Saturday, February 18, 2012

Pandan Kaya Cupcakes With Coconut Crumble


Cupcakes ni memang marvellous..cehh..puji sendiri. Tapi memang terbaik..sedap sesangat bagi pengemar kelapa kering. Rasanya lemak2 manis memang membuka selera terutama time tengah dibakar. Wanginya semerbak satu rumah hingga hubbypun tak tertahan. Makan panas2 sekali 3 ketul. Anak anak apalagi puji sakan. Terangkatlah jugak. Tak percaya...cuba buat..tak rugi...

Resipi ni sebenarnya Nora ambil ketika menonton MHI di TV3 tempoh hari. Chef Anuar buat Blueberry crumble cupcakes. Nampak dia buat memang sedap sangat, nak2 tgk pengacara Ally Iskandar dan Raihan makan cupcakes tu. Berkobar2 nak buat tapi blueberry filling pulak tak ada. Malasnya nak ke bakery. Nak suruh anak2, sibuk memanjang dgn aktiviti diorang. Kata Chef Anuar, kita boleh buat ikut apa yg ada kat rumah kita. Janji ada basic resipi cupcakes tu..yg lain pandai2lah sendir. So..Norapun pandai2lah sendiri, ubah ikut apa bahan yang ada dlm stok kat rumah. Yang ada kelapa kering. Kebertulan ada kaya. Hmmm..apalagi operasilah...alhamdulilah..menjadi..syukur ke hadrat Allah swt kerana seisi keluarga suka sesangat...
Jom...Nora nak kongsi resipi ni supaya kita sama2 dapat buat dan buat keluarga kita happy...resipi yang sangat mudah, sekejap jer dah siap...


Bahan untuk cupcakes:
250gm mentega/ marjerin
200gm gula kastor (boleh kurangkan)
4 biji telur B
100gm tepung kek
150gm tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder
( atau kesemuanya tepung gandum 250gm + 8gm b.powder)
1 sudu teh perisa pandan
1 sudu teh pewarna pandan/ hijau
Jam kaya gula hangus/ kaya pandan

Crumble Topping:
120 gm tepung gandum yang diayak
100gm kelapa kering
120gm mentega cair
100gm gula kastor
1/2 sudu teh perisa pandan
1/2 sudu teh pewarna pandan/hijau
** Gaul semua hingga jadi serbuk roti

Caranya:
1. Pukul mentega/marjerin dengan gula hingga kembang 
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
3. Masukkan esen pandan dan pewarna. Gaul rata.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga rata. Jangan terlalu overmix.
5. Masukkan ke dalam acuan cupcakes dengan sukatan 3/4 .
6. Sudukan 1 sudu teh(atau lebih) kaya ke atas adunan.
7. Letakkan coconut crumble ke atas adunan tadi.
8. Bakar dengan suhu 180 C selama 20 minit atau hingga masak.
9. Sedap di makan panas, tambahan lagi dengan air kopi O...memang terangkat.

Selamat mencuba...





3 comments:

  1. lain dr yg lain..mesti sedap ni..

    ReplyDelete
  2. salam..dah buat ptg tadi tpi ubahsuai sikit tapi tak sure nak bubuh kaya tu mcmmana since buat dlm loyang..hentam ajelah..n nampak mcm jadi ..mencabar sikit masa nk keluarkn dr loyang..anyway thanks for the recipe.

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana mencuba...kalau nak buat cake rasanya kena pakai spring foam..senang sikit nak keluarkan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...