Friday, August 5, 2011

My Homemade Pizza


Lama sungguh tak buat pizza ni. Dulu rajin betul Nora buat..semenjak dua menjak ni malas pulak nak buat. Tapi bila anak2 dah mula menyuarakan..lamanya ibu tak buat pizza..tergerak hatilah pulak nak buatnya. Lupalah pulak macam mana nak buat dohnya, terpaksalah Nora cari balik resepinya. Toppingnya Nora masih ingat lagi. Sosnya Nora campur beli dgn buat sendiri. hasilnya..hmm, ;puas hati sebab boleh taruh cheese banyak2 , ikut suka kita. Seronok tengok anak2 makan panas semasa berbuka semalam. Alhamdulilah.

Ni belum masuk oven...lagi sejam nak berbuka, baru masuk oven


Dah masak..nyummy..

Yang dah masak, dari posisi dekat....saja jer nak tunjuk..hehe

Doh pizza: ( 4 pizza bersaiz 9')

4 cawan tepung roti ( tepung gandumpun boleh)
2 paket yis segera ( mauripan) @ 22gm
4 sudu besar minyak sayuran/jagung/zaiton
2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 cawan air suam @ lebih ( ikut tepungnya)

Gaul tepung dgn yis serta gula.
Masukkan minyak dan garam.
Masukkan air dan uli sampai jadi adunan lembut, rasa naik dan kenyal.(uli dalam setengah jam kalau pakai tangan).
Biarkan naik dua kali ganda.
Bahagi empat dan bulat2kan dan leperkan diatas pan atau dulang yang dioles minyak atau mentega.
Cucuk2kan dgn garfu.

Sosnya:
1 labu bawang besar holland/bombay ( didadu)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato masak ( dicelur, buang kulit dan cincang halus)
2 sudu teh lada hitam kisar ( atau lebih jika suka)
2 sudu teh atau lebih oregano ( Nora pakai mixed herbs jer sbb itu yg ada).
3 sudu besar tomato puree
***kalau nak lagi cepat, boleh pakai sos pasta segera mcm Kimball, Prego

Tumis bawang putih hingga layu.
Masukan bawang besar hingga layu.
Masukkan tomato cincang dan kacau serta biarkan hingga semuanya agak hancur sedikit.
Masukkan tomato puree dan sedikit air. Biar reneh atas api yang perlahan.
Masukkan mixed herbs dan lada hitam.
Masukkan garam dan gula.
Biar hingga masak dan tutup api.

Topping:( ini ikut suka anda tetapi yang dibawah ni adalah yang Nora buat semalam)

Cendawan bulat dalam tin( dihiris)
Nenas dalam tin ( dipotong kecil2)
Daging minced ( digoreng sebentar dgn lada hitam)
Chicken Franrukter (dihiris)
Cheddar dan Mozarella cheese
Boleh taruh lada bengala (ni Nora tak taruh sbb lupa nak beli)

Cara nak topping:
Letak sos diatas doh pizza.
Tabur cheddar cheese yang diparut.
Tabur daging, susun nenas, cendawan dan sosej. (kalau ada lada bengala, susun selang seli dgn sosej)
Tabur mozarela cheese.
Bakar dalam suhu 180 C selama 30 minit atau hingga masak ( ikut oven masing masing)
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...