Showing posts with label masakan dolu2. Show all posts
Showing posts with label masakan dolu2. Show all posts

Friday, December 9, 2011

Masak Lemak cilipadi Rebung dan Udang

Hah..inilah salah satu juadah makan tengahari Nora. Gulai rebung ni memang kegemaran kami sekeluarga. Anak-anak paling gemar makan gulai ni. Kalau makan kat luar, kalau ambil nasi campur mesti ambil gulai rebung ni dan ayam goreng atau ayam berlada. Kadang2 tu sepakat adik beradik ambil yang sama. Kebetulan, ahad lepas pergi Tesco, hubby ambil rebung ni. tak dapat ambil banyak sebab dah tinggal sikit. Cukup sekali makan jer. Jadi tengahari ni Nora kena simpan awal2 sikit utk Cik abang...kalau tak..habis dimakan dek budak2 ni..Nora masak gulai ni dengan ikan kembung berlada dan teur dadar taruh kucai. Jadilah..lepas makan tengahari ni. Nak berulam..tak delah pulak..Petang ni nak buat kuih kaswi pandanlah..memandangkan ada lebih kelapa tadi..atau buat pau...hmmm..???

Tuesday, November 8, 2011

Ketupat Daun Palas

makHmm..ketupat ni mmg dah jadi favourite Nora sekeluarga. Norapun baru belajar buat ketupat ni lepas kahwin dulu, belajar dari mak mentua Nora. Mula2 dulu, tengok aje dia buat. Lepas tu dia ajar macamana nak bungkus ketupat ni. Mula2 belajar dulu mmg rumit, tetapi lama2 dah ok dah. kira dah mahirlah, dah tak ada hal nak buat.


Nora buat versi mak mentua Nora, org Temerloh, Pahang. Ada macam2 cara nak buat ketupat ni.


Ada yang mengukus dan ada yang merebus saja. Ada jugak yang bubuh kacang atau jagung dalamnya, tapi Nora tak berapa suka.


Ni versi mak mentua Nora:

Sekilo pulut ( di basuh bersih)
Santan sederhana ( secukupnya)
garam secukup rasa.

Letak pulut yang telah dibersihkan dalam kuali.
Masukkan santan sederhana ke dalam kuali . Sukatannya, santan mesti  agak2 seinci lebih dari paras pulut.
Letakkan garam.
Kacau di atas api sederhana sehingga agak kering santannya dan separuh masak.
Angkat dan sejukkan.
Ambil daun palas, buat corong segitiga, masukkan pulut kedalam nya, padat2kan.
Lepas tu lipatkan dan simpul hujungnya.
Masukkan ke dalam periuk. Masukkan air separas ketupat tadi.
Rebus hingga air agak kering.
Angkat dan toskan.


Nora tak  dapat nak tunjukkan step by step cara menganyam ketupat ini. Tapi kena hati2 sebab kalau salah anyam, akan ada lubang dan bila rebus, air akan masuk kedalam dan pulut akan terlebih kembang. Ini mak mentua Nora panggil, ketupat betina.
Kalau elok dan tiada lubang, namanya ketupat jantan

Ketupat ni lepas dianyam, ketupat ini boleh jugak dikukus, kalau tak suka rebus.
Kukus hingga masa. Tetapi ketupat jenis kukus ni agak keringlah sikit.

Beras pulut juga boleh dibuat dengan cara mengukus pulut seperti kukus pulut untuk buat pulut kuning.
Kukus pulut, lepas tu diadun dgn santan dan kukus lagi. Lepas masak dan sejuk, bolehlah dimasukkan kedalam daun palas tadi.
Merebus ketupat cara ini taklah selama merebus ketupat macam mentua Nora buat. Boleh juga di kukus.
Kalau di utara, mereka akan masukkan kacang merah atau jagung yang digaul bersama pulut.
Malah ada yang mencampur pulut hitam Terpulang pada selera masing2.

Tips dari mentua Nora, kalau nak tahan lama, rebus ketupat sampai masak. Buang lebihan air.
Lepas tu letak kembali ketupat di atas api sederhana, kacau2 ketupat itu @ goreng hingga ketupat itu mengeluarkan minyak dan kulitnya berkilat.
Angkat ketupat dan biar/tos dalam tapis atau gantungkan agar lebihan air pd ketupat kering.


Hariraya Aidi Adha 6/11/2011

Hari raya haji baru2 ni Nora masak sempoi jer..Ketupat nasi ( mak buat), Ketupat daun palas (Nora buat)
kuah kacang(Nora) dan rendang ayam (ni mak Nora buat). Hubby Nora pulak suruh buat kek buah. Sanggup dia beli bahan2 nak buat kek buah ni. Terpaksalah Nora buat. Tak sempat nak buat kek yg Nora plan nak buat "Opera Cake". Tak pelah..asalkan semua gembira dan bahagia. Anak Nora Syafiq pulak sibuk nak buat Choc Chips cookies. Itu dia yg handle..Nora biarkan dia arah adik beradiknya tolong..apa2pun ..alhamdulilah..semuanya selesai dalam masa yg singkat..atas kerjasama masing2...
Pagi raya, suami dan anak2 pergi masjid bersembahyang..Nora pulak mengemas rumah dan beg pakaian. Lepas sembahyang raya Nora,hubby dan anak sulong Nora pulang ke kampung hubby, berhariraya kat Temerloh pulak. Mak dan anak2 Nora yg lain tak ikut..sebab Nora pergi satu hari jer..penat kata mereka. Tak apalah, sbb baru jer diorang jumpa wan diorang.
Sampai Lebak petang..terus ke rumah kakak hubby Zaharah@ kak ngah..Salam2..lepas tu pergi rumah Kak Teh @ kakak suami yg no.2. Sedap rendang ayam pedas dan lomang N9 yg abang Teh buat..lepas jugak hajat nak makan lemang..Malam tu bertanggak ke rumah Ngah lagi..makan malam dan menikmati rojak pasembur yang dibuat anak ngah Mimi..sedap sangat...berkumpul ramai2 dgn keluarga Ngah, Teh, Kak Ita, Aida dan Zuri adik hubby..mak mentua tak de sbb tak sihat..dia rehat kat rumah jer..
Usai perjumpaan keluarga..turun ke rumah mak mentua. Bersembang sampai dekat pukul 2, baru tidur. Tidur lepak2 kat bilik mak..
Esoknya lepas makan tengahari..dalam pukul 3 lebih, baru bertolak balik. Jalan..mak datuk..jam giler..sembahyang maghrib kat tol Bukit raja..itupun lagi 10 minit nak masuk isyak. Makan malam kat Seksyen 7 Shah Alam..cari2 kedai melayu..sebab perut dah tak tahan makan rempah2 dan pedas2..Jumpa kedai masakan kelantan. Pekena keuw teow bandung dan hubby keuw teow lakna. Anak sedara Amir, makan nasi goreng USA..katanya dah nak termuntah makan ayam..hehehe..
Sampai rumah jam 9 lebih..sembang2..dalam pukul 12 baru rasa ngantuk..hubby esoknya kerja..terpaksalah tidur awal sikit. Nanti tak terbangun pulak...




Thursday, August 4, 2011

Gulai Tempoyak Ikan Patin Termeloh resepi Mak Mentua


Ni menu hari kedua berbuka puasa Nora bersama keluarga. Beli ikan patinnya hari ahad 31/7/2011, kat Pasar Sehari Termeloh, Pahang. Nora beli masa Nora pulang ke kampung suami hari Jumaat sebelumnya sebab ada kenduri menyambut puasa di sana. Kendurinya hari sabtu 31/7/2011. Menu: Nasi ayam (resepi Cik Melah , adik ipar Nora), bubur anak lebah dan tembikai. Yang bestnya, gotong royong buat bubur anak lebah..bubur ni terkenal kt kampung suami Nora. Adunannya di adun oleh my MIL. Pastu kena ayak tepungnya ke dalam periuk besar yang berisi air gula Melaka bersama santan. Ayaknya besar,my MIL yang buat sendiri ayak tu. Nora, ipar2, biras serta anak2 dan anak2 sedara gotong royong membuatnya. Meriah betul masa tu..rugi pulak sebab Nora lupa bawa kamera utk merakam detik2 tu. Betul2 had fun masa tu...

Berbalik pada ikan patin tu, lepas beli ikan patin dan talapia merah, Nora beli tempoyak dalam sebungkus RM 5,( sikit jer, dalam 1 senduk aje), daun kesum dan serai.(balik kena sound, apasal beli tempoyak sbb mak mentua ada dua tiga balang tempoyak..apalagi tapaulah sampai satu bekas besar..hehehe..thank U my beloved mak mentua..) Semuanya untuk projek nak buat kat rumah. Tapi hari Isninnya Nora tak dapat buat sebab Nora kena teman suami ke Cova Square, Kota Damansara. Balik petang. Lepas ambil anak, Nora pergi bazar ramadhan di Andalas. Punyalah ramai orang. Dari rumah dekat sejam baru sampai ke bazar tu sbb jam yang teramat2nya. Dekat 6.30petang baru dapat parking. Terpaksalah beli dgn keadaan kelam kabut. Cuma sempat beli nasi lemak kukus ayam rendang, roti bungkus popiah, tepung pelita, kurma dan air asam boi. Sampai rumah ngam2 lagi 10 minit nak berbuka. Anak2 dah suspen, ingat kena buka dgn air sejuk..hehehe...

So, projek ikan patin ni Nora buat hari Selasa, bakinya buat bersahur. Memang sedap sesangat..Nora buat ikut resepi mak mentua. Hingga menjilat jari. Isinya lembut sangat. Semua seisi rumah makan gulai ni kecuali anak Nora yg keempat Danial. Dia mmg tak makan tempoyak tapi makan durian. Anak Nora yang kedua, Syafiq pulak makan tempyak tapi tak makan durian. So terpaksalah Nora sediakan makanan lain untuk Danial.

Jom intai resepinya:


2 ekor ikan patin saiz sederhana ( dibersihkan dan dibelah2)
11-13 cili padi ( ikut suka kepedasannya)
1 batang serai dititik
seikat 50 sen daun kesum, 
1 senduk tempoyak ( boleh lebihkan jika suka, Nora lebih2kan dalam 2-3 sudu)
Bawang merah kecil dalam dua ulas, dihiris.
air secukupnya
asam keping ( jika tak cukup masam)

Tumbuk cili padi hingga lumat. Gaulkan tempoyak dgn cili tadi hingga rata.
Letakkan ikan patin dalam periuk. Lumurkan tempoyak tadi ke ikan hingga rata dan meliputi semua ikan tu.
Biar sebentar dalam 10 minit.
Masukkan serai dan bawang.
Masukkan air separas atau lebih sikit dari ikan hingga meliputi ikan tu ( atau kalau nak kuah lebih, taruh lebih air, ikut suka)Kacau2 dgn senduk perlahan hingga air dan tempoyak sebati.
Masukkan daun kesum.
Letak atas api sederhana, biar hingga mendidih. Kacau sikit2 dan perlahan2. Takut isi ikan pecah.
Masukkan garam, perisakan. Kalau tak cukup masam, tambahkan asam keping.
Biar sebentar, dan boleh dihidangkan.

Wednesday, July 13, 2011

Pucuk Ubi Goreng Pedas versi Nora

Hari tu..dah tak ingat bila...bawak mak makan kt Seksyen 16 SA..ada satu sayur tu..sedap sangat..belek punya belek..la..pucuk ubi rupernya..cakap dgn mak..ni kita boleh buat ni...tapi tu rasa2 setahun yang lalu...samapi ke minggu lepas baru Nora try buat..tupun sbb tertiba jer teringat. Fikir punya fikir..olah punya olah..akhirnya jadi jugaklah pucuk ubi goreng ni walaupun bukan 100% sama macam yg kt restoran tu...ala2 jer..sedap jugak kalau kita buat utk sahur nanti..bulan puasapun dah nak dekat..jum kita cuba..( Nora dh cuba hihihi...)

Tgk gambar dulu baru tgk resepinya yea...


bahan2nya:
Seikat pucuk ubi( dibersihkan dan hiris kecil2, jgn terlalu halus..)
dua senduk cili kering blend (pedas ikut suka)
2 ulas bawang besar*
2 ulas bawang putih*
seinci belacan*
setengah genggam ikan bilis*
* blend /tumbuk
garam/gula/air asam jawa
ikan bilis goreng/tempe goreng(kecil2)/kacang tanah

Panaskan minyak.Tumis semua bhn blend hingga garing. Masukkan cili blend. Kacau2 hingga cili masak.
Masukkan gula, garam dan sedikit air asam jawa. Masukkan pucuk ubi tadi. Kacau2 hingga rata..biar sampai garing. Perlu diingatkan, kalau tak cukup minyak..tambah lagi sedikit demi sedikit supaya pucuk ubi ni boleh jadi garing.
Bila dah garing, boleh tambah sedikit gula, ikan bilis/tempe/kacang tanah. kacau cepat2 dan tutup api.

Selamat mencuba....

Thursday, June 2, 2011

Ayam Masak lemak tempoyak

Amnoi..lama rasanya tak update blog ni..rasa tak ada benda yang menarik berlaku pada penghujung Mei yang lalu melainkan hari Keluarga Kiah ( Kiah ni mak hubby). So hari ini nak masukkan satu resepi yang lama dah Nora nak buat tapi takut nak buat. last2 dgn penuh ketabahan, akhirnya berjaya juga membuatnya. Keluargapun suka sangat resepi ni. Mula2 Nora terasa nak buat bila tengik Siti Nurhaliza buat. maka tertanya tanya juga..eh..sedap ke/..teragak2 nak buatnya...namun akhirnya...hmmm..lazat ruapnya...meh kita tengok2 gambarnya dan resepinya ok...


Resepinya simple jer...main agak2..makanan tradisional dan melayu ni main agak2 dan campak2 jer...

Cili padi (ikut suka kepedasannya) ditumbuk halus.
Sebatang serai dititik
seulas bawang merah kecil ( dihiris)
Rebus semua bahan dgn sedikit air sehingga hilang bau maung cili padi

Tambahkan sedikit air, ayam ( ikut suka banyak mana, potong kecil)dan  kunyit hidup yang ditumbuk.Biar sehingga ayam masak sedikit.
Masukkan tempoyak yang dilarut dlm sedikit air serta santan cair.
Biar sampai ayam masak. Boleh tambah daun kunyit kalau suka.
Masukkan santan pekat dan bahan2 perisa.
Kacau sentiasa agar santan tak pecah...
Kepekatan santan ikut suka...kalau nak pekat, jgn taruh terlalu banyak air..
Dah masak...boleh dimakan..
satu lagi...kalau nak taruh tomato atau cili potong sebagai hiasanpun boleh...
Selamat mencuba...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...