Thursday, December 15, 2011
Layang Layang Bertali Kaca- karya Norhayati Berahim
Kali ini Nora nak bercerita tentang novel yang baru Nora baca, Layang Layang Bertali Kaca karya hebat Norhayati Berahim. Novel setebal 922 mukasurat ini memang menarik dan best. Jalan cerita dan penyudahnya teramatlah Nora suka. Memang semua karya Norhayati Berahim ni memang hebat. Kerana itulah Nora jarang beli novel lain melainkan NB dan RAM sebab kedua2nya selalu memberi kelainan dan kepuasan dalam membaca buku2 karya mereka. Maaf cakaplah..kebanyakan penulis2 sekarang banyak menulis cerita2 yang baru baca sikit saja dah tahu penyudahnya dan selalunya apa yang kita sangka mesti betul. Itu yang tak bestnya...Berbeza dengan NB dan RAM..memang susah nak agak penyudahnya...Apa2pun itu pendapat Nora..lain orang lain pendapatnya...
Biarlah Nora cerita serba sedikit mengenai novel ini. Ianya berkisar tentang Manja seorang anak orang berada yang sedari kecil hidupnya dikongkong oleh ayahnya yang begitu tegas terhadapnya. Kesian anak kecil ini bila apa ingin dilakukan terpaksa dilakukan secara curi2 termasuk bermain layang2...
Kehidupannya berubah bila dia berkeras ingin melanjutkan pelajarannya ke luar negara kerana dgn cara ini dia dapat lari dari kongkongan ayahnya. Pertemuan dgn Zakiah membuka matanya pada banyak perkara seperti agama, cara hidup dan berdikari. Namun pada awalnya perubahan itu tidak menyenangkan ayahnya tetapi akhirnya dapat menerima dgn baik perubahan anaknya.
Dalam novel ini juga ada mencerita kenapa ibu dan ayahnya berpisah, serta penjelasannya. Cerita tentang Pak Jusoh, pemandunya yang begitu setia menemani dan memenuhi segala permintaannya walaupun secara curi2 sehinggalah dia diberhentikan kerja. Cerita rumah perlindungan anak2 gadis yang terlanjur serta kisah cintanya dengan Azmin, seorang anak muda yang sebenarnya sebenarnya rakan bermain layang layangnya.
Juga diselit kisah ibu saudara serta sepupunya Tengku Syamsul yang berniat jahat dengannya serta bapa tirinya yang bergelar seorang doktor.
Slot yang paling menarik ialah ketika Manja menyamar menjadi Maneesa untuk melamar kerja sebagai orang gaji Azmin semata2 untuk menjaga dan merawat mak Azmin yang menghadapi tekanan mental akibat perbuatan ayah Azmin seorang ahli politik bergelar datuk yang berkahwin lain tanpa pengetahuannya.
Penyudahnyapun memang memuaskan. Perkahwinannya dgn Azmin, pertemuannya kembali dengan orang2 yang tersayang dan paling mengemparkannya pernikahan rakannya Zakiah dengan Tengku Syamsul..
Kalau nak tahu lebih lanjut..baik beli dan baca buku ni. Tak rugi dijadikan koleksi. Nora memang rekomen buku ni pada semua..
Tanamkan semangat membaca di jiwa anda...
Wednesday, December 14, 2011
Red Velvet Cuppies
Ini di antara Red velvet cuppies yang Nora buat untuk tempahan. Resepinya sama dengan resepi kek red velvet. Ianya juga boleh dibuat atau diletak fondant. Terpulang pada masing2..
Ini red velvet yang Nora letak hiasan fondant..
Kek Red Velvet
Kek Red Velvet ni ramai peminatnya. Norapun tak ketinggalan membuatnya. Mula2 buat tu susah jugaklah. Tapi setelah mencuba berkali2..bolehlah...Nora nak share resepi yang Nora ambil dari rakan FB Nora, Puteri Manja Sebenarnya ada macam2 resepi dan step nak buat kek ni tetapi Nora dah biasa guna resepi Puteri Manja, malas nak cuba yang lain.
Gambar2 ni antara yang Nora pernah buat untuk tempahan. Adalagi yang lain tetapi memandailah dua jer...Selebihnya untuk simpanan peribadi..
Jom tenguk resepi Kek Red Velvet yang lazat ni...tak rugi mancubanya..
Bahan2:
2 1/2 cawan tepung kek/ tepung gandum (tambah 2 sudu baking powder)
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar pewarna merah
1/2 cawan mentega
1 1/2 cawan gula pasir
2 biji telur gred A
2 sudu teh vanila
1 cawan buttermilk atau 1 cawan susu segar yang dibancuh dgn 1 sudu besar jus perahan lemon
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil baking powder
Topping
1. Whipping cream yang dipukul dgn gula @ yang sedia ada
2. 250gm cream cheese + 100gm mentega+ 100gm gula ising(ayak) yang dipukul kental.
Cara:
Gris loyang.
Ayak tepung bersama serbuk koko
Pukul mentega dengan gula hingga kembang
Masukkan telur satu persatu diikuti dgn esen vanilla
Perlahankan mixer. Masukkan sedikit demi sedikit tepung berselang seli dgn buttermilk.
Masukkan perwarna merah. Kacau rata.
Campurkan cuka dgn baking powder dalam satu bekas lain hingga berbuih. Cepat2 masuk dlm adunan dan kacau.
Masukkan adunan ke dalam loyang/acuan
Bakar 170 C selama 25-30 minit atau hingga masak.
Sejukkan dulu sebelum dihias/difrosting.
Hias ikut suka.
Subscribe to:
Posts (Atom)









