Thursday, October 3, 2013

Kek Lapis Prune

Ini kali  kedua Nora cuba buat kek lapis versi bakar. Kali ini Nora cuba buat Kek Lapis Prune pulak. Nora tak belajar mana2 cara buat kek lapis ni..belajar dengan pengamatan dan tinjauan di internet ni saja. Nak pegi kursus, tak ada modal so terpaksalah belajar sendiri2..dan yang penting, usaha utk memperbaiki tanpa rasa jemu. Kalau ada kesilapan dan kekurangan, Nora cuba cari apa yang silap. Alhamdulilah, yg kedua ni makin okay sikit dari yang pertama kali Nora buat iaitu Kek Lapis Blueberry 

kek lapis prune
Resepi kek lapis prune ni basic keknya Nora ambil dari blog Dayang Jack. Wah...cantik2 kek lapisnya..rasa nakcubabuat semualah...hehehe..insyaAllah..kalau ada rezeki, mmg nak cubasemua. Terima kasih DJ kerana beri panduan yang terbaik utk buat kek lapis ni.

Sebenarnya, kek lapis ni tak berapa sedap makan ketika panas panas sbb rasanya belum sebati. Kalau Nora, buat petang hari ini, esok petangnya baru Nora potong danhidang. Masa ni baru cantik kalau dipotong( pastikanpisau tajam yea..) nak2 kalau pakai prune ni, kenalah betul2, barulah cantik kejadiannya.

Jom tengok resepinya:

Bahan bahannya:
Loyang 7" x 7 "

5 biji telur saiz A
250g mentega yang baik ( Nora pakai SCS)
150g tepung hong kong
75gm gula kastor
50g horlicks
75g kaya
150g susu pekat
1/2 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
Sunsweet prune ( bukakan dan leperkan sedikit)
Pewarna (optional- Nora pakai pewarna bright red)

1. Pukul telur dengan gula serta ovalette hingga kembang dan putih ( nak tahu dah okay, cuba ambil senduk, bila curahkan ke dlm mangkuk, ianya likat dan jatuh perlahan2, kalau laju jer jatuhnya, maknanya kena pukul lagi sampai kental, mcm kita buat bahulu..)
2. Dalam mangkuk lain, pukul mentega dan susu pekata hingga berkrim.
3. Satukan kedua dua adunan, gaul hingga sebati.
4. Masukkan kaya diikuti dengan horlick. Gaul lagi.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit tapi jgn terlalu overmixed, nanti kek tak kembang.
6. Bahagi ke 2 bahagian, satu plain, satu lagi letak pewarna merah. ( kalau nak dua2 plain pun okay)
7. Pastikan acuan dialas dan dilaserkan.
8. Tuang adunan plain sebanyak 4-5 sudu makan ( ketebalan ikut suka sendiri). Ratakan dengan belakang sudu dengan secara membulat.
9. Bakar api atas bawah selama 4-5 minit atau hingga atasnya keperangan kuat.
10. Angkat, tekan2 dengan penekannya atau kalau tak ada, boleh tekan dgn sudu atau belakang senduk supaya gelembung2 tiada dan permukaan rata.
11. Tuang adunan plain sekali lagi dan ratakan. Kali ini bakar dengan api atas sahaja sehingga perang.
     Angkat dan tekan2 lagi.
12. Letak pula adunan berwarna merah. Susun buah prune dan bakar lagi hingga perang. Jgn lupa tekan2.
13. Letakkan sekali lagi adunan merah, ratakan dan bakar lagi.
14. Ulangi proses hingga habis adunan.
15. Bagi lapisan yang terakhir, bakar hingga atas sedikit keperangan dan tukar ke api atas bawah. Bakar dalam 5 minit sahaja.
16. Biar kek sejuk dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.
17. Kalau nak kek lebih moist, bolehlah sapu setiap layer selepas dibakar dengan butter cair. Sedikit sahaja, jgn terlalu banyak..nnti kek benyek. Yang paling atas tak payah sapu.



















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...