Thursday, July 21, 2011
My cute little bumble bee Apam..
Hah..comel tak apam Nora ni?..cantikkan..cute sesangat..ni Nora buat utk anak bawak ke sekolah..kawan2 dia order..suka sangat diorang tengok apam ladybird kelmarin dan hari ni mungkin lagi teruja mereka. Biasalah budak2 mmg suka dgn benda2 macam ni. Resepinya sama dgn apam polka dot tu..cuma dah tukar dot dot nya ke lebahlah pulak..harap semua suka dan mencuba jugak..
Kuih Lapis Nyonya
Lama rasanya tak mencuba kuih2 tradisional ni. Bukan apa..selalu buat tu banyak yg tak jadi dari menjadi. Jadi naik takut nak buat. Tapi entah mcmana semalam, tekak ni teringin nak makan kuih lapis setelah tengok Dapur Nyonya di TV3 pagi Selasa lepas, tapi dia buat Kuih Talam. Maka Norapun googlelah..byk jugak resepi kuih lapis ni. Norapun gabung2lah, sini sikit, sana sikit. Petangnya mulalah operasi..alhamdulilah. menjadi jugak kuih lapis nyonya ni tapi resepi ni agak manis, kalau nak kurangkan gula boleh jugak...Meh kita tengok resepinya yea...
Resepinya:
2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung ubi ( tepung jagungpun boleh)
3/4 cawan gula pasir
secubit garam
4 cawan santan sederhana pekat
Pewarna kesukaan.
daun pandan
Panaskan kukusan.
Ayak kesemua tepung dalam satu mangkuk.
Panaskan santan, gula dan garam bersama daun pandan sekadar gula hancur sahaja. (jgn mendidih, setakat meruap saja). Biar sejuk sebentar.
Masukkan santan sedikit demi sedikit ke dalam tepung, kacau hingga tepung2 dan santan sebati. Lepas tu boleh taruh kesemua santan2 tu. Kacau perlahan hingga rata. Tapis adunan.
Bahagikan ke tiga bahagian. Nora bahagi ke warna putih, merah dan hijau.
Laserkan loyang dgn minyak sedikit dan panaskan sebentar.
Ambil satu bahagian adunan tadi, Nora mulakan dgn warna putih. Bahagi dua.
Masukkan satu bahagian putih tu tadi ke dlm loyang. Kukus lima minit.
Setelah lima minit, gores2 sedikit permukaan adunan tadi sebelum memasukkan satu lagi bahagian warna hijau (juga bahagi dua). Kukus lagi 5 minit. Ulangi proses utk bahagian yg warna merah.
Setelah habis ketiga2 warna, boleh ulangi balik dgn warna putih, seterusnya hijau dan akhirnya warna merah. Yang merah akhirnya tambah sikit lagi pewarna agar nampak cantik. Kukus selama 10 minit.
Sejukkan sebelum dipotong.

Tuesday, July 19, 2011
Apam Ladybirds
Kelmarin Nora buat apam ni setelah membelek2 album resepi rakan 2 FB ku yang lain . tenguk cantik sangat apam yg mereka buat. Asalnya respi apam polka dot. Tapi kerana kreativiti rakan2 fb..maka jadilah apam ni. Nnti nak cuba buat apam yg berbentuk buah seperti strawberi, nenas dll. Insyallah...
Subscribe to:
Posts (Atom)