Hari ini, hari yang amat mengembirakan buat para pendidik..hampir semua sekolah di seluruh pelosok Malaysia menyambut hari guru pada hari ini. Kegembiraan dan kemeriahan begitu terasa sejak semalam. Pergi ke mana2 toko2, pasaraya2, kedai2 cenderamata...penuh dgn para pelajar berserta ibubapa, sibuk membeli cenderamata utk guru2 masing...di fb, twitter, akhbar, tv penuh dgn ucapan2 selamat hari guru..Begitulah hebatnya guru...betapa kehadiran mereka amat dihargai...
Dulu Nora pernah ingin menjadi seorang guru. Tiap kali ditanya cita2 mesti kata nak jadi cikgu. Tapi apakan daya...rezeki Nora bukan untuk menjadi seorang guru tetapi lain...namun Nora masih berpuas hati, menjadi guru untuk anak2 Nora sudah memadai...dgn ilmu yang ada serba sedikit, Nora curahkan pada anak2..mendidik mereka dgn cara Nora..mungkin di sekolah mereka kurang faham tetapi dgn cara Nora..alhamdulilah, mereka lebih faham. Itu yang buat Nora terasa seperti seorang "guru" jugak...jadilah...
Semalam, layan anak2 shopping utk beli hadiah utk guru masing2...anak yang no.2 dan bongsu request buat cuppies utk dipersembahkan kepada guru mereka. Nk jadi cerita... Sabtu dan Ahad, Nora dan suami tiada dirumah kerana menghadiri seminar di Hotel Quality S.Alam.,.tengahari Ahadnya ada jemputan untuk YDP PIBG sekolah anak, jamuan makan tengahari di Hotel Summit, maka pukul 3 lebih baru sampai rumah. Anak2 bising sbb hadiah tak dibeli lagi. Lepas asar keluar ke JJ Bukit Tinggi...Dek terlalu leka membelek buku2 di Popular serta shopping baju kt FOS, pukul 9.30 mlm baru keluar dari JJ, menuju ke Tesco. Kelam kabut beli bahan utk buat cuppies. Terencat sekejap...bicarbonate soda tiada...kehabisan..ahhh..sudah..mcmana ni..lepas makan..kelam kabut suami drive ke My Mydin..nasib baik belum tutup..nasib baik ada. Sampai rumah, rehat sekejap, terus capai bekas2 dan bahan2 nak buat cuppies. Nasib baik angahnya menolong. Jam dah pukul 11 mlm...cuppies belum dibakar..tension jugak..sbb badan penat sangat. Namun demi janji kepada anak2 serta mengenang hari guru..Nora gagahkan juga buat cuppies ni. Akhirnya hampir jam pukul 3 pagi, semuanya selesai. Nora hanya dapat melelapkan mata pada pukul 3 lebih.
Jam 6 pagi, Nora dikejutkan suami..dan dikejutkan dgn cerita anak..."ibu..habis cupcake ibu..Bell buat"..hahhh...tengok2..5 cupcakes Nora rosak icingnya dek kerana kucing Nora. Siap lepak atas kotak yang Nora isi cuppies tu. Aduih...penat belum habis..tetiba cuppies rosak pulak. Nak marah...kucing..apa dia tahu..terpaksalah Nora buat lain..nasib baik itu cuppies utk guru sekolah agama di sesi petang. Sempatlah Nora ganti balik...
Alhamdulilah...disini Nora ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru dan terima kasih buat guru2 Nora ketika berada di sekolah Rendah Convent Kota, SK Convent Taiping, SMK St Goerge( walaupun hanya 3 bulan), ITM Manjung dan Shah Alam serta guru2 anak2 Nora di SK Bukit Tinggi, SRA Pandamaran Jaya, SMK Batu Unjur, MRSM Balik Pulau, SMK Banting, SAM Hishamuddin Sg Bertih dan SK Batu Belah. Tak lupa juga buat kawan2 Nora yang bergelar guru tak kira dimana jua anda berada...jasa anda semua amat Nora hargai...terima kasih kerana pergorbanan anda selama ini dalam mendidik anak2 bangsa...
No comments:
Post a Comment