Thursday, August 4, 2011

Gulai Tempoyak Ikan Patin Termeloh resepi Mak Mentua


Ni menu hari kedua berbuka puasa Nora bersama keluarga. Beli ikan patinnya hari ahad 31/7/2011, kat Pasar Sehari Termeloh, Pahang. Nora beli masa Nora pulang ke kampung suami hari Jumaat sebelumnya sebab ada kenduri menyambut puasa di sana. Kendurinya hari sabtu 31/7/2011. Menu: Nasi ayam (resepi Cik Melah , adik ipar Nora), bubur anak lebah dan tembikai. Yang bestnya, gotong royong buat bubur anak lebah..bubur ni terkenal kt kampung suami Nora. Adunannya di adun oleh my MIL. Pastu kena ayak tepungnya ke dalam periuk besar yang berisi air gula Melaka bersama santan. Ayaknya besar,my MIL yang buat sendiri ayak tu. Nora, ipar2, biras serta anak2 dan anak2 sedara gotong royong membuatnya. Meriah betul masa tu..rugi pulak sebab Nora lupa bawa kamera utk merakam detik2 tu. Betul2 had fun masa tu...

Berbalik pada ikan patin tu, lepas beli ikan patin dan talapia merah, Nora beli tempoyak dalam sebungkus RM 5,( sikit jer, dalam 1 senduk aje), daun kesum dan serai.(balik kena sound, apasal beli tempoyak sbb mak mentua ada dua tiga balang tempoyak..apalagi tapaulah sampai satu bekas besar..hehehe..thank U my beloved mak mentua..) Semuanya untuk projek nak buat kat rumah. Tapi hari Isninnya Nora tak dapat buat sebab Nora kena teman suami ke Cova Square, Kota Damansara. Balik petang. Lepas ambil anak, Nora pergi bazar ramadhan di Andalas. Punyalah ramai orang. Dari rumah dekat sejam baru sampai ke bazar tu sbb jam yang teramat2nya. Dekat 6.30petang baru dapat parking. Terpaksalah beli dgn keadaan kelam kabut. Cuma sempat beli nasi lemak kukus ayam rendang, roti bungkus popiah, tepung pelita, kurma dan air asam boi. Sampai rumah ngam2 lagi 10 minit nak berbuka. Anak2 dah suspen, ingat kena buka dgn air sejuk..hehehe...

So, projek ikan patin ni Nora buat hari Selasa, bakinya buat bersahur. Memang sedap sesangat..Nora buat ikut resepi mak mentua. Hingga menjilat jari. Isinya lembut sangat. Semua seisi rumah makan gulai ni kecuali anak Nora yg keempat Danial. Dia mmg tak makan tempoyak tapi makan durian. Anak Nora yang kedua, Syafiq pulak makan tempyak tapi tak makan durian. So terpaksalah Nora sediakan makanan lain untuk Danial.

Jom intai resepinya:


2 ekor ikan patin saiz sederhana ( dibersihkan dan dibelah2)
11-13 cili padi ( ikut suka kepedasannya)
1 batang serai dititik
seikat 50 sen daun kesum, 
1 senduk tempoyak ( boleh lebihkan jika suka, Nora lebih2kan dalam 2-3 sudu)
Bawang merah kecil dalam dua ulas, dihiris.
air secukupnya
asam keping ( jika tak cukup masam)

Tumbuk cili padi hingga lumat. Gaulkan tempoyak dgn cili tadi hingga rata.
Letakkan ikan patin dalam periuk. Lumurkan tempoyak tadi ke ikan hingga rata dan meliputi semua ikan tu.
Biar sebentar dalam 10 minit.
Masukkan serai dan bawang.
Masukkan air separas atau lebih sikit dari ikan hingga meliputi ikan tu ( atau kalau nak kuah lebih, taruh lebih air, ikut suka)Kacau2 dgn senduk perlahan hingga air dan tempoyak sebati.
Masukkan daun kesum.
Letak atas api sederhana, biar hingga mendidih. Kacau sikit2 dan perlahan2. Takut isi ikan pecah.
Masukkan garam, perisakan. Kalau tak cukup masam, tambahkan asam keping.
Biar sebentar, dan boleh dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...