Friday, January 6, 2012
Jambangan Cuppies untuk Anor Darriyah....1/1/2012
Tahun Baru 2012, Nora sambut kat kampung suami di Termerloh, Pahang. Masa countdown tu..tengah menggoreng ayam sebab keesokkan harinya iaitu 1/1/2012, anak saudara suami Nora bertunang. Anor Darriyah namanya...sianak tunggal, so agak meriahlah majlisnya...
Nora dah janji nak bagi pada Anor cupcakes, tapi memandangkan asyik bagi yang sama jer..iaitu dlm kotak jer, Nora kali ini buatnya dalam bentuk jambangan bunga. Nora tengok dan belajar dari Youtube.
Buatnya mudah saja...ada cuppies, pasu bunga, lidi, dan hiasan2nya. Nora buat cupcakes mixfruit dan menggunakan fondant sebagai hiasan. Cupcakes ni ikut suka masing2lah..nak hias dgn buttercream pun boleh. Saiz cuppies pun ikut selera sendiri. Kalau besar, sikitlah gunanya. Nora guna saiz 8/9..jadi utk jamabangan saiz sederhana, Nora guna 12 ketul cuppies.
Untuk membuatnya, mula2 kena balut dulu sponge yg warna hijau tu sbb ianya berhabuk, nanti kena kat makanan, bahaya. Laepas tu arrangelah bunga seperti buat jambangan bunga biasa. Cuppies pulak di cucuk dgn lidi dan letak di celah2nya. Hias ikut kesukaan masing2. Yang Nora buat ni ikut budget Nora. Terpulanglah ikut daya kreativiti masing2 yea...
Friday, December 16, 2011
My homemade Apple Pie
Hmm..yummy...Petang ini Nora buat Apple Pie untuk minum petang. Semenjak terlihat Paula Deen buat apple pie dua tiga hari lalu di rancangannya di Food Network Channel, teringin pulak nak buat. Seronok tengok Paula anyam2 atas pie tu. Nampak cantik dan berseni..
Norapun google resepi apple pie dan lihat macam2 cara nak buat apple pie ni. Hasil belek2, selidik2..maka Nora buat ikut Noralah..hasil campur semua resepi yang Nora ada. Alhamdulilah..rasanya pun ok dan sedap..
Jadi Nora nak share dengan sesiapa yang sudi nak buat...
Untuk pastry crust, Nora guna
200gm mentega (sejuk)
3 1/2 cawan tepung halus/gandum (ayak)
sedikit garam
air sejuk (dari peti sejuk)
Gaul dan ramas tepung dan mentega hingga jadi seperti serbuk roti.
Renjis2kan air sejuk, uli sekadar pastry boleh dikepal. Jangan terlebih uli.
Bahagi dua. Satu simpan dalam peti sejuk.
Canai satu bahagiam. Letak dalam acuan pie. ( Nora guna acuan bersaiz 9 in)
Masukkan sebentar dalam peti sejuk.
Filling:
7 biji epal muda (granny smith) dibuang kulit, empulur dan hiris. (boleh didadu)
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh serbuk buah pala
Gaul gula dan serbuk kayu manis serta buah pala.
Masukkan epal. Gaul rata.
Ketepikan.
Crumble:
50gm mentega
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula perang
Gaul semua bahan hingga jadi seperti serbuk roti
Cara satukan:
Masukkan epal tadi ke pastry crust. Tabur crumble rata2.
Ambil pastry yang satu bahagia tadi.
Canai dan kelar memanjang.
Susun di atas pie tadi seperti menganyam tikar. Buat hingga habis
Sapu bahagian atas dgn kuning telur.
Bakar 170 C selama 40 minit atau hingga masak
![]() |
| Ni sebaik dikeluarkan dari oven. Tunggu sejuk. |
![]() |
| Rupa lepas sejuk dan dikeluarkan dari acuan |
Apple Dutch Cake
Resepi ni dah lama Nora buat. Kini Nora nak share dengan semua orang yang berminat. Nora lupa mana Nora dapat resepi ni tetapi yang pasti dari salah satu rancangan masakan di Astro 703..kalau tak silap Anna Olson, rancangan Sugar atau anak saudara Nora panggil rancangan kencing manis...:)
Buatnya simple je tetapi memang sedap...bagi pengemar epal muda..
Bahan2nya:
2 biji telur
175 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
175gm butter
175ml susu segar
4-5 biji epal granny smith ( dibuang kulit, buang empulur dan potong 12)
125gm tepung gamdum*
2 1/4 sudu teh baking powder*
secubit serbuk kulit kayu manis*
* ayak
Strawberry atau blueberry (pilihan)
Alas acuan pembakar dgn baking paper.(sebolehnya acuan 4 segi 7")
Atur strawberry yamg di belah dua. Ini pilihan. Kalau tak nak letakpun tak apa.
Cairkan butter dan susu. Ketepikan.
Pukul telur,gula dan esen vanilla sehingga kembang dan "fluffy"
Masukkan butter dan susu tadi. Pukul lagi.
Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit kedalam adunan telur tadi secara balik kaup (fold in) menggunakan senduk kayu.
Taruh adunan ke dalam acuan.
Atur epal di atasnya hingga penuh. Tabur juga berries/kismis/kekacang (jika suka)
Bakar 170 C selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan sebentar sebelum keluarkan kek dari acuan.
Tabur gula ising di atasnya.
Potong 4 segi kecil macam potong brownies.
Boleh dimakan dgn fresh cream, aiskrim atau whipping cream.
Subscribe to:
Posts (Atom)












