Friday, November 4, 2011

Roti Bakar Sambal Tumis

Semalam tengok kt FB Fina Raof...dia ada buat lempeng  kelapa ,makan dengan sambal tumis. Terliuq betul..nak2 musim hujan ni..kalau pekena dengan kopi panas..perghhh...sedap sesangat. Beranganlah nak buat memandangkan semalam kebetulan Nora masak sambal tumis jugak. Ingat nak buat makan petang..tup2 kepala ni teradjust sikit..nak buat Kek sarang semut pulak...berkobar2..mcm tak boleh ditahan lagi..hehehe...So tundalah untuk buat breakfast...Al kisah pagi tadi.."ter"bangun lewat..(taklah lewat sangat..dalam 5.40am0..tak sempat nak melempeng..jadi hubby suruh buat roti bakar taruh sambal tumis. Cepat dan mudah....anak2 nak pi sekolah 6.45 pagi dah kena keluar..sempatlah menjamahnya..ingatkan ada yg nak makan sikit jer..maklumlah, pagi..rupa2nya habisss....alamat untuk anak yg seorang lagi, yg sekolah petang ni..kenalah buat/bakar yg lain...
hubby cakap, lainkali buat macam ni jer..lagi senang dan cepat..budak2pun berselera daripada bakar pakai sekaya atau peanut butter...Jom layan..dgn kopi O panas...sambil tengok tv...



Senang jer buatnya...ada sambal tumis, ada roti..ada toster yg kepit tu....masukkan sambal tumis ke sekeping roti pastu kepit/lipat dua..bakar. Kalau tak ada toaster, pukul telur dgn sedikit air dan garam, celup roti dan goreng...pun sedap jugak...

Kek Sarang Semut ke Sarang Lebah??...

Lama sungguh Nora tak buat kek ni..adalah dekat 2 tahun lebih. Tetiba jer teringin nak makan pulak bila tengok ada rakan FB yang membuatnya. Bahan2 semua ada cuma resepi yang selalu Nora pakai tu ntah mana Nora letak. Puas mencari. Bukan apa..dulu buat pakai resepi tu, menjadi elok sarangnya. Takut nak pakai resepi lain...tapi emmandangkan memang teringin sesangat nak buat Norapun cubalah buat pakai resepi salah seorang rakan FB Nora, Puan Zarina M.Akin. Dulu resepi Nora tak pakai serbuk koko..tapi yang ni berlain sikit..jadi T & E lah jawabnya...


Maka inilah jadinya kek sarang semut @ gula hangus @ sarang lebah...yang mana satu yek?..Tapi kek ni tak berapa menjadi sarangnya..gebu,kenyal..dah kira ok tetapi...itulah..kurang bersarang...1st trial..nnti ok kut..
Rasanyapun agak kurang manis...sesuai sangat dgn Nora ni...

Resepinya di ambil dari Pn Zarina M. Akin. Terima kasih...

Bahan A (gula hangus)
300 gm gula pasir
300 ml air panas
 2 sudu besar marjerin

Masak gula hingga keperangan (mcm biasa kita buat karamel)
Masukkan air panas perlahan lahan.
Masukkan marjerin, biar larut. Tutup api dan biar sejuk.

Bahan B
180 gm tepung gandum
2 sudu teh bikarbonat soda
1 1/2 sudu besar serbuk koko
200 gm susu pekat manis/krimer
6 biji telur gred A
1 1/2 sudu teh esen vanila

Panaskan oven dgn api bawah 160 C. Laser dgn marjerin acuan 8 1/2 in. ( Nora pakai acuan yang ada lubang ditengah)
Ayak tepung, b.soda dan serbuk koko bersama.
Pukul telur hingga kembang.
Masukkan susu. Pukul lagi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Masukkan gula hangus, kacau cepat2, agak dlm 30 saat dgn senduk kayu.
Cepat2 masuk oven dan bakar selama 1 jam atau hingga masak, ikut oven sendiri( oven Nora 45 minit jer..)
Biar sejuk sebelum di potong.
***adunan ini agak cair. Kalau tak menjadi sarangnya..cuba lagi...

Thursday, October 27, 2011

Big Mac dengan homemade daging burger

Ni breakfast Nora semalam. Mula2 tu puas jugak nak buat apa breakfast di pagi raya "Deepavali" ni. Anak2 bangun lewat sebab semalamnya tidur lewat. Ayahnya pulak sebab diserang penyakit lamanya..makan ubat..lelaplah lepas suboh. Belek2 apa dalam peti ais, ternampak ada daging kisar. Terlintaslah pulak nak buat daging burger...lagipun boleh buat "brunch" sebab lepas zohor nak keluar "dating"...


Lagipun semua bahan ada kecuali  mayo dan cheese. Tengah buat daging burger ni, anak  bangun dan volunteer pergi beli cheese dan mayo..almaklumlah...Giant tu sekakang kera jer dari rumah..hihi..alhamdulilah...

Buatnya senang jer, bahan2nya

400gm daging kisar
1 cawan breadcrumb( kalau tak ada boleh digantikan dgn nestum yg original atau oats)
2 sudu besar lada hitam ( yang ini ikut suka kepedasannya)
1 sudu teh oregano
1 ulas bawang besar kuning ( holland) dicincang halus
1 biji telur
garam secukup rasa

Gaul semua bahan2 hingga sebati. Biar sebentar dalam sepuluh minit
Bentukkan seperti daging burger ( saiz ikut suka)
Letak di atas tray yang dioles dgn minyak/butter.
Panaskan kuali leper, oles dgn butter sedikit. 
Goreng daging sebentar di atas kuali tadi, balik2kan.
Letakkan kembali di atas tray pembakar. Bakar di dalam oven 180 C selama 20-30 minit atau hingga masak.
Kalau tebal, boleh dibelah dua dan buat Big Mac macam yang Nora buat.
Lain2 bahan untuk buat burger terpulang pada masing2 nak taruh apa...

P/S: Pastikan daging burger yg anda bentukkan lebih besar dari saiz asal kerana nnti daging akan mengecut sikit ketika di bakar...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...