab tak ada pengawet. Malangnya, tak sempat jugak nak membuatnya..So dengan rasa penuh semangatnya hari ini..maka jadi jugaklah mee kari idamanku ini..apalagi..macam org mengandung..makan bertambah2..iyelah..buat ikut selera kita..mestilah sedap..kannn..
So kat sini Nora nak sharelah resepi mee kari Nora yang dah turun temurun dari ayah Nora. Arwah dapat resepi ni dari satu stall kt Tasik, Ipoh. Memang mee kari ni favourite arwah..Selalunya menjadi hidangan hari minggu...kalau tak laksa...mesti buat mee kari ni..tetiba teringat kt arwah pulak..rindunyer...
Rasa2 Nora resepi ni sama jer dgn org lain punya..tapi Nora nak letak jugak resepi ni sbb mungkin ada yang tak tahu kan...sama2lah kita berkongsi..

Kuahnya:
2 ulas bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
2 in halia*
segenggam udang kering, dibersih dan direndam*
* blend semua ni.
2 peket serbuk kari ikan ( Nora pakai cap adabi)
1 sudu serbuk cili (optional..nak taruh cili blendpun boleh)
2 liter santan ( jgn pekat atau cair sangat..sedang2)
Isi ayam( ikut suka banyak mana)
Kerang( direbus dan ambil isi)
Udang basah ( juga ikut suka banyak mana)
Fish ball/fish cake/tauhu yg siap digoreng/fucuk gulung/sotong ball/chicken ball/crab ball atau apa2 yang anda suka (potong ikut saiz kesukaan anda)
Mee kuning/mihun/kue teow
Telur rebus
Limau kasturi
Sayur: Taugeh( dicelur) dan sawi( dicelur)
Daun bawang/sup( dihiris)
Bawang goreng
Daun salad(pilihan jugak sbb Nora letak..)
Sambal tumis udang kering(optional jugak)

Tumis bahan2 yang diblend tadi hingga naik bau.
Masukkan rempah kari, serbuk cili dan sedikit air. Tumis sehingga rempah masak.
Masukkan ayam dan udang..kacau2 sedkit dan masukkan air. Biar ayam masak.
Masukkan santan, kacau2 dan biar santan agak meruap( bukan mendidih).
Masukkan segala "ball" dan "cakes" tadi..biar masak sebentar. 
Masukkan tauhu goreng. 
Masukkan kerang rebus.
Perisakan dgn garam, gula dan serbuk perasa(kalau nak). Boleh tambah sos ikan atau sotong sikit.
Biar dalam 5 minit sambil kacau2. Angkat dan boleh dihidang dgn mee kuning, mihun atau keu teow.
Hias ikut suka.
Selamat mencuba..


Friday, June 3, 2011

Blended Orange Cake

Resepi ni Nora ambil dari rakan Fb Nora, Azlita Aziz. Dah ramai yang buat kek ni..ramai yang kata sedap. Hari tu pergi Tesco, ada banyak oren Sunkist yang besar2 dan cantik..geram menengoknya. Tangkap seplastik. Memang suka buah oren sunkist ni..nak2 musim panas ni. Nora cadang nak buat jus oren campur carrot, mcm kawan Nora ,Sharon Tan, buat selalu. Itu resepi dia jadi kurus..amal minum jus ni bila lapar..
Memandangkan orennya banyak..terlintaslah pulak nak buat kek yang mudah ni...hasilnya mmg memuaskan..sedap pulak tu..jadi Nora pun nak share dgn sesiapa yang nak share..terima kasih buat Azlita Aziz..


resepi mudah:
1 biji orange
2 cawan gula halus ( nora pakai 1 1/2 cawan sahaja mcm Azlita)
2 cawan tepung gandum*
1 susu teh baking powder*
* ayak bersama
1 cawan minyak
3 biji telur
parutan kulit orange (optional)
2 sudu besar jus oren sunquick atau esen oren (optional)

Bersihkan oren dan belah, buang biji dan bahagian tengahnya yg warna putih.
Potong kecil2 dgn kulit2nya sekali.
Masukkan oren ke dalam blender bersama gula, minyak dan telur. Blend hingga halus mulus.
Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Gaulkan dgn tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit hingga sebati. 
Boleh masukkan parutan kulit limau dan jus pati oren sunquick atau esen oren tadi. Ini pilihan yea..kalau tak nakpun tak apa jika suka rasa asli buah oren. Tapi kalau tak taruh, keknya tak terasa sangat rasa orennya. Bau jer kuat. So..buatlah pilihan.
Tuang dalam acuan yang digiris. Bakar 170 C selama 45 minit atau hingga masak. Jgn terlalu masak, nnti kering, tak moist.
Hiasan..ikut suka...

Thursday, June 2, 2011

anakku masuk U...

Ni dah berlaku seminggu lebih dah..baru la ni nak masuk..keterujaan Nora bila anak Nora dah mula masuk U...dah besar rupanya anak sulong ibu ni..Anak Nora dapat masuk Uitm Penang..nun jauh kt Bukit Mertajam nun..dulu kt Balik Pulau...la ni kt Bukit Mertajam pulak...Dapat masuk Uitm ni kira alhamdulilah...sbb ramai lagi yg tak berjaya. Anak Nora ambil jurusan Kejuruteraan Elektrik . Nak ikut babanya lah tu. Anyway..tempatnya ok...biliknya ok sesangat...cuma yg tak sedapnya, makan kena tanggung sendiri. Zaman Nora dulu, makan semua tanggung, so agak menjimatkan. Nak buat mcmana..zaman dah berlalu..kos nak tanggung pelajar ni makin meningkat..dapat tempat tinggalpun dah cukup alhamdulilah...



Ayam Masak lemak tempoyak

Amnoi..lama rasanya tak update blog ni..rasa tak ada benda yang menarik berlaku pada penghujung Mei yang lalu melainkan hari Keluarga Kiah ( Kiah ni mak hubby). So hari ini nak masukkan satu resepi yang lama dah Nora nak buat tapi takut nak buat. last2 dgn penuh ketabahan, akhirnya berjaya juga membuatnya. Keluargapun suka sangat resepi ni. Mula2 Nora terasa nak buat bila tengik Siti Nurhaliza buat. maka tertanya tanya juga..eh..sedap ke/..teragak2 nak buatnya...namun akhirnya...hmmm..lazat ruapnya...meh kita tengok2 gambarnya dan resepinya ok...


Resepinya simple jer...main agak2..makanan tradisional dan melayu ni main agak2 dan campak2 jer...

Cili padi (ikut suka kepedasannya) ditumbuk halus.
Sebatang serai dititik
seulas bawang merah kecil ( dihiris)
Rebus semua bahan dgn sedikit air sehingga hilang bau maung cili padi

Tambahkan sedikit air, ayam ( ikut suka banyak mana, potong kecil)dan  kunyit hidup yang ditumbuk.Biar sehingga ayam masak sedikit.
Masukkan tempoyak yang dilarut dlm sedikit air serta santan cair.
Biar sampai ayam masak. Boleh tambah daun kunyit kalau suka.
Masukkan santan pekat dan bahan2 perisa.
Kacau sentiasa agar santan tak pecah...
Kepekatan santan ikut suka...kalau nak pekat, jgn taruh terlalu banyak air..
Dah masak...boleh dimakan..
satu lagi...kalau nak taruh tomato atau cili potong sebagai hiasanpun boleh...
Selamat mencuba...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...