Showing posts with label antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label antarabangsa. Show all posts

Monday, January 7, 2013

Kacang Phool

Dah lama Nora nak buat Kaacang Phool ni....macam sedap jer bila tengok orang post gambar kacang phool ni. Nora kurang pasti resepi ni asal dari mana tapi orang Singapura mmg suka masakan ini. Baru baru ni kawan Nora ada buat masakan ni dan post kat fb dia. Waduh mengancam betul. Jadi berbekalkan resepi yang dia sendiri ambil dari Mami Asmah Laili, Norapun cubalah buat pagi tadi sebagai breakfast. Se awal 4.30 pagi Nora bangun gara gara nak buat masakan ini. Alhamdulilah...suami dan anak2 Nora amat mengemarinya. Memandangkan resepi menghasilak portion yang banyak, Nora boleh bawak sampai ke dinner...jimat...hahaha..

Bahan2nya Nora dah lama beli seperti kacang2nya, cuma bila Nora dah sampai semangat nak buat, baru Nora beli bahan2 basah seperti minced beef, daun ketumbar dan daun pudina.

Resepinya:
Sumber : Mami Asmah Laili

1 tin kacang PHOOL MEDAMAS masukkan didalam mangkuk
1 tin kacang kuda putih dan pecah-pecahkan
1 tin bake beans
1/2 kilo daging cincang
Beberapa biji telur, digoreng mata lembu
2 biji bawang besar, dipotong dadu kecil
3 biji lada hijau, dihiris kasar
3 biji lada merah, dihiris kasar
6 biji limau kasturi, dibelah 2
Sedikit daun ketumbar dan daun pudina
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
20 biji lada kering
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih dikisar halus
2 sudu teh penuh rempah beriani
Sedikit halia

Kacang2 yang Nora guna untuk buat masakan ini.


Cara2nya:
Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
Masukkan daging  dan sedikit air, kacau hingga daging masak.
Masukkan kacang2 tadi dan kacau lagi. Kalau ianya agak kering, tambah sedikit air.
Bila dah agak nak masak, masukkan bahan2 perisa.
Masukkan daun ketumbar dan daun pudina yang telah dihiris.
Kacau sebati.
Siap dimakan.

Sedap dimakan dengan bawang besar yang didadu, timun jepun dadu, tomato dadu, telur dadar dan roti perancis.




Tuesday, October 18, 2011

BASBOUSA

Manisan ni dah ada dalam list menu Nora nak buat untuk hari Isnin. Penangan menengok "Food Safari" astro 707 tu..macam sedap jer manisan dari Egypt ni. . Cik Abang pulak memang minat bab2 suji atau semolina ni..dia yang suruh Nora buat. Memandangkan tepung suji masih ada 1/2 paket lagi ( hari tu terbeli 1 kilo punya..jenuh nak menghabiskannya..) bolehlah dicuba2..Nak2 cik abang dan Nora puasa Isnin pulak. Mmg elok buat untuk bukak puasa.


Hasil pengamatan kt tv dan search google..maka terhasillah jugak manisan ni. Rasanya ala2 candy kelapa (sbb ada kelapa) tetapi texturenya lebih kenyal tetapi lembut..sedap...anak2 suka, hubbypun suka, alhamdulilah...Norapun suka tetapi kena limit sbb tak boleh makan banyak..tak berapa manis sbb Nora dah kurangkan gulanya..

Meh kita tengok resepinya yea...

200gm mentega tanpa garam atau minyak sapi ( melted)
2 1/2 cawan suji
1 cawan gula kastor ( boleh kurangkan)
1/2 cawan tepung naik sendiri
200gm yogurt
1 cawan kelapa kering
1 tsp vanila esen

Bahan syrup:
1 1/2 cawan gula kastor
1 cawan air
1 tsp jus lemon
1 tsp air mawar( rose water)
***masak gula dan air hingga gula larut dan pekat sikit. Masukkan jus lemon dan air rose. Tutup api dan biar sejuk.

Gaul semua bahan2 hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam tray/acuan. Tekan2 hingga rata. Seperti gambar di bawah.

Biarkan rehat selama setengah jam. Lepas tu toreh2kan adunan jadi bentuk diamond.


Letak kacang badam di setiap diamond tu. Nora pakai badam dgn kulit sbb kehabisan badam tanpa kulit ni( al maklumlah deepavali) Seelok2nya pakai badam yang tanpa kulit.
Bakar selama 30-40 minit atau hingga kekuningan 190 C

Setelah masak, ketika masih panas, curahkan syrup tadi keatasnya hingga syrup meresap kedalam barbousa ni. Biar agak2 sejuk sikit sebelum di hidangkan

Nilah rupanya basbousa yang sedap...nyummy. Bagi pengemar manisan..kena cuba ni...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...