Friday, January 6, 2012

Jambangan Cuppies untuk Anor Darriyah....1/1/2012


Tahun Baru 2012, Nora sambut kat kampung suami di Termerloh, Pahang. Masa countdown tu..tengah menggoreng ayam sebab keesokkan harinya iaitu 1/1/2012, anak saudara suami Nora bertunang. Anor Darriyah namanya...sianak tunggal, so agak meriahlah majlisnya...

Nora dah janji nak bagi pada Anor cupcakes, tapi memandangkan asyik bagi yang sama jer..iaitu dlm kotak jer, Nora kali ini buatnya dalam bentuk jambangan bunga. Nora tengok dan belajar dari Youtube.


Buatnya mudah saja...ada cuppies, pasu bunga, lidi, dan hiasan2nya. Nora buat cupcakes mixfruit dan menggunakan fondant sebagai hiasan. Cupcakes ni ikut suka masing2lah..nak hias dgn buttercream pun boleh. Saiz cuppies pun ikut selera sendiri. Kalau besar, sikitlah gunanya. Nora guna saiz 8/9..jadi utk jamabangan saiz sederhana, Nora guna 12 ketul cuppies.
Untuk membuatnya, mula2 kena balut dulu sponge yg warna hijau tu sbb ianya berhabuk, nanti kena kat makanan, bahaya. Laepas tu arrangelah bunga seperti buat jambangan bunga biasa. Cuppies pulak di cucuk dgn lidi dan letak di celah2nya. Hias ikut kesukaan masing2. Yang Nora buat ni ikut  budget Nora. Terpulanglah ikut daya kreativiti masing2 yea...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...