Dah lama tak post..selepas balik dari Gopeng last week...malas teramat2 sangat. Ni nak post apa yang Nora masak Sabtu lepas 7/5/2011. Buat Cottage Pie. Kawan Nora kata ini cottage pie sbb pakai mincef beef(daging lembu)..kalau shepperd's pie pakai mutton(daging kambing). Search dlm tenet ada yang panggil ni American shepperd's pie sbb org america tak suka makan daging kambing, dia orang replace dgn daging lembu. Apa2 ajelah..yang penting sedap dan kena dgn tekak masing2...
Resepi ni basically Nora ambil dari blog kawan tersayang Nora, Fina...tapiiii...Nora ubahsuai dgn apa yang ado kt dapur Nora ni..tak kisahlah kan. Ikut sendirilah..janji basicnya tetap sama..tak gitu Fina...hentam sajalah Labu...
Resepinya jangan terlalu ikut sangat yea..boleh diubahsuai atau ditokok tambah...ikut selera masing2..nak pedas, tambah lebih lada hitam atau mcm kawan Nora, dia tambah cili kering blend...almaklumlah tekak orang melayu...janji sedap..betul tak?..
1 kg daging kisar ( boleh kurangkan sbb kalau ikut sukatan ini dapat 5 bekas spt yg Nora gunakan)
2 labu bawang besar holland ( bombaypun boleh, merahpun boleh)
2 atau 3 ulas bawang putih yang dicincang halus
10-15 cendawan butang fresh atau 1 tin cendawan butang dlm tin ( hiris kasar)
1-2 cawan mixed frozen vege( ini pilihan..Nora tak taruh)
4 biji tomato (sederhana) didadu
4 sudu teh mixed herbs ( kawan Nora guna 2 oregano 2 rosemary)
2 sudu besar sos tiram atau sos lada hitam
6 sudu besar sos pasta
2 cawan mushroom soup (nora guna vono) atau beef broth atau air
serbuk lada hitam ( ikut suka)
Garam secukup rasa
Yang ni pilihan kalau nak pedas:
4-6 tangkai cili kering blend dgn 2 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih
Topping:
1.5 kilo kentang ( kalau boleh US potato cepat empuk dan gebu) di potong 2 dan rebus
1/2 cwn butter (lembutkan)
1 cawan susu ( Nora campur 1/2 cawan susu, 1/2 cawan thickened cream)
serbuk lada hitam ( jika suka)
Keju mozarella atau cheddar
cara:-
1. Panaskan oven 200 C. Laser bekas dgn butter.
2. Ubi kentang di rebus. Bila empuk, buang air, letak atas api, lenyek hingga kering air lebihan. Angkat, masukkan butter dan susu. Sebatikan. kalau suka taruh garam dan serbuk lada hitam.
3. Masukkan daging dalam kuali, dan biar hingga daging masak dan kering airnya. Kacau2 selalu, takut hangit pulak.
4. Dalam kuali lain, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan cendawan segar. Kacau2kan sebelum dimasukkan daging kisar.
5. Masukkan bahan kisar ( jika suka), sos pasta, lada hitam, mixed herbs, sos tiram atau lada hitam dan garam .Kacau sebentar.
6. Masukkan mushroom soup/air/broth kedalam daging, kacau lagi, biar kering sedikit.
7. Bila hampir kering, masukkan mixed vege (kalau suka) dan tomato dadu. Kacau sebentar dan angkat.
8. Lepas tu masukkan daging ke dalam bekas macam dalam gambar tu. Rata2kan.
9. Lepas tu letakkan mashed potato di atasnya , ikut suka nak buat macamana..
10.Kemudian tabur sedikit butter dan cheese ( ikut suka banyak mana..)
Masukkan kedalam oven dan bakar hingga bahagian atas keperangan dan cheese cair...
11. Nilah rupanya bila dah siap...boleh dingappp...
No comments:
Post a Comment