Friday, January 13, 2012

Kuih Lapis Sago Nyonya


Kuih Lapis ni Nora buat minggu lepas. Tergerak hati nak buat lepas tengok rancangan Dapur Nyonya. Selalu makan kuih ni selapis jer, itupun dikacau dan diarun dgn kelapa. Lagi satu yg Nora pernah makan, kuih abuk2, yg juga dibuat dgn sagu. Selebihnya Nora selalu masukkan sagu bila buat bubur jagung atau bubur pisang.

Resepi ni Nora ambil dari rancangan Dapur Nyonya tulah. Main agak2 jer. sebab dlm rancangan tu tak diberikan terperinci. Alhamdulilah, menjadi dan sedap. Mak Norapun suka tetapi katanya manis. Anak2 Nora kata okay jer. Mungkin sebab mak Nora tak makan manis, itu pasal dia rasa manis sangat.
Terpulanglah pada sesiapa yang nak buat kuih ni untuk mengurangkan sukatan gulanya.
Bahan2nya:

300gm sago biji halus (100gm warna merah,100gm putih dan 100 gm hijau) direndam dalam satu jam, lepas 

tu toskan

150 gm gula kastor (bahagi 3 bahagian)

120gm kelapa parut ( bahagi 3 bahagian)

sedikit garam.

Masukkan gula, kelapa parut dan sedikit garam pada tiap2 tiga bahagian.

Boleh diletakkan perisa pandan pada yg warna hijau, perisa ros pada yang merah. Gaul rata.

Sapu acuan dgn sedikit minyak

Masuk sago warna hijau dan kukus dalam 10-15 minit.

Letakkan sagu puitih pula dan kukus dalam 10-15 minit jugak.

Akhirnya masukkan yang warna merah dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.

Bila sejuk baru dipotong

***Boleh gunakan sagu warna putih lepas tu bahagi kan kepada 3 dan warnakan ikut kesukaan masing2.


Friday, January 6, 2012

Oreo Chocolate ( di buka untuk tempahan)


Ini adalah biskut Ore yang dicelup dengan coklat dan dihiasi dgn bunga fondant. Hiasannya mengikut  pelanggan nak macamana dan bagaimana.


Yang ini Nora buat untuk majlis pertunangan anak saudara Nora pada 1/1/2012. Kalau ada yang berminat untuk buat tempahan boleh pesan melalui e mail Nora (norazabri@yahoo.com) atau msg kat FB Nora Zabri.

Tempahan diterima meliputi kawasan Bandar Bukit Tinggi/Shah Alam/Meru/Banting dan kawasan2 yang berhampiran dgnnya. Bayaran transport ikut kawasan.

Bakul Pastry


Ni kali kedua Nora buat bakul pastry untuk hantaran. Dulu Nora ikut resepi dalam majalah Saji. Kali ini Nora ikut resepi dalam blog citarasawan.

Buatnya agak rumit sikit. Nak tahu step by stepnya, tengoklah kat blog citarasawan/ cara membuat bakul pastri.

Jambangan Cuppies untuk Anor Darriyah....1/1/2012


Tahun Baru 2012, Nora sambut kat kampung suami di Termerloh, Pahang. Masa countdown tu..tengah menggoreng ayam sebab keesokkan harinya iaitu 1/1/2012, anak saudara suami Nora bertunang. Anor Darriyah namanya...sianak tunggal, so agak meriahlah majlisnya...

Nora dah janji nak bagi pada Anor cupcakes, tapi memandangkan asyik bagi yang sama jer..iaitu dlm kotak jer, Nora kali ini buatnya dalam bentuk jambangan bunga. Nora tengok dan belajar dari Youtube.


Buatnya mudah saja...ada cuppies, pasu bunga, lidi, dan hiasan2nya. Nora buat cupcakes mixfruit dan menggunakan fondant sebagai hiasan. Cupcakes ni ikut suka masing2lah..nak hias dgn buttercream pun boleh. Saiz cuppies pun ikut selera sendiri. Kalau besar, sikitlah gunanya. Nora guna saiz 8/9..jadi utk jamabangan saiz sederhana, Nora guna 12 ketul cuppies.
Untuk membuatnya, mula2 kena balut dulu sponge yg warna hijau tu sbb ianya berhabuk, nanti kena kat makanan, bahaya. Laepas tu arrangelah bunga seperti buat jambangan bunga biasa. Cuppies pulak di cucuk dgn lidi dan letak di celah2nya. Hias ikut kesukaan masing2. Yang Nora buat ni ikut  budget Nora. Terpulanglah ikut daya kreativiti masing2 yea...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...