Saturday, July 23, 2011

Apam Bentuk buah2an



Nora buat apam ni semalam. Seperti biasa, adunannya menggunakan adunan apam polka dot..cuma kali ini NOra buat bentuk buah2an. Nora buat 2 adunan. Dapat 150 biji..anak bawak ke sekolah 30 bungkus...dalam 1 bungkus tu ada 4..kawan2 dia order..suka betul kawan2 dia tgk apam2 yg comel ni...hari isnin ada order lagi..kali ini diorang nak ladybird dan bumble bee..sat gi nak buat apam polka dot utk sedekah pada jiran, nak kenduri esok, tapi Nora tak dapat pergi. Jadi bagi kuih jerlah..memandangkan apam polka dot ni tengah popular...so Nora bagi yang ni jerlah...

Apam berbentuk manggis ( ada kata mcm ribena..) berintikan blueberry filling

Apam berbentuk buah oren berinti oren filling

Macam2 ada...

Apam berbentuk buah strawberry berintikan strawberry filling

Apam berbentuk tembikai berintikan kaya


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...