Friday, March 22, 2013

Kek Aiskrim

Pada mulanya Nora nak buat kek keju Marble Coklat untuk harijadi anak keempat Nora pada 20hb Mac haritu. Memandangkan Nora tak tau nak buat kek apa, itulah  pasal Nora ambil keputusan nak buat kek marble tu. Baru 10 hari menjamah kek semasa harijadi Cik Hubby, kali ni Nora kena buat lagi kek untuk anak Nora pulak. 

Entah macamana, belek punya belek, terpandang satu kek yang memang Nora tak pernah buat dan terlintaspun nak buat dalam satu Grup masakan yang Nora join. Norapun tenguklah cara2 nak buat kek tu. Macam senang. Hmmm...plan berubah...Nora nak buat kek aiskrim untuk anak Nora...surprise for him..Nora bagitahu Nora nak buat kek coklat resepi dari kawan sekolah Nora yang duduk kat Jerman.
Bahan bahan kek yang lain dah ada, cuma aiskrimnya tiada. So, 2 hari sebelumnya Nora beli aiskrim. Puas jugaklah menahan anak2 dari menjamah aiskrim tu, sampai bengang anak anak..hehehe..

Nora guna resepi kek span yang Nora buat untuk Kek Butterscoth sebab Nora suka dengan resepi ni. Lagipun senang dan sedap. Nora buat kek span ni awal sehari sebab proses nak membekunya mengambil masa jugak.


Jom tengok resepinya okay..

Kek Span:

5 biji telur gred A
150g gula halus
150g tepung kek/ superfine
1 sudu teh baking powder (ayak dgn tepung)
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh vanila
80g susu segar/ air
80g minyak/ butter yang dicairkan
Perasa strawberry ( ini pilihan, Nora guna strawberry + pewarna pink)

Satukan tepung kek + gula +ovallete + vanilla +telur. Pukul hingga kembang, likat dan putih.
Masukkan susu/air. Pukul lagi.
Masukkan perasa strawberi dan pewarna makanan berwarna pink/merah.Pukul sampai rata.
Dengan menggunakan spactula/ senduk kayu, balik kaup minyak / butter kedalam adunan hingga sebati.
Di sini Nora guna dua acuan, satu acuan bulat berukuran 7" dan empat segi sama 10" x 10".
Tuang 2/3 adunan kedalam acuan bulat dan 1/3 ke dalam acuan empat segi sama.
Bakar 160 C selama 20 minit atau masak.
Angkat dan terlingkupkan di atas redai. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari peti sejuk.

Filling + hiasan:

Aiskrim ( ikut suka brand apa atau perasa apa. Nora pakai jenama Nestle yang ada 3 perisa tu)
1 cawan Whipping cream (non diary) dipukul kental.

Cara penyediaan :
Nora guna acuan spring form berukuran 8".
Mula2 Nora bahagi dua kek span bulat.
Kek yang berukuran empat segi sama tu Nora bahagi ikut ketinggian acuan springform 8".
Susun kek seperti gambar di bawah


Lepas tu isikan aiskrim kedalamnya hingga penuh.(keluarkan aiskrim 15 minit sebelum digunakan).
Boleh jugak digaulkan sedikit whiiping cream yang dipukul kental ke dalam aiskrim secara balik kaup.
Tapi Nora tak masukkan, takut terlalu berlemak pulak dan muak sebab nanti nak lepakan kek dengan whipping cream lagi.
Tutup bahagian atas dengan satu lagi lapisan kek bulat. Maaflah Nora terlupa nak snap gambar setelah diisikan aiskrim. Dah tutup baru teringat nak snap. Ni gara gara nak cepat sebab takut aiskrim cair, nak2 buat masa musim panas ni...
Lepas tu wrap kek dengan plastik wrap dan sejukkan dalam freezer selama 6 jam atau lebih. Nora buat malam sebelumnya. Keesokkan paginya Nora lepakan dengan whip. cream.




Maaflah, Nora tak pandai melepa kek. Ni buat dalam keadaan tergesa2 sebab takut aiskrim cair. Lepas lepa, terus masukkan dalam freezer balik selama 4 jam atau lebih. Nora buat pagi, malamnya baru potong.
Hasilnya memang wallahhhhh....alhamdulilah..my 1 st trial menjadi. Anak Nora happy sangat dan hubby puji sedap...So next time boleh try buat lagi... Nora boleh...anda juga tentu boleh...yang penting..usaha dan keyakinan...:))
Rupa kek setelah dipotong. Ingat, potong dengan pisau yang dicelup dengan  air panas.


Yummy...

Monday, March 11, 2013

Labu Serikaya





Labu Serkaya ni Nora buat dua minggu lepas atas permintaan anakanda Najmi. Dia yang suka sangat labu serikaya ni. Nora tak berapa suka tapi kalau masak lemak putih, Nora suka. Makan dengan nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan. Perghhhh...

Nora selalu main agak2 jer resepinya sebab ikut besar labunya. Yang ni Nora pakai paling kecil punya labu. Adalah besar dalam dua genggam Nora jer...

Nora guna
Labu kecil ( Tebuk atas, buang biji)
2 biji telur gred A
1/2 cawan santan sederhana
1/4 cawan gula perang
1/4 cawan gula pasir
sedikit garam
Daun pandan
sedikit esen vanilla
1 sk tepung jagung/kastard

Ramas telur dengan gula dan daun pandan.
Masukkan esen vanila, tepung dan garam
Gaul hingga gula agak hncur.
Buang daun pandan.
Tuang adunan dalam labu.
Kukus hingga masak.
Biar sejuk, baru potong.


Kuih Kaswi




Kuih Kaswi...memang favourite Nora dari dulu hingga selamanya...Dulu kalau nak makan kaswi, suruh mak Nora buat tapi bila dah kahwin dan beranak pinak ni, kenalah buat sendiri, barulah ada kepuasan. Alhamdulilah, kuih kaswi ni juga turut digemari oleh seisi keluarga Nora. Jadi bila buat kuih ni tak pernahlah berbuang, licin. Nak2 bila anak2 Nora dah besar2, lagilah licinnya.

Kuih kaswi yang Nora nak share ni Nora buat last week , kebetulan mak Nora datang rumah. So, Nora sengaja buatdalam acuan lompang, senang nak makan. Selalunya Nora buat dalam loyang, pastu potong2 dan gaul dengan kelapa parut. Hmmm...sedapnya...

Jom intai resepi kegemaran keluarga Nora yang Nora ambil dari mak Nora:

1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir ( yang ini kalau tak suka manis boleh kurang, nak manis lagi, tambahlah)
Daun pandan
5 cawan air

Masak semua bahan, tapis dan sejukkan.

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu besar air kapur

Gaul semua bahan.
Bancuh sedikit demi sedikit dengan air gula merah tadi hingga sebati.
Tapis.
Masukkan dalam loyang atau dalam acuan lompang ( ikut suka)
Kukus selama 10-15 minit atau masak ( bula cucuk, tiada adunan melekat)
Sejukkankan sebelum dipotong atau keluar dari acuan lompang.
Makan dengan kelapa parut putih bercampur garam sedikit.


Kek Tiramisu



Happy birthday Baba...yang ke berapa?...tak payah bagitaulah....Ni kek yang Nora buat untuk my lalink hubby yang menyambut hari lahirnya pada 10/3 yang lalu..(semalamlah..). Mula2 tu ingatkan nak buat kek coklat mewah yang resepinya baru Nora dapat dari sahabat Nora yang tinggal kat Germany. Tapi anak2 Nora tak nak, kata mereka tiap2 tahun baba asyik dapat kek coklat jer (nk buat mcmana dah itu favourite baba...) so anak2 nak kek yang lain.

Memandangkan Nora tak banyak koleksi kek yang nak di buat  (utk last minute ni...) so Nora decided  buat Tiramisu.  Tiramisu ni Nora selalu buat tapi menggunakan biskut ladyfinger. Baru baru ni Nora terlihat ada sahabat yang post Tiramisu pakai sponge kek ( mcm yg jual kat bakery2 tu...). Boleh tahan cantik. So, Nora planlah buat kek ni. Pergi beli barangnya dengan cik Hubby (sebab dia yang bayarkan...hehehe)...tapi bila dia tanya nak buat kek apa untuk dia...Nora cakap tak tau lagi..beli jer dulu..(cover..cover..)

Operasinya bermula hari Sabtu petang, masa dia keluar rumah dengan anak2, Nora buat kek span dulu, pastu buat yang lain2. Sempatlah buat semuanya sebelum dia balik. Nora sorok dalam peti sejuk. Esoknya barulah potong kek pada hari lahirnya...Terpaksa buat tengahari sbb anak2 nak balik asrama. Jamuan  anak beranaka jer ( seperti selalulah...) cuma ada mak dan abang Nora kebetulan ada kat rumah. Tambahannya Nora buat pulut kuning dengan kariayam pekat berkerisik, ayam goreng KFC ( ni mak Nora sponsored), satay kajang ( abang Nora sponsored). Nasib baik Nora tak buat burger daging homemade, kalau tidak, siapalah nak makan banyak2 ni....hmmmm...

So jom tengok resepi kek ini yang Nora buat. Resepi kek sponge nya Nora ambil dari resepi Kek Butterscotch yang Nora buat sebelum ni. Untuk filling dan lepanya, Nora ikut resepi tiramisu yang selalu Nora buat.

Kek Sponge:

5 bij telur gred A
150 gm tepung kek
1 sk baking powder
150gm gula halus
1 sudu besar ovallette
1 sk esen vanilla
80ml susu segar
80ml minyak @ mentega cair

Satukan tepung kek, baking powder, gula halus, ovallette dan telur.
Pukul hingga kembang dan putih.
Masukkan susu, pukul lagi.
Masukkan minyak atau mentega cair ke dalam adunan secara balik kaup hingga rata.
Masukkan ke dalam acuan 8" dan bakar selama 30 minit @ masak pada suhu 160 C.
Bila masak, keluar dan telungkupkan di atas redai. Biar sejuk, baru keluarkan dari acuan.
Bahagi 3 bahagian.

Filling:

250gm cream cheese (seelok2nya sebaik keluar dari peti sejuk)
60gm gula kastor
1 sk esen vanilla
1 biji kuning telur
1/2 cawan whip cream/fresh cream (pukul kental)
1 cawan air nescafe/kopi segera suam + 1 sudu kecil gula
Serbuk koko
Hiasan: biskut ladyfinger atau apa2 pun.

Pukul cream cheese, gula dan esen vanila hingga sebati.
Masukkan telur kuning, pukul lagi.
Masukkan adunan cheese ke dalam whip /fresh cream yang dipukul kental tadi secara balik kaup.
Bahagi 3 bahagian.

Cara melapis kek:
Ambil satu keping kek. Guna berus , renjis2kan air kopi ke atas permukaan kek hingga meliputi semua permukaan.
Lepakan satu bahagian cream cheese diatas permukaan kek tadi, taburkan serbuk koko.
Letak satu lagi lapisan kek diatas nya.
Ulangi proses hingga ke lapisan kek yang ke tiga.
Lepa tepi2 kek dengan creamcheese tadi dan susun biskut lady finger.
Sejukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 4jam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...