Showing posts with label puding/agar2. Show all posts
Showing posts with label puding/agar2. Show all posts

Friday, January 4, 2013

Fruits Cocktail Bread Pudding with Caramel Sauce

Nora ada tengok rancangan AFC haritu...terliur tengok puding roti yang menggunakan fruits cocktail ni. Walaupun Nora tak boleh makan benda2 manis, namun selera ni tak boleh ditahan2..Nora bukan makan banyakpun. Selalunya Nora makan sikit jer, selebihnya hubby dan anak2 yang makan. Seronok nak mencuba dan rasa sikit jer.

Nora carilah menggunakan pakcik Google. Bermacam2 resepi ada..so Nora gabung2kan ikut selera Noralah..ubah sikit2 jer agar tak lari sangat. Jom kita tengok resepinya..kut2 ada yang teringin nak buat..


Bahan2nya:
12 keping roti hailam(Nora pakai roti ni sbb kebetulan ada lebihan banyak..nak guna roti lainpun boleh)
5 biji telur gred A
1 tin fruits cocktail(in heavy syrup)
1 tin susu cair
1 cawan gula pasir ( Nak manis tambahlah gula lagi)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan butter
Sauce:
1/2 cawan butter
1 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
1/2 cawan susu cair

Cara2:
Koyak2kan roti jadi cebisan kecil.
Pukul telur dan masukkan kedalam roti. Gaul.
Masukkan fruits cocktail bersama syrupnya sekali. Gaul lagi. 
Panaskan susu, gula,esen vanilla dan butter sehingga gula dan butter cair.
Masukkan ke dalam adunan roti tadi dan gaul cepat2 hingga rata. Biarkan selama 1 jam.
Masukkan ke dalam bekas yang dah dilaser dgn butter.
Bakar 180 C selama 35 minit atau hingga masak.
Biar sejuk sedikit dan makan suam2 dengan sos caramel.

Cara buat sos:
Panaskan butter dan gula hingga gula larut.
Angakat dan masukkan susu, garam dan esen vanilla.
Kacau cepat2.
Dah siap dan bolehlah dituang ke atas bread puding ketika nak makan.






Tuesday, August 16, 2011

Puding Oh Puding

Sepanjang bulan Ramadhan ni, Nora sempat buat tiga jenis puding jer. Bukannya apa, pudingkan manis sedangkan Nora tak boleh makan manis2 sangat. Nanti kalau dah ada depan mata, Nora ngap aje. Tu yang bahayanya. Tetapi bagi memenuhi kehendak dan permintaan anak, terpaksalah Nora buat juga. Tiga jenis puding tu ialah Puding Jagung ( dah dua kali buat), Puding Caramel dan semalam, Puding Roti Marble.
Puding2 ni kalau makan sejuk2 best sesangat. Jom kita tengok2 resipi mudah puding2 ni....



Puding karamel
Bahan2nya mmg mudah dan texturenya smooth sangat..

Bahan Gula Hangusnya:
5 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
Panaskan gula hingga berwarna keperangan (light). Masukkan air dan biar hingga gula hancur dan pekat.
Masukkan dalam loyang atau bekas yang anda suka.

Bahan Karamelnya:
1 tin susu pekat
1 tin air (guna tin susu pekat)
6 telur bersaiz besar
2 sudu besar tepung kastard/jagung
1 sudu teh esen /serbuk vanilla

Pukul telur tetapi jangan sampai berbuih. Sekadar rata sahaja.
Campur susu dengan air , kacau hingga sebati. 
Masukkan telur ke dalam susu dan taruh esen vanillan Kacau perlahan
Masukkan tepung kastard( sebelum tu ambil sedikit adunan telur dan susu tadi, masukkan tepung tadi dan gaul hingga tak berketul)
Gaul adunan perlahan2 dan hingga rata.
Tuang ke loyang/acuan yang ada gula hangus tadi.
Masukkan ke dalam kukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Untuk mengelakkan puding tadi berlubang2, jangan tutup rapat kukus tadi. Biar rengang sikit.
Masak selama 45 minit atau hingga masak.
Dah masak, keluarkan dari kukusan, terbalikkan ke atas pinggan hidangan.
Boleh disejukkan.


Puding Jagung
bahan2nya:
1 tin jagung dalam tin ( yang creamy0
1 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan kastard/ susu cair
2 cawan air
3/4 cawan gula

Campur kesemua bahan dan kacau di atas api hingga pekat dan berkilat.
Letak dalam acuan dan sejukkan.


Puding Roti Marble
Bahan2nya:
 5 keping roti ( dicarik2)
2 biji telur gred A
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair/segar
8 gm serbuk agar2 segera
1/2 cawan gula
2 sudu mentega( dicairkan)
3 1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko.

Didihkan agar2 dengan 3 cawan air.
Blend roti,susu pekat, susu cair/segar,telur, gula dan air.
Masukkan ke dalam periuk agar2 tadi dan masukkan juga mentega yang dicairkan tadi.
Biar masak hingga mendidih.
Bahagikan ke 2 bahagian, satu biasa dan satu lago taruh serbuk koko.
Tuang secara berselang seli di dalam acuan atau loyang.
Buat cepat2 kerana ianya cepat mengeras.
Sejukkan sebelum dimakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...