Tuesday, February 19, 2013

Laksa Nyonya


Laksa Nyonya ni Nora buat dua minggu yang lepas. Baru nak update. NNtilah Nora letakkan resepinya yea...

Apple Caramel Cake



Ini salah stu lagi kek yang Nora buat atas permintaan anak. Diaorang nak makan kek aplle. So Nora decided buat kek hasil resepi yang di ambil dari Paula Deen. Lama dah Nora simpan resepi ni. Baru kali ni berkesempatan nak buat.

Bahan bahannya:

2 1/2 cawan gula halus ( Nora guna 1 1/2 gula perang + 1 gula halus)
3 biji telur A
1 1/2 cawan minyak sayur
3 cawan tepung gandum atau tepung kek
2 sk baking powder
1 cawan walnut cincang
 2 1/2 cawan epal yang didadu kecil
2 tsp esen vanilla

Topping:
2 cawan gula perang
1/4 cawan susu cair atau whip cream
3/4 cawan butter
Panaskan semua bahan hingga pekat.

Pukul telur, gula ,esen vanila dan minyak hingga kembang.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang di ayak dengan baking powder.
Dengan menggunakan spactula, masukkan epal dadu dan kacang walnut. Kacau agak2 sebati. Jangan overmixed.
Masukkan dalam acuan, bakar 180 C selama 45- 60 minit atau hingga masak.
Cucuk2 bahagian atas kek.
Tuang topping caramel di atasnya.
Boleh tabur kacang atau apa2 yang anda suka.



Butterscotch Cake



Okay...hari ni Nora nak update kek yang Nora buat hari minggu lepas. Anak2 yang minta nak makan kek sebelum masing masing nak balik asrama. Puas memikirkan kek apa yang Nora nak buat. Malas nak buat kek chocolate sebab selalu sangat buat kek tu. Nak cari yang lain pulak.

Jalan jalan ke beberapa mall semasa cuti tahun baru cina yang lepas, Nora terpandang kek ni kat Secret Resepi...Butterscotch Cake...ingat nak beli jer tapi anak kata better ibu buat  jer...maka kek ni termasuklah dalam senarai kek yang bakal Nora buat.

Google punya google, yang ada Pecan heavenly Butterscotch cake...alamak nak guna kacang pecan pulak. Bakery pulak semuanya tutup. Cari kat pasaraya tak ada pulak. Yang ada kacang badam. Hmmm...tak boleh pulak pakai kacang badam sebab hubby alergi to almond. Fikir punya fikir, masa lalu kat candy section, terpandang kacang bipang. Yesss...memandangkan dlm resepi kacang pecan itu akan disira dgn gula yang dikaramelkan...lebih kurang kacang bipanglah...so Nora decided guna jer kacang bipang ni...hehehe..Tak apa..kita yang buat dia...bukan dia yang buat kita...hubby Nora cakap...

Jom jengah resepi kek ni yang telah Nora olahkan...

Sos Butterscotch:
1 1/3 cawan susu sejat atau thick cream
1 1/2 cawan gula perang
5 sudu besar mentega
2 tsp esen vanilla

Masak semua bahan  di atas api yang kecil hingga semua bahan sebati, lebih kurang 5 minit. Sentiasa kacau.
Kuatkan api , biar didih sebentar.
Kemudian turunkan api ke rendah kembali, masak hingga agak pekat. Ingat...sentiasa kacau. Takut hangus.
Dah pekat, angkat, biar sejuk .

Untuk Kek Sponge:

150g tepung kek
150g gula halus
5 biji telur A/ Besar
1 tsp serbuk penaik
1 tbsp ovallette
1 tsp esen vanilla
80 ml susu segar
80ml mentega cair/minyak sayuran

Satukan tepung kek, gula, serbuk penaik, ovallete dan telur. Pukul hingga kembang, putih dan gebu.
Masukkan susu sedilitdemi sedikit. pukul lagi.
Hentikan mixer. Gunakan spactula kayu atau rubber atau plastik, balik kaup minyak atau mentega cair ke dalam adunan.
Masuk dalam loyang 8" dan tinggi 6" yang telah di alas dan digirs.
Bakar 160 C selama 20-25 minit atau masak.
Keluar dari oven, telungkup diatas redai. Jgn keluarkan dari acuan. Biar hingga sejuk, baru keluarkan kek dari acuan.
Setelah sejuk, belah tiga.

Filling n Topping kek:

1 cawan fresh cream atau non diary whipping cream
sedikit butterscoth
Kacang bipang yang di pecah2kan kecil2.

Pukul cream hingga kental.
Masukkan sedikit butterscotch, balik kaupkan guna spactula.
Bahagi dua. ( 1 layer, 1 topping)
Untuk layer, masukkan kacang bipang , balik kaupkan.

Cara melapis:
Letak satu lapis kek di atas alas kek.
Sapu sedikit butterscotch di atasnya. Kemudian letak 1/2 dari adunan cream utk layer td.
Letak lapisan kek ke 2 di atasnya. Ulangi proses.
Letak l;apisan kek yang ke3.
Lepa kek dengan cream yang diasingkan untuk topping.
Tuang lebihan butterscoth di atas kek.
Kalau butterscotch agak kerntal, masukkan lebihan cream utk topping sedikit, panaskan atas api kecil.

Tak berapa cantik sebab Nora tak pandai nak bahagi tiga kek ni...tak sama besar.

kek ni memang sedap...sekejap jer dah tinggal banyak ni...:)


Monday, February 18, 2013

Laksam oh Laksam


Lama betul teringin nak makan laksam ni. Semenjak tenguk fb sahabat baik Nora yang post gambar laksm ni, hati ni meronta ronta nak buat laksam ni. Nora pernah buat beberapa kali laksam ni tetapi lama dah tak buat. Nora asyik beli jer.  Baru baru ni anak Nora, Angah Syafiq  suruh Nora buat laksam  ni sebelum dia balik Politeknik. Nak tak nak, Nora gagah juga buat laksam ni.

Bukan apa, paling malas nak kukus laksam ni. Kuahnya senang jer. Tapi mee laksam ni, aduyai...pukul 9 start kukus, pukul 11 baru siap...tapi bila makan..tak sampai 1/2 jam jer..tapi alhamdulilah..dapat memenuhi permintaan anak.

Resepinya:

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air

Gaul semua bahan. Adunan memang cair.
Panaskan air kukusan.
Oles loyang atau tudung periuk dgn sedikit minyak.
Taruh dalam sesenduk atau dua ke dalam loyang, kukus dalam 3-4 minit.
Angkat, biar sebentar sebelum digulung.
Sementara itu bolehlah masuk loyang lain dalam kukus.
Buatlah sampai habis.

Kuah laksam;

1 kilo ikan kembung/ mambung atau apa2 ikan yang sesuai.(rebus dan ambil isinya- tumbuk)
400 ml santan sederhana pekat.
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 inci halia
Serbuk lada hitam
Garam n gula
Asam keping

Kisar bawang merah, putih dan halia.
Masukkan ke dalam periuk disertai dengan isi ikan, santan, asam keping dan serbuk lada hitam ikut suka)
Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Kalau pekat sangat, tambah sedikit air. Ikut suka nak pekat macamana.
Bila dah mendidih, angkat.

Bahan2 hiasan/sampingan:

Taugeh (buang ekor)
Timun ( dimayang)
Kacang panjang ( hiris halus)
Daun kesum ( hiris halus)
Bunga kantan (hiris halus)
Sambal belacan ( tumbuk cili padi + belacan)
Hirisan limau









Pisang Goreng Bijan



Dua tiga hari lepas Nora buat goreng pisang nangka ni. Musim hujan ni memang kenalah kalau makan pisang goreng dengan air kopi O panas...Pisang pulak Nora dapat dari kakak ipar tersayang Ngah Zaharah. Dia kirimkan kepada anak yang balik kampung baru2 ni..

Mula2 nak buat goreng pisang biasa jer tapi teringat pulak pada sahabat Nora , Sal See Ya. Dia pernah buat pisang goreng berbijan ni...hari tu nampak macam sedap jer. Tu yang try buat ni. memang sedap...rangup2, pastu rasa nutty bijan tu...perghhh...memeng mabeles...Kalau orang Johor, cicah dengan sambal kicap. Nora pulak cicah dengan gula...kopi pulak manis2 buah...terasa segar petang tu...

Jom intai resepi mudah ni:

Sesikat pisang nangka
Secawan tepung gandum
Garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 cawan minyak masak
Bijan secukupnya
Air secukupnya

Gaul semua bahan kecuali bijan hingga sebati.
Potong dua pisang, celup dalam adunan tepung/batter tadi. Guna garfu ketika mencelup.
Tabur bijan.
Goreng dalam minyak panas.
Agak2 kekuningan dan masak, angkat.
Sedia untuk di makan.





Tuesday, February 12, 2013

Kek Hantaran Anak Sedara 1/2/2013






Keknya Coklat Moist, 3 layer. Setiap layernya Nora letak coklat ganache dan fc coklat.
Toppingnya Nora pakai fc jer yang diwarnakan ungu, ikut tema.
Bunga diatas tu beli aja kat Bagus dan Jia Yi Bakery...nak buat tak pandai.

ayam ponteh/ayam masak taucu



Tak nak tulis panjang2...hehehe....ni ayam ponteh versi Nora yea...ada yamg Nora tokok tambah, ikut tekak Nora. Jom tenguk resepinya...rupanya mmg nampak buruk kan...tapi rasanya..hmmm....sedappp...puji sendirilah.

500gm ayam.(potomg sederhana kecil atau kecil2pun boleh)
3 ulas bawang putih (tumbuk/blend halus)
2 inci halia (tumbuk/blend halus)
2 ulas bawang besar/ 5 ulas bawang kecil ( tumbuk/blend halus)
3 sudu besar taucu ( Nora guna taucu black beans)
3 biji kentang ( belah 4)
cendawan shitake kering (rendam dahulu hingga lembut. Nora pakai yang fresh)
Garam/gula/kicap manis
Sedikit serbuk lada hitam (ini NOra tambah sendiri)

Tumis bawang putih, bawang merah dan halia.
Masukkan ayam. Kacau rata.
Masukkan kentang dan cendawan shitake. (kalau pakai yang fresh, jangan masuk dahulu)
tambah sediikit air.
Bila kentang dan ayam dah lembut dan masak, masukkan taucu.
Gaul rata, tambah kicap manis dalam 2 sudu besar, lada hitam (pilihan) garam dan gula.
Biar sebentar dalam 5 minit.
Angkat.


Udang Mentega/ Butter Prawn

Ni satu lagi masakan udang yang Nora buat masa CNY dulu...hehehe...macam kita pulak yang raya. ak apalah..kitakan satu Malaysia. Lagipun sepanjang nak raya Cina ni..udang yang dijual besar2 belaka. Geram tengok. Dari asyik buat sambal, gulai...sesekali buat yang lain sikit. Alhamdulilah...orang2 kat rumah suka..Bukan tak pernah buat tapi memandangkan udangnya kali ni besar2 tu yang bertambah best.

jom kita tengok resepi butter prawn ala2 Nora ni...



400gm udang (saiz ikut suka)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
7-9 biji cili padi ( cincang halus)
daun kari
4 biji telur saiz besar (nak pakai kuning jerpun boleh, Nora pakai semua)
Sedikit susu cair


Panaskan minyak. Pukul telur hingga sebati.
Tuang telur dengan cara mengangkat mangkuk tinggi ke dalam kuali sambil mengacau selalu minyak. Ini utk membuat telur tak melekat dan berketul2.  Tuang perlahan2 supaya telur jadi macam jala emas. Kalau suka boleh guna acuan roti jala. Agak2 dah kekuningan, angkat dan letak atas paper towel/ tisu.

Goreng udang dengan butter + minyak hingga setengah masak. Ketepikan.

Panaskan sedikit butter. Tumis bawang putih ,daun kari dan cili padi.
Masukkan udang. Kacau rata.
Masukkan susu cair dan garam (agak2).
Masukkan telur tadi dan gaul rata.
Bolehlah di angkat.




Udang Goreng Telur Masin

CNY ni tetiba teringin nak makan masakan cina pulak. Udang kat Giant dan Tesco pulak besar2..geram tengoknya. Dalam kepala otak ni teringin nak buat udang goreng dengan telur masin. Selalu orang goreng dengan ketam lembut. Tapi kali ni Nora cuba dengan udang. Resepinya simple jer tetapi mabeles.

Apalagi...jom tengok resepinya. Sukatannya ikut Nora tau.

Sebelum tu tengok rupanya dulu...hehehe...

nilah rupanya..

400gm udang (saiznya ikut suka), dibersihkan.
2 ulas bawang putih ( cincang halus)
7 biji cili padi ( hiris halus)
3 biji telur masin ( nak guna kuning sajapun boleh..Nora pakai semua sbb tak nak membazir..heee..)
Daun kari (kalau suka)
Sedikit susu cair
Butter

Mula2 pecah telur masin, kuningnya dihancur2kan.
Goreng udang setengah masak dengan butter (dengan minyakpun boleh). Ketepikan.
Dengan minyak/butter yang goreng udang tadi (kurangkan sikit) tumis bawang putih dan cili padi tadi hingga naik bau.
Masukkan daun kari.
Masukkan udang, gaul2kan, masukkan telur masin. Gaul rata hingga telur meliputi udang.
Rasa dulu sebelum tambah garam sbb telur masin tu dah masin. (selain garam, boleh tambah dengan kicap cair atau sos ikan)
Tambah dalam dua tiga sudu besar susu cair. Gaul rata..
Bolehlah dihidangkan.


Bahulu

Raya lambat lagi tapi teringinlah pulak nak buat bahulu. Tengok kat Giant, Mat Bangla yang buat bahulunya. Mana boleh jadi ni, aku orang melayu...tak tau nak buat bahulu. Kalau tak boleh buat bahulu secara tradisional, buat pakai ovenpun jadilah...kira alhamdulilah lah kalau jadi.

Maka dengan penuh semangat, Nora menggunakan pakcik Google utk "search" resepi bahulu menggunakan oven. Nak buat cara tradisional...hmmm...pernah cuba masa mak mentua buat tapi hampehh...hangus aje...tak pandai timing, sbb mak mentua pakai cara tradisional, guna api bara atas bawah...respek kat mak mentua, dia buat mmg cantik dan timingnya cukup bagus...

Akhirnya setelah meng"google"..banyak resepi, Nora dapatlah satu resepi yang memuaskan hati Nora. Walaubagaimanapun, mula2 buat tu banyak juga yang kerasnya tapi lama2 bila dah dapat skill, alhamdulilah...menjadi gak bahulu Nora. Mula2 buat, dapatlah 100 lebih biji (acuan mcm buah kana tu). Lepas tu Nora cuba buat lagi guna acuan buah kana dan cermai. Kali ini Nora buat banyak sikit, untuk anak sedara kahwin...dalam 400++..



Jom kita tenguk resepi bahulu ni...

10 biji telur gred A
350gm gula halus
200gm tepung gandum
1 sudu teh bakung powder (kalau nak taruh)
1/2 sudu teh esen vanilla (kalau nak taruhlah..Nora taruh sbb nak hilang bau dan rasa hanyir telur)
Tepung gandum (agak2lah..sangai dulu)

Mula2 kita sangai tepung gandum dulu. Letak dalam kuali dan panaskan tepung agak2 sampai rasa mcm ringan jer. Sejukkan terlebih dahulu dan ayak dengan baking powder.

Tepung gandum yang telah disangai
Pukul telur dengan gula hingga pekat, likat, putih dan gebu.
Sepuluh biji telur
Adunan telur akan naik tiga kali ganda bila dipukul ( Nora pakai hand mixer jer untuk pukul telur ni...)

rupa telur dan gula bila dah dipukul..
Bagi yang baru nak menggunakan acuan bahulu, eloklah dipanaskan acuan terlebih dahulu dengan minyak. Isi penuh acuan dengan minyak, masukkan dalam oven dan panaskan dalam 10-15 minit. Tuang keluar minyak sebelum menggunakan acuan.



Panaskan oven 200 C.

Masukkan tepung kedalam adunan telur tadi sedikit demi sedikit secara balik kaup menggunakan spactula.

balik kaup dengan perlahan lahan.

Setelah adunan sebati, ambil dalam semangkuk adunan tadi, campurkan sedikit lagi tepung (dalam satu sudu besar tepung..ikut saiz mangkuk) Gaul sebati.

dalam  mangkuk saiz ini Nora tambah dalam 1 sudu besar tepung.

Letakkan adunan dalam acuan dan bakar dalam 10 minit atau hingga bahagian dan kekuning2an.

isi adunan penuh macam ni
Masa nak ulangi proses membakar ni, oles acuan dengan sedikit minya terlebih dahulu dan panaskan sekejap dalam oven. Lepas tu baru letak adunan tepung.

nilah rupa bahulu yang berjaya Nora buat...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...