Ni breakfast merangkap lunch Nora semalam 19/6/2011. Memandangkan hubby nak keluar pagi ada majlis sambutan hari guru kt hotel dan kemudian ada mesyuarat Pibg so Nora buat sarapan yang berat sikit. Nora buat banyak sikit sebab boleh langsung ke tengahari. Hubby gerenti tak makan kat rumah, lunch kt majlis tu..jadi masa tu Nora boleh buatkan kek utk hari bapa utk hubby. Anak2pun tak kisah sbb diaorangpun selalu bangun lewat hujung minggu. Jadi jom layan nasi lemak kukus ni. Nora buat makan dengan sambal sotong kering, ikan bilis goreng, telur mata lembu ke kerbau?...hirisan timun..anak2 nak ayam goreng berempah tapi malaslah pulak..jadi Nora suruh makan apa yang ada..hehe
5 cawan beras
santan secukupnya
garam
daun pandan
Basuh beras dan letak dalam loyang. Kukus dalam 10 minit .
Keluarkan dan rendam beras dgn air sejuk. Tujuannya adalah utk emmanjangkan beras. Biar sekurang2nya 4 jam atau lebih.
Buang air dan kukus kembali dalam 20 minit.
Keluarkan dan gaul dgn santan yang ditaruh garam. Gaul rata. Biarkan selama 10 minit supaya santan dapat meresap ke dalam beras.
Kukus kembali, taruh daun pandan dan lubang2kan agar masak serata. Boleh taruh halia atauy bawang hiris kalau suka.
Kukus hingga masak.
Nasi lemak kukus ni berderai dan yang penting tak hangus di bawahnya.
Boleh dihidang dgn sambal tumis ikan bilis/udang/sotong atau apa2 sahaja yang anda sukai.
Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts
Monday, June 20, 2011
Monday, April 11, 2011
Nasi Ayam Penyet
Semalam operasi membuat nasi ayam penyet..dah cuba makan ayam penyet kt dua tiga kedai, hanya satu kedai yang memenuhi selera, kt Seksyen 2, Shah Alam..so, teringin nak buat sendiri. Nasib baik Kongsi resepi ada share resepi dari MYR. So apalagi..setelah berpeluh2 kt dapur menyiapkan bahan terutama bahan sambalnya, akhirnya pada 2.30 petang baru dapat makan. Boleh tahanlah resepinya terutama sambalnya..lainkali boleh buat lagi tapi nak ubah sikit sambalnya, nak taruh bagi lagi pedas..lagi pedas lagi bagus...hmmm...puas hati.
Bahan untuk ayam penyet :
Seekor ayam dibelah lapan ( rebus dan toskannya. Simpan air rebusan ayam)
3 sudu besar ketumbar biji ( sangai dan tumbuk)
1/2 sudu besar jintan manis ( sangai dan tumbuk)
1 sudu besar rempah ayam/daging
1 sudu besar serbuk kunyit
3 ulas bawang putih ditumbuk
3 cm halia ditumbuk
Sedikit air
1 sudu kecil garam
minyak utk menggoreng
Masuk semua bahan kecuali minyak ke dlm pengisar. Kisar hingga halus.
Lumur pada ayam dan perap semalaman.
Bahan kisar berlebihan boleh disimpan utk menggoreng tauhu dan tempe.
Sebelum menggoreng ayam, golek2kan ayam pada tepung beras.
Goreng hingga masak dan garing. Ketuk2 sebelum dihidang.
Untuk sambal:
Sedikit minyak masak
10 batang cili merah
10 biji cili padi
10 biji bawang besar(hiris)
5 biji tomato (potong 4)
sedikit belacan
2 sudu besar atau lebih ikan bilis (goreng)
sedikit gula merah
Tumis bawang merah,cili merah, cili padi. Bila layu, masuk tomato, gaul rata dan tutp api.Biar sejuk.
Blend atau tumbuk kasar semua bahan.
Tumiskan kembali bhn tadi dan perisakan dgn gula merah serta garam. Boleh taruh daun limau purut.
Angkat.
Untuk nasi ayam
3 cawan beras( cuci dan tos)
3 ulas bawang putih( ditumbuk)
3 in halia ( ditumbuk)
1 btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam dan kiub pati ayam
air rebusan ayam
Panaskan butter. Tumis bahan tumis. Masukkan bawang dan halia. Tumis hingga naik bau dan masukkan beras. Kacau 3-5 minit.
Masukkan kedalam periuk nasi letrik..
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam.
Kacau dan biarkan nasi masak seperti biasa.
Untu sup:
Lebihan air rebusan ayam tadi dipanaskan serta di masukkan sup bunjut.
Perisakan. Hias dgn daun sup.
Tempe dan tauhu di goreng dgn rempah lebihan perap ayam.
***hidang dgn berbagai ulam kesukaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


