Monday, May 16, 2011

Kuih Kaswi Pandan

Kuih kaswi ni sebenarnya Nora buat pada hari khamis 12/5 yang lepas. Tak sempat nak upload gambarnya..hari ini baru free. Selalu Nora buat kaswi yang warna coklat tu sbb guna gula merah atau gula melaka. Tapi kali ini Nora nak cuba buat pandan pulak. Mak mentua Nora kalau buat kaswi, mesti guna gula hangus...warna gula hangus tulah yang buat kaswinya tak berapa gelap berbanding kalau guna gula merah atau melaka. Mak Nora selalu buat pakai gula merah je...Malangnya, anak2 Nora kuarang emar yang warna pandan ni. Mungkin dah biasa dibesarkan makan kaswi warna coklat maka  banyaklah soalnya budak2 ni termasuklah bapak budaknya. Mengkritik tok sah nak cakaplah...macam2 komen..mungkin inilah last Nora buat kaswi pandan ni kerana tiada pengemarnya...hehe

Selamat Hari Guru...16/5/2011

Hari ini, hari yang amat mengembirakan buat para pendidik..hampir semua sekolah di seluruh pelosok Malaysia menyambut hari guru pada hari ini. Kegembiraan dan kemeriahan begitu terasa sejak semalam. Pergi ke mana2 toko2, pasaraya2, kedai2 cenderamata...penuh dgn para pelajar berserta ibubapa, sibuk membeli cenderamata utk guru2 masing...di fb, twitter, akhbar, tv  penuh dgn ucapan2 selamat hari guru..Begitulah hebatnya guru...betapa kehadiran mereka amat dihargai...
Dulu Nora pernah ingin menjadi seorang guru. Tiap kali ditanya cita2 mesti kata nak jadi cikgu. Tapi apakan daya...rezeki Nora bukan untuk menjadi seorang guru tetapi lain...namun Nora masih berpuas hati, menjadi guru untuk anak2 Nora sudah memadai...dgn ilmu yang ada serba sedikit, Nora curahkan pada anak2..mendidik mereka dgn cara Nora..mungkin di sekolah mereka kurang faham tetapi dgn cara Nora..alhamdulilah, mereka lebih faham. Itu yang buat Nora terasa seperti seorang "guru" jugak...jadilah...

Semalam, layan anak2 shopping utk beli hadiah utk guru masing2...anak yang no.2 dan bongsu request buat cuppies utk dipersembahkan kepada guru mereka. Nk jadi cerita... Sabtu dan Ahad, Nora dan suami tiada dirumah kerana menghadiri seminar di Hotel Quality S.Alam.,.tengahari Ahadnya ada jemputan untuk YDP PIBG sekolah anak, jamuan makan tengahari di Hotel Summit, maka pukul 3 lebih baru sampai rumah. Anak2 bising sbb hadiah tak dibeli lagi. Lepas asar keluar ke JJ Bukit Tinggi...Dek terlalu leka membelek buku2 di Popular serta shopping baju kt FOS, pukul 9.30 mlm baru keluar dari JJ, menuju ke Tesco. Kelam kabut beli bahan utk buat cuppies. Terencat sekejap...bicarbonate soda tiada...kehabisan..ahhh..sudah..mcmana ni..lepas makan..kelam kabut suami drive ke My Mydin..nasib baik belum tutup..nasib baik ada. Sampai rumah, rehat sekejap, terus capai bekas2 dan bahan2 nak buat cuppies. Nasib baik angahnya menolong. Jam dah pukul 11 mlm...cuppies belum dibakar..tension jugak..sbb badan penat sangat. Namun demi janji kepada anak2 serta mengenang hari guru..Nora gagahkan juga buat cuppies ni. Akhirnya hampir jam pukul 3 pagi, semuanya selesai. Nora hanya dapat melelapkan mata pada pukul 3 lebih.
Jam 6 pagi, Nora dikejutkan suami..dan dikejutkan dgn cerita anak..."ibu..habis cupcake ibu..Bell buat"..hahhh...tengok2..5 cupcakes Nora rosak icingnya  dek kerana kucing Nora. Siap lepak atas kotak yang Nora isi cuppies tu. Aduih...penat belum habis..tetiba cuppies rosak pulak. Nak marah...kucing..apa dia tahu..terpaksalah Nora buat lain..nasib baik itu cuppies utk guru sekolah agama di sesi petang. Sempatlah Nora ganti balik...
Alhamdulilah...disini Nora ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru dan terima kasih buat guru2 Nora ketika berada di sekolah Rendah Convent Kota, SK Convent Taiping, SMK St Goerge( walaupun hanya 3 bulan), ITM Manjung dan Shah Alam serta guru2 anak2 Nora di SK Bukit Tinggi, SRA Pandamaran Jaya, SMK Batu Unjur, MRSM Balik Pulau, SMK Banting, SAM Hishamuddin Sg Bertih dan SK Batu Belah. Tak lupa juga buat kawan2 Nora yang bergelar guru tak kira dimana jua anda berada...jasa anda semua amat Nora hargai...terima kasih kerana pergorbanan anda selama ini dalam mendidik anak2 bangsa...

Wednesday, May 11, 2011

Wantan Goreng

Cuaca sekarang ni makin lama makin panas. Tersangatlah terasa bahangnya walaupun duduk kat rumah saja. Tak tahu berapa liter air dah membasahi tekak ni. Macam nak minum ais jer...tapi ais tak elok untuk kesihatan terutama musim panas ni. Nasib baik sang suami ada beli labu sayung masa balik Taiping, dua minggu lepas. Air dalamnya sejuk..nyaman jer masuk anak tekak ni. Tapi yang tak tahannya, asyik minum air kosong ni, nak ke toilet jer...tak dayalah pulak.

Dalam2 cuaca panas ni, tekak tetap on. Semalam buat wantan goreng. Ini kali kedua Nora buat wantan goreng. Intinya ikut suka Nora jer. Alhamdulilah, buatnya senang, anak2 dan suami suka..request buat lagi. Sang suami suruh buat inti macam popiah pulak...Insyallah..hari minggu ni buat lagi dgn variasi inti yang lain pulak.

resepinya:
Kulit wantan ( boleh dibeli di pasaraya, ada yang halal)
segenggam isi udang saiz sederhana ( dicincang halus)
1 1/2 cawan isi ayam ( dicincang halus)
1/2 cawan sengkuang cina yang di cincang
1/4 cawan daun bawang dihiris halus
3 ulas bawang putih yang dicincang halus
1 camb kicap cair
lada sulah (ikut suka)
garam(ikut suka)
sedikit air tepung jagung(untuk melekat kulit wantan)
****boleh taruh apa2 sayur lain spt karot, cendawan. Cincang halus terlebih dahulu.

Satukan semua bahan ( kecuali kulit wantan dan air tepung jagung) dan gaul rata-rata. Tentukan rasanya.
Ambil sekeping kulit wantan, isi sesudu kecil intinya, sapu sedikit air tepung sekeliling kulit wantan tadi dan cantumkan ikut kreativiti anda,
Lepas tu boleh digoreng secara terendam sehingga keperangan atau masak
Boleh dimakan dengan sos cili yang anda suka.

sos cili:
5 batang cili merah
3-4 cili padi merah
3-4 ulas bawang putih
sedikit cuka
garam dan gula.

Blend semua cili dan bawang putih. Masak cili dan cuka serta sedikit air di atas api sederhana sehingga rasa maung hilang. Perisakan dgn gula dan garam.

Tuesday, May 10, 2011

popiah basah

Semalam, semasa anak2 Nora sibuk mendeko kek, Norapun buat jugak sesuatu untuk mereka. Nora buat popiah basah. Ni first time buat. Rasanya okay..cuma ada sikit2 yang perlu dibaiki. Kulitnya Nora beli jer kt Tesco sbb Nora tak berani lagi nak buatnya. Tengok2lah nnti, bila dah ada keyakinan, baru Nora cuba. Buat masa ni biarlah pakai yang siap jer...


resepinya;

Bahan2 untuk sos:
Cili kering blend ( ikut suka kepedasan)+ 1 biji bawang besar + 5 ulas bawang putih (blend semua)
1 sudu besar kicap manis
2 sudu sos titram
1/2 cawan asam jawa
gula melaka/ merah
garam

Masukkan semua ke dalam periuk dan tanbah 1 cawan air. Masak hingga pekat sedikit.

bahan2 inti:
5 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
segenggam udang kering, bersihkan dan tumbuk kasar
1 batang lobak merah ( disagat kasar)
1/2 biji sengkuang ( sagat kasar)
5 urat/batang kacang panjang(potong 1 cm)
1 keping tauhu ( didadu kecil2)

Panaskan minyak. Tumis bawang2 hingga layu.
Masukkan udang kering. Masak hingga udang masak dan kering sedikit.
Masukkan lobak merah, kacang panjang dan tahu. Masak hingga tak berair.
Masukkan sengkuang dan perisalan.
Gaul2 dan  angkat.

cara mengulung"

Sapukan kulit popiah dgn sos. Letak inti, tabur bawang goreng . Nak letak telur hancurpun boleh.
Gulong ketat2. Sapu bahagian atas dgn sos dan tabur kacang tumbuk.

Dapat dalam 20 keping popiah.

Selamat Hari ibu..

Selamat Hari Ibu....!!!. Seronoknya Nora...semalam anak2 mendeko kek..keknya diaorang request Nora yang buat . Diaorang buat untuk celebrate hari ibu sbb ahadnya Nora sibuk ada perjumpaan dgn kawan2 lama Nora di ITM Manjung. Sebelum tu, anak Nora yang nombor dua, Syafiq bagi Nora hadiah beg tangan, warna putih, yang bongsu bagi nice, cute klip kertas..yg lain2nya just wish saja...Nora tak kisah sbb Nora tahu mereka tiada ongkos dan masih belajar. Lagipun bukan hadiah yg Nora inginkan tetapi kasih sayang, rasa hormat dan patuh kepada orang tua, itu lebih baik...

walau tak secantik kedai..tapi cukup menyentuh perasaan Nora bila mereka bertungkus lumus menyiapkan dua biji kek utk Nora..terima kasih anak2 ku..ibu sayang kamu semua..



Base keknya sama je..cuma deko saja yang lain...yang pink tu anak ku yang bongsu ,Haikal,punya idea dan deko. Abgnya yg no.4, najmi  yang tolong2 dia sikit. Yang bercoklat tu anakku no2, Syafiq yang buat...adiknya Danial tolong2 hiris2kan stroberi dan cairkan coklat...suka Nora tgk dia orang kelam kabut semalam. Sepahnya jgn cakaplah tapi diaorang yang kemaskan...namun usaha mereka amat Nora hargai...thanks anak2ku...luv U all so much...

Monday, May 9, 2011

Cottage Pie atau American Shepperd's Pie

Dah lama tak post..selepas balik dari Gopeng last week...malas teramat2 sangat. Ni nak post apa yang Nora masak Sabtu lepas 7/5/2011. Buat Cottage Pie. Kawan Nora kata ini cottage pie sbb pakai mincef beef(daging lembu)..kalau shepperd's pie pakai mutton(daging kambing). Search dlm tenet ada yang panggil ni American shepperd's pie sbb org america tak suka makan daging kambing, dia orang replace dgn daging lembu. Apa2 ajelah..yang penting sedap dan kena dgn tekak masing2...

Resepi ni basically Nora ambil dari blog kawan tersayang Nora, Fina...tapiiii...Nora ubahsuai dgn apa yang ado kt dapur Nora ni..tak kisahlah kan. Ikut sendirilah..janji basicnya tetap sama..tak gitu Fina...hentam sajalah Labu...


Resepinya jangan terlalu ikut sangat yea..boleh diubahsuai atau ditokok tambah...ikut selera masing2..nak pedas, tambah lebih lada hitam atau mcm kawan Nora, dia tambah cili kering blend...almaklumlah tekak orang melayu...janji sedap..betul tak?..

1 kg daging kisar ( boleh kurangkan sbb kalau ikut sukatan ini dapat 5 bekas spt yg Nora gunakan)
2 labu bawang besar holland ( bombaypun boleh, merahpun boleh)
2 atau 3 ulas bawang putih yang dicincang halus
10-15 cendawan butang fresh atau 1 tin cendawan butang dlm tin ( hiris kasar)
1-2 cawan mixed frozen vege( ini pilihan..Nora tak taruh)
4 biji tomato (sederhana) didadu
4 sudu teh mixed herbs ( kawan Nora guna 2 oregano 2 rosemary)
2 sudu besar sos tiram atau sos lada hitam
6 sudu besar sos pasta
2 cawan mushroom soup (nora guna vono) atau beef broth atau air
serbuk lada hitam ( ikut suka)
Garam secukup rasa
Yang ni pilihan kalau nak pedas:
4-6 tangkai cili kering blend dgn 2 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih
Topping:
1.5 kilo kentang ( kalau boleh US potato cepat empuk dan gebu) di potong 2 dan rebus
1/2 cwn butter (lembutkan)
1 cawan susu ( Nora campur 1/2 cawan susu, 1/2 cawan thickened cream)
serbuk lada hitam ( jika suka)
Keju mozarella atau cheddar

cara:-
1.   Panaskan oven 200 C. Laser bekas dgn butter.
2.   Ubi kentang di rebus. Bila empuk, buang air, letak atas api, lenyek hingga kering air lebihan. Angkat, masukkan butter dan susu. Sebatikan. kalau suka taruh garam dan serbuk lada hitam.
3.   Masukkan daging dalam kuali, dan biar hingga daging masak dan kering airnya. Kacau2 selalu, takut hangit pulak.
4.   Dalam kuali lain, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan cendawan segar. Kacau2kan sebelum dimasukkan daging kisar.
5.   Masukkan bahan kisar ( jika suka), sos pasta, lada hitam, mixed herbs, sos tiram atau lada hitam dan garam .Kacau sebentar.
6.   Masukkan mushroom soup/air/broth kedalam daging, kacau lagi, biar kering sedikit.
7.   Bila hampir kering, masukkan mixed vege (kalau suka) dan tomato dadu. Kacau sebentar dan angkat.
8.  Lepas tu masukkan daging ke dalam bekas macam dalam gambar tu. Rata2kan.







9. Lepas tu letakkan mashed potato di atasnya , ikut suka nak buat macamana..







10.Kemudian tabur sedikit butter dan cheese ( ikut suka banyak mana..)
     Masukkan kedalam oven dan bakar hingga bahagian atas keperangan dan cheese cair...






11. Nilah rupanya bila dah siap...boleh dingappp...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...