Saturday, February 18, 2012

Pandan Kaya Cupcakes With Coconut Crumble


Cupcakes ni memang marvellous..cehh..puji sendiri. Tapi memang terbaik..sedap sesangat bagi pengemar kelapa kering. Rasanya lemak2 manis memang membuka selera terutama time tengah dibakar. Wanginya semerbak satu rumah hingga hubbypun tak tertahan. Makan panas2 sekali 3 ketul. Anak anak apalagi puji sakan. Terangkatlah jugak. Tak percaya...cuba buat..tak rugi...

Resipi ni sebenarnya Nora ambil ketika menonton MHI di TV3 tempoh hari. Chef Anuar buat Blueberry crumble cupcakes. Nampak dia buat memang sedap sangat, nak2 tgk pengacara Ally Iskandar dan Raihan makan cupcakes tu. Berkobar2 nak buat tapi blueberry filling pulak tak ada. Malasnya nak ke bakery. Nak suruh anak2, sibuk memanjang dgn aktiviti diorang. Kata Chef Anuar, kita boleh buat ikut apa yg ada kat rumah kita. Janji ada basic resipi cupcakes tu..yg lain pandai2lah sendir. So..Norapun pandai2lah sendiri, ubah ikut apa bahan yang ada dlm stok kat rumah. Yang ada kelapa kering. Kebertulan ada kaya. Hmmm..apalagi operasilah...alhamdulilah..menjadi..syukur ke hadrat Allah swt kerana seisi keluarga suka sesangat...
Jom...Nora nak kongsi resipi ni supaya kita sama2 dapat buat dan buat keluarga kita happy...resipi yang sangat mudah, sekejap jer dah siap...


Bahan untuk cupcakes:
250gm mentega/ marjerin
200gm gula kastor (boleh kurangkan)
4 biji telur B
100gm tepung kek
150gm tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder
( atau kesemuanya tepung gandum 250gm + 8gm b.powder)
1 sudu teh perisa pandan
1 sudu teh pewarna pandan/ hijau
Jam kaya gula hangus/ kaya pandan

Crumble Topping:
120 gm tepung gandum yang diayak
100gm kelapa kering
120gm mentega cair
100gm gula kastor
1/2 sudu teh perisa pandan
1/2 sudu teh pewarna pandan/hijau
** Gaul semua hingga jadi serbuk roti

Caranya:
1. Pukul mentega/marjerin dengan gula hingga kembang 
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
3. Masukkan esen pandan dan pewarna. Gaul rata.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga rata. Jangan terlalu overmix.
5. Masukkan ke dalam acuan cupcakes dengan sukatan 3/4 .
6. Sudukan 1 sudu teh(atau lebih) kaya ke atas adunan.
7. Letakkan coconut crumble ke atas adunan tadi.
8. Bakar dengan suhu 180 C selama 20 minit atau hingga masak.
9. Sedap di makan panas, tambahan lagi dengan air kopi O...memang terangkat.

Selamat mencuba...





Thursday, February 16, 2012

Kek Opera @ Opera Cake for Angah..9/2/2012

Kek ni sebenarnya dah lama sesangat Nora nak buat. Dari tahun lepas lagi...bahan2nyapun Nora dah sediakan dari tahun lepas lagi( Nora simpan dalam peti sejuk..) Masa harijadi anak Nora yang kedua, Angah pada 9/2/2012 yang lalu, Nora nekad nak mencubanya. Dalam hati takut jugak, takut tak jadi. Namun alhamdulilah..keknya menjadi jugak dan sedap. Sponge keknya sedap sebab pakai badam. Tapi mousse coffeenya Nora terbuat cair sikit sebab ikut sukatannya hanya pakai 150ml sahaja tetapi memandangkan Nora beli whipping cream satu kotak 200ml, rasa sayang piulak lebihnya yg 50ml tu. Jadi Nora masuk kesemuaannya..maka terlembiklah...jgn iku Nora tau..kalau nak pakai jugak satu kotak, lebihkan coklat putih tu dalam 50gm...

Banyak juga resepi opera cake ni dalam google. Masing2 dgn cara yang tersendiri semasa membuatnya. Nora pilih resepi dari blog Citarasawan sebab rasa lebih mudah dan bahan2nya Nora ada. Ramai yang buat dlm bentuk empat segi sama atau tepat tetapi anak Nora nak keknya bulat. Maka Norapun buat bulatlah...

Resepinya (diambil dari ResipiCitarasawan.blogspot.com)

Sponge cake:  7 biji kuning telur
                      100 ml butter (dicairkan)/ minyak jagung
                      100ml susu segar
                      100gm tepung superfine atau hongkong atau tepung gandum biasa
                      200 gm serbuk badam
                      7 biji putih telur
                      170gm gula kastor
                      1/4 cream of tartar/ garam halus
Cara:
1. Pukul kuning telur, butter dan susu hingga sebati (guna mixer)
2. Masukkan tepung dan serbuk badam sedikit demi sedikit.Gaul rata dan ketepikan.
3. Pukul putih telur ,gula dan cream of tartar hingga kental dan bertanduk.
4. Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan tepung tadi secara balik kaup. Gaul sekadar rata. Jgn overmix.
5. Bahagi ke 4 bahagia. ( boleh bahagi ikut berapa lapis yang dikehendaki)
6. Bakar satu persatu dengan kepanasan 200 C selama 10-15 minit atau masak.
7. Sejukkan.

Coffee Syrup: 1 sudu instant coffee (Nora guna nescafe)
                      3 sudu besar air panas (Nora guna 5 sudu)
                      1 sudu gula kastor
                    ****Larutkan semua bahan.

Chocolate Ganache:  250gm coklat masakan yang dipotong kecil2
                                200ml whipping cream/thickened cream
                     ***Panaskan whipping cream tetapi jangan sampai mendidih. Angkat.Masukkan chocolate.            
                           Guna whisk kacau hingga choclate cair. Simpan dalam peti sejuk

Coffee Ganache   :  200gm coklat putih yang dipotong kecil2.
                              150ml whipping cream/thickened cream
                              1 sudu coffee emulco.
                        *** cara membuatnya sama seperti buat choc.ganache. Simpan dalam peti sejuk.
                               Bila nak guna, pukul dengan mixer hingga kental baru disapukan ke kek.

Cara2 melapis.
1. Ambil sekeping kek. Sapu permukaan dengan coffee syrup. Kemudian sapu dengan coklat ganache. Ratakan.
2. Letak sekeping kek diatasnya. Sapu coffee syrup dan kemudian letakkan coffee ganache.
3. Ulangi proses hingga lapis kek habis.
4. Akhir sekali, ratakan choc.ganache di atas sekali kek.
5. Simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 3-4 jam. Hias ikut suka...


                     

Friday, February 10, 2012

Rainbow Cake @ Kek Pelangi

Puas memikirkan kek apa yang nak dibuat untuk besday anak ku yang bongsu Zafri Haikal yang ke 11. Last2 aku decided nak buat kek rainbow ni memandangkan kek ni tengah famous sekarang..Ada dua tiga resepi yang Nora ada tetapi Nora pilih nak guna resepi kepunyaan Syifa@ myresipi sebab kebetulan bahan2nya Nora ada semuanya. Memandangkan Nora nak buat kek besar, jadi Nora gandakan. So kalau2 sesiapa nak buat, ikutlah resepi asal yea..guna acuan yg lebih kecil..



Resepi asal Syifa@myresipi

Bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus(Nora guna gula kastor 1 1/4 cawan)
5 biji telur B
250gm mentega
2 sudu kecil esen vanilla ( Nora tak guna)
1/2 cawan susu pekat + sedikit air(sekadar untuk mengurangkan kepekatan susu)
pewarna: kuning,oren,merah,hijau,biru dan ungu
Perisa ; nenas,oren,strawberi,pandan,vanilla dan blueberry
Hiasan: creanm cheese/mousse choc/buttercream/coklat ganache..

1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Masukkan susu. Kacau rata.
5. Bahagikan 6 bahagian sama rata dan tambahkan warna dan perisa.
6. Bakar satu persatu pada suhu 170 C selama 10 minit.
7. Sejukkan sebelum melapis.
8. Nora gunakan cream cheese untuk melapis. 250gm cream cheese + 120g mentega+ 120gm gula ising dipukul kembang.
9. Mula2 ambil lapisan ungu, sapukan cream cheese dan letakkan lapisan biru diatasnya, diikuti dgn hijau,
    merah, orange dan kuning.
10. Hias ikut kesukaan dan kreativiti masing2.

******Boleh juga kalau tak nak taruh perisa..pakai esen vanilla saja semua..(ikut suka masing2)

Wednesday, February 8, 2012

Oreo Choc ordered by Ustazah Siti Juriah



Pineapple Carrot Cake

Kek ni Nora buat atas permintaan mak Nora sebab dia nak bawak balik ke Taiping. Nak jamu kawan kawan katanya. Pagi sebelum dia nak balik tu Nora buatkan. Sebelum tu Nora tak jumpa walnut masa nak beli bahan2nya. So Nora ambil keputusan, gantikan dengan nenas. Mak Nora kata okay jer...



Resepi ni Nora ambil dari Puan Zuriani Alias. Kek dia mmg sedap tetapi Nora replaced kan walnut dengan nenas.

Bahan2:
5 biji telur
1 1/2 cawan gula kastor
1 1/2 cawan minyak sayur/jagung
280 gm tepung superfine(Nora pakai tepung gandum je)
2 sudu teh baking powder
1 1/2 teh bicar.soda
1 tin kecil nenas (Nora guna ayam brand-kuib in syrup)-dicincang
400 gm carrot parut

hiasan (jika suka)
250gm cream cheese
120gm butter
120gm gula ising
Pukul semua bahan hingga kembang

1.Pukul telur dengan gula hingga kembang
2.Masukkan minyak Pukul lagi
3.Masukkan tepung sedikit demi sekit.
4.Masukkan carrot dan nenas. Gunakan tangan saja ketika mengaulnya. Jgn overmixed.
Sekadar rata sahaja.
5. Bakar 1 jam @ hingga masak 180 C

Banana Prune Muffin

Tetiba tekak ni nak makan muffin. Kebetulan pisang masak ranum ada kat rumah. Boringlah asyik cekodok, kek pisang. Sesekali pekena muffinlah pulak. Nora ambil resipi ni dari kawan baik Nora Fina Raof, tetapi Nora ubahsuai sikit ikut apa yang ada dalam stok kat rumah. Buatnya senang aja..sekejap buat..habispun sekejap.

Resipi ni agak kurang manis. Kalau nak tambah gula, tambahlah tapi bagi Nora okay jer sebab selalunya muffin i tak manis. Cupcakes manis..



Bahan2nya..(resepi asal pakai cranberries)

2 cawan pisang yang dilenyek
1/2 cawan gula perang
2 cawan tepung gandum
1 sdb baking powder
1/2 sdt bicarbonate soda
1 biji telur A
1/2 cawan minyak sayur/jagung
1 sdt esen vanilla (Nora guna esen pisang)
1 cawan prune yang di racik2
Kekacang (opt)

1. Ayak tepung dengan b.powder dan b.soda,
2.Puku telur dan gula hingga kembang
.3. Masukkan pisang, esen pisang/vanilla dan minyak sayur.
4. Kemudaian masukkan bahan2 basah tadi ke dalam tepung sedikit demi sedikit menggunakan spactula.
5. Masukkan prune. Kacau sekadar rata, jgn overmixed.
6. Masukkan ke dalam acuan muffin dan bakar 180 C selama 20 minit @ masak.

Doorgift untuk Majlis cukur jambul dan aqiqah Waiz Muqhri Hadfizul Qadri..

Majlis cukur jambul ni dibuat sehari sebelum raya cina yang lalu. Mak ayah Waiz iaitu anak saudara sebelah suami Nora, nak bagi tetamu doorgift berwarna biru sebab anak mereka lelaki. Nora buat dua jenis, satu oreo coklat dan satu lagi kek cawan.





Lempeng Pisang Bakar

Lama betul tak update blog Nora ni. Kali ni Nora nak share salah satu makanan nbostalgia Nora masa kecil2 dulu, ketika di kampung Nora di Kampung Bikam, Sungkai Perak.

Lempeng Pisang Bakar...hmm..mendengar namanyapun dah buat Nora terasa rasa keenakkannya. Dulu kalau Nora balik kampung, arwah opah dan arwah Wan Mah selalu buat lempeng pisang bakar ni untuk sarapan pagi. Memandangkan kalau balik ke kampung tu, mesti berkumpul ramai2..sampai setandan pisang masam dibuat lempeng ni. Buat ramai2..Nora masa tu kecik tengok sajalah. Selalu dibuat menggunakan pisang masam sebab kat kampung Nora banyak pisang ni. Lepas tu dibakar dengan dapur kayu. Memang kelas betul...makan ramai ramai dan airnya air kopi O..hmm..sedapnya..rindulah pulak..terasa nak ke zaman lampau pulak...
Lagi satu makanan yang Nora teringin nak makan iaitu ikan sungai salai arwah opah. Dulu Nora selalu curi ambil dari bakul yang digantung tinggi, opah takut kucing ambil..(tetapi orang yg ambik..hehehehe). Nora ratah begitu saja..mmg sedap..ala2 satay ikan gituu...

Okaylah, jom tengok resepi ringkas tapi sedap ni...

Bahan:

seikat pisang masak ranum (apa2 pisang yang berkenan), dilenyek macam nak buat cekodok pisang
1 1/2 cawan tepung gandum
secubit garam
(boleh tambah gula kalau pisang tak manis)
Kelapa putih parut dicampur sedikit garam
Daun pisang

cara: 
1. Gaul semua bahan kecuali kelapa dan daun pisang hingga sebati.
2. Letakkan dalam 2 senduk atau lebih  adunan pisang tadi ke atas daun pisang. Rata2kan. 
3. Letakkan kelapa parut di atas dan rata2kan.
4. Lipat daoun pisang tadi. Tekan2 sikit supaya leper.
5. Bakar di dalam ovenpun boleh, atas dapurpun boleh, macam kita bakar ikan.
6. Sedap dimakan panas2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...