Showing posts with label pasta. Show all posts
Showing posts with label pasta. Show all posts
Monday, December 12, 2011
Spaghetti Tuna Dan Daun Selasih.
Resepi ringkas ni Nora sediakan untuk makan malam Nora dan anak bongsu Nora . Hubby dan anak2 pergi makan kenduri kat rumah jiran (tahlil..lelaki sahaja..huhuhu). Senang jer buatnya..campak apa saja bahan2 yg ada..siap
1/2 peket spaghetti ( di rebus al dente)
2 ulas bwg putih dicincang
1 biji bwg besar holland (didadu0
4 biji cili padi ( dihiris)
1 tin tuna ( chili)
1 biji tomato ( didadu)
Daun selasih
Lada hitam dan bhn perasa.
Tumis bawang putih.
Masukkan bawang besar. Tumis hingga layu.
Masukkan tomato. Kacau2kan.
Masukkan cili padi.
Masukkan tuna. Gaul rata.
Masukkan serbuk lada hitam dan bahan perasa.
Masukkan spaghettu. Gaul rata.
Sebelum diangkat, masukkan daun selasih. Gaul2kan sekejap dan angkat.
Boleh dah makan..:o)
Sunday, December 11, 2011
Makaroni Bakar
Makaroni bakar ni Nora buat untuk minuman petang merangkap makan malam (bagi Noralah..). Kenyang makan ni so tak payah nak dinner2 lagi. Buatnya mudah..main campak2 jer, ikut suka kita sbb kalau masakan macam ni kita tak payah ikut sukatan atau resepi sangat. Kecuali akalu kek dan biskut. Itu kena ikut betul sbb sukatan mempengaruhi texture kek dan biskut kita. Kalau masakan yang main tumis2 dan bakar macam ni, ikut suka kitalah nak taruh apa...
Buat ni atas permintaan anak2. Kata mereka, lama tak makan makaroni bakar. Memandangkan macaroni yang lebih buat sup dulu ada lagi ( sebelum ianya rosak), Norapun mulalah operasi. Buatnya tak lama kalau kita dah tahu macamana nak buatnya. Main campak2 jer. Jom tinjau resepi campak2 Nora. Kalau ada yang rasa tak sesuai..bolehlah diabaikan atau nak tambah apa2 ke...ikut sukalah yea...
Bahannya:
259gm macaroni( tak kralah brand apa) direbus hingga masak
200gm isi ayam atau daging ( kalau nak lebihpun boleh)
3 ulas bawang putih didadu/cincang
2 ulas bawang besar didadu
1/2 in halia dikisar
2 sudu makan rempah kari daging
3 sudu besar sos tomato/ tomato puree
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 batang lobak merah dihiris halus
cendawan shitake ( dihiris memanjang) kuantiti ikut suka.
1 batang seleri
4 biji telur
1/2 cawan susu segar/cair/cream
sedikit serbuk lada hitam
bahan2 perisa
Daun sup dan cili hiris untuk hiasan.
Tumis bawang merah,bawang putih dan halia
Masukkan rempah kari dan kacau hingga rempah masak. Tambahkan sedikit air.
Masukkan daging ayam atau daging tadi. Kacau2 dan biar ayam atau daging masak.
Masukkan sos2 dan kacau lagi.
Masukkan lobak ,cendawan dan celeri.Gaul rata.
Masukkan macaroni rebus tadi. Kacau rata2.
Tambahkan bahan perisa.
Angkat dan letak ke dalam acuan pembakar yang digirs dgn sedikit mentega.
Pukul telur ringan. Masukkan garam dan sedikit serbuk lada hita( taruh garam sedikit jer sbb macaroni tadi dah ditaruh perasa. Agak2 jerlah.Masukkan susu tadi, Kacau2kan dan tuang diatas macaroni tu tadi.
Tabur daun sup dan cili hiris.
Bakar pada suhu 180C selama 40 minit atau hingga masak.
Boleh dihidangkan dan makan dgn sos mayonis atau sos cili.
Saturday, October 15, 2011
Macaroni Soup
Entah kenapa semalam malas nak makan nasi. Bukan apa..puas nak memikirkan apa nak masak lauk dan sayur untuk hidangan makan tengahari. Anak2 pulak dua org tak pergi sekolah.,.mencutikan diri mereka sendiri dan nak makan cepat sebab nak pergi sembahyang jumaat. Belek punya belek...ahh..teringin pulak makan macaroni soup. Bahan2 pulak ada. Apalagi, main campak2 jerlah..hasilnya..hmm..macaroni soup pedas.
Anak2 Nora mmg hantu pasta...buatlah apa yang berkaitan dgn pasta..sekejap jer habis seperiuk. Memandangkan si hubby ni kurang sikit bab2 pasta ni kecuali lasagne..maka Nora buat tak banyak, cukup untuk kami 5 beranak. Malamnya lain kira...tapi dah ada dalam kepala otak ni..nak masak Laksa Nyonya..
Jom tinjau2 resepi campak2 Nora ni:
250gm macaroni ( di rebus ikut brandnya dan ala dante) ini kalau nak cepat. Kalau Nora, Nora masukkan kedalam sup tu jer..lagi sedap
3 ulas bawang putih ( dadu atau cincang)
1 ulas bawang besar ( dadu atau cincang)
1 tin kecil tomato paste/ soup
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 inci halia ( dimayang atau cincang)
Chicken stock/granules
1 kuib sup bunjut
1 atau lebih sudu besar lada hitam
cili padi (ikut suka) dititik
2 biji tomato sederhana ( dibelah 6)
Cendawan butang/shitake/tiram ( dibelah 4 )
1 batang celery ( dipotong kasar)
1 keping dada ayam ( di hiris atau dadu- ikut suka)
Udang basah ( ikut suka berapa banyak nak taruh)
Chicken ball ( ikut suka)
Daun sup (hiris)
Air
CARA;
Tumis bawang merah , putih dan halia hingga layu sedikit.
Masukkan ayam dan udang. Kacau sebentar.
Masukkan tomato paste/soup. Kacau lagi
Masukkan sos cili dan tomato serta lada hitam
Masukkan stok ayam atau kalau pakai granules atau kiub ayam, masukkan air secukupnya dan kiub ayam
Masukkan kiub sup bunjut.
Kacau dan biar sebentar.
Masukkan macaroni (yang belum di rebus lagi..kalau dah rebus, jgn masukkan lagi)
Biar hingga macaroni masak.
Masukkan cendawan dan cili padi ( jika suka)
Masukkan chicken ball dan celery.
Kalau pakai macaroni yang telah direbus, masa nilah masukkannya.
Masukkan tomato belah.
Perisakan dgn garam dan gula.
Masukkan daun sup, kacau2 dan tutp api.
Boleh dihidangkan...
****sukatannya main agak2 jer..bahan2pun ikut suka kita nak taruh apa. Ni cuma guide line jer...
Friday, August 5, 2011
Fried Penne with cheesy sauce
Ni Nora buat semalam jugak makan bersama Pizza yang Nora buat sendiri. Sosnya lebih Nora buat untuk pizza tu. Kiranya semalam Nora berbuka ala ala Western gitu...tapi airnya masih local..air soya cincau dan teh panas..hehehe..kurma tetap ada.
Buatnya tak susah, main campak2 jer..janji sedap. Anak2 Nora memang suka makan pasta ni..tak kira spagheti ke, macaroni ke, penne, fettucini, lasagne..semua diorang boleh masuk..nak nak ibunya yang buat..hehehe..
Jom tenguk apa yang Nora buat semalam..yang campak2 tu..
![]() |
| Inilah rupanya penne yang Nora masak main pakai apa yang ada jer..tapi sedappp... |
Bahan2nya
250gm pasta penne ( direbus ikut brand yang anda guna)
150gm daging ayam ( dipotong dadu)
3-4 sosej ayam ( dipotong dadu besar2)
1 labu bawang besar ( dadu)
Cendawan butang ( dihiris kecil2)
Lada hitam kisar (ikut kepedasan sendiri)
Cili padi (hiris kecil2) jika suka
1 batang karot ( didadu)
2 batang celery ( didadu)
Daun parsley/ daun sup
5-6 sudu besar sos pasta ( Nora pakai lebihan sos Nora buat utk pizza)
Cheddar , mozarella dan cream cheese
Panaskan sos pasta. Masukkan bawang besar serta daging ayam dan sosej.
Biar ayam masak sebentar. Masukkan cendawan dan karot. Tambah sedikit air. Bira sayur masak.
Masukkan cili padi, lada hitam Gaul sos hingga rata.
Masukkan celery dan perisakan.
Masukkan semua cheese ( ikut suka nak pakai cheese mana satu, Nora pakai ketiga2nya sbb ada kt umah)
Gaul rata dan masukkan penne yang direbus.
Gaul rata dan masukkan hirisan dau parsley atau daun sup.
Dah siap..
Selamat mencuba...
Subscribe to:
Posts (Atom)






