Lagipun semua bahan ada kecuali mayo dan cheese. Tengah buat daging burger ni, anak bangun dan volunteer pergi beli cheese dan mayo..almaklumlah...Giant tu sekakang kera jer dari rumah..hihi..alhamdulilah...
Buatnya senang jer, bahan2nya
400gm daging kisar
1 cawan breadcrumb( kalau tak ada boleh digantikan dgn nestum yg original atau oats)
2 sudu besar lada hitam ( yang ini ikut suka kepedasannya)
1 sudu teh oregano
1 ulas bawang besar kuning ( holland) dicincang halus
1 biji telur
garam secukup rasa
Gaul semua bahan2 hingga sebati. Biar sebentar dalam sepuluh minit
Bentukkan seperti daging burger ( saiz ikut suka)
Letak di atas tray yang dioles dgn minyak/butter.
Panaskan kuali leper, oles dgn butter sedikit.
Goreng daging sebentar di atas kuali tadi, balik2kan.
Letakkan kembali di atas tray pembakar. Bakar di dalam oven 180 C selama 20-30 minit atau hingga masak.
Kalau tebal, boleh dibelah dua dan buat Big Mac macam yang Nora buat.
Lain2 bahan untuk buat burger terpulang pada masing2 nak taruh apa...
P/S: Pastikan daging burger yg anda bentukkan lebih besar dari saiz asal kerana nnti daging akan mengecut sikit ketika di bakar...