Friday, December 16, 2011

My homemade Apple Pie


Hmm..yummy...Petang ini Nora buat Apple Pie untuk minum petang. Semenjak terlihat Paula Deen buat apple pie dua tiga hari lalu di rancangannya di Food Network Channel, teringin pulak nak buat. Seronok tengok Paula anyam2 atas pie tu. Nampak cantik dan berseni..

Norapun google resepi apple pie dan lihat macam2 cara nak buat apple pie ni. Hasil belek2, selidik2..maka Nora buat ikut Noralah..hasil campur semua resepi yang Nora ada. Alhamdulilah..rasanya pun ok dan sedap..
Jadi Nora nak share dengan sesiapa yang sudi nak buat...


Untuk pastry crust, Nora guna

200gm mentega (sejuk)
3 1/2 cawan tepung halus/gandum (ayak)
sedikit garam
air sejuk (dari peti sejuk)

Gaul dan ramas tepung dan mentega hingga jadi seperti serbuk roti.
Renjis2kan air sejuk, uli sekadar pastry boleh dikepal. Jangan terlebih uli.
Bahagi dua. Satu simpan dalam peti sejuk.
Canai satu bahagiam. Letak dalam acuan pie. ( Nora guna acuan bersaiz 9 in)
Masukkan sebentar dalam peti sejuk.

Filling:
7 biji epal muda (granny smith) dibuang kulit, empulur dan hiris. (boleh didadu)
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh serbuk buah pala
 Gaul gula dan serbuk kayu manis serta buah pala.
Masukkan epal. Gaul rata.
Ketepikan.

Crumble:
50gm mentega
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula perang

Gaul semua bahan hingga jadi seperti serbuk roti

Cara satukan:
Masukkan epal tadi ke pastry crust. Tabur crumble rata2.
Ambil pastry yang satu bahagia tadi.
Canai dan kelar memanjang.
Susun di atas pie tadi seperti menganyam tikar. Buat hingga habis
Sapu bahagian atas dgn kuning telur.
Bakar 170 C selama 40 minit atau hingga masak

Ni sebaik dikeluarkan dari oven. Tunggu sejuk.

Rupa lepas sejuk dan dikeluarkan dari acuan

Apple Dutch Cake


Resepi ni dah lama Nora buat. Kini Nora nak share dengan semua orang yang berminat. Nora lupa mana Nora dapat resepi ni tetapi yang pasti dari salah satu rancangan masakan di Astro 703..kalau tak silap Anna Olson, rancangan Sugar atau anak saudara Nora panggil rancangan kencing manis...:)

Buatnya simple je tetapi memang sedap...bagi pengemar epal muda..

Bahan2nya:
 2 biji telur
175 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
175gm butter
175ml susu segar
4-5 biji epal granny smith ( dibuang kulit, buang empulur dan potong 12)
125gm tepung gamdum*
2 1/4 sudu teh baking powder*
secubit serbuk kulit kayu manis*
* ayak
Strawberry atau blueberry (pilihan)

Alas acuan pembakar dgn baking paper.(sebolehnya acuan 4 segi 7")
Atur strawberry yamg di belah dua. Ini pilihan. Kalau tak nak letakpun tak apa.
Cairkan butter dan susu. Ketepikan.
Pukul telur,gula dan esen vanilla sehingga kembang dan "fluffy"
Masukkan butter dan susu tadi. Pukul lagi.
Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit kedalam adunan telur tadi secara balik kaup (fold in) menggunakan senduk kayu.
Taruh adunan ke dalam acuan.
Atur epal di atasnya hingga penuh. Tabur juga berries/kismis/kekacang (jika suka)
Bakar 170 C selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan sebentar sebelum keluarkan kek dari acuan.
Tabur gula ising di atasnya.
Potong 4 segi kecil macam potong brownies.
Boleh dimakan dgn fresh cream, aiskrim atau whipping cream.

Thursday, December 15, 2011

Layang Layang Bertali Kaca- karya Norhayati Berahim


Kali ini Nora nak bercerita tentang novel yang baru Nora baca, Layang Layang Bertali Kaca karya hebat Norhayati Berahim. Novel setebal 922 mukasurat ini memang menarik dan best. Jalan cerita dan penyudahnya teramatlah Nora suka. Memang semua karya Norhayati Berahim ni memang hebat. Kerana itulah Nora jarang beli novel lain melainkan NB dan RAM sebab kedua2nya selalu memberi kelainan dan kepuasan dalam membaca buku2 karya mereka. Maaf cakaplah..kebanyakan penulis2 sekarang banyak menulis cerita2 yang baru baca sikit saja dah tahu penyudahnya dan selalunya apa yang kita sangka mesti betul. Itu yang tak bestnya...Berbeza dengan NB dan RAM..memang susah nak agak penyudahnya...Apa2pun itu pendapat Nora..lain orang lain pendapatnya...

Biarlah Nora cerita serba sedikit mengenai novel ini. Ianya berkisar tentang Manja seorang anak orang berada yang sedari kecil hidupnya dikongkong oleh ayahnya yang begitu tegas terhadapnya. Kesian anak kecil ini bila apa ingin dilakukan terpaksa dilakukan secara curi2 termasuk bermain layang2...
Kehidupannya berubah bila dia berkeras ingin melanjutkan pelajarannya ke luar negara kerana dgn cara ini dia dapat lari dari kongkongan ayahnya. Pertemuan dgn Zakiah membuka matanya pada banyak perkara seperti agama, cara hidup dan berdikari. Namun pada awalnya perubahan itu tidak menyenangkan ayahnya tetapi akhirnya dapat menerima dgn baik perubahan anaknya.

Dalam novel ini juga ada mencerita kenapa ibu dan ayahnya berpisah, serta penjelasannya. Cerita tentang Pak Jusoh, pemandunya yang begitu setia menemani dan memenuhi segala permintaannya walaupun secara curi2 sehinggalah dia diberhentikan kerja. Cerita rumah perlindungan anak2 gadis yang terlanjur serta kisah cintanya dengan Azmin, seorang anak muda yang sebenarnya sebenarnya rakan bermain layang layangnya.

Juga diselit kisah ibu saudara serta sepupunya Tengku Syamsul yang berniat jahat dengannya serta bapa tirinya yang bergelar seorang doktor.

Slot yang paling menarik ialah ketika Manja menyamar menjadi Maneesa untuk melamar kerja sebagai orang gaji Azmin semata2  untuk menjaga dan merawat mak Azmin yang menghadapi tekanan mental akibat perbuatan ayah Azmin seorang ahli politik bergelar datuk yang berkahwin lain tanpa pengetahuannya.

Penyudahnyapun memang memuaskan. Perkahwinannya dgn Azmin, pertemuannya kembali dengan orang2 yang tersayang dan paling mengemparkannya pernikahan rakannya Zakiah dengan Tengku Syamsul..

Kalau nak tahu lebih lanjut..baik beli dan baca buku ni. Tak rugi dijadikan koleksi.  Nora memang rekomen buku ni pada semua..

Tanamkan semangat membaca di jiwa anda...

Wednesday, December 14, 2011

Red Velvet Cuppies



Ini di antara Red velvet cuppies yang Nora buat untuk tempahan. Resepinya sama dengan resepi kek red velvet.  Ianya juga boleh dibuat atau diletak fondant. Terpulang pada masing2..

Ini red velvet yang Nora letak hiasan fondant..

Kek Red Velvet


Kek Red Velvet ni ramai peminatnya. Norapun tak ketinggalan membuatnya. Mula2 buat tu susah jugaklah. Tapi setelah mencuba berkali2..bolehlah...Nora nak share resepi yang Nora ambil dari rakan FB Nora, Puteri Manja Sebenarnya ada macam2 resepi dan step nak buat kek ni tetapi Nora dah biasa guna resepi Puteri Manja, malas nak cuba yang lain.

Gambar2 ni antara yang Nora pernah buat untuk tempahan. Adalagi yang lain tetapi memandailah dua jer...Selebihnya untuk simpanan peribadi..
Jom tenguk resepi Kek Red Velvet yang lazat ni...tak rugi mancubanya..

Bahan2:
2 1/2 cawan tepung kek/ tepung gandum (tambah 2 sudu baking powder)
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar pewarna merah
1/2 cawan mentega
1 1/2 cawan gula pasir
2 biji telur gred A
2 sudu teh vanila
1 cawan buttermilk atau 1 cawan susu segar yang dibancuh dgn 1 sudu besar jus perahan lemon
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil baking powder

Topping
1. Whipping cream yang dipukul dgn gula @ yang sedia ada
2. 250gm cream cheese + 100gm mentega+ 100gm gula ising(ayak) yang dipukul kental.

Cara:
Gris loyang.
Ayak tepung bersama serbuk koko
Pukul mentega dengan gula hingga kembang
Masukkan telur satu persatu diikuti dgn esen vanilla
Perlahankan mixer. Masukkan sedikit demi sedikit tepung berselang seli dgn buttermilk.
Masukkan perwarna merah. Kacau rata.
Campurkan cuka dgn baking powder dalam satu bekas lain hingga berbuih. Cepat2 masuk dlm adunan dan kacau.
Masukkan adunan ke dalam loyang/acuan
Bakar 170 C selama 25-30 minit atau hingga masak.
Sejukkan dulu sebelum dihias/difrosting.
Hias ikut suka.

Monday, December 12, 2011

Spaghetti Tuna Dan Daun Selasih.


Resepi ringkas ni Nora sediakan untuk makan malam Nora dan anak bongsu Nora . Hubby dan anak2 pergi makan kenduri kat rumah jiran (tahlil..lelaki sahaja..huhuhu). Senang jer buatnya..campak apa saja bahan2 yg ada..siap

1/2 peket spaghetti ( di rebus al dente)
2 ulas bwg putih dicincang
1 biji bwg besar holland (didadu0
4 biji cili padi ( dihiris)
1 tin tuna ( chili)
1 biji tomato ( didadu)
Daun selasih
Lada hitam dan bhn perasa.

Tumis bawang putih.
Masukkan bawang besar. Tumis hingga layu.
Masukkan tomato. Kacau2kan.
Masukkan cili padi.
Masukkan tuna. Gaul rata.
Masukkan  serbuk lada hitam dan bahan perasa.
Masukkan spaghettu. Gaul rata.
Sebelum diangkat, masukkan daun selasih. Gaul2kan sekejap dan angkat.
Boleh dah makan..:o)

Serimuka Gula Merah



Sebenarnya dah lama Nora buat serimuka ni. Lupa nak update kt blog. Rupa2nya ramai kawan 2 Nora yang suka serimuka ni. Yelah..asyik makan yang pandan jer..sesekali pekena yang bergula merah..mmg terangkat.

Nora mula2 kenal serimuka ,yang kepala gula merah nilah. Mak Nora buat. Dari kecil Nora dah biasa makan yang bergula merah ni. Mak buat..mmg sedap..kaya dgn lemak dan manisnya...hmmm..selalunya Nora lebih suka mak Nora buat ianya lembik sikit..bila makan..emmm..meleleh2..payah nak jumpa jual serimuka ni. Asyik yang berkepala hijau jer..kalau nak makan, kenalah buat sendiri...
Memandangkan hari tu mak Nora ada berkunjung ke rumah, Norapun risik2lah...dia pulak lama tak buat. Main agak2 jerlah...cuma dia komplen..susah nak dpt gula merah yg mcm dulu2..hitam pekat..pastu ada ketul2..yg ketul2 tu dulu Nora cukup suka mkn mcm gula2 sbb ianya keras. Sekarang susah nak dpt...dulu gula merah ni dibuat cucur atau lempeng..best sesangat sbb bila makan ada ketul2 gula merah kat dlmnya..hmmm..
 Bahan2nya seperti buat serimuka pandan jugak...

300gm pulut (direndam sekejap...dlm 1 jam)
Santan (lebihkan sedikit dari paras pulut)
Garam dan daun pandan.

Campurkan semua dan kukus hingga masak.
Angkat dan tekan didalam loyang.

Bahagian atas:
1 cawan air gula merah ( termasuk 3 sudu besar gula pasir)
1 cawan santan sederhana pekat.
2 biji telur
secubit garam
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung kastard/jagung

Gaul semua, tapiskan. Jika pekat sgt tambah sedikit air.
Kacau sentar atas api hingga meruap sahaja.Atau terus saja tuang di ataas pulut tanpa masak.
Kukus hingga masak.
Potong bila sejuk.

Sunday, December 11, 2011

Ombak Rindu


Punyalah terujanya Nora bila berpeluang menonton filem Ombak Rindu ni pada hari rabu 7/12/2011 yang lalu. Masuk pukul 1.20pm. Nora menonton dgn anak bongsu Nora memandangkan hubby kerja. Lagipun hubby tak nak tengok, nnti tertidur jer katanya. So dia izinkan Nora pergi. Tiket dah dibeli awal sebelumnya.
Nora bukan apa..teruja nak tengok sebab kalau ikutkan novelnya, mmg best sesangat. So ingat mestilah filemnya juga best memandangkan pendukung watak utamanya hebat2 belaka..Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani. Semuanya pelakon kegemaran Nora buat masa inilah. Minat saja tapi taklah sampai melampau dan mengigaukannya...

Lepas menontonnya, mmg hampa sesangat. Tak berkesan di dalam hati. Walaupun ada part yang menyentuhkan hati dan buat Nora menangis tetapi Nora rasa itu disebabkan lagu yang berkumandang mengiringi perjalanan cerita ini. Lagu itu yang menyentuh perasaan. Sedikit terkilan, mengapa ada adegan ranjang yang tak sepatutnya ada. Berkias2 sudahlah..jgnlah sampai menjolok mata..mual dan geli melihat adegan seperti itu dilakukan oleh artis berbangsa melayu kita. Sikit2 sudahlah, ini keterlaluan..
Ceritanya pulak terlalu ringkas dan diubah menjadi tak sedap perjalanan ceritanya...Terlalu banyak ditukarkan hingga manjadi cerita ni tak sehebat novelnya..Terus terang mmg Nora kecewa sesangat dgn filem ini yang digembar gemburkan best sesangat tetapi hampeh...Mungkin itu rasa Nora..anggapan oranglain mungkin berlainan sebab mungkin kerana terlalu taksub dgn Aaron Aziz..sampaikan tak terlihat kepincangan watak Aaron yang mmg tak terlihat dari raut wajahnya. Ekspresi muka out..
Kalau sesiap yang telah membaca buku ini tentu setuju dgn Nora. Belilah atau pinjamlah..bacalah novel ni mmg best sesangat...tak rugi membacanya. Duit beli tiket tu better beli novel ni. Nora bernasib baik, terlintas nak tengok hari Rabu, tiket half price...so taklah rugi sesangat.

Makaroni Bakar


Makaroni bakar ni Nora buat untuk minuman petang merangkap makan malam (bagi Noralah..). Kenyang makan ni so tak payah nak dinner2 lagi. Buatnya mudah..main campak2 jer, ikut suka kita sbb kalau masakan macam ni kita tak payah ikut sukatan atau resepi sangat. Kecuali akalu kek dan biskut. Itu kena ikut betul sbb sukatan mempengaruhi texture kek dan biskut kita. Kalau masakan yang main tumis2 dan bakar macam ni, ikut suka kitalah nak taruh apa...

Buat ni atas permintaan anak2. Kata mereka, lama tak makan makaroni bakar. Memandangkan macaroni yang lebih buat sup dulu ada lagi ( sebelum ianya rosak), Norapun mulalah operasi. Buatnya tak lama kalau kita dah tahu macamana nak buatnya. Main campak2 jer. Jom tinjau resepi campak2 Nora. Kalau ada yang rasa tak sesuai..bolehlah diabaikan atau nak tambah apa2 ke...ikut sukalah yea...

Bahannya:
259gm macaroni( tak kralah brand apa) direbus hingga masak
200gm isi ayam atau daging ( kalau nak lebihpun boleh)
3 ulas bawang putih didadu/cincang
2 ulas bawang besar didadu
1/2 in halia dikisar
2 sudu makan rempah kari daging
3 sudu besar sos tomato/ tomato puree
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 batang lobak merah dihiris halus
cendawan shitake ( dihiris memanjang) kuantiti ikut suka.
1 batang seleri
4 biji telur
1/2 cawan susu segar/cair/cream
sedikit serbuk lada hitam
bahan2 perisa
Daun sup dan cili hiris untuk hiasan.

Tumis bawang merah,bawang putih dan halia
Masukkan rempah kari dan kacau hingga rempah masak. Tambahkan sedikit air.
Masukkan daging ayam atau daging tadi. Kacau2 dan biar ayam atau daging masak.
Masukkan sos2 dan kacau lagi.
Masukkan lobak ,cendawan dan celeri.Gaul rata.
Masukkan macaroni rebus tadi. Kacau rata2.
Tambahkan bahan perisa.
Angkat dan letak ke dalam acuan pembakar yang digirs dgn sedikit mentega.
Pukul telur ringan. Masukkan garam dan sedikit serbuk lada hita( taruh garam sedikit jer sbb macaroni tadi dah ditaruh perasa. Agak2 jerlah.
Masukkan susu tadi, Kacau2kan dan tuang diatas macaroni tu tadi.
Tabur daun sup dan cili hiris.
Bakar pada suhu 180C selama 40 minit atau hingga masak.
Boleh dihidangkan dan makan dgn sos mayonis atau sos cili.


Saturday, December 10, 2011

Dori Masam Manis Selasih

Resepi ni tercipta masa Nora tak sihat dulu. Anak anak dan suami yang masakkan. Nora bagi arahan jer.
Main campak campak jer. Kalau kes terdesak..insyallah anak2 dah boleh masak ni. Simple sesangat.

Mula2 defrostkan ikan Dori. Nora selalu beli kat Giant sbb ikan Dori kat Giant kurang hanyir. Lepas dah lembut, basuhkannya dan rendam dalam air cuka selama 30 minit. Lepas tu toskan dan kering2kan dgn tisu dapur. Potong kecil2 atau ikut suka.
Lumurkan ikan tadi dgn garam, lada putih dan telur yang dipukul sikit.
Campur 1/2 cawan tepung gandum dgn 1/2 cawan tepung suji (ini pilihan).
Tambah garam, lada putih dan sedikit serbuk secukup rasa.
Panaskan minyak untuk menggaoreng.
Ambil ikan Dori tadi dan lumur satu persatu dgn tepung dan goreng garing.
Angkat dan toskan.

Untuk sos:
3-4 sudu besar cili kering blend
3-4 ulas bawang putih *
2 inci halia*
1 ulas bawang besar*
* blend atau tumbuk
2 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
sedikit kicap manis
sedikit gula, garam, cuka  dan serbuk cukup rasa
1 bawang besar dihiris bulat
1 biji tomato dibelah 6
Daun selasih

Tumis bahan2 blend hingga naik bau.
Masukkan cili blend dan tumis hingga cili garing.
Masukkan semua sos dan kicap.
Tambahkan garam,gula dan cuka.
Tambah sedikit air.
Masukkan tomato dan bawang besar. Gaul2kan.
Masukkan daun selasih dan ikan. Gaul sebentar sahaja dan angkat.
Boleh dihidangkan.

Apple Crumble ( Nora version..jenis campak2) with fresh cream


Lama Nora tak update masakan Nora. Entahlah tak ada mood nak update. Tapi hari ini bersemangat pulak setelah anak Nora "merenovation"kan blog Nora ni. Kali ni Nora nak kongsi resepi Apple Crumble.

Sebenarnya anak Nora minta buatkannya apple pie. Memandangkan telur dah kehabisan, Nora buat ajalah Crumble ni. Ni versi Nora yang buat ikut apa ada jer.

Untuk filling:   5 biji epal granny smith ( dipoting dadu atau ikut suka)
                      4 sudu besar gula perang
                       1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis ( pilihan)
                       sedikit air
                       1 sudu besar tepung gandum
Untuk crumble:  100gm tepung gandum
                           50gm nestum
                          100gm butter ( yg baru keluar dari peti sejuk dan dadukan)
                          50gm gula kastor
                          Coklat chips atau kismis (pilihan)

Gaul epal dgn gula perang. Panaskan di atas api dan tambahkan sedikit air. Biar layu sedikit.
Masukkan serbuk kayu manis. Gaul rata
Taburkan tepung , kacau2 dan angkat.
Isikan dalam acuan2 kecil  atau dalam acuan besar.
Taburkan coklat chips dan letakkan crumble di atasnya.
Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak ( keperangan)
Boleh makan panas2 atau sejuk. Sedap dimakan dgn fresh cream atau blueberry/strawberry sauce..

Cara2 membuat crumble:
Satukan tepung,nestum ,gula dan butter.
Gaul ramaskan sehingga jadi seperti serbuk roti tetapi agak basah.
Taburkan di atas filling apple tadi.

Karnival Buku Karangkraf dan Ramlee Awang Murshid


Last week, dua hari berturut2, Sabtu dan Ahad (3 & 4 Dis) Nora mengunjungi Karnival buku Karangkraf di Sect 15. Mmg Nora tertunggu2 pesta buku macam ni sebab dapat beli novel2 kesukaan Nora dengan harga yang murah sekali. Sambil sambil tu dapat juga berkenalan dgn penulis buku2 tersebut.

Hari Sabtunya Nora beli 4 buku, Fiksyen 202(karya terbaru Ramlee Awang Murshid) Sutera Bidadari (RAM), Ombak Rindu dan Bisik Bisik Gelora ( kedua duanya Fauziah Ashari). Banyak buku2 terbitan penulis2 baru yang mana Nora kurang menggemarinya. Ada Sharifah Abu Salem, Aisya Sofea, Norazilina Nordin..tetapi kebanyakannya Nora dah baca..Jadi Nora beli mana yang Nora berbaloi beli. Buku RAM ni mmg Nora tunggu dan ada koleksinya. Malangnya pada hari Sabtu tu Nora tak dapat jumpa dia sbb dia datang pada hari esoknya (Ahad) . Apalagi, ajak cik suami pergi lagilah esoknya.

Hari Ahadnya Nora pergi lagi. Lepas zohor, kami bertolak ke Sect 15 lagi. Hajat hati nak jumpa RAM dan dapatkan tandatangannya untuk buku terbarunya Fiksyen 202..Tiba di sana baru Nora sedar Nora tak bawak buku Fiksyen 202 tu..yang Nora bawak Sutera Bidadari..alamak..frust betul..So Nora beli lagi 4 buku RAM, yang lama2 dan minta tandatangannya. Puashati..tetapi yang jadi mangsa..anak Noralah sbb kena berbaris on behaf of Nora...hehehe..
Anyway kali ni puashati sikit sbb dapat bergambar dgn RAM..dua tahun lepas hanya dapat tandatangan, tak dapat nak bergambar. Untuk kenang kenangan...

Nora kini tercari cari peluang untuk bertemu seorang lagi penulis kesayangan Nora..Norhayati Berahim. Pernah jumpa dia 2 3 tahun lepas di Pesta Buku Selangor di kompleks PKNS Shah Alam. Dapat tandatangan dan bergambar tetapi Nora lupa mana Nora letak gambar tu..hmmm..dalam handphone lama rasanya... Novel2 dia mmg terbaik...tak jemu membacanya dan selalu ending as not as we expected..tak boleh guess..tu yang best tu...Norapun baru jer habis baca novel dia Layang Layang Bertali Kaca..mmg best dan nak beli lagi satu novel dia Keretapi malam..insyallah.

Friday, December 9, 2011

Masak Lemak cilipadi Rebung dan Udang

Hah..inilah salah satu juadah makan tengahari Nora. Gulai rebung ni memang kegemaran kami sekeluarga. Anak-anak paling gemar makan gulai ni. Kalau makan kat luar, kalau ambil nasi campur mesti ambil gulai rebung ni dan ayam goreng atau ayam berlada. Kadang2 tu sepakat adik beradik ambil yang sama. Kebetulan, ahad lepas pergi Tesco, hubby ambil rebung ni. tak dapat ambil banyak sebab dah tinggal sikit. Cukup sekali makan jer. Jadi tengahari ni Nora kena simpan awal2 sikit utk Cik abang...kalau tak..habis dimakan dek budak2 ni..Nora masak gulai ni dengan ikan kembung berlada dan teur dadar taruh kucai. Jadilah..lepas makan tengahari ni. Nak berulam..tak delah pulak..Petang ni nak buat kuih kaswi pandanlah..memandangkan ada lebih kelapa tadi..atau buat pau...hmmm..???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...