Tuesday, August 16, 2011

Puding Oh Puding

Sepanjang bulan Ramadhan ni, Nora sempat buat tiga jenis puding jer. Bukannya apa, pudingkan manis sedangkan Nora tak boleh makan manis2 sangat. Nanti kalau dah ada depan mata, Nora ngap aje. Tu yang bahayanya. Tetapi bagi memenuhi kehendak dan permintaan anak, terpaksalah Nora buat juga. Tiga jenis puding tu ialah Puding Jagung ( dah dua kali buat), Puding Caramel dan semalam, Puding Roti Marble.
Puding2 ni kalau makan sejuk2 best sesangat. Jom kita tengok2 resipi mudah puding2 ni....



Puding karamel
Bahan2nya mmg mudah dan texturenya smooth sangat..

Bahan Gula Hangusnya:
5 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
Panaskan gula hingga berwarna keperangan (light). Masukkan air dan biar hingga gula hancur dan pekat.
Masukkan dalam loyang atau bekas yang anda suka.

Bahan Karamelnya:
1 tin susu pekat
1 tin air (guna tin susu pekat)
6 telur bersaiz besar
2 sudu besar tepung kastard/jagung
1 sudu teh esen /serbuk vanilla

Pukul telur tetapi jangan sampai berbuih. Sekadar rata sahaja.
Campur susu dengan air , kacau hingga sebati. 
Masukkan telur ke dalam susu dan taruh esen vanillan Kacau perlahan
Masukkan tepung kastard( sebelum tu ambil sedikit adunan telur dan susu tadi, masukkan tepung tadi dan gaul hingga tak berketul)
Gaul adunan perlahan2 dan hingga rata.
Tuang ke loyang/acuan yang ada gula hangus tadi.
Masukkan ke dalam kukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Untuk mengelakkan puding tadi berlubang2, jangan tutup rapat kukus tadi. Biar rengang sikit.
Masak selama 45 minit atau hingga masak.
Dah masak, keluarkan dari kukusan, terbalikkan ke atas pinggan hidangan.
Boleh disejukkan.


Puding Jagung
bahan2nya:
1 tin jagung dalam tin ( yang creamy0
1 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan kastard/ susu cair
2 cawan air
3/4 cawan gula

Campur kesemua bahan dan kacau di atas api hingga pekat dan berkilat.
Letak dalam acuan dan sejukkan.


Puding Roti Marble
Bahan2nya:
 5 keping roti ( dicarik2)
2 biji telur gred A
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair/segar
8 gm serbuk agar2 segera
1/2 cawan gula
2 sudu mentega( dicairkan)
3 1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko.

Didihkan agar2 dengan 3 cawan air.
Blend roti,susu pekat, susu cair/segar,telur, gula dan air.
Masukkan ke dalam periuk agar2 tadi dan masukkan juga mentega yang dicairkan tadi.
Biar masak hingga mendidih.
Bahagikan ke 2 bahagian, satu biasa dan satu lago taruh serbuk koko.
Tuang secara berselang seli di dalam acuan atau loyang.
Buat cepat2 kerana ianya cepat mengeras.
Sejukkan sebelum dimakan.

Saturday, August 13, 2011

Frambozen Kenari

Ramai sangat yang kata biskut ni sedap. Dan ramai yang dah cuba buat. Semalam tengok Ita daro blog Masam Manis pun dah buat. Tak boleh jadi ni. Bahan2nya sebenarnya dah lama Nora beli kecuali jem raspberry dan strawberry. Tertunggak tungak nak membuatnya. Dah tu bila keluar asyik lupa nak beli jemnya. Tapi semalam tengok Ita pakai strawberry/blueberry filling. Nora ada stok blueberry filling tu. Semangat nak membuatnya membara2. Apalagi..lepas siap juadah berbuka puasa, Nora tak toleh belakang lagi. Terus capai bahan2 dan buat.
Ni setelah Nora potong panas2...
Buatnya tak susah rupanya. Senang jer...Cuma nak buat meringue tu kena hati hati..takut tak kental..nasib baik menjadi semalam. Anak2 dah terliur dah. Lepas terawih baru dapat makan. Resepinya Nora ada banyak..tapi Nora pakai resipi Azlita Aziz..senang dan ngam2 satu loyang yang Nora ada. Rasanya..hmmm..orang putih kata marvelous..mamma mia...kerangupan badamnya..wallahhh...Nora pulak letak banyak2 badam hiris..makan sendiri beb...

resipinya nnti Nora taruh...atau boleh refer pada blog Azlita Aziz...

Nora pakai blueberry filing

Resipi ni Nora ambil dari Azlita Aziz :
Bhn2nya:
285gm tepung gandum(ayak)
45gm gula kastor
180gm mentega
Filling: strawberry atau blueberry (Nora pakai blueberry) nak pakai jem pun boleh.
Pukul butter dgn gula hingga kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga jadi doh yang lembut.
Masukkan ke dalam loyang 9x12x1, tekan dan ratakan (gunakan pencanai)
Bakar pada suhu 170 C selama 15-20 minit atau kekuningan.
Biar sejuk sebentar.
Sapukan filing atau jem di atasnya.

Topping:
2 biji telur putih gred A
100gm gula ising( kalau pakai jem, kurangkan sikit)
1 sudu teh tepung jagung
Badam hiris secukupnya
Pukul semua sehingga jadi kental dan bertanduk (mcm meringue)
Letakkan di atas adunan yang di sapu filing/jem tadi.
Taburkan badam hiris di atasnya
Bakar dalam suhu 90-100 C selama 1 1/2jam atau sehingga meringue kering.
Potong menjadi potongan kecil ketika adunan masih panas.
Masukkan kembali ke dalam oven dan biarkan (jgn onkan oven yea..biar sampai oven tu sejuk)
Bolehlah di cerai2kan dan di simpan.
Selamat mencuba...
Ta


Thursday, August 11, 2011

My Durian Cheese Tart


Kelmarin pesan hubby beli beras. Dia janji nak beli lepas balik kerja. Tup tup..balik dgn tangan kosong. Malam tu lepas terawih, bekejar ke My Mydin, cari beras dan sedikit sayur untuk sahur. Lepas tu hubby tanya nak cari durian tak? iyalah..lama sangat dah mengidam ni..nak buat serawa durian makan dgn pulut tanak...Dapat kat tempat yang Nora pernah beli dulu, kt jalan Chi Liung. Beli yang 2 RM10 tu..jadilah. Masa awek jual durian tu duk carikan durian yg elok untuk kami, si pak wenya tertolak meja durian lalu bergoleklah sebijik durian, menimpalah tangan Nora yang duk lending bagus kt atas meja tu. Apalagi..sakit wooo..kena duri durianle katakan..dek kerana insiden tu..dapatlah free satu durian..terus tak sakit dah...hehehe..

So projek semalam, Nora masak untuk berbuka, mee goreng mamak dan serawa durian dengan pulut tanak. Hajat hati nak menebar jala tapi tak laratlah pulak. Anak2 kata..ibu makan dengan roti jerlah..Ibunya..ok jer.lagi senang kerja ibu..hehehe..
Maka terdapatlah lebih satu biji ( sebiji buat serawa, sebiji lagi dan dibalun sebaik sampai rumah kelmarin). Nak buat apa yea..hmm..tetiba dapat message dari cousin nak order tart bluberry. Hahh..timbul idea..apakata try buat tart keju durian...Yupp..why not. Bahan2 semua ada..so apalagi..operasilah..

Mula2 buat kulit tartnya dulu. Puaslah mengentel..buat dalam 30 biji jer..Pas bakar dan sejuk kulit tart tu..Nora paiplah filling durian ke dalam kulit tart tadi dan bakar selama 5 minit...Ngam ngam azan...tart dah siap.
Komen tester2 kat rumah ( kecuali Si angah dan Si adik sbb tak makan durian): hmm..sedap..Babanya kata..ok..sedap..laku tart tu..sampai kena stop diorang makan sbb ibunya jamah sikit jer sbb takut nak makan banyak. So makan pelan2..semalam satu..hari ni satu..esok satu..hehehe...
Jom layan resipi yang Nora main agak2 dan hentam jer ni tetapi pada pengemar keju dan durian..mmg berbaloi dan sedap..( cehh...puji sendiri)..tak percaya..cubalah...




amacam..mengancam tak? Kalau nak cuba..jom tengok resipinya k..

Bahan2 untuk kulit tart:
250gm tepung superfine( gandumpun boleh)
130gm mentega (sejuk, potong dadu kecil2)
60gm gula icing ( kastorpun boleh)
1 biji kuning telur (gred A)
1 sudu teh esen vanilla
air sejuk (dari peti sejuk) secukupnya.

Campur tepung yang diayak dengan gula.
Masukkan mentega dan gaul ramas menggunakan hujung jari sampai jadi macam serbuk roti.
Masukkan telur kuning dan esen vanilla.
Masukkan air, sedikit demi sedikit sehingga jadi doh yang lembut.
Masukkan doh dalam plastik wrapp dan letakkan dalam peti sejuk selama 15-20 min.
Keluarkan dan ambil secubit, tekan dalam acuan tart.
Bakar hingga kekuningan ( suhu 170 C dalam 10 minit)
Biar sejuk sebelum paip filling.

Filling durian:
150gm cream cheese
30 gm gula icing ( kalau kurang manis boleh tambah, sbb durian dah manis)
50gm mentega
100 gm isi durian
1 biji telur gred A

Blend durian dgn telur.
Pukul cream cheese dgn gula hingga kembang. Masukkan mentega.Pukul lagi.
Masukkan isi durian dan telur tadi. Kacau rata.
Masukkan dalam piping bag.
Picit ke dalam acuan tart dan hiaskan ikut suka.
Bakar selama 5 minit dengan api atas.
Dah siap...mmg nyummy...!!!




Wednesday, August 10, 2011

Ketika Cinta Bertasbih


Entahlah...tiap tiap petang sekarang ni, jam 5.30 petang, mesti dah menghadap tv tunggu cerita bersiri ni. Dulu tengok filemnya 1 dan 2. Suka sesangat dengan watak2 yang ada dalam cerita ni terutama watak utamanya Ustaz Azzam dan Ustazah Anna. Rasa2nya selepas drama Nora Eleena, terpaut pada si heronya Seth Tan, kali ini Nora terpaut pula pada Ustaz Azzam ni....kahkahkah...orangnya sederhana tak hensem sangat tetapi sedap dan sejuk mata memandang. Hehehe...kalau tahu dek cik abang ni..mau jeles giler dia...alahhh..biasalah..rasa suka jer pada artis2 ni..tak lah sampai fanatik sangat..walau apa2pun Cik Abang yang kat rumah ni lagggiii....hensem..kannn..lagipun janggut sejemput tu kira adalah jugak macam ustaz Azzam ni...jadile yea...


Perwatakan lembut Ustazah Anna memang sesuai sangat dgn pedukung wataknya Oki, wajahnya serta airmukanya mmg menyenangkan. Sesuai sangat dengan Ustaz Azzam ni. Kalau kat luar watak  mereka berdua ni ( Kholidi dan Oki) betul2 jd suami isteri..okay jugak, sepadan sangat...


Lagi satu watak yang meyenangkan ialah Ustazah Husna dan Ustaz Ilyas. Dah lama tengok si Ustaz Ilyas ni berlakun. Dalam Nikita di TV9pun ada, sebagai Doni. Kedua2 nipun padan sesangat..

Buat masa ni, inilah cerita Indonesia yang terbaik buat Nora. Tapi ianya disiarkan di saluran 141 Astro. 16hb Ogos promo dah habis. Nak kena subscribe ke?..hmmm...

Basic German Cookies


hmm..memang sedap biskut ni. Lembut..sesangat..melt in your mouth..orang putih kata. Buat sikit saja semalam, nak test oven. Memang sedap biskut ni tak sempat Nora nak makeup dia dah hilang..masuk ke mulut2 tester kat rumah ni..hihi..ingatkan nak bagi cantik sikit biskut ni tapi tak sempat rupanya...
Biskut yang Nora buat ni basic saja, Sebenarnya boleh taruh macam macam perisa sperti koko, kopi, taruh badam cincang dan hias ikut suka. Nora nak cuba buat perasa koko pulak. Nak hias cantik bagi menarik untuk hidangan di aidilfitri nanti.

German Cookies yang cair di mulut...tak sempat make up..

Tak sempat nak make upnya..dah habis..



Kuey Teow Ladna Pattani


Ni menu berbuka Nora hari Isnin 8/8/2011 lepas. Lambat nak update sebab Nora sibuk sikit..(buat biskut..). Hari Ahad lepas Nora beli kuey teow, ingatkan nak buat Char Kuey Teow sbb tengok kt blog KJee..hmm sedap sesangat. tetapi Nora lupalah pulak nak beli udang dan kerang. Belek punya belek..fikir punya fikir, Nora buat kuey teow ladnalah..Nora buat satil Pattani. Ladna ni ada guna tauchu.

Jom kita tengok reipinya, kut2 berkenan, boleh buat untuk berbuka nanti. Masa Nora buat ni, Nora buat taufu Fah sekali dan juga air soya...hmm..best..


bahan2nya:
 1 paket kuey teow
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar kicap pekat
** gaul semua dan goreng sebentar. Ketepikan.

150gm ayam yang dipotong2 kecil
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar kicap cair atau maggi seasoning
*** gaul semua dan perap selama 10 minit

2 sudu besar bawang putih yang dicincang
2 sudu besar tauchu
2 1/2 cawan stok ayam ( atau 2 1/2 cwn air dicampur dgn kiub ayam)
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
bahan perasa: garam, gula dan serbuk lada putih
sayur2an: karot yang dihiris (ikut suka)/putik jagung/sawi/kobis/tomato dipotong 6/kobis bunga
Lain2: fishball/fishcake/udang/sotong

Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan ayam yang diperap tadi.
Masukkan tauchu. Gaul lagi.
Masukkan udang/sotong/fishcake/fishball( ikut suka yang mana)
Masukkan stok ayam.
Biarkan sebentar hingga kuah mendidih.
Masukkan semua sos dan bahan2 perasa.
Masukkan sayur2an pilihan.
(yang ini Nora tambah sendiri: kocok 2 biji telur, masukkan kedalam kuah tadi)
Masukkan  1 1/2 sudu besar tepung jagung yang dibancuhkan dengan sedikit air.
Bila pekat, tutup api.
Siram kuah ke atas kuey teow tadi.
Bolehlah dihias.( sedap dimakan dgn cili jeruk)
Kalau nak pedas lagi, boleh ditambah cili padi yang dititik.
Selamat mencuba

Monday, August 8, 2011

Al kisah Shopping shopping raya...7/8/2011


Aduhh..semalam sehari suntuk Nora dan keluarga keluar rumah...sian kucing2 kat rumah..terlupa nak bagi makan..balik macam orang buka puasa, kelaparan.

Asalnya Nora ajak sang suami pergi pasar bonet @ pasar karat kat Shah Alam. Ala..yang dekat stadium Melawati tu..ingat nak jalan2 sambil shopping2 ikan, sayur dsbnya kt situ. Lama tak pergi pasar ni sebenarnya. Selalunya bulan pose Nora selalu pergi. Anak2 pulak bila nak pergi pasar ni, melompat nak ikut. Maka seawal 8 lebih pagi Ahad tu..kamipun bertolaklah..dgn hajat hati masing2..( biasalah anak2 tentunya nak cari benda2 diorang) Norapun sama..nak jamu matapun yea...

Orang punyalah ramai pagi2 ni..parking lak susah. Kena letak jauh sikit, dekat Giant. Menapaklah..nasib baik awal pagi lagi. Masih bersemangatle lagi. Sang suami tanya, nak beli ikan ke? Norapun..hmm..nantilah..jalan2 dulu..

Ronda punya ronda..anak Nora yang bongsu ternampak satu kasutlah...merengek kat babanya..abang2nyapun canang jugaklah..kasut SUPRA..tapi bukan ori punya..ori punya Rm 89 hinggit, tapi yang adik nak cuma RM 35..oklah sbb dia kecik lagi..buat apa pakai yang mahal2..membazir saja..babanya ok jer..al maklum anak bongsu..semua ok jer...Wahh..seronok tak terhingga si adik. Pilih warna hijau lagi..walaupun babanya suruh warna biru. Dia tak nak sbb tak mau sama dgn abg achiknya punya R2O..dia nak sama warna dgn kasut angahnya..( taulah sama tarikh lahir..warnapun nak sama gak..)
Jalan lagi..si alangnya pulak ternampak satu seluar..mak oii..macam mamat korealah pulak..sekarang ni musim K Pop..jadi raya tahun ni anak2 Nora semua jadi orang Korea..baru2 ni dia dah beli baju kt Tropicana..so matchlah dgn seluar tu...babanya kata oklah...si adik kecek lagi...dapat satu seluar jean levis utk kanak2..bolehlah...sbb beli mahal2pun adiknya cepat membesar..banyak seluar dah tak boleh pakai..sedekah kt orang jerlah...
Jalan2 lagi...window shopping...sampai terlupa nak beli ikan dan sayur..hampeh..hari dah pukul 11 pagi. Sang suami tanya lagi..nak beli ikan ke? Nora cakap..nantilah sbb lepas ni nak pergi cari baju Melayu..takut ikan busuk..so tak le beli..terus pergi cari kedai nak beli baju Melayu pulak..
Cari punya cari..rata2 tempat yang kami pergi jammed..dan penuh..last2 ke Klang jugak. Dapat parking kt JPN Klang. Kira nasiblah tu tapi kena menapak lagi. Kaki ni dah mula rasa sakit2. Tapi gagah jugaklah disebabkan anak2..
Belek punya belek..last2 dapatlah baju Melayu kat Jln Taiping. Banyak kedai dibukak sempena nak raya ni..so choicepun banyak. Masalahnya nak cari baju  Melayu yang sama warna untuk enam orang...hmm..susah jugak..bila dapat yang utk si dewasa..si adiknya pulak tak ada..warna tema tahun nipun tak dapat ikut sebab banyak yang tak ada...last2 adalah satu kedai ni yang ada semua saiz dari babanya sampai ke si kecik. Alhamdulilah..Warnanya???...tungguuu...tak gempaklah kalau bagi tau awal2..wahh..sedondon lagi tahun ni...Lega..lepas dah satu kerja...songkok dan sampin, tahun lepas punya boleh pakai lagi...ibunya pulak??.anak2 tanya..ibunya jawab..tungguu...seperti biasalah ibu ni..mesti kena makan hari cari baju ibu..kehkehkeh..anak2 pun perasan..hubby..hmm..dia tak kata apa2 sbb dia tahu si isterinya ni kalau tak keluar masuk kedai..mmg tak sah...
Destinasi seterusnya..shopping barang dapur pulak..ke mana? hubby tanya..Tesco jerlah..maka ke Tesco Bukit Tinggilah kami..dekat dgn rumah dah... Parkingpun satu hal jugak..Penat..rehat sat kat dalam kereta..last2 terlelap sekejap Nora dan hubby...kehkehkeh..terbangunpun sebab orang kat sebelah kereta nak masuk barang dalam boot..kaki Nora punya lah sakit, Nora pakai kasut lupa nak bawa sandal. Sempat lagi beli sandal sebab Nora dah tak boleh jln pakai kasut...satu lagi kes buang masa..belek punya belek..dekat sejam jugak beli satu sandal jer..nilah akibat kalau Nora duduk dan suruh anak2 pilih utk Nora..banyak sangat yang tukang komplennya...last2 si tukang bayar yang pilih..anak2 tak kata apa2..ikut suka ibulah..kata si angahnya..biasalah kalau si babanya pilih..yang simple dan rendah2 jer...ambil jerlah...
Mula2 hubby pergi kedai cermin mata..dia nak adjust sikit sbb cermin mata yang baru dia buat tu tak ngam..Norapun mulalah ambil apa yang patut dulu...termasuk barang nak buat biskut raya..tak sangka belek punya belek babanya dgn anak2..tetiba babanya nak beli oven baru untuk Nora..yayyy!!!...suka sesangat..anak2 Nora kata advance hadiah hari lahir ni...hmmm...kira oklah..TQVM my beloved hubby...boleh buat cookies dgn dua oven sekali...meriah tahun ni..
Habis shopping barang2 dapur tengok jam dah pukul tiga lebih..cepat2 bayar dan balik sbb zohor tak lagi beb...kelam kabut...
Dah usai semuanya, rehat2lah badan sekejap menanti asar pulak..lepas tu nak masak..konon. Last2 semua terlelap sebab penat sangat...tu tup..terbangun dah pukul 6 petang..mak aiii..lagi 1 jam lebih..nak masak apa??.si kecik bagi cadangan..baba..jom makan kat claypot asam pedas..sibabanya..ok ajer..haii..nasib ko lah si bongsu..semuanya ok..6.30 lepas semayang asar..keluar lagi....destinasi..Claypot Asam Pedas, Kampung Kuantan. Sampai pukul dekat pukul 7..alamak..tutuplah pulak..frust si adik..Nak makan kat mana ni??..Hubby terus pecut ke bandar Klang..nasib baik dapat parking betul dekat Medan Mara..makan kat gerai kat situlah...nasib baik servis cepat..ngam2 lagi 5 minit nak berbuka, semua dah dapat...Apa lagi lepas berbuka, kami sembahyang kt Masjid Klang yang tepi sungai tu...menapak jer ke masjid tu sbb dekat.lepas sembahyang maghrib, jalan lagi ke Pasar Jawa. hubby tangkap kerepek ubi pedas dan cakar ayam. Jalan lagi, si angah ternapak satu baju ala2 Korea..hmm sempat kecek babanya lagi..dapatlah satu...Ibunya punya masih lagi tak dapat2...hehehe..susah wooo..nak cari baju yang sedondon dgn suami dan anak2..
Lepas tu anak2 sound babanya..rambut bila nak gunting..babanya kata oklah..kita cari kedai gunting. Menapak lagi ke Medan Mara, ada satu kedai gunting. Babanya pulak terjumpa kawannya..apa lagi menyembanglah..siibunya..ronda2 kt medan mara..kut2 ada yang berkenan..hmm tak de jugak...last2 dekat pukul 11 baru siap semua..Ingat nak pegi minum dulu tetapi badan ni dah tak larat sesangat dah..mata nak tutup dah..Memang terlepas terawih hari ini...hmmm..
Sesampai jer kat rumah, kemas apa yang patut..anak2pun tahu apa nak buat terutama si achik, masak nasi utk sahur. Lepas isyak..baca suratkhabar..terus terlelap..tak sedar apa2 dah..nasib baik jam loceng berbunyi..seawal 3.30 pagi Nora kena bangun..masak untuk sahur..simple jer gulai tauchu ikan kembung goreng dan sayur sawi pendek (pak Choy) goreng sos tiram. Baki ikan masin sebelumnya pun ada. Cukuplah..selamat sahurku..lepas anak2 pergi sekolah..lelapkan mata sekejap sebelum terbangun untuk membasuh kain dan kemas rumah.
alhamdulilah...memamg memenatkan semalam. Tak terlarat badan ni..kesan penatnya tersa sampai la ni..nak masak apa utk berbukapun otak dah beku..puas duk fikir2 ni...last2 cadang nak buat Kuey Teow Ladna, Air soya , taufu Fah dan buah anggur yang beli semalam..muarh kat tesco..RM 4.99 sekilo. cukuplah kut..mungkin ada rombakan kut..buat sikit kuih ke apa ke..hmm...kalau larat..Mintak2 jadi...
Tak tau lagi bila nak sambung shopping2 raya ni..masih ada lagi yang belum beli dan lengkap...baju Nora terutamanya..hmm alahai...

Melayan Kerenah Si bongsu (Pameran Pedang Rasullullah saw di Pusat Kesenian Islam, Shah Alam)

Hari Sabtu lepas, Nora cadang nak masak something special sbb semua ada kat rumah kecuali si Alongnya. Tapi pepagi hubby cakap nak pergi Kota Damansara sebab nak daftar PATI. Kena tunggu dia balik baru pergi beli barang2 nak masak. Alamak...cancel plan sbb takut hubby balik lambat. Nora rendam kacang soya, ingat nak buat air soya dan taufu fah. Tup tup hubby balik lepas zohor, anak bongsu Nora, Haikal, ajak pergi Pameran Pedang Rasullullah saw di Shah Alam. Babanyapun melayanlah si kecik dia..hmmm..maka terpaksalah Nora simpan dalam peti sejuk kacang soya yang telah direndam dan cancel semua plan nak memasak. Belilah jawabnya..Nora pergi bertiga saja sbb yang lain tengah study (alhamdulilah)..sbb dah dekat nak PMR dan SPM. Jadi si abang tgh serious mengajar si adik..
Kelakarnya, sibabanya yang kata expert jalan2 kt SA, asyik tersilap masuk jalan ker nak ke sana. Tawaf SACC dua kali..dahlah jammed, orang sikit punya ramai..almaklumlah shopping raya..padahal Pusat Seni tu kt sebelah Masjid negeri jer..babanya yang tersilap jalan..hehehe..ngantukle tu...pepagi dah keluar..balik terus layan kerenah si bongsu..
Masuk dewasa RM10, kanak 2 RM 5..orang tak berapa ramai. Tapi teruja melihat pedang2 kat situ terutama satu pedang Rasulullah yang seberat hampir 5 kilo. Berat tuu..Walaupun replika, tetapi mutu keseniannya mmg cantik..mmg kelas dibuat ketika zaman nabi dulu. Kagum betul. Namun dalam banyak benda yang dipamer, hati Nora paling tersentuh , org putih kata"touching" bila tengok rumah Nabi Muhammad. Kecil tetapi penuh dgn cerita. Duduk disitu Nora membayangkan keadaan hidup di rumah yang sekecil itu..mmg kalau dibandingkan dgn rumah sekarang, org akan cakap tidak selesa tetapi rumah itu begitu istemewa hingga Norapun tak boleh nak cerita macamana..sbb sayu sangat..terutama ruangan tempat anak Nabi Muhammad, Fatima Al zahara dilahirkan..kecil sangat..bayangkanlah bagaimana Khadijah, isteri nabi, melahirkan puterinya di kawasan sebesar itu..lebih kurang 3 x 6 kaki saja..
Lain2nya dipamerkan seni khat dan lukisan2 berdasarkan seni khat, mmg cantik sangat. tak rugi datang, sekurang2nya dapat pelajari sesuatu hari ini..alhamdulilah. Tapi sayang..tak dapat nak ambil gambar banyak2 sebab dilarang mengambil gambar. Nipun Nora curi2 ambil ( hehehe..dosa tu..nak2 di bulan mulia ni..)

So..lepas tu..?? Apalagi..shopping untuk berbuka puasalah pulak..kat mana nak beli juadah yea..sana sini org ramai, Kompleks PKNS, Stadium..semua sesak..last2 hubby bawak ke seksyen 16 jer. lapang sikit tak ramai orang. Nora belikan favourite anak2 Nasi Lemak Kukus Ayam berempah sambil menambah kuih2 seperti Puteri Ayu, Puding Jagung dan laksa (untuk Nora dan anak bongsu Nora tulah..kongsi satu bungkus jer). Hubby pulak nak makan popiah basah dan air cendol. Anak pulak nak air kelapa..cukuplah..alhamdulilah rezeki berbuka Sabtu tu...ingat nak beli durian sbb sebelum pergi membeli juadah berbuka, nampak ada org jual durian. Balik aje, dah tak de..hmmm..tak dapat jugak..tak pelah mungkin bukan rezeki hari tu...

Al Quran tulisan tangan

Pantang tengok komputer..

Akhirnya Si Zafri Haikal Sabri ni dapat memenuhi hajatnya nak ke pameran ini...
Maknya..tak lepas peluang berposing..

anak siapa ni???..comel sesangat..Nora jd "baby sitter" terjun, mak ayahnya(warga iran) sembahyang

hmmm..ralit nampak?..

Saturday, August 6, 2011

Roti John Kuih Ketayap...



Ini antara menu berbuka Nora semalam. Atas permintaan hubby, dia nak makan Roti John. Bahan2nya dah dibeli sejak hari Khamis lagi. Memandang hari sebelumnya anak2 nak makan pizza, so plan nak buat Roti John tertunda ke hari semalamnya iaitu Jumaat 5/8. Nak tambah juadah, Nora buat kuih ketayap atau kt tempat Nora panggil, kuih gulung. Kali ni Nora cuba buat corak2 sikit. Dah pernah nampak ramai rakan2 kt KR di FB buat corak kt kuih ketayap @ kuih gulung ni. Buat tak banyak, sekadar melengkapkan hidangan. Lagipun pizza lebihan hari sebelumnya masih ada lagi. Nora dah sejuk bekukan, so reheat kt microwave saja. Sebelum berbuka, hubby balik bawa "roasted ayamas" pemberian kawan kt office dia sempena genap sebulan anaknya. Biasalah kaum Cina selalu bagi macam tu..ada kuih angku dan telur merah lagi. Mula2 ragu2 nak makan tetapi ini set dari ayamas. Ayamas ni halal. so bolehlah makan..cuma tak minat kuih angkunya, tasteless..telur merah tu biasalah..rasa telur rebus biasa...

Berbalik kepada Roti John  tadi..jom kita check out resipinya yang dah lama Nora pakai..Juadah ni selalu Nora buat..terutama kalau mak Nora datang ke rumah Nora. Dia cukup gemar roti john ni...kiranya resipi wajiblah kalau dia mai rumah. Last year Nora buat rpti john ni untuk moreh di surau tempat tinggal Nora, buat pakai roti hot dog yang kecil tu..pastu bungkus satu2..alhamdulilah..berebut jugak yang mengambilnya bawak balik. ( selalunya jemaah perempuan bawak balik sbb dah kenyang)..ada jugak yang tak dapat. Kesian pulak sbb Nora buat agak2 jer ikut jumlah jemaah yang selalu datang. Tak sangka pulak ramai pulak yang datang hari tu. Macam tau2 jer Nora buat Roti John. rasa2nya tahun ni Nora nak buat lagilah bila tiba giliran Nora nanti. Kali ni buat lebih.

Kuih Ketayap @ Kuih Gulung antara juadah ku semalam. Cantik tak?..puji sendirilah beb..

Roti John versi Nora...boleh taruh salad, mayonies dan sos banyak2 ikut suka kita...

Bahan2nya:

250gm daging/ ayam cincang ( Nora pakai brand Ramly)
Serbuk lada hitam ( ikut suka)
1 labu bawang besar holland ( didadu)
Garam secukup rasa

Saute bahan2 di atas hingga daging masak. (Ketepikan)
(kalau nak letak serbuk kari daging sedikitpun boleh, ada rasa rempahnya..sedap..Nora dah pernah buat)

Sambal: boleh guna sambal tumis ikan bilis biasa atau sambal tumis udang kering.

Roti hot dog ( dalam 10), belah dua tapi jangan putus.
Telur ( dalam 10 biji)- sebiji roti, sebiji telur.
Daun sup/bawang ( dihiris halus)
Salad : Kobis dicincang halus + karot dihiris halus+ bawang besar dimayang+mayonis+ serbuk cili +sedikit garam
Gaul semua bahan.
Hiasan: Daun salad/timun hiris/tomato hiris.
Sos cili
Cara2:
Ambil mangkuk. Masukkan sedikit ( dalam 3 sudu besar ) daging tadi.
Masukkan sesudu sambal tumis. Masukkan daun bawang.
Boleh tambahkan garam atau lada hitam kalau tak mencukupi. Ikut rasa masing2.
Pecahkan dua biji telur kedalamnya. Kocok2kan.
Panaskan kuali leper ( yang selalu kita buat roti jala atasnya tu) atau pan biasa.
taruh sedikit marjerin atau minyak biasapun boleh.
Taruh adunan telur tadi di atas kuali/pan tadi dengan menuangnya secara memanjang ( segi empat tepat)
Buka roti tadi tetapi jangan putus dan tekap di atas adunan telur tadi. Tekan sikit roti tu agar melekat pada telur tadi. Kemas2kan. Boleh buat dua roti sekali gus. Api jangan terlalu kuat.
Bila masak, balikkan sekejap dan angkat.
Bolehlah ditaruh hirisan timun, tomato dan salad.
Letak diatasnya salad mayonis tadi dan picitkan sos cili diatasnya.
Lipat roti.
Dah siap...mudah jer sebenarnya. Mungkin mula2 tu agak renyah dan kelam kabut. Lama2 oklah tu..
Selamat mencuba...


Friday, August 5, 2011

Fried Penne with cheesy sauce


Ni Nora buat semalam jugak makan bersama Pizza yang Nora buat sendiri. Sosnya lebih Nora buat untuk pizza tu. Kiranya semalam Nora berbuka ala ala Western gitu...tapi airnya masih local..air soya cincau dan teh panas..hehehe..kurma tetap ada.

Buatnya tak susah, main campak2 jer..janji sedap. Anak2 Nora memang suka makan pasta ni..tak kira spagheti ke, macaroni ke, penne, fettucini, lasagne..semua diorang boleh masuk..nak nak ibunya yang buat..hehehe..

Jom tenguk apa yang Nora buat semalam..yang campak2 tu..

Inilah rupanya penne yang Nora masak main pakai apa yang ada jer..tapi sedappp...
Bahan2nya

250gm pasta penne ( direbus ikut brand yang anda guna)
150gm daging ayam ( dipotong dadu)
3-4 sosej ayam ( dipotong dadu besar2)
1 labu bawang besar ( dadu)
Cendawan butang ( dihiris kecil2)
Lada hitam kisar (ikut kepedasan sendiri)
Cili padi (hiris kecil2) jika suka
1 batang karot ( didadu)
2 batang celery ( didadu)
Daun parsley/ daun sup
5-6 sudu besar sos pasta ( Nora pakai lebihan sos Nora buat utk pizza)
Cheddar , mozarella dan cream cheese

Panaskan sos pasta. Masukkan bawang besar serta daging ayam dan sosej.
Biar ayam masak sebentar. Masukkan cendawan dan karot. Tambah sedikit air. Bira sayur masak.
Masukkan cili padi, lada hitam Gaul sos hingga rata.
Masukkan celery dan perisakan.
Masukkan semua cheese ( ikut suka nak pakai cheese mana satu, Nora pakai ketiga2nya sbb ada kt umah)
Gaul rata dan masukkan penne yang direbus.
Gaul rata dan masukkan hirisan dau parsley atau daun sup. 
Dah siap..
Selamat mencuba...



My Homemade Pizza


Lama sungguh tak buat pizza ni. Dulu rajin betul Nora buat..semenjak dua menjak ni malas pulak nak buat. Tapi bila anak2 dah mula menyuarakan..lamanya ibu tak buat pizza..tergerak hatilah pulak nak buatnya. Lupalah pulak macam mana nak buat dohnya, terpaksalah Nora cari balik resepinya. Toppingnya Nora masih ingat lagi. Sosnya Nora campur beli dgn buat sendiri. hasilnya..hmm, ;puas hati sebab boleh taruh cheese banyak2 , ikut suka kita. Seronok tengok anak2 makan panas semasa berbuka semalam. Alhamdulilah.

Ni belum masuk oven...lagi sejam nak berbuka, baru masuk oven


Dah masak..nyummy..

Yang dah masak, dari posisi dekat....saja jer nak tunjuk..hehe

Doh pizza: ( 4 pizza bersaiz 9')

4 cawan tepung roti ( tepung gandumpun boleh)
2 paket yis segera ( mauripan) @ 22gm
4 sudu besar minyak sayuran/jagung/zaiton
2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 cawan air suam @ lebih ( ikut tepungnya)

Gaul tepung dgn yis serta gula.
Masukkan minyak dan garam.
Masukkan air dan uli sampai jadi adunan lembut, rasa naik dan kenyal.(uli dalam setengah jam kalau pakai tangan).
Biarkan naik dua kali ganda.
Bahagi empat dan bulat2kan dan leperkan diatas pan atau dulang yang dioles minyak atau mentega.
Cucuk2kan dgn garfu.

Sosnya:
1 labu bawang besar holland/bombay ( didadu)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato masak ( dicelur, buang kulit dan cincang halus)
2 sudu teh lada hitam kisar ( atau lebih jika suka)
2 sudu teh atau lebih oregano ( Nora pakai mixed herbs jer sbb itu yg ada).
3 sudu besar tomato puree
***kalau nak lagi cepat, boleh pakai sos pasta segera mcm Kimball, Prego

Tumis bawang putih hingga layu.
Masukan bawang besar hingga layu.
Masukkan tomato cincang dan kacau serta biarkan hingga semuanya agak hancur sedikit.
Masukkan tomato puree dan sedikit air. Biar reneh atas api yang perlahan.
Masukkan mixed herbs dan lada hitam.
Masukkan garam dan gula.
Biar hingga masak dan tutup api.

Topping:( ini ikut suka anda tetapi yang dibawah ni adalah yang Nora buat semalam)

Cendawan bulat dalam tin( dihiris)
Nenas dalam tin ( dipotong kecil2)
Daging minced ( digoreng sebentar dgn lada hitam)
Chicken Franrukter (dihiris)
Cheddar dan Mozarella cheese
Boleh taruh lada bengala (ni Nora tak taruh sbb lupa nak beli)

Cara nak topping:
Letak sos diatas doh pizza.
Tabur cheddar cheese yang diparut.
Tabur daging, susun nenas, cendawan dan sosej. (kalau ada lada bengala, susun selang seli dgn sosej)
Tabur mozarela cheese.
Bakar dalam suhu 180 C selama 30 minit atau hingga masak ( ikut oven masing masing)
Selamat mencuba.

Thursday, August 4, 2011

Tepung bungkus ke Kuih Koci???..



Ni projek semalam untuk berbuka puasa. Tetiba jer tekak ni nak makan kuih koci. Lepas balik dari klinik semalam, Nora singgah kedai beli kelapa parut dan daun pisang. Mak datuk..kelapa naik harga lagi...semalam beli, sebiji RM 2.30. Nak buat camne, beli jugaklah..kuih koci punya pasal.

Balik rumah, tengah2 duduk..tetiba jer teringin pulak nak makan tepung bungkus @ puteri dua sebilik. Mana satu ni? Fikir2 punya fikir..ahhh..buatlah kedua2nya sekali. Masa uli tepung pulut tu..terlintas dikepala Nora..hahhh..gabungkan jer dua2 tu..tepung bungkus pun ye..kuih kocipun yea..Maka jadilah kuih ni yang..tepung pulutnya  besar sikit jer dari bola pingpong, pastu taruh tepung beras yang dah dimasak... bungkus, dgn daun pisang, pastu siap. Kali ni Nora buat eksperimen..tak payah kukus, macam kuih2 koci @ tepung bungkus yang lain..Mmg senang cara ni..Cara2 ni Nora terbaca dalam satu blog, tapi lupa nak catit siapa punya idea ni. Kalau nak ikut bolehlah..mmg cepat dan ringkas.



Inilah rupanya kuih koci @ tepung bungkus Nora. Tak sekemas orang lain buat.Janji boleh ngap. Nak resepinya? Ni Nora main agak2 jer..ikut tangan Nora jer..tapi korang adjust2lah sikit kalau tersilap yea..

Untuk inti:
1/2 biji kelapa parut putih
1 ketul gula melaka
3 sudu besar gula pasir
air dan daun pandan.
secubit garam
sesudu besar tepung gandum

Masukkan gula melaka, gula pasir dan air ke dalam kuali.
Panaskan sehingga gula larut.
Masukkan kelapa, daun pandan dan garam
Masak hingga pekat. Taburkan tepung gandum dan kacau2kan.
Tutup api dan sejukkan.

Adunan tepung beras:
150gm tepung beras
1.5 liter santan sederhana
secubit garam

satukan semua bahan, kacau di atas api sederhana sehingga pekat( macam buat bubur som2) tapi jangan terlalu pekat. Tambah santan jika aduna terlalu kental.
Ketepikan.

Adunan pulut:
250gm tepung pulut.
Air secukupnya.
Paste pandan.

Gaul semua bahan  macam buat kuih koci atau buah melaka.
Ambil tepung sebesar bola pingpong. Bulatkan dan kemudian leperkan.
Isi intinya dan buat seperti bebola.
Panaskan air. Rebuskan bebola pulut tadi macam buat buah melaka.
Bila timbul, angkat dan toskan.
masukkan kedalan adunan tepung beras tadi. Gaul2kan sehingga bebola tadi dilitupi adunan tepung kacau tadi.
Ambil dgn sudu, letak bebola pulut berserta adunan tepung beras tadi diatas daun pisang yang telah dilayurkan. Tambah2kan sikit dgn adunan tepung kacau tadi. Bungkus macam kita bungkus kuih koci, bukan yg macam tiga segi tu..tapi yang empat segi tu.
Biar atau masukkan dalam peti sejuk selama sejam atau lebih.
Boleh dihidangkan.
Selamat mencuba.

Gulai Tempoyak Ikan Patin Termeloh resepi Mak Mentua


Ni menu hari kedua berbuka puasa Nora bersama keluarga. Beli ikan patinnya hari ahad 31/7/2011, kat Pasar Sehari Termeloh, Pahang. Nora beli masa Nora pulang ke kampung suami hari Jumaat sebelumnya sebab ada kenduri menyambut puasa di sana. Kendurinya hari sabtu 31/7/2011. Menu: Nasi ayam (resepi Cik Melah , adik ipar Nora), bubur anak lebah dan tembikai. Yang bestnya, gotong royong buat bubur anak lebah..bubur ni terkenal kt kampung suami Nora. Adunannya di adun oleh my MIL. Pastu kena ayak tepungnya ke dalam periuk besar yang berisi air gula Melaka bersama santan. Ayaknya besar,my MIL yang buat sendiri ayak tu. Nora, ipar2, biras serta anak2 dan anak2 sedara gotong royong membuatnya. Meriah betul masa tu..rugi pulak sebab Nora lupa bawa kamera utk merakam detik2 tu. Betul2 had fun masa tu...

Berbalik pada ikan patin tu, lepas beli ikan patin dan talapia merah, Nora beli tempoyak dalam sebungkus RM 5,( sikit jer, dalam 1 senduk aje), daun kesum dan serai.(balik kena sound, apasal beli tempoyak sbb mak mentua ada dua tiga balang tempoyak..apalagi tapaulah sampai satu bekas besar..hehehe..thank U my beloved mak mentua..) Semuanya untuk projek nak buat kat rumah. Tapi hari Isninnya Nora tak dapat buat sebab Nora kena teman suami ke Cova Square, Kota Damansara. Balik petang. Lepas ambil anak, Nora pergi bazar ramadhan di Andalas. Punyalah ramai orang. Dari rumah dekat sejam baru sampai ke bazar tu sbb jam yang teramat2nya. Dekat 6.30petang baru dapat parking. Terpaksalah beli dgn keadaan kelam kabut. Cuma sempat beli nasi lemak kukus ayam rendang, roti bungkus popiah, tepung pelita, kurma dan air asam boi. Sampai rumah ngam2 lagi 10 minit nak berbuka. Anak2 dah suspen, ingat kena buka dgn air sejuk..hehehe...

So, projek ikan patin ni Nora buat hari Selasa, bakinya buat bersahur. Memang sedap sesangat..Nora buat ikut resepi mak mentua. Hingga menjilat jari. Isinya lembut sangat. Semua seisi rumah makan gulai ni kecuali anak Nora yg keempat Danial. Dia mmg tak makan tempoyak tapi makan durian. Anak Nora yang kedua, Syafiq pulak makan tempyak tapi tak makan durian. So terpaksalah Nora sediakan makanan lain untuk Danial.

Jom intai resepinya:


2 ekor ikan patin saiz sederhana ( dibersihkan dan dibelah2)
11-13 cili padi ( ikut suka kepedasannya)
1 batang serai dititik
seikat 50 sen daun kesum, 
1 senduk tempoyak ( boleh lebihkan jika suka, Nora lebih2kan dalam 2-3 sudu)
Bawang merah kecil dalam dua ulas, dihiris.
air secukupnya
asam keping ( jika tak cukup masam)

Tumbuk cili padi hingga lumat. Gaulkan tempoyak dgn cili tadi hingga rata.
Letakkan ikan patin dalam periuk. Lumurkan tempoyak tadi ke ikan hingga rata dan meliputi semua ikan tu.
Biar sebentar dalam 10 minit.
Masukkan serai dan bawang.
Masukkan air separas atau lebih sikit dari ikan hingga meliputi ikan tu ( atau kalau nak kuah lebih, taruh lebih air, ikut suka)Kacau2 dgn senduk perlahan hingga air dan tempoyak sebati.
Masukkan daun kesum.
Letak atas api sederhana, biar hingga mendidih. Kacau sikit2 dan perlahan2. Takut isi ikan pecah.
Masukkan garam, perisakan. Kalau tak cukup masam, tambahkan asam keping.
Biar sebentar, dan boleh dihidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...