Tuesday, November 8, 2011

Ketupat Daun Palas

makHmm..ketupat ni mmg dah jadi favourite Nora sekeluarga. Norapun baru belajar buat ketupat ni lepas kahwin dulu, belajar dari mak mentua Nora. Mula2 dulu, tengok aje dia buat. Lepas tu dia ajar macamana nak bungkus ketupat ni. Mula2 belajar dulu mmg rumit, tetapi lama2 dah ok dah. kira dah mahirlah, dah tak ada hal nak buat.


Nora buat versi mak mentua Nora, org Temerloh, Pahang. Ada macam2 cara nak buat ketupat ni.


Ada yang mengukus dan ada yang merebus saja. Ada jugak yang bubuh kacang atau jagung dalamnya, tapi Nora tak berapa suka.


Ni versi mak mentua Nora:

Sekilo pulut ( di basuh bersih)
Santan sederhana ( secukupnya)
garam secukup rasa.

Letak pulut yang telah dibersihkan dalam kuali.
Masukkan santan sederhana ke dalam kuali . Sukatannya, santan mesti  agak2 seinci lebih dari paras pulut.
Letakkan garam.
Kacau di atas api sederhana sehingga agak kering santannya dan separuh masak.
Angkat dan sejukkan.
Ambil daun palas, buat corong segitiga, masukkan pulut kedalam nya, padat2kan.
Lepas tu lipatkan dan simpul hujungnya.
Masukkan ke dalam periuk. Masukkan air separas ketupat tadi.
Rebus hingga air agak kering.
Angkat dan toskan.


Nora tak  dapat nak tunjukkan step by step cara menganyam ketupat ini. Tapi kena hati2 sebab kalau salah anyam, akan ada lubang dan bila rebus, air akan masuk kedalam dan pulut akan terlebih kembang. Ini mak mentua Nora panggil, ketupat betina.
Kalau elok dan tiada lubang, namanya ketupat jantan

Ketupat ni lepas dianyam, ketupat ini boleh jugak dikukus, kalau tak suka rebus.
Kukus hingga masa. Tetapi ketupat jenis kukus ni agak keringlah sikit.

Beras pulut juga boleh dibuat dengan cara mengukus pulut seperti kukus pulut untuk buat pulut kuning.
Kukus pulut, lepas tu diadun dgn santan dan kukus lagi. Lepas masak dan sejuk, bolehlah dimasukkan kedalam daun palas tadi.
Merebus ketupat cara ini taklah selama merebus ketupat macam mentua Nora buat. Boleh juga di kukus.
Kalau di utara, mereka akan masukkan kacang merah atau jagung yang digaul bersama pulut.
Malah ada yang mencampur pulut hitam Terpulang pada selera masing2.

Tips dari mentua Nora, kalau nak tahan lama, rebus ketupat sampai masak. Buang lebihan air.
Lepas tu letak kembali ketupat di atas api sederhana, kacau2 ketupat itu @ goreng hingga ketupat itu mengeluarkan minyak dan kulitnya berkilat.
Angkat ketupat dan biar/tos dalam tapis atau gantungkan agar lebihan air pd ketupat kering.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...