Showing posts with label cuppies. Show all posts
Showing posts with label cuppies. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

Pandan Kaya Cupcakes With Coconut Crumble


Cupcakes ni memang marvellous..cehh..puji sendiri. Tapi memang terbaik..sedap sesangat bagi pengemar kelapa kering. Rasanya lemak2 manis memang membuka selera terutama time tengah dibakar. Wanginya semerbak satu rumah hingga hubbypun tak tertahan. Makan panas2 sekali 3 ketul. Anak anak apalagi puji sakan. Terangkatlah jugak. Tak percaya...cuba buat..tak rugi...

Resipi ni sebenarnya Nora ambil ketika menonton MHI di TV3 tempoh hari. Chef Anuar buat Blueberry crumble cupcakes. Nampak dia buat memang sedap sangat, nak2 tgk pengacara Ally Iskandar dan Raihan makan cupcakes tu. Berkobar2 nak buat tapi blueberry filling pulak tak ada. Malasnya nak ke bakery. Nak suruh anak2, sibuk memanjang dgn aktiviti diorang. Kata Chef Anuar, kita boleh buat ikut apa yg ada kat rumah kita. Janji ada basic resipi cupcakes tu..yg lain pandai2lah sendir. So..Norapun pandai2lah sendiri, ubah ikut apa bahan yang ada dlm stok kat rumah. Yang ada kelapa kering. Kebertulan ada kaya. Hmmm..apalagi operasilah...alhamdulilah..menjadi..syukur ke hadrat Allah swt kerana seisi keluarga suka sesangat...
Jom...Nora nak kongsi resipi ni supaya kita sama2 dapat buat dan buat keluarga kita happy...resipi yang sangat mudah, sekejap jer dah siap...


Bahan untuk cupcakes:
250gm mentega/ marjerin
200gm gula kastor (boleh kurangkan)
4 biji telur B
100gm tepung kek
150gm tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder
( atau kesemuanya tepung gandum 250gm + 8gm b.powder)
1 sudu teh perisa pandan
1 sudu teh pewarna pandan/ hijau
Jam kaya gula hangus/ kaya pandan

Crumble Topping:
120 gm tepung gandum yang diayak
100gm kelapa kering
120gm mentega cair
100gm gula kastor
1/2 sudu teh perisa pandan
1/2 sudu teh pewarna pandan/hijau
** Gaul semua hingga jadi serbuk roti

Caranya:
1. Pukul mentega/marjerin dengan gula hingga kembang 
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
3. Masukkan esen pandan dan pewarna. Gaul rata.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga rata. Jangan terlalu overmix.
5. Masukkan ke dalam acuan cupcakes dengan sukatan 3/4 .
6. Sudukan 1 sudu teh(atau lebih) kaya ke atas adunan.
7. Letakkan coconut crumble ke atas adunan tadi.
8. Bakar dengan suhu 180 C selama 20 minit atau hingga masak.
9. Sedap di makan panas, tambahan lagi dengan air kopi O...memang terangkat.

Selamat mencuba...





Wednesday, February 8, 2012

Doorgift untuk Majlis cukur jambul dan aqiqah Waiz Muqhri Hadfizul Qadri..

Majlis cukur jambul ni dibuat sehari sebelum raya cina yang lalu. Mak ayah Waiz iaitu anak saudara sebelah suami Nora, nak bagi tetamu doorgift berwarna biru sebab anak mereka lelaki. Nora buat dua jenis, satu oreo coklat dan satu lagi kek cawan.





Friday, January 6, 2012

Jambangan Cuppies untuk Anor Darriyah....1/1/2012


Tahun Baru 2012, Nora sambut kat kampung suami di Termerloh, Pahang. Masa countdown tu..tengah menggoreng ayam sebab keesokkan harinya iaitu 1/1/2012, anak saudara suami Nora bertunang. Anor Darriyah namanya...sianak tunggal, so agak meriahlah majlisnya...

Nora dah janji nak bagi pada Anor cupcakes, tapi memandangkan asyik bagi yang sama jer..iaitu dlm kotak jer, Nora kali ini buatnya dalam bentuk jambangan bunga. Nora tengok dan belajar dari Youtube.


Buatnya mudah saja...ada cuppies, pasu bunga, lidi, dan hiasan2nya. Nora buat cupcakes mixfruit dan menggunakan fondant sebagai hiasan. Cupcakes ni ikut suka masing2lah..nak hias dgn buttercream pun boleh. Saiz cuppies pun ikut selera sendiri. Kalau besar, sikitlah gunanya. Nora guna saiz 8/9..jadi utk jamabangan saiz sederhana, Nora guna 12 ketul cuppies.
Untuk membuatnya, mula2 kena balut dulu sponge yg warna hijau tu sbb ianya berhabuk, nanti kena kat makanan, bahaya. Laepas tu arrangelah bunga seperti buat jambangan bunga biasa. Cuppies pulak di cucuk dgn lidi dan letak di celah2nya. Hias ikut kesukaan masing2. Yang Nora buat ni ikut  budget Nora. Terpulanglah ikut daya kreativiti masing2 yea...

Wednesday, December 14, 2011

Red Velvet Cuppies



Ini di antara Red velvet cuppies yang Nora buat untuk tempahan. Resepinya sama dengan resepi kek red velvet.  Ianya juga boleh dibuat atau diletak fondant. Terpulang pada masing2..

Ini red velvet yang Nora letak hiasan fondant..

Tuesday, October 25, 2011

Cupcakes Tiramisu

Lama betul tak meng"cuppies"..Hari tu ada tengok rancangan Martha Stewart di TV7.  Tengok dia buat cupcakes ni. Nora memang suka tiramisu. Tengok cara buat cupcakes ni agak rumit jugak stepnya tapi di sebabkan sukat dan minat sangat dgn tiramisu ni, maka Nora cubalah buat..

Dek kerana Cupcakes Tiramisu ni jugaklah Nora "terpecah" satu mangkuk kesayangan Nora..nasib..nasib..
Tak apalah..pada yang ingin nak cuba, jom tinjau2 resepi cuppies ini..

Resepi sumber dari Martha Stewart:

1 1/4 cawan tepung cake (bukan self raising flour)
3/4 tsp baking powder 
1/2 tsp garam halus
** ayak semua

1/4 cawan susu + 1 tsp esen vanila/extract
4 sudu bessar mentega
**Panaskan susu dan vanila. Bila meruap, masukkan mentega. Setelah cair mentega, angkat dan sejukkan.

1 cawan gula kastor
3 biji telur
3 biji kuning telur

Bahan sapu:
1/3 cawan air + 1/3 tsp gula kastor + 1 tsp instant coffee

Panaskan bekas untuk adunan ( yang tahan panas) secara double boiler.
Masukkan gula dan semua telur dan pukul hingga kembang dan putih.( mangkuk kena sentiasa panas)
Masukkan campuran susu dan butter tadi. Pukul lagi dgn maximum speed.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit, hingga sebati tetapi jangan sampai "overbeat".
Setelah siap, masukkan  adunan ke dalam papercup. Letak dalam 1/2. ( dapat dalam anggaran 18 cuppies)
Bakar 180 F selama 20 minit atau lebih atau hingga masak.
Setelah masak, sejukkan dan cucuk2kan dgn garfu.
Dgn menggunakan berus, saupu2kan air kopi ke atas cuppies tersebut. Ikut suka banyak mana nak taruh air kopinya, lagi banyak lagi sedap.
Biarkan dalam 30 minit supaya air kpoi td menyerap ke dalam kek.
Setelah itu bolehlah taruh toppingnya dan tabur serbuk koko di atasnya.

Topping
1 cawan whipping cream/thickened cream.( pukul hingga kembang)
8 auns keju mascarpone( Nora guna cream cheese je..) dipukul dgn 1/2 cawan gula ising yang diayak.

Gaul semua tetapi jgn overmixed yea.

Selamat mencuba..

Thursday, July 21, 2011

Koleksi cupcakes ku..

Ini adalah di antara cuppies yang pernah Nora buat..

Chocolate cuppies dgn edible image Ben 10 dan Barbie
Assorted cuppies dgn buttercream


vanilla cuppies with buttercream


strawberry cuppies dgn topping strawberry filling

Blueberry cuppies dgn dua topping..satu dgn blueberry buttercream,
satu lagi dgn blueberry filling


































Tuesday, July 19, 2011

Fondant RV Cuppies for Smss Girls

Minggu lepas Nora terima order dari kawan Nora ketika belajar di ITM Manjung dulu. Tak disangka dia juga merupakan kawan suami ketika belajar di SMSS. Kak Zura nak Red Velvet cupcakes. Dia nak bawa ke gathering kawan2 perempuannya ketika di smss dulu. Dia nak ada fondant topping. Fikir punya fikir maka terhasillah rv yang nampak cantik dan menarik..(angkat bakul sendiri...) Warna2pun warna pastel..bunga2nya aku gentel sendiri..dekat 30 kuntum..Alhamdulilah...hari Jumaat tu aku dan suami hantar pd Kak Zura. walaupun waktu dah larut malam ( akibat tersilap jalan ke Bukit Jelutung) Apa2pun seronok bila Kak Zura kata dia puas hati dgn hasil kerja tanganku..Thanks kak Zura..lainkali order lagi yea...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...