Showing posts with label Kuih tradisional. Show all posts
Showing posts with label Kuih tradisional. Show all posts

Thursday, October 3, 2013

Apam Nasi Mekar

Alhamdulilah...apam yg mekar menjadi juga...selama ni Nora buat apam tak pernahpun mekar sebegini. Suka sangat2...Tapi masa Nora buat ni, tak ada kelapa parut putih utk dimakan dengan apam ni. Kalau tidak pasti lagi happening.
Nora buat setengah adunan jer dulu, utk "testing"...so dapat sikit sajalah. Kebetulan adik ipar datang bersama isteri dan mak mentuanya. memang rezeki merekalah petang tu...yang kesiannya anak2 Noralah...tak dapat makan banyak, dapat sekutul seorang jer...
Tak pa..nanti kalau ada kelapangan dananak2 semua berkumpul, nak buat lagi tapi kali ni buat dlm kuantiti yang banyak sikit...mungkin buat masa raya haji 2013 nnti...




apam berasku yang mekar




Bahan bahannya:

1 cawan nasi sejuk ( kalau boleh semalaman)
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir ( Nora kurangkan ke 3/4 cawan sahaja)
1 1/4 air
1 sudu kecil yis segera
Sepeket eno (biru)

1. Blend nasi dengan  1 1/4 cawan air tadi, hingga nasi hancur dan halus. (Boleh juga rendam dulu nasi ke dalam air supaya nasi lembut.
2. Masukkan gula, tepung beras dan yis. Blend lagi hingga semuanya sebati.
3. Alihkan kedalam mangkuk, tutupkan dan biar perap  dalam 4-5jam.
4. Kacau perlahan lahan adunan, masukkan eno dan kacau sebati. Masa ni bolehlah diwarnakan ikut warna kesukaan. Biarkan sebentar.
5. Sementara itu panaskan kukusan. 
6. Bila dah betul2 panas, masukkan adunan kedalam acuan ( Nora letak dalam acuan kuih lompang), kukus selama 10 minit ( masa ikut besar mana acuan, kalau acuan besar, bagi masa dalam 15-20 minit)
Pastikan guna api yang kuat.
7. Selamat mencuba...



















































Saturday, May 18, 2013

Apam Sua




Apam Sua ni ada nama lain. Ada setengah orang panggil Telinga lembik, ada juga yang panggil Halwa Puri.
Nora baru 1st time mengenali kuih ni. Itupun melaluiseorang sahabat fb, Haida RifQi. Dari perbincangan dalam fb, Nora sapat tahu ada yang meletakkan inti kelapa selain dari inti kastard. Warna kulitnyapun ada yang mewarnakan hijau ataupun merah. Namun yg Nora cuba ni Nora tambah sedikit warna kuning sbb warna aslinya agak pucat.

Jom kita jengukresepi dan mencubanya. Memang sedap tetapi kena sabarlah buat kulitnya satu persatu.

Bahan bahannya (resepi Haida RifQi)

2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil yis segera
1 1/2 cawan air
sedikit garam
Pewarna kuning

Inti:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula (boleh dikurangkan)
3 cawan santan
pewarna
** Kacau semua bahan atas api. Jika keras, tambah air)

PS: boleh guna resepi adunan kastad yang lain (mengikut citarasa anda), boleh tambah jagung atau durian.

1. Gaul semua bahan2 untuk kulitnya. Blend.
2.Perap selama 2 jam.
3.kacau semula.
4. Tuang satu senduk kecil kedalam kuali yang kecil, ratakan dengan belakang senduk untuk mendapat saiz yang dikendaki.
5. Biar masak, angkat.
6. Taruh inti, lipat dua, tekan sedikit utk melekat  bahagian tepinya.

rupa dan saiz kulit apam sua



Monday, March 11, 2013

Labu Serikaya





Labu Serkaya ni Nora buat dua minggu lepas atas permintaan anakanda Najmi. Dia yang suka sangat labu serikaya ni. Nora tak berapa suka tapi kalau masak lemak putih, Nora suka. Makan dengan nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan. Perghhhh...

Nora selalu main agak2 jer resepinya sebab ikut besar labunya. Yang ni Nora pakai paling kecil punya labu. Adalah besar dalam dua genggam Nora jer...

Nora guna
Labu kecil ( Tebuk atas, buang biji)
2 biji telur gred A
1/2 cawan santan sederhana
1/4 cawan gula perang
1/4 cawan gula pasir
sedikit garam
Daun pandan
sedikit esen vanilla
1 sk tepung jagung/kastard

Ramas telur dengan gula dan daun pandan.
Masukkan esen vanila, tepung dan garam
Gaul hingga gula agak hncur.
Buang daun pandan.
Tuang adunan dalam labu.
Kukus hingga masak.
Biar sejuk, baru potong.


Kuih Kaswi




Kuih Kaswi...memang favourite Nora dari dulu hingga selamanya...Dulu kalau nak makan kaswi, suruh mak Nora buat tapi bila dah kahwin dan beranak pinak ni, kenalah buat sendiri, barulah ada kepuasan. Alhamdulilah, kuih kaswi ni juga turut digemari oleh seisi keluarga Nora. Jadi bila buat kuih ni tak pernahlah berbuang, licin. Nak2 bila anak2 Nora dah besar2, lagilah licinnya.

Kuih kaswi yang Nora nak share ni Nora buat last week , kebetulan mak Nora datang rumah. So, Nora sengaja buatdalam acuan lompang, senang nak makan. Selalunya Nora buat dalam loyang, pastu potong2 dan gaul dengan kelapa parut. Hmmm...sedapnya...

Jom intai resepi kegemaran keluarga Nora yang Nora ambil dari mak Nora:

1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir ( yang ini kalau tak suka manis boleh kurang, nak manis lagi, tambahlah)
Daun pandan
5 cawan air

Masak semua bahan, tapis dan sejukkan.

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu besar air kapur

Gaul semua bahan.
Bancuh sedikit demi sedikit dengan air gula merah tadi hingga sebati.
Tapis.
Masukkan dalam loyang atau dalam acuan lompang ( ikut suka)
Kukus selama 10-15 minit atau masak ( bula cucuk, tiada adunan melekat)
Sejukkankan sebelum dipotong atau keluar dari acuan lompang.
Makan dengan kelapa parut putih bercampur garam sedikit.


Monday, February 18, 2013

Pisang Goreng Bijan



Dua tiga hari lepas Nora buat goreng pisang nangka ni. Musim hujan ni memang kenalah kalau makan pisang goreng dengan air kopi O panas...Pisang pulak Nora dapat dari kakak ipar tersayang Ngah Zaharah. Dia kirimkan kepada anak yang balik kampung baru2 ni..

Mula2 nak buat goreng pisang biasa jer tapi teringat pulak pada sahabat Nora , Sal See Ya. Dia pernah buat pisang goreng berbijan ni...hari tu nampak macam sedap jer. Tu yang try buat ni. memang sedap...rangup2, pastu rasa nutty bijan tu...perghhh...memeng mabeles...Kalau orang Johor, cicah dengan sambal kicap. Nora pulak cicah dengan gula...kopi pulak manis2 buah...terasa segar petang tu...

Jom intai resepi mudah ni:

Sesikat pisang nangka
Secawan tepung gandum
Garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 cawan minyak masak
Bijan secukupnya
Air secukupnya

Gaul semua bahan kecuali bijan hingga sebati.
Potong dua pisang, celup dalam adunan tepung/batter tadi. Guna garfu ketika mencelup.
Tabur bijan.
Goreng dalam minyak panas.
Agak2 kekuningan dan masak, angkat.
Sedia untuk di makan.





Tuesday, February 12, 2013

Bahulu

Raya lambat lagi tapi teringinlah pulak nak buat bahulu. Tengok kat Giant, Mat Bangla yang buat bahulunya. Mana boleh jadi ni, aku orang melayu...tak tau nak buat bahulu. Kalau tak boleh buat bahulu secara tradisional, buat pakai ovenpun jadilah...kira alhamdulilah lah kalau jadi.

Maka dengan penuh semangat, Nora menggunakan pakcik Google utk "search" resepi bahulu menggunakan oven. Nak buat cara tradisional...hmmm...pernah cuba masa mak mentua buat tapi hampehh...hangus aje...tak pandai timing, sbb mak mentua pakai cara tradisional, guna api bara atas bawah...respek kat mak mentua, dia buat mmg cantik dan timingnya cukup bagus...

Akhirnya setelah meng"google"..banyak resepi, Nora dapatlah satu resepi yang memuaskan hati Nora. Walaubagaimanapun, mula2 buat tu banyak juga yang kerasnya tapi lama2 bila dah dapat skill, alhamdulilah...menjadi gak bahulu Nora. Mula2 buat, dapatlah 100 lebih biji (acuan mcm buah kana tu). Lepas tu Nora cuba buat lagi guna acuan buah kana dan cermai. Kali ini Nora buat banyak sikit, untuk anak sedara kahwin...dalam 400++..



Jom kita tenguk resepi bahulu ni...

10 biji telur gred A
350gm gula halus
200gm tepung gandum
1 sudu teh bakung powder (kalau nak taruh)
1/2 sudu teh esen vanilla (kalau nak taruhlah..Nora taruh sbb nak hilang bau dan rasa hanyir telur)
Tepung gandum (agak2lah..sangai dulu)

Mula2 kita sangai tepung gandum dulu. Letak dalam kuali dan panaskan tepung agak2 sampai rasa mcm ringan jer. Sejukkan terlebih dahulu dan ayak dengan baking powder.

Tepung gandum yang telah disangai
Pukul telur dengan gula hingga pekat, likat, putih dan gebu.
Sepuluh biji telur
Adunan telur akan naik tiga kali ganda bila dipukul ( Nora pakai hand mixer jer untuk pukul telur ni...)

rupa telur dan gula bila dah dipukul..
Bagi yang baru nak menggunakan acuan bahulu, eloklah dipanaskan acuan terlebih dahulu dengan minyak. Isi penuh acuan dengan minyak, masukkan dalam oven dan panaskan dalam 10-15 minit. Tuang keluar minyak sebelum menggunakan acuan.



Panaskan oven 200 C.

Masukkan tepung kedalam adunan telur tadi sedikit demi sedikit secara balik kaup menggunakan spactula.

balik kaup dengan perlahan lahan.

Setelah adunan sebati, ambil dalam semangkuk adunan tadi, campurkan sedikit lagi tepung (dalam satu sudu besar tepung..ikut saiz mangkuk) Gaul sebati.

dalam  mangkuk saiz ini Nora tambah dalam 1 sudu besar tepung.

Letakkan adunan dalam acuan dan bakar dalam 10 minit atau hingga bahagian dan kekuning2an.

isi adunan penuh macam ni
Masa nak ulangi proses membakar ni, oles acuan dengan sedikit minya terlebih dahulu dan panaskan sekejap dalam oven. Lepas tu baru letak adunan tepung.

nilah rupa bahulu yang berjaya Nora buat...




Friday, November 23, 2012

Cekodok Ubi Kayu

Hujan hujan begini sedap makan ubi kayu. Nak2 cicah dengan sambal tumis atau sambal belacan. Tapi kalau tak de makan dengan gula merahpun sedap.

Sabtu lalu Nora pergi pasar malam kat Bayu Perdana. Dah duduk dekat 9 tahun kat Bukit Tinggi, inilah kali pertama menjejaki pasar malam kat situ. Selalu bila lalu pandang jer tapi kali ni anak ajak singgah.
Seronok jugak pasar malam kat sini, tempat jual sayur kampung banyak. Nora sempatlah beli pucuk paku, daum kesum dan ulam ulaman. Ternampaklah pulak ubi kayu.  Macam baru ambik jer. Nora beli dalam sekilo.

Bila balik, hubby suruh goreng jer tapi Nora tak nak. Nak rebus sajalah, cicah dengan sambal tumis. Tapi entah macamana Nora ternampak resepi kat blog CMG cekodok ubi kayu. Tertariklah pulak. Maka bertukarlah fikiran, buat cekodok jerlah.

Mudah jer buatnya"

1 kilo ubi kayu,( bersihkan dan parut. Toskan airnya.)
2 biji bawang besar ( dadukan)
2 biji cili merah ( dadukan)
3 sudu besar udang kering ( rendam dan tumbuk)
3,4 tangkai daun kari, hiris nipis.
daun bawang dihiris.
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk cili atau cili paste
Garam secukup rasa.

Gaul semua bahan hingga sebati.
Bulat bulatkan dan leperkan.
Goreng hingga kekuningan.




Thursday, March 29, 2012

Tau Sar Piah@Pneah/ Salty Mungbean

Anda semua pernah makan kuih ini? tentu ada yang pernahkan..Nora cukup suka makan kuih ni malah seluruh keluarga Nora terutama mak Nora suka kuih ni. Ini kuih cina. Mmg susah nak dapatkan yang halal. Nora kalau jumpa yang ada bertanda halal, mesti beli punya. Sekarang Nora beli kat kedai kek berhampiran rumah Nora yang ada tanda halal tetapi agak mahal harganya. Jadi Nora ambil inisiatif untuk cuba buat kuih ini. Setelah meninjau ninjau dalam internet, Nora dapat satu resepi yg agak mudah untuk diikuti tetapi Nora terlupa nak catitkan darimana Nora dapat resepi ini. Mudah2an tuanpunya tak kisah Nora share resepi dia. Thank U very much.
Jom kita tenguk bahan2nya.
Inti:  90 gm minyak masak
5-6 bawang kecil dimayang
150gm gula
11/4 tsp garam
1 tsp lada putih.
300gm mung bean/kacang hijau tanpa kulit
Cara: 1. Rendam kacang hijau selkurang2nya 2 jam atau lebih.
2. Kukus kacang hijau hingga empuk.
3. Lenyek2kan kacang hijau hingga hancur dan campurkan dgn gula,garam dan lada puith.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bawang kecil hingga keperangan.
5. Masukkan  adunan kacang hijau tadi dan gaul hingga rata dan agak kering.
6. Angkat dan biar sejuk sedikit dan bahagikan ke 50 bhgian dan bulat2kan(seperti gambar diatas)
Doh pastry A:  120gm tepung gandum
50gm minyak jagung/sayur
Cara: 1. Gaul semua bahan hingga sama rata.
2. Tutup adunan dgn cling wrap dan biar sebentar selama 30 minit.
3. Bahagikan ke 50 bahagian dan bulat2kan.
Doh Pastry B: 230gm tepung gandum
100gm minyak jagung/sayuran
90gm air
1/2 tsp cuka
Cara: 1. Campur semua bahan dan gaul hingga sebati.
2. Tutup dgn cling wrap dan biar selama 30 minit.
3. Bahagikan kepada 50 dan bulat2kan.
Bila semua dah sedia, bolehlah kita tenguk step nak buatnya:

Step 1
Masukkan doh A ke dm doh B

                                                                          Step 2

Bulatkan.



                                                                          Step 3
                                     
Gelek memanjang
                                                                    Step 4
Gulung seperti ini
                                                                      Step 5
gelek memanjang lagi
                                                                     step 6
gulung lagi
                                                                     Step 7
tekan ditengahnya hingga leper sedikit
                                                                Step 8
Temukan keempat2 bucu dan bulat kan. Leperkan dan gelekkan hingga jadi bulat.
                                                                           Step 9
masukkan inti ke dlm pastry tadi dan bulatkan. Tekankan sikit dan sapu dgn kuning telur



Lepas tu bakar dgn kepanasan 175 C selama 25-30 minit..

























Wednesday, February 8, 2012

Lempeng Pisang Bakar

Lama betul tak update blog Nora ni. Kali ni Nora nak share salah satu makanan nbostalgia Nora masa kecil2 dulu, ketika di kampung Nora di Kampung Bikam, Sungkai Perak.

Lempeng Pisang Bakar...hmm..mendengar namanyapun dah buat Nora terasa rasa keenakkannya. Dulu kalau Nora balik kampung, arwah opah dan arwah Wan Mah selalu buat lempeng pisang bakar ni untuk sarapan pagi. Memandangkan kalau balik ke kampung tu, mesti berkumpul ramai2..sampai setandan pisang masam dibuat lempeng ni. Buat ramai2..Nora masa tu kecik tengok sajalah. Selalu dibuat menggunakan pisang masam sebab kat kampung Nora banyak pisang ni. Lepas tu dibakar dengan dapur kayu. Memang kelas betul...makan ramai ramai dan airnya air kopi O..hmm..sedapnya..rindulah pulak..terasa nak ke zaman lampau pulak...
Lagi satu makanan yang Nora teringin nak makan iaitu ikan sungai salai arwah opah. Dulu Nora selalu curi ambil dari bakul yang digantung tinggi, opah takut kucing ambil..(tetapi orang yg ambik..hehehehe). Nora ratah begitu saja..mmg sedap..ala2 satay ikan gituu...

Okaylah, jom tengok resepi ringkas tapi sedap ni...

Bahan:

seikat pisang masak ranum (apa2 pisang yang berkenan), dilenyek macam nak buat cekodok pisang
1 1/2 cawan tepung gandum
secubit garam
(boleh tambah gula kalau pisang tak manis)
Kelapa putih parut dicampur sedikit garam
Daun pisang

cara: 
1. Gaul semua bahan kecuali kelapa dan daun pisang hingga sebati.
2. Letakkan dalam 2 senduk atau lebih  adunan pisang tadi ke atas daun pisang. Rata2kan. 
3. Letakkan kelapa parut di atas dan rata2kan.
4. Lipat daoun pisang tadi. Tekan2 sikit supaya leper.
5. Bakar di dalam ovenpun boleh, atas dapurpun boleh, macam kita bakar ikan.
6. Sedap dimakan panas2...

Monday, December 12, 2011

Serimuka Gula Merah



Sebenarnya dah lama Nora buat serimuka ni. Lupa nak update kt blog. Rupa2nya ramai kawan 2 Nora yang suka serimuka ni. Yelah..asyik makan yang pandan jer..sesekali pekena yang bergula merah..mmg terangkat.

Nora mula2 kenal serimuka ,yang kepala gula merah nilah. Mak Nora buat. Dari kecil Nora dah biasa makan yang bergula merah ni. Mak buat..mmg sedap..kaya dgn lemak dan manisnya...hmmm..selalunya Nora lebih suka mak Nora buat ianya lembik sikit..bila makan..emmm..meleleh2..payah nak jumpa jual serimuka ni. Asyik yang berkepala hijau jer..kalau nak makan, kenalah buat sendiri...
Memandangkan hari tu mak Nora ada berkunjung ke rumah, Norapun risik2lah...dia pulak lama tak buat. Main agak2 jerlah...cuma dia komplen..susah nak dpt gula merah yg mcm dulu2..hitam pekat..pastu ada ketul2..yg ketul2 tu dulu Nora cukup suka mkn mcm gula2 sbb ianya keras. Sekarang susah nak dpt...dulu gula merah ni dibuat cucur atau lempeng..best sesangat sbb bila makan ada ketul2 gula merah kat dlmnya..hmmm..
 Bahan2nya seperti buat serimuka pandan jugak...

300gm pulut (direndam sekejap...dlm 1 jam)
Santan (lebihkan sedikit dari paras pulut)
Garam dan daun pandan.

Campurkan semua dan kukus hingga masak.
Angkat dan tekan didalam loyang.

Bahagian atas:
1 cawan air gula merah ( termasuk 3 sudu besar gula pasir)
1 cawan santan sederhana pekat.
2 biji telur
secubit garam
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung kastard/jagung

Gaul semua, tapiskan. Jika pekat sgt tambah sedikit air.
Kacau sentar atas api hingga meruap sahaja.Atau terus saja tuang di ataas pulut tanpa masak.
Kukus hingga masak.
Potong bila sejuk.

Tuesday, October 25, 2011

Talam Cha Cha

Ni semua penangan sahabat baik Nora Cik Fina Raoflah ni...asyik tengok dia buat kuih2 tradisional, terikut ikutlah pulak nak buat..tgk gambar2 dia..hmmm..sedap2 belaka. Walaupun anak2 Nora tak berapa gemar makan kuih2 lembik ni..Nora nak buat jugak..habislah jugak..cuti2 ni dan dalam keadaan musim sejukla ni..laku jugak kuih2 ni..budak2 asyik lapar jer...



Asalnya resepi ni ( search kt google) dari kuih Talam Sekoteng, tapi Nora tak tahu apa itu sekoteng dan tak pernah tengokpun sekoteng tu. Jadi dalam tgh search tu, ada yang buat Talam ni mengunakan cha caha sebagai ganti sekoteng ni. Resepi asalnya dari Chef Asma. Nora buat setengah adunan saja..itupun dah cukup untuk loyang 7 inci.

Bahan Lapisan bawah

50 gm cha cha ( rebus hingga lembut dan toskan)
90gm tepung beras
60 gm gula ( boleh tambah sikit kalau nak manis)
125 ml santan pekat ( Nora pakai santan kotak jer)
225 ml  air
1/2 tbsp tepung hoe kwe (putih)
1/2 tsp garam halus

Campur semua bahan kecuali cha cha. Tapis.
Panaskan atas api sehingga meruap sahaja.
Angkat dan masukkan cha cha.
Taruh dalam acuan dan kukus selama 25 minit atau hingga masak.
Cakar2 permukaan sebelum di taruh lapisan atas.

Bahan lapisan atas.
75gm tepung gandum
125gm gula
1 biji telur gred A + 1 kuning telur gred A
125ml santan pekat
250ml air
1/4 tsp garam
1/2 tbsp perisa ros

Campur semua bahan dan tapis.
Panas atas api hingga meruap dan angkat.
Tuang di atas lapisan bawah tadi dan kukus hingga masak.
Sejukkan dulu sebelum potong

Thursday, August 4, 2011

Tepung bungkus ke Kuih Koci???..



Ni projek semalam untuk berbuka puasa. Tetiba jer tekak ni nak makan kuih koci. Lepas balik dari klinik semalam, Nora singgah kedai beli kelapa parut dan daun pisang. Mak datuk..kelapa naik harga lagi...semalam beli, sebiji RM 2.30. Nak buat camne, beli jugaklah..kuih koci punya pasal.

Balik rumah, tengah2 duduk..tetiba jer teringin pulak nak makan tepung bungkus @ puteri dua sebilik. Mana satu ni? Fikir2 punya fikir..ahhh..buatlah kedua2nya sekali. Masa uli tepung pulut tu..terlintas dikepala Nora..hahhh..gabungkan jer dua2 tu..tepung bungkus pun ye..kuih kocipun yea..Maka jadilah kuih ni yang..tepung pulutnya  besar sikit jer dari bola pingpong, pastu taruh tepung beras yang dah dimasak... bungkus, dgn daun pisang, pastu siap. Kali ni Nora buat eksperimen..tak payah kukus, macam kuih2 koci @ tepung bungkus yang lain..Mmg senang cara ni..Cara2 ni Nora terbaca dalam satu blog, tapi lupa nak catit siapa punya idea ni. Kalau nak ikut bolehlah..mmg cepat dan ringkas.



Inilah rupanya kuih koci @ tepung bungkus Nora. Tak sekemas orang lain buat.Janji boleh ngap. Nak resepinya? Ni Nora main agak2 jer..ikut tangan Nora jer..tapi korang adjust2lah sikit kalau tersilap yea..

Untuk inti:
1/2 biji kelapa parut putih
1 ketul gula melaka
3 sudu besar gula pasir
air dan daun pandan.
secubit garam
sesudu besar tepung gandum

Masukkan gula melaka, gula pasir dan air ke dalam kuali.
Panaskan sehingga gula larut.
Masukkan kelapa, daun pandan dan garam
Masak hingga pekat. Taburkan tepung gandum dan kacau2kan.
Tutup api dan sejukkan.

Adunan tepung beras:
150gm tepung beras
1.5 liter santan sederhana
secubit garam

satukan semua bahan, kacau di atas api sederhana sehingga pekat( macam buat bubur som2) tapi jangan terlalu pekat. Tambah santan jika aduna terlalu kental.
Ketepikan.

Adunan pulut:
250gm tepung pulut.
Air secukupnya.
Paste pandan.

Gaul semua bahan  macam buat kuih koci atau buah melaka.
Ambil tepung sebesar bola pingpong. Bulatkan dan kemudian leperkan.
Isi intinya dan buat seperti bebola.
Panaskan air. Rebuskan bebola pulut tadi macam buat buah melaka.
Bila timbul, angkat dan toskan.
masukkan kedalan adunan tepung beras tadi. Gaul2kan sehingga bebola tadi dilitupi adunan tepung kacau tadi.
Ambil dgn sudu, letak bebola pulut berserta adunan tepung beras tadi diatas daun pisang yang telah dilayurkan. Tambah2kan sikit dgn adunan tepung kacau tadi. Bungkus macam kita bungkus kuih koci, bukan yg macam tiga segi tu..tapi yang empat segi tu.
Biar atau masukkan dalam peti sejuk selama sejam atau lebih.
Boleh dihidangkan.
Selamat mencuba.

Thursday, July 21, 2011

Kuih Lapis Nyonya

Lama rasanya tak mencuba kuih2 tradisional ni. Bukan apa..selalu buat tu banyak yg tak jadi dari menjadi. Jadi naik takut nak buat. Tapi entah mcmana semalam, tekak ni teringin nak makan kuih lapis setelah tengok Dapur Nyonya di TV3 pagi Selasa lepas, tapi dia buat Kuih Talam. Maka Norapun googlelah..byk jugak resepi kuih lapis ni. Norapun gabung2lah, sini sikit, sana sikit. Petangnya mulalah operasi..alhamdulilah. menjadi jugak kuih lapis nyonya ni tapi resepi ni agak manis, kalau nak kurangkan gula boleh jugak...Meh kita tengok resepinya yea...



Resepinya:
2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung ubi ( tepung jagungpun boleh)
3/4 cawan gula pasir
secubit garam
4 cawan santan sederhana pekat
Pewarna kesukaan.
daun pandan

Panaskan kukusan.
Ayak kesemua tepung dalam satu mangkuk.
Panaskan santan, gula dan garam bersama daun pandan sekadar gula hancur sahaja. (jgn mendidih, setakat meruap saja). Biar sejuk sebentar.
Masukkan santan sedikit demi sedikit ke dalam tepung, kacau hingga tepung2 dan santan sebati. Lepas tu boleh taruh kesemua santan2 tu. Kacau perlahan hingga rata. Tapis adunan.
Bahagikan ke tiga bahagian. Nora bahagi ke warna putih, merah dan hijau.
Laserkan loyang dgn minyak sedikit dan panaskan sebentar.
Ambil satu bahagian adunan tadi, Nora mulakan dgn warna putih. Bahagi dua.
Masukkan satu bahagian putih tu tadi ke dlm loyang. Kukus lima minit.
Setelah lima minit, gores2 sedikit permukaan adunan tadi sebelum memasukkan satu lagi bahagian warna hijau (juga bahagi dua). Kukus lagi 5 minit. Ulangi proses utk bahagian yg warna merah.
Setelah habis ketiga2 warna, boleh ulangi balik dgn warna putih, seterusnya hijau dan akhirnya warna merah. Yang merah akhirnya tambah sikit lagi pewarna agar nampak cantik. Kukus selama 10 minit.
Sejukkan sebelum dipotong.

Monday, June 13, 2011

Lompat Tikam

Ni satu lagi resepi yang lama dah Nora nak cuba. Asyik pandai makan jer. Selalu kalau balik Termeloh, kalau pergi Pekan Sehari, kalau  jumpa, belilah. Tak pun jumpa kt pasar ramadhan jer..kali ini Nora try buat. Yelah..sekarang dah dekat puasa..so tgh cuba2lah cari apa resepi yg sedap2 utk berbuka nanti. sebenarnya lompat tikam ni ada dua jenis..itu yang Nora jumpalah masa cari2 resepi ni..ada yang berkuah santan, ada yang buat macam talam tapi lembik sikitlah adunannya...apa2pun dua2 sedap. Nora buat yang versi mcm kuih talam..oklah rasanya. Nanti nak buat yg berkuah santan pekat tu..Jom cuba...


bahagian Bawah:
150gm tepung beras
700ml santan cair
1 tsp air kapur
secubit garam
sedikit paste pandan

Satukan semua, tapiskan. Kacau diatas api perlahan hingga pekat. Letak dalam acuan loyang dan kukus selama 20 minit

bahagian atas
60gm tepung beras
20gm tepung jagung
400ml santan pekat
100 ml air
1 tsp garam
satukan suam bahan, tapiskan dan kemudaian kacau diatas api sehingga pekat. Letak diatas lapisan bawah dan kukus selama 10 minit.

Pulut
150gm pulut direndam dgn 1 sudu kecil pewarna merah selama 3 jam
100ml santan cair
secubit garam
Kukus pulut selama 40 minit. Tuang dan gaul rata santan yang dicampur garam dan kukus lagi 20 minit hingga masak.

Air gula
1 pek/bungkus gula melaka
1/2 senduk gula pasir
daun pandan

masak gula melaka dgn 1 cawan air dan daun pandan hingga gula larut 
masukkan gula pasir dan masak hingga agak likat sikit.

cara nak makan: potong kuih beras tadi, taruh pulut dan tuang sirap gula melaka. Pastu ngapp..

Monday, May 16, 2011

Kuih Kaswi Pandan

Kuih kaswi ni sebenarnya Nora buat pada hari khamis 12/5 yang lepas. Tak sempat nak upload gambarnya..hari ini baru free. Selalu Nora buat kaswi yang warna coklat tu sbb guna gula merah atau gula melaka. Tapi kali ini Nora nak cuba buat pandan pulak. Mak mentua Nora kalau buat kaswi, mesti guna gula hangus...warna gula hangus tulah yang buat kaswinya tak berapa gelap berbanding kalau guna gula merah atau melaka. Mak Nora selalu buat pakai gula merah je...Malangnya, anak2 Nora kuarang emar yang warna pandan ni. Mungkin dah biasa dibesarkan makan kaswi warna coklat maka  banyaklah soalnya budak2 ni termasuklah bapak budaknya. Mengkritik tok sah nak cakaplah...macam2 komen..mungkin inilah last Nora buat kaswi pandan ni kerana tiada pengemarnya...hehe

Tuesday, May 10, 2011

popiah basah

Semalam, semasa anak2 Nora sibuk mendeko kek, Norapun buat jugak sesuatu untuk mereka. Nora buat popiah basah. Ni first time buat. Rasanya okay..cuma ada sikit2 yang perlu dibaiki. Kulitnya Nora beli jer kt Tesco sbb Nora tak berani lagi nak buatnya. Tengok2lah nnti, bila dah ada keyakinan, baru Nora cuba. Buat masa ni biarlah pakai yang siap jer...


resepinya;

Bahan2 untuk sos:
Cili kering blend ( ikut suka kepedasan)+ 1 biji bawang besar + 5 ulas bawang putih (blend semua)
1 sudu besar kicap manis
2 sudu sos titram
1/2 cawan asam jawa
gula melaka/ merah
garam

Masukkan semua ke dalam periuk dan tanbah 1 cawan air. Masak hingga pekat sedikit.

bahan2 inti:
5 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
segenggam udang kering, bersihkan dan tumbuk kasar
1 batang lobak merah ( disagat kasar)
1/2 biji sengkuang ( sagat kasar)
5 urat/batang kacang panjang(potong 1 cm)
1 keping tauhu ( didadu kecil2)

Panaskan minyak. Tumis bawang2 hingga layu.
Masukkan udang kering. Masak hingga udang masak dan kering sedikit.
Masukkan lobak merah, kacang panjang dan tahu. Masak hingga tak berair.
Masukkan sengkuang dan perisalan.
Gaul2 dan  angkat.

cara mengulung"

Sapukan kulit popiah dgn sos. Letak inti, tabur bawang goreng . Nak letak telur hancurpun boleh.
Gulong ketat2. Sapu bahagian atas dgn sos dan tabur kacang tumbuk.

Dapat dalam 20 keping popiah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...