![]() |
kek lapis prune |
Sebenarnya, kek lapis ni tak berapa sedap makan ketika panas panas sbb rasanya belum sebati. Kalau Nora, buat petang hari ini, esok petangnya baru Nora potong danhidang. Masa ni baru cantik kalau dipotong( pastikanpisau tajam yea..) nak2 kalau pakai prune ni, kenalah betul2, barulah cantik kejadiannya.
Jom tengok resepinya:
Bahan bahannya:
Loyang 7" x 7 "
5 biji telur saiz A
250g mentega yang baik ( Nora pakai SCS)
150g tepung hong kong
75gm gula kastor
50g horlicks
75g kaya
150g susu pekat
1/2 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
Sunsweet prune ( bukakan dan leperkan sedikit)
Pewarna (optional- Nora pakai pewarna bright red)
1. Pukul telur dengan gula serta ovalette hingga kembang dan putih ( nak tahu dah okay, cuba ambil senduk, bila curahkan ke dlm mangkuk, ianya likat dan jatuh perlahan2, kalau laju jer jatuhnya, maknanya kena pukul lagi sampai kental, mcm kita buat bahulu..)
2. Dalam mangkuk lain, pukul mentega dan susu pekata hingga berkrim.
3. Satukan kedua dua adunan, gaul hingga sebati.
4. Masukkan kaya diikuti dengan horlick. Gaul lagi.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit tapi jgn terlalu overmixed, nanti kek tak kembang.
6. Bahagi ke 2 bahagian, satu plain, satu lagi letak pewarna merah. ( kalau nak dua2 plain pun okay)
7. Pastikan acuan dialas dan dilaserkan.
8. Tuang adunan plain sebanyak 4-5 sudu makan ( ketebalan ikut suka sendiri). Ratakan dengan belakang sudu dengan secara membulat.
9. Bakar api atas bawah selama 4-5 minit atau hingga atasnya keperangan kuat.
10. Angkat, tekan2 dengan penekannya atau kalau tak ada, boleh tekan dgn sudu atau belakang senduk supaya gelembung2 tiada dan permukaan rata.
11. Tuang adunan plain sekali lagi dan ratakan. Kali ini bakar dengan api atas sahaja sehingga perang.
Angkat dan tekan2 lagi.
12. Letak pula adunan berwarna merah. Susun buah prune dan bakar lagi hingga perang. Jgn lupa tekan2.
13. Letakkan sekali lagi adunan merah, ratakan dan bakar lagi.
14. Ulangi proses hingga habis adunan.
15. Bagi lapisan yang terakhir, bakar hingga atas sedikit keperangan dan tukar ke api atas bawah. Bakar dalam 5 minit sahaja.
16. Biar kek sejuk dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.
17. Kalau nak kek lebih moist, bolehlah sapu setiap layer selepas dibakar dengan butter cair. Sedikit sahaja, jgn terlalu banyak..nnti kek benyek. Yang paling atas tak payah sapu.