Wednesday, February 8, 2012

Lempeng Pisang Bakar

Lama betul tak update blog Nora ni. Kali ni Nora nak share salah satu makanan nbostalgia Nora masa kecil2 dulu, ketika di kampung Nora di Kampung Bikam, Sungkai Perak.

Lempeng Pisang Bakar...hmm..mendengar namanyapun dah buat Nora terasa rasa keenakkannya. Dulu kalau Nora balik kampung, arwah opah dan arwah Wan Mah selalu buat lempeng pisang bakar ni untuk sarapan pagi. Memandangkan kalau balik ke kampung tu, mesti berkumpul ramai2..sampai setandan pisang masam dibuat lempeng ni. Buat ramai2..Nora masa tu kecik tengok sajalah. Selalu dibuat menggunakan pisang masam sebab kat kampung Nora banyak pisang ni. Lepas tu dibakar dengan dapur kayu. Memang kelas betul...makan ramai ramai dan airnya air kopi O..hmm..sedapnya..rindulah pulak..terasa nak ke zaman lampau pulak...
Lagi satu makanan yang Nora teringin nak makan iaitu ikan sungai salai arwah opah. Dulu Nora selalu curi ambil dari bakul yang digantung tinggi, opah takut kucing ambil..(tetapi orang yg ambik..hehehehe). Nora ratah begitu saja..mmg sedap..ala2 satay ikan gituu...

Okaylah, jom tengok resepi ringkas tapi sedap ni...

Bahan:

seikat pisang masak ranum (apa2 pisang yang berkenan), dilenyek macam nak buat cekodok pisang
1 1/2 cawan tepung gandum
secubit garam
(boleh tambah gula kalau pisang tak manis)
Kelapa putih parut dicampur sedikit garam
Daun pisang

cara: 
1. Gaul semua bahan kecuali kelapa dan daun pisang hingga sebati.
2. Letakkan dalam 2 senduk atau lebih  adunan pisang tadi ke atas daun pisang. Rata2kan. 
3. Letakkan kelapa parut di atas dan rata2kan.
4. Lipat daoun pisang tadi. Tekan2 sikit supaya leper.
5. Bakar di dalam ovenpun boleh, atas dapurpun boleh, macam kita bakar ikan.
6. Sedap dimakan panas2...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...