Thursday, July 28, 2011

Mihun Kungfu



Ni resipi bidan terjun. Hubby balik lambat sikit.Boring makan nasi untuk dinner, anak2 suruh masak yang lain selain nasi. Bukak peti sejuk, tenguk apa yang ada...hmm...anak suggest buat mee kungfu..tapi meenya tak ada, yang ada mihun jer. Mihunpun mihun lah..Maka dgn pertolongan budak2, Nora pun operasilah kt dapur. Nasi simpan buat nasi goreng esoknya. ( Tak buatpun sebab terbangun lewat..makan roti jer pagi ni.)

Rupanya taklah secantik kt kedai, tapi tak pedas..kalau nak pedas, taruhlah lada lebih sikit..


Bahan2nya:
Mihun dalam 300gm  ( direndam dgn air suam) dan toskan. (boleh ganti kue teow atau mee atau yee mee)
Telur (ikut bilangan orang yang nak makan, Nora guna 6 biji)

Pecahkan sebiji telur, masukkan garam dan lada putih. Pukul2 sedikit.
Masukkan segenggam mihun dan gaul dgn telur tadi.
Panaskan kuali,taruh minyak, dadarkan mihun tadi seperti buat telur dadar.
Angkat dan ketepikan.
Ulangi proses.

Bahan kuah:
Udang/sotong/ayam  dipotong kecil
Sayur : karot/sawi/kobis/kobis cina/cendawan/putik jagung/bunga kobis  dipotong kecil2
Cili merah ( dalam 2 biji, dihiris)
Cili padi ( diketuk ini pilihan)
6 biji bawang putih ( diketuk2 saja)
Lada putih ( secukupnya)
stok ayam atau pati ayam
Sos tiram ( dalam 2 sudu besar)
Tepung jagung ( dalm 2 sudu besae untuk memekatkan)
Sos ikan ( dalam 1 sudu besar)
Kicap cair ( dalam 1 sudu besar)

Tumis bawang putih. Masukkan ayam/sotong/udang. Biar sampai masak.
Masukkan stok ayam ( kalau tak ada, masukkan air panas dan sedikit pati ayam).
Biar mendidih.
Masukkan sayur2, mulakkan dgn cendawan dan sayur yg keras.
Masukkan lada putih,sos tiram, ikan dan kicap cair. Kacau. 
Perisakan dgn garam ( jika tidak masin)
Masukkan cili merah dan jika suka cili padi.
Bila sayur2 agak masak ( jgn terlalu masak), masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Kacau dan bila dah agak pekat, tutup api.
Tuang kuah ke atas mihun tadi.
Boleh dingappp....

Resipi ni agak2. Kuahnya ikut berapa org nak makan.
Resipi ni lebih kurang Ladna dan Kantonis. Cuma cara buanya saja berlainan. Basic kuahnya agak sama.




Wednesday, July 27, 2011

My homemade Taufu Fah



Hmmm...akhirnya...Semalam Nora berjaya membuat Taufu Fah ni...bukan tak pernah buat. Dulu Nora selalu buat Taufu Fah ni dalam 6-7 tahun yang lepas..sebelum Nora duduk kt rumah sekarang ni. Bukan apa, nak cari ubatnya Gypsum tu..sukar sikit kt sini. Dulu senang..pergi kt pasar borong jln Meru tu, pergi kt kedai jual ubat2 Cina tu, ada jual ubatnya...Nora ada ajar mak Nora..amboi bukan main lagi dia..asyik buat aje..lepas t dia ajar adik dia pulak...sama seperti Nora, diapun stop buat sbb tak ada "gypsum" ni sbb Noralah supplier dia..hihi..

Kelmarin anak Nora pergi bakery, beli mixed fruit. balik2 dia tunjuk kt Nora dia beli GDL..dia suruh buat taufu fah, amboi cerdik jugak anak Nora ni yea..pandai dia cari, Norapun tak terlintas nak cari kt bakery..Memandangkan Nora dah lupa macamana nak buat, terpaksalah cari2 kt Google..dapatlah satu resepi ni yg ala2 Nora dulu..jom kita tengok resepinya yea...boleh dibuat juadah berbuka puasa ni...jom layannn...

tengok gambar dulu yea...



300gm kacang soya ( rendam 5-6 jam, blend dgn air, tapis dgn kain nipis, dapatkan 5 1/2 cawan)
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh GDL ( boleh dapatkan kat bakery)
1/4 cawan air sejuk

air gula;
Boleh pakai air gula pasir atau air gula melaka

Panaskan air soya dgn daun pandan sehingga mendidih tapi jangan sampai meruap..
Sementara tu campurkan GDL,tepung jagung dan air rata2.
Masukkan campuran tadi ke dalam bekas yang boleh ditutup (periuk /termos nasi dsb.)
Setelah air soya mendidih, angkat, tuang cepat2 pada campuran GDL tadi, dgn menuang tinggi seperti buat teh tarik . Jangan kacau.
Terus tutup bekas dgn kain dan tutup dgn penutup periuk/termos. Biar dalam 1 jam atau lebih.
Jangan dibuka sebelum 1 jam...
Nak makan, bolehlah dibuang sikit bahagian atas..(nak makanpun tak pe), tuang air gula pilihan.
Selamat mencuba...

Saturday, July 23, 2011

Biskut Raya 2011 untuk dibuka untuk tempahan




Tat Keju Blueberry/ Strawberry / Mango /Orange / Kiwi
RM 30/ 50pcs


Tat Keju Gulong Nenas @ RM 30/50 pcs
Tat Gulong Nenas @ RM 25/50 pcs

Snow Almond @ RM 25/ 50pcs
London Almond @ RM 25/ 50pcs

Biskut Dahlia @ RM 23/50pcs
Samperit Pandan @ RM 23/ 50 pcs
Biskut Suji Brunei @ RM 23/50pcs

Biskut Mentega Kacang Cornflakes @ RM 25/50 pcs



Nora juga menjual pelbagai jenis kek  ( moist choc cake/brownies/banana layer choc cake/cheezy Fairlady/Red Velvet/Kek Karamel dsb)dan kek cawan. (pelbagai perisa dan topping) juga cuppies fondant untuk hantaran. Harga boleh dirundingkan mengikut budget hantaran.
Juga ada menjual Apam Polka Dot serta pelbagai bentuk dgn harga RM 25/100 pcs
Kalau ada yang nak menempah boleh  hantar ke e mail Nora : norazabri@yahoo.com atau pm ke fb Nora Zabri.
Tempahan dibuka untuk daerah Klang/Shah Alam/Banting

Terima kasih di atas sokongan anda


Apam Bentuk buah2an



Nora buat apam ni semalam. Seperti biasa, adunannya menggunakan adunan apam polka dot..cuma kali ini NOra buat bentuk buah2an. Nora buat 2 adunan. Dapat 150 biji..anak bawak ke sekolah 30 bungkus...dalam 1 bungkus tu ada 4..kawan2 dia order..suka betul kawan2 dia tgk apam2 yg comel ni...hari isnin ada order lagi..kali ini diorang nak ladybird dan bumble bee..sat gi nak buat apam polka dot utk sedekah pada jiran, nak kenduri esok, tapi Nora tak dapat pergi. Jadi bagi kuih jerlah..memandangkan apam polka dot ni tengah popular...so Nora bagi yang ni jerlah...

Apam berbentuk manggis ( ada kata mcm ribena..) berintikan blueberry filling

Apam berbentuk buah oren berinti oren filling

Macam2 ada...

Apam berbentuk buah strawberry berintikan strawberry filling

Apam berbentuk tembikai berintikan kaya


Friday, July 22, 2011

Ayam Goreng ala ala Kaprau



Resepi ni Nora ambil dari blog Kjee. Tengok daging goreng Kaprau Kjee buat Nora telan airliur. Menyelera betul tengok gambarnya. Tengok esbok..semua bahan ada kecuali daging. KJee tulis boleh pakai ayam. Ayam mmg ada...apalagi operasi le..Tapi Nora tak hiris ayam tu..letak seketul2..tak kuasa nak hiris2 sebab nak cepat. Sambil2 buat apam ..Nora masak ayam ni sebagai hidangan tengahari anak2 balik sekolah. Wahh..mmg sedap ayamnya ni cuma Nora rasa mungkin sedap kalau pakai paste tomyam. Nora pakai kiub tom yam maggi..sebab itu jer yang ada...anyway thumbs up utk Kjee atas resepi yang enak banget ni. Sesuai untuk hidangan sahur..mmg menyelerakan sbb ada rasa masam2 tom yam gitu...jom cuba..



Resepinya ambil dari Kjee:

500gm ayam, potong kecil kecil ( Kjee pakai 200 gm daging, hiris2)
4 ketul kiub tom yam  ( Kjee: 2 sudu paste tom yam)
3 Ulas bawang besar ( belah 8, cerai2kan)
cili padi, ikut suka, diketuk2
4 sudu besar kicap manis (Kjee : 1 sudu besar)
4 sudu besar cili sos ( Kjee : 1 sudu besar)
Daun selasih/purut

Perap ayam dgn tom yam paste.
Tumis sebahagian bawang besar, diikuti dgn cili padi.
Masukkan ayam yang diperapkan. Goreng hingga ayam kecut sikit dan masak.
Masukkan kicap dan cili sos. Kacau2kan.
Masukkan daun selasih dan bawang besar.
Bila bawang layu, tutup api dan hidang

Thursday, July 21, 2011

Koleksi cupcakes ku..

Ini adalah di antara cuppies yang pernah Nora buat..

Chocolate cuppies dgn edible image Ben 10 dan Barbie
Assorted cuppies dgn buttercream


vanilla cuppies with buttercream


strawberry cuppies dgn topping strawberry filling

Blueberry cuppies dgn dua topping..satu dgn blueberry buttercream,
satu lagi dgn blueberry filling


































My cute little bumble bee Apam..



Hah..comel tak apam Nora ni?..cantikkan..cute sesangat..ni Nora buat utk anak bawak ke sekolah..kawan2 dia order..suka sangat diorang tengok apam ladybird  kelmarin dan hari ni mungkin lagi teruja mereka. Biasalah budak2 mmg suka dgn benda2 macam ni. Resepinya sama dgn apam polka dot tu..cuma dah tukar dot dot nya ke lebahlah pulak..harap semua suka dan mencuba jugak..

Kuih Lapis Nyonya

Lama rasanya tak mencuba kuih2 tradisional ni. Bukan apa..selalu buat tu banyak yg tak jadi dari menjadi. Jadi naik takut nak buat. Tapi entah mcmana semalam, tekak ni teringin nak makan kuih lapis setelah tengok Dapur Nyonya di TV3 pagi Selasa lepas, tapi dia buat Kuih Talam. Maka Norapun googlelah..byk jugak resepi kuih lapis ni. Norapun gabung2lah, sini sikit, sana sikit. Petangnya mulalah operasi..alhamdulilah. menjadi jugak kuih lapis nyonya ni tapi resepi ni agak manis, kalau nak kurangkan gula boleh jugak...Meh kita tengok resepinya yea...



Resepinya:
2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung ubi ( tepung jagungpun boleh)
3/4 cawan gula pasir
secubit garam
4 cawan santan sederhana pekat
Pewarna kesukaan.
daun pandan

Panaskan kukusan.
Ayak kesemua tepung dalam satu mangkuk.
Panaskan santan, gula dan garam bersama daun pandan sekadar gula hancur sahaja. (jgn mendidih, setakat meruap saja). Biar sejuk sebentar.
Masukkan santan sedikit demi sedikit ke dalam tepung, kacau hingga tepung2 dan santan sebati. Lepas tu boleh taruh kesemua santan2 tu. Kacau perlahan hingga rata. Tapis adunan.
Bahagikan ke tiga bahagian. Nora bahagi ke warna putih, merah dan hijau.
Laserkan loyang dgn minyak sedikit dan panaskan sebentar.
Ambil satu bahagian adunan tadi, Nora mulakan dgn warna putih. Bahagi dua.
Masukkan satu bahagian putih tu tadi ke dlm loyang. Kukus lima minit.
Setelah lima minit, gores2 sedikit permukaan adunan tadi sebelum memasukkan satu lagi bahagian warna hijau (juga bahagi dua). Kukus lagi 5 minit. Ulangi proses utk bahagian yg warna merah.
Setelah habis ketiga2 warna, boleh ulangi balik dgn warna putih, seterusnya hijau dan akhirnya warna merah. Yang merah akhirnya tambah sikit lagi pewarna agar nampak cantik. Kukus selama 10 minit.
Sejukkan sebelum dipotong.

Tuesday, July 19, 2011

Apam Ladybirds



Kelmarin Nora buat apam ni setelah membelek2 album resepi rakan 2 FB ku yang lain . tenguk cantik sangat apam yg mereka buat. Asalnya respi apam polka dot. Tapi kerana kreativiti rakan2 fb..maka jadilah apam ni. Nnti nak cuba buat apam yg berbentuk buah seperti strawberi, nenas dll. Insyallah...

Fondant RV Cuppies for Smss Girls

Minggu lepas Nora terima order dari kawan Nora ketika belajar di ITM Manjung dulu. Tak disangka dia juga merupakan kawan suami ketika belajar di SMSS. Kak Zura nak Red Velvet cupcakes. Dia nak bawa ke gathering kawan2 perempuannya ketika di smss dulu. Dia nak ada fondant topping. Fikir punya fikir maka terhasillah rv yang nampak cantik dan menarik..(angkat bakul sendiri...) Warna2pun warna pastel..bunga2nya aku gentel sendiri..dekat 30 kuntum..Alhamdulilah...hari Jumaat tu aku dan suami hantar pd Kak Zura. walaupun waktu dah larut malam ( akibat tersilap jalan ke Bukit Jelutung) Apa2pun seronok bila Kak Zura kata dia puas hati dgn hasil kerja tanganku..Thanks kak Zura..lainkali order lagi yea...

Wednesday, July 13, 2011

Pucuk Ubi Goreng Pedas versi Nora

Hari tu..dah tak ingat bila...bawak mak makan kt Seksyen 16 SA..ada satu sayur tu..sedap sangat..belek punya belek..la..pucuk ubi rupernya..cakap dgn mak..ni kita boleh buat ni...tapi tu rasa2 setahun yang lalu...samapi ke minggu lepas baru Nora try buat..tupun sbb tertiba jer teringat. Fikir punya fikir..olah punya olah..akhirnya jadi jugaklah pucuk ubi goreng ni walaupun bukan 100% sama macam yg kt restoran tu...ala2 jer..sedap jugak kalau kita buat utk sahur nanti..bulan puasapun dah nak dekat..jum kita cuba..( Nora dh cuba hihihi...)

Tgk gambar dulu baru tgk resepinya yea...


bahan2nya:
Seikat pucuk ubi( dibersihkan dan hiris kecil2, jgn terlalu halus..)
dua senduk cili kering blend (pedas ikut suka)
2 ulas bawang besar*
2 ulas bawang putih*
seinci belacan*
setengah genggam ikan bilis*
* blend /tumbuk
garam/gula/air asam jawa
ikan bilis goreng/tempe goreng(kecil2)/kacang tanah

Panaskan minyak.Tumis semua bhn blend hingga garing. Masukkan cili blend. Kacau2 hingga cili masak.
Masukkan gula, garam dan sedikit air asam jawa. Masukkan pucuk ubi tadi. Kacau2 hingga rata..biar sampai garing. Perlu diingatkan, kalau tak cukup minyak..tambah lagi sedikit demi sedikit supaya pucuk ubi ni boleh jadi garing.
Bila dah garing, boleh tambah sedikit gula, ikan bilis/tempe/kacang tanah. kacau cepat2 dan tutup api.

Selamat mencuba....

Tuesday, July 12, 2011

Floria Putrajaya 2012.

Hari minggu yang lalu 10/7/2011, Nora pergi Putrajaya, tgk Pesta Bunga..kali ni lebih excited sbb temanya Bunnga mawr..bunga kegemaran Nora...suka sesangat dgn bunga2 mawar ni. Mula2 plan nak pergi hari Sabtunya selepas Sukan Tahunan SMK Batu Unjur..tapi memandang terdpt beberapa gangguan yg berlaku ( rasa2nya semua tahu kenapa)..plan dibatalkan dan duduk jer kt rumah. Hubby janji akan pergi keesokkannya, itupun kalau keadaan mengizinkan..takut terperangkap dlm jam akibat roadblock sana sini.

Nasib baiklah hari ahad tu selepas sukan tahunan SKBT, dpt berita semua dah terkawal. Apalagi, petang tu siap2 terus pergilah..kebetulan hubbypun ada mesyuarat kat kajang mlm tu. Sampai sana..lupa diri sekejap..terpegun tgk bunga2 mawar kat situ...bunga2 lainpun ada tapi dah tgk last yer..so perhatian tertumpu pada roseslah...posing sakan Nora...best sesangat..

Lepas tu terus ke Kajang..menikmati satay Kajang..Nora tak berapa suka kuahnya sbb Nora prefer kuah satay yg dah campur cilinya daripada yg asing2 ni. Makanannya ok tetapi kecewa dgn presentation makanan ni..mcm dpt makanan kt kantin jer...Makan dgn anak2 sbb hubby dah start meeting dgn AJK MPPIBG Selangor.

Sementara menunggu hubby habis meeting, jalan2 kt gerai2 berhampiran dan sempat tgk perlawanan bolasepak yg tak tau antara apa..main tgk jer...

Sampai rumah di BBKT..hari dh larut malam..basuh muka dan buat apa yg patut skejap..letak jer kepala atas bantal..terus lelap...



Bunga ros kecil tu pemberian hubby..Nora yang pilih sbb suka sangat dgn bunga2nya kecil tu..malas nak beli yang besar..takut tak mau hidup..mati. Cili padi tu saja Nora beli, senang sikit bila nak guna, petik jer..taklah asyik beli jer...

posing...jangan tak posing...
















Lepak2 dgn Cik Abang...












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...