Sunday, March 20, 2011

Selamat Hari lahir Najmi...


Pada hari ini, 20/3...aku selamat melahirkan anak keempatku Muhammad Najmi melalui pembedahan setelah melalui detik2 cemas yang sehingga kini tidak akan dapat kulupakan. Aku dimasukkan ke hospital setelah air ketubanku pecah. Aku sangka akan melahirkan secara normal. Namun jeritan bidan yang tiba2 menjerit 'emergency' membuat aku panik tetapi terkawal. Suasana menjadi kelam kabut, aku diberi ubat penenang dan di suruh menandatangani surat izin utk dibedah sementara tangan doktor yang bertugas diseluk menahan bayi dai dilahirkan. Aku terpinga2 ..troli disorong ke bilik bedah. Dlm perjlnan, didlm lif, doktor menerangkan kepada suamiku kenapa aku harus di bedah. Ketika itulah aku tahu, bayiku ingin keluar melihat dunia dgn menghulurkan tangannya dahulu sambil memegang urinya...
sesampai di bilik bedah, aku disambut oleh doktor pakar Dr Zulkifli, yang kemudian mengambil alih doktor yg bertugas, utk menyeluk dan menahan bayiku dari keluar..akupun entah bila tiba2 tidak sedarkan diri.
Apabila aku jaga, aku selamat dibedah..dan dikawal rapi oleh jururawat. Di sisi, suamiku yang sedia menanti dan menungguku sedar. Suamipun memberitahu yang bayiku selamat dan sihat serta sempurna...alhamdulilah, syukur kepada Allah swt.
Kini telah 13 tahun usia anakku Najmi. Aku amat berharap dia menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Walaupun agak nakal sedikit berbanding adik beradik yang lain, dia ada keistemewaannya tersendiri...
Namun pengalaman melahirkannya tidak pernah aku lupakan..semoga dpt dijadikan pendoman dimasa akan datang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...