Thursday, October 27, 2011

Big Mac dengan homemade daging burger

Ni breakfast Nora semalam. Mula2 tu puas jugak nak buat apa breakfast di pagi raya "Deepavali" ni. Anak2 bangun lewat sebab semalamnya tidur lewat. Ayahnya pulak sebab diserang penyakit lamanya..makan ubat..lelaplah lepas suboh. Belek2 apa dalam peti ais, ternampak ada daging kisar. Terlintaslah pulak nak buat daging burger...lagipun boleh buat "brunch" sebab lepas zohor nak keluar "dating"...


Lagipun semua bahan ada kecuali  mayo dan cheese. Tengah buat daging burger ni, anak  bangun dan volunteer pergi beli cheese dan mayo..almaklumlah...Giant tu sekakang kera jer dari rumah..hihi..alhamdulilah...

Buatnya senang jer, bahan2nya

400gm daging kisar
1 cawan breadcrumb( kalau tak ada boleh digantikan dgn nestum yg original atau oats)
2 sudu besar lada hitam ( yang ini ikut suka kepedasannya)
1 sudu teh oregano
1 ulas bawang besar kuning ( holland) dicincang halus
1 biji telur
garam secukup rasa

Gaul semua bahan2 hingga sebati. Biar sebentar dalam sepuluh minit
Bentukkan seperti daging burger ( saiz ikut suka)
Letak di atas tray yang dioles dgn minyak/butter.
Panaskan kuali leper, oles dgn butter sedikit. 
Goreng daging sebentar di atas kuali tadi, balik2kan.
Letakkan kembali di atas tray pembakar. Bakar di dalam oven 180 C selama 20-30 minit atau hingga masak.
Kalau tebal, boleh dibelah dua dan buat Big Mac macam yang Nora buat.
Lain2 bahan untuk buat burger terpulang pada masing2 nak taruh apa...

P/S: Pastikan daging burger yg anda bentukkan lebih besar dari saiz asal kerana nnti daging akan mengecut sikit ketika di bakar...



Tuesday, October 25, 2011

Talam Cha Cha

Ni semua penangan sahabat baik Nora Cik Fina Raoflah ni...asyik tengok dia buat kuih2 tradisional, terikut ikutlah pulak nak buat..tgk gambar2 dia..hmmm..sedap2 belaka. Walaupun anak2 Nora tak berapa gemar makan kuih2 lembik ni..Nora nak buat jugak..habislah jugak..cuti2 ni dan dalam keadaan musim sejukla ni..laku jugak kuih2 ni..budak2 asyik lapar jer...



Asalnya resepi ni ( search kt google) dari kuih Talam Sekoteng, tapi Nora tak tahu apa itu sekoteng dan tak pernah tengokpun sekoteng tu. Jadi dalam tgh search tu, ada yang buat Talam ni mengunakan cha caha sebagai ganti sekoteng ni. Resepi asalnya dari Chef Asma. Nora buat setengah adunan saja..itupun dah cukup untuk loyang 7 inci.

Bahan Lapisan bawah

50 gm cha cha ( rebus hingga lembut dan toskan)
90gm tepung beras
60 gm gula ( boleh tambah sikit kalau nak manis)
125 ml santan pekat ( Nora pakai santan kotak jer)
225 ml  air
1/2 tbsp tepung hoe kwe (putih)
1/2 tsp garam halus

Campur semua bahan kecuali cha cha. Tapis.
Panaskan atas api sehingga meruap sahaja.
Angkat dan masukkan cha cha.
Taruh dalam acuan dan kukus selama 25 minit atau hingga masak.
Cakar2 permukaan sebelum di taruh lapisan atas.

Bahan lapisan atas.
75gm tepung gandum
125gm gula
1 biji telur gred A + 1 kuning telur gred A
125ml santan pekat
250ml air
1/4 tsp garam
1/2 tbsp perisa ros

Campur semua bahan dan tapis.
Panas atas api hingga meruap dan angkat.
Tuang di atas lapisan bawah tadi dan kukus hingga masak.
Sejukkan dulu sebelum potong

Cupcakes Tiramisu

Lama betul tak meng"cuppies"..Hari tu ada tengok rancangan Martha Stewart di TV7.  Tengok dia buat cupcakes ni. Nora memang suka tiramisu. Tengok cara buat cupcakes ni agak rumit jugak stepnya tapi di sebabkan sukat dan minat sangat dgn tiramisu ni, maka Nora cubalah buat..

Dek kerana Cupcakes Tiramisu ni jugaklah Nora "terpecah" satu mangkuk kesayangan Nora..nasib..nasib..
Tak apalah..pada yang ingin nak cuba, jom tinjau2 resepi cuppies ini..

Resepi sumber dari Martha Stewart:

1 1/4 cawan tepung cake (bukan self raising flour)
3/4 tsp baking powder 
1/2 tsp garam halus
** ayak semua

1/4 cawan susu + 1 tsp esen vanila/extract
4 sudu bessar mentega
**Panaskan susu dan vanila. Bila meruap, masukkan mentega. Setelah cair mentega, angkat dan sejukkan.

1 cawan gula kastor
3 biji telur
3 biji kuning telur

Bahan sapu:
1/3 cawan air + 1/3 tsp gula kastor + 1 tsp instant coffee

Panaskan bekas untuk adunan ( yang tahan panas) secara double boiler.
Masukkan gula dan semua telur dan pukul hingga kembang dan putih.( mangkuk kena sentiasa panas)
Masukkan campuran susu dan butter tadi. Pukul lagi dgn maximum speed.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit, hingga sebati tetapi jangan sampai "overbeat".
Setelah siap, masukkan  adunan ke dalam papercup. Letak dalam 1/2. ( dapat dalam anggaran 18 cuppies)
Bakar 180 F selama 20 minit atau lebih atau hingga masak.
Setelah masak, sejukkan dan cucuk2kan dgn garfu.
Dgn menggunakan berus, saupu2kan air kopi ke atas cuppies tersebut. Ikut suka banyak mana nak taruh air kopinya, lagi banyak lagi sedap.
Biarkan dalam 30 minit supaya air kpoi td menyerap ke dalam kek.
Setelah itu bolehlah taruh toppingnya dan tabur serbuk koko di atasnya.

Topping
1 cawan whipping cream/thickened cream.( pukul hingga kembang)
8 auns keju mascarpone( Nora guna cream cheese je..) dipukul dgn 1/2 cawan gula ising yang diayak.

Gaul semua tetapi jgn overmixed yea.

Selamat mencuba..

Tuesday, October 18, 2011

BASBOUSA

Manisan ni dah ada dalam list menu Nora nak buat untuk hari Isnin. Penangan menengok "Food Safari" astro 707 tu..macam sedap jer manisan dari Egypt ni. . Cik Abang pulak memang minat bab2 suji atau semolina ni..dia yang suruh Nora buat. Memandangkan tepung suji masih ada 1/2 paket lagi ( hari tu terbeli 1 kilo punya..jenuh nak menghabiskannya..) bolehlah dicuba2..Nak2 cik abang dan Nora puasa Isnin pulak. Mmg elok buat untuk bukak puasa.


Hasil pengamatan kt tv dan search google..maka terhasillah jugak manisan ni. Rasanya ala2 candy kelapa (sbb ada kelapa) tetapi texturenya lebih kenyal tetapi lembut..sedap...anak2 suka, hubbypun suka, alhamdulilah...Norapun suka tetapi kena limit sbb tak boleh makan banyak..tak berapa manis sbb Nora dah kurangkan gulanya..

Meh kita tengok resepinya yea...

200gm mentega tanpa garam atau minyak sapi ( melted)
2 1/2 cawan suji
1 cawan gula kastor ( boleh kurangkan)
1/2 cawan tepung naik sendiri
200gm yogurt
1 cawan kelapa kering
1 tsp vanila esen

Bahan syrup:
1 1/2 cawan gula kastor
1 cawan air
1 tsp jus lemon
1 tsp air mawar( rose water)
***masak gula dan air hingga gula larut dan pekat sikit. Masukkan jus lemon dan air rose. Tutup api dan biar sejuk.

Gaul semua bahan2 hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam tray/acuan. Tekan2 hingga rata. Seperti gambar di bawah.

Biarkan rehat selama setengah jam. Lepas tu toreh2kan adunan jadi bentuk diamond.


Letak kacang badam di setiap diamond tu. Nora pakai badam dgn kulit sbb kehabisan badam tanpa kulit ni( al maklumlah deepavali) Seelok2nya pakai badam yang tanpa kulit.
Bakar selama 30-40 minit atau hingga kekuningan 190 C

Setelah masak, ketika masih panas, curahkan syrup tadi keatasnya hingga syrup meresap kedalam barbousa ni. Biar agak2 sejuk sikit sebelum di hidangkan

Nilah rupanya basbousa yang sedap...nyummy. Bagi pengemar manisan..kena cuba ni...


Saturday, October 15, 2011

Macaroni Soup



Entah kenapa semalam malas nak makan nasi. Bukan apa..puas nak memikirkan apa nak masak lauk dan sayur untuk hidangan makan tengahari. Anak2 pulak  dua org tak pergi sekolah.,.mencutikan diri mereka sendiri  dan nak makan cepat sebab nak pergi sembahyang jumaat. Belek punya belek...ahh..teringin pulak makan macaroni soup. Bahan2 pulak ada. Apalagi, main campak2 jerlah..hasilnya..hmm..macaroni soup pedas.

Anak2 Nora mmg hantu pasta...buatlah apa yang berkaitan dgn pasta..sekejap jer habis seperiuk. Memandangkan si hubby ni kurang sikit bab2 pasta ni kecuali lasagne..maka Nora buat tak banyak, cukup untuk kami 5 beranak. Malamnya lain kira...tapi dah ada dalam kepala otak ni..nak masak Laksa Nyonya..

Jom tinjau2 resepi campak2 Nora ni:

250gm macaroni ( di rebus ikut brandnya dan ala dante) ini kalau nak cepat. Kalau Nora, Nora masukkan kedalam sup tu jer..lagi sedap
3 ulas bawang putih ( dadu atau cincang)
1 ulas bawang besar  ( dadu atau cincang)
1 tin kecil tomato paste/ soup
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 inci halia ( dimayang atau cincang)
Chicken stock/granules
1 kuib sup bunjut
1 atau lebih sudu besar lada hitam
cili padi (ikut suka) dititik
2 biji tomato sederhana ( dibelah 6)
Cendawan butang/shitake/tiram ( dibelah 4 )
1 batang celery ( dipotong kasar)
1 keping dada ayam ( di hiris atau dadu- ikut suka)
Udang basah ( ikut suka berapa banyak nak taruh)
Chicken ball ( ikut suka)
Daun sup (hiris)
Air
CARA;
Tumis bawang merah , putih  dan halia hingga layu sedikit.
Masukkan ayam dan udang. Kacau sebentar.
Masukkan tomato paste/soup. Kacau lagi
Masukkan sos cili dan tomato serta lada hitam
Masukkan stok ayam atau kalau pakai granules atau kiub ayam, masukkan air secukupnya dan kiub ayam
Masukkan kiub sup bunjut.
Kacau dan biar sebentar.
Masukkan macaroni (yang belum di rebus lagi..kalau dah rebus, jgn masukkan lagi)
Biar hingga macaroni  masak.
Masukkan cendawan dan cili padi ( jika suka)
Masukkan chicken ball dan celery.
Kalau pakai macaroni yang telah direbus, masa nilah masukkannya.
Masukkan tomato belah.
Perisakan dgn garam dan gula.
Masukkan daun sup, kacau2 dan tutp api.
Boleh dihidangkan...

****sukatannya main agak2 jer..bahan2pun ikut suka kita nak taruh apa. Ni cuma guide line jer...

Tuesday, October 11, 2011

Tempahan Untuk Hariraya Aidiladha dibuka sekarang

Raya haji kian menjelma. Pada sesiapa yang nak menempah kek, tart atau apam polka dot dari Nora, bolehlah tempah sekarang.
Antaranya:  1.  Kek :  Coklat Moist ( bakar/kukus)
                                  Karamel
                                  Fruit cake (kukus/bakar)
                                  Alunan Kasih
                                  Chocolate layer Banana
                                   Red Velvet
                                   Carrot (biasa/buah2an-nenas,peach dll)
                                   Brownies (biasa/layer cheese)
                    2. Cuppies 
                    3. Apam Polka dot/ buah2an/bumble bee/lady bird
                    4. Tart  : Coklat dgn buah2an
                                  Keju dgn blueberi/strawberi/mango

Kalau teringin nak order, boleh email kt Nora at norazabri@yahoo.com atau pm me kt fb..









TQ..
                           


Tart Coklat dgn buah2an

Wahh...lama sungguh Nora tak update blog Nora ni. Baru tadi terlintas nak bukak. Lepas raya aidilfitri lalu, entah kenapa malas nak update blog ni. Tupun anak yang tegur. Lamanya ibu tak update...kenapa?..Jawapannya..entahle...tak de mood nak berblog2 ni...Tapi tadi tergerak hatilah pulak nak update blog Nora ni...

Buat permulaan..Nora nak share tart coklat yang Nora buat untuk jamuan anak2 Nora yang mengambil peperiksaan PMR dan SPM. Tart ni memang sedap, simple dan senang amat untuk membuatnya. Cadang pada mulanya nak buat tart keju blueberi tetapi tukar last minute memandangkan Nora dah buat tiramisu..Hasilnya, mmg sedap giler..Nora sendiripun sempat makan satu jer sbb dah habis. Tak apalah, nanti boleh buat lagi.


Kulit tart pakai adunan asal tart keju..cuma Nora cairkan coklat dgn sedikit thick cream, tuang jer pada kulit tart. Hias dgn strawberry dan kiwi. Kedua2nya mmg ngam dgn coklat,,,terbaeekkk..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...