Resepinya amat mudah:
6 keping roti whole wheat (pakai roti putihpun boleh)
3 cawan air suam
4 biji telur B (dipukul sedikit)
3/4 cawan susu pekat/krimer ( kalau nak manis jadikan 1 cawan, yang ni sedang2 jer manisnya)
1 sudu teh perasa vanilla
4 sudu besar gula pasir
1. Ratakan gula pasir ke dalam loyang ( Nora guna loyang 7'). Letak atas api sederhana. Biar gula agak perang.Rata2kan, ketepikan.
2. Carik2kan roti, masukkan dalam blender, nlend bersama air suam.
3. Masukkan susu pekat. Blend lagi.
4. Masukkan pula telur yang telah dipukul, blend lagi dan akhir sekali masukkan vanilla.
5. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang.
6. Kukus selama 45-1 jam atau hingga masak.
7. Angkat. Biar dalam 10 minit dahulu, sebelum ditelangkupkan ke atas pinggan.
8. Jangan angkat acuan. Biarkan saja hingga puding sejuk sedikit baru keluarkan acuan.
9. Sejukkan atau boleh makan panas2. Terpulang.
Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment