Friday, March 22, 2013

Kek Aiskrim

Pada mulanya Nora nak buat kek keju Marble Coklat untuk harijadi anak keempat Nora pada 20hb Mac haritu. Memandangkan Nora tak tau nak buat kek apa, itulah  pasal Nora ambil keputusan nak buat kek marble tu. Baru 10 hari menjamah kek semasa harijadi Cik Hubby, kali ni Nora kena buat lagi kek untuk anak Nora pulak. 

Entah macamana, belek punya belek, terpandang satu kek yang memang Nora tak pernah buat dan terlintaspun nak buat dalam satu Grup masakan yang Nora join. Norapun tenguklah cara2 nak buat kek tu. Macam senang. Hmmm...plan berubah...Nora nak buat kek aiskrim untuk anak Nora...surprise for him..Nora bagitahu Nora nak buat kek coklat resepi dari kawan sekolah Nora yang duduk kat Jerman.
Bahan bahan kek yang lain dah ada, cuma aiskrimnya tiada. So, 2 hari sebelumnya Nora beli aiskrim. Puas jugaklah menahan anak2 dari menjamah aiskrim tu, sampai bengang anak anak..hehehe..

Nora guna resepi kek span yang Nora buat untuk Kek Butterscoth sebab Nora suka dengan resepi ni. Lagipun senang dan sedap. Nora buat kek span ni awal sehari sebab proses nak membekunya mengambil masa jugak.


Jom tengok resepinya okay..

Kek Span:

5 biji telur gred A
150g gula halus
150g tepung kek/ superfine
1 sudu teh baking powder (ayak dgn tepung)
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh vanila
80g susu segar/ air
80g minyak/ butter yang dicairkan
Perasa strawberry ( ini pilihan, Nora guna strawberry + pewarna pink)

Satukan tepung kek + gula +ovallete + vanilla +telur. Pukul hingga kembang, likat dan putih.
Masukkan susu/air. Pukul lagi.
Masukkan perasa strawberi dan pewarna makanan berwarna pink/merah.Pukul sampai rata.
Dengan menggunakan spactula/ senduk kayu, balik kaup minyak / butter kedalam adunan hingga sebati.
Di sini Nora guna dua acuan, satu acuan bulat berukuran 7" dan empat segi sama 10" x 10".
Tuang 2/3 adunan kedalam acuan bulat dan 1/3 ke dalam acuan empat segi sama.
Bakar 160 C selama 20 minit atau masak.
Angkat dan terlingkupkan di atas redai. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari peti sejuk.

Filling + hiasan:

Aiskrim ( ikut suka brand apa atau perasa apa. Nora pakai jenama Nestle yang ada 3 perisa tu)
1 cawan Whipping cream (non diary) dipukul kental.

Cara penyediaan :
Nora guna acuan spring form berukuran 8".
Mula2 Nora bahagi dua kek span bulat.
Kek yang berukuran empat segi sama tu Nora bahagi ikut ketinggian acuan springform 8".
Susun kek seperti gambar di bawah


Lepas tu isikan aiskrim kedalamnya hingga penuh.(keluarkan aiskrim 15 minit sebelum digunakan).
Boleh jugak digaulkan sedikit whiiping cream yang dipukul kental ke dalam aiskrim secara balik kaup.
Tapi Nora tak masukkan, takut terlalu berlemak pulak dan muak sebab nanti nak lepakan kek dengan whipping cream lagi.
Tutup bahagian atas dengan satu lagi lapisan kek bulat. Maaflah Nora terlupa nak snap gambar setelah diisikan aiskrim. Dah tutup baru teringat nak snap. Ni gara gara nak cepat sebab takut aiskrim cair, nak2 buat masa musim panas ni...
Lepas tu wrap kek dengan plastik wrap dan sejukkan dalam freezer selama 6 jam atau lebih. Nora buat malam sebelumnya. Keesokkan paginya Nora lepakan dengan whip. cream.




Maaflah, Nora tak pandai melepa kek. Ni buat dalam keadaan tergesa2 sebab takut aiskrim cair. Lepas lepa, terus masukkan dalam freezer balik selama 4 jam atau lebih. Nora buat pagi, malamnya baru potong.
Hasilnya memang wallahhhhh....alhamdulilah..my 1 st trial menjadi. Anak Nora happy sangat dan hubby puji sedap...So next time boleh try buat lagi... Nora boleh...anda juga tentu boleh...yang penting..usaha dan keyakinan...:))
Rupa kek setelah dipotong. Ingat, potong dengan pisau yang dicelup dengan  air panas.


Yummy...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...