Friday, April 29, 2011

Sandwich Sardin Goreng Celup Telur


Bangun pagi tadi..hujan rupanya diluar. Dalam terkebil2, puas Nora berfikir apa nak dibuat breakfast pagi ini. Jenguk2 bahan2 di dapur..roti sandwich ada, sardin ada, telur ada. Hmm..dlm sepuluh minit jugaklah aku termenung memikirkannya. Last-last aku ambil keputusan buat Sandwich sardin. Bila dah siap sandwich sardin tu, tetiba datang idea..why not gorengkan saja sandwich dengan telur, sedap jugak..Maka jadilah sandwich ni..yang Nora rasa, ramai yang dah buat...intinya ikut suka, nak taruh sayur sikitpun boleh...


Quiche Udang dan Cendawan


Ni projek semalam. Masa jenguk2 blog kawan Nora, Rufina hari tu, ternampak satu resepi yang sungguh menyelerakan, Quiche. Teringin nak buat. Lepas dapat cari bahan2 kat Tesco hari Ahad lepas, baru semalam tertunai impian dan hajat. Tapi Nora buat tak ikut sangat resepi Fina sebaliknya Nora campur2 dgn resepi org lain yang Nora ada. Senang cakap, ikut Nora sendiri dan apa yang ada....Alhamdulilah..sedap, anak2 suka sesangat. (tapi hubby takut nak makan banyak..berlemak katanya) dan siap tanya mahal tak kosnya, kalau jual berapa..hmm..belum apa2 lagi anak2 Nora dah nak promosi kat kawan2 diorang...









Bahan2 untk pastrynya:

200gm tepung halus(superfine) atau gandum
100gm mentega sejuk ( didadu)
garam (secubit)
air ais secukupnya

cara2:    1.  Gaul tepung dan garam
             2.  Masukkan mentega dan gaul dan ramas dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
             3.  Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Tetapi jangan terlebih uli.
             4.  Bungkus doh dan simpan dlm peti sejuk sebentar, keluarkan apabila nak digunakan.
             5.  Canai doh mengikut acuan pie/tart anda. Nora pakai acuan pie berukuran 9".
             6.  masukkan ke dalam acuan, jgn terlalu menekan, biar longgar2 sikit. Kemaskan tepi2nya.
             7.  Cucuk2kan permukaan doh tadi dgn garfu.
             8.  Letakkan aluminium foil di atasnya, letak kekacang utk memberatkannya.
                  Bakar selama 30 minit, keluarkan kekacang dan aluminium foil tadi dan bakar dlm 15 minit lagi.
                  Biarkan sebentar.

Filling/isi:
15-20 ekor udang (ikut suka banyak mana) yang dibuang kulit
10 batang cendawan shitake segar ( dihiris2)
1 cawan daging ayam ( optional, nak taruhpun boleh tak taruhpun boleh)
1 ulas bawang kuning/holland/besar biasa
Sedikit serbuk lada hitam
Serbuk " cukup rasa"
sedikit mixed herbs
garam secukup rasa
Maggi seasoning sos/ tiram

1.  Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang sehingga layu sahaja.
2.  Masukkan udang dan ayam ( jika suka..kawan Nora taruh ayam). Kacau2 dan biar kering sedikit airnya.
3.  Masukkan cendawan, gaul lagi.
4. Masukkan semua bahan2 perasa. Kacau2 sebentar. Tutup api dan biarkan sejuk.

Bahan creamnya:
1/2 cawan thickened cream ( susu segar/cairpun boleh)
3 biji telur gred A
sedikit garam dan lada hitam serbuk
cheese utk tabur ( cheddar/parmesan/mozarella)

Pukul telur. Masukkan cream. Kacau sebati. Masukkan bahan perasa.

Cara2 nak satukan quiche.
1.  Tabur dasar pie pastry tadi dgn cheese.
2.  Tabur adunan udang dan cendawan tadi.
3. Lupa nak bagitau. Ini optional. Hiris sebiji atau 2 tomato bulat.
    Susun di atas tadi. Tabur daun parsley ( tak kiralah english pasley atau chinese) yang dihiris2 halus.
4.  Tabur lagi cheese di atasnya. Banyak mana? ikut suka...




5. Tuang cream tadi perlahan-lahan ke dalam pastry tadi.
6. Bakar 180 C sehingga masak dan atasnya keperang-perangan.





 Yang dah siapnya, gambarnya seperti di atas. Sebenarnya kita boleh buat apa2pun filling utk quiche ni ikut suka kita, ikut citarasa kita. Nak pedas bercili, nak pedas berlada hitam..ikut tekak masing2. Bagi yang vegetarian, bolehlah taruh sayur2an seperti bayam, karot, kentang dsb. Ikut sukalahh...Selamat mencuba...

Tuesday, April 26, 2011

Karipap Pusing

Petang ni buat karipap pusing. Mak nak makan. Jadi sebelum dia balik Sabtu ni, kenalah buat. Mula2 nak buat karipap biasa tapi sengaja nak tunjuk skill pada mak..buatlah yang berpusing2 ni. Alhamdulilah..nasib baik jadi, kalau tak malu kt mak..hehe..



Kek buah bakar

semalam sepatutnya buat kek buah ni. tapi disebabkan petir dan guruh, terpaksalah menangguhkannya sehingga pagi tadi. Mixed fruitsnya dah direbus semalam, nasib baik hasilnya memuaskan. Takut jugak tak jadi. Mak dah rasa, dia suruh buat lagi untuk dia bawak balik ke Taiping...cancel nak buat red velvet utk dia...



Resepinya diambil dari My resepi

Bahan A:
1 3/4 cawan gula pasir ( boleh kurangkan)
2 cawan air sejuk
2 cawan marjerin/mentega
400g mixed fruits

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 sudu teh baking powder
***ayak semua bahan B

Bahan C :
4 biji telur ( dipukul ringan)
1 sudu teh esen vanilla

Masukkan semua bahan A ke dalam periuk. Masak dgn api perlahan sehingga mendidih dan mixed fruits agak ringan. Tutup api dan biarkan sejuk.
Setelah sejuk, masukkan telur, kacau perlahan dgn spactula.
Tambah esen vanilla dan tepung yang diayak tadi . Guna kaedah balik kaup. Jangan gaul terlalu lama, nanti buah akan jatuh.Cukup sekadar sebati.
Taruh dalam acuan yang telah digris dan tabur sedikit tepung
Bakar 180 C selama 1 jam atau hingga masak.


Friday, April 22, 2011

Brownies Kukus





Brownies ni Nora buat specially untuk kawan2 asben semalam. Diaorang asyik tengok gambar dlm fb saja, so semalam kebetulan asben ada meeting, Norapun ambil kesempatan untuk buat kek ni utk dibahagi2kan . Sebenarnya kek ni berukuran 9x9, Nora potong empat dan hiaskan satu persatu. 
Harap2 kawan2 asben suka kek ni tetapi frust jugak sbb tak dapat bagi kt HJ Rahman utk diberikan pada isterinya yang pernah minta Nora buatkan satu untuknya sbb Haji tak datang semalam. Buat Kak Khariah..next yea..nnti Nora buatkan lagi...

Resepinya:
2 cawan twpung gandum
2 cawan gula halus
2 tsp baking powder
2 tsp bicarboneat soda
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak
3 tsp esen vanilla
1 cawan susu segar/cair
1 cawan air panas + 2 tsp nescafe (atau apa2 kopi segera)
2 tsp choc, emulco
4 biji telur gred A

Ayak tepung dgn  serbuk koko,baking powder dan bicarbonate soda 
Pukul telur dengan gula hingga kembang.
Masukkan esen vanilla, minyak dan susu.
Masukkan tepung yang diayak
Akhir sekali masukkan emulco choc. dan air panas + nescafe tadi.
Masukkan ke dalam acuan 9x9 yang dialas dan dilaser.
Kukus selama 40-45 minit atau sehingga masak.
Bila sejuk bolehlah dihias sesuka hati. Boleh belah dua dan lapis dgn ganache choc. @ apa2 filling.


Strawberi Cheese Cake



 Stroberi cheese cake ni aku buat pada 20/4, hari Rabu petang...tapi makannya semalam..sebab kena masuk peti sejuk dulu...Bukan apa tiba2 jer teringin nak makan cheese cake..jadi dgn penuh usahaku..maka jadilah kek keju stoberi ni...hmmm..yummy..mcm org mengidam pulak...


Resepi ni telah diubahsuai dari resepi asal yang diambil dari KR dan CMG...

Bahan:
Utk base : 110 gm mentega, dicairkan
250gm biskut digestive

Hancurkan biskut, gaulkan dgn mentaga cair dan tekan dlm acuan yang beralas aluminium foil. Masukkan ke dlm peti sejuk dan keluarkan bila nak digunakan.

Bahan cheese:

250gm cream cheese
15g mentega
25g gula halus/kastor
125ml whipping cream
3 biji telur gred A ( asingkan putih dan kuning)
60gm tepung halus(superfine)/ gandum
1 cmt strawberi emulco ( klau tak ada boleh pakai esen strawberi)
50gm gula halus/kastor
1/4 cmt cream of tartar
Buah strawberi segar yang didadu
Jus lemon (optional)

Panaskan oven 170 C. Laser acuan 9" dan balut acuan dgn aluminium foil.
Pukul putih telur dgn gula 50gm dan cream of tartar hingga kental dan bertanduk.
Ketepikan.
Putar cream cheese dgn mentega hinnga sebati.
Tambah gula 25g tadi dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan whipping cream dan pukul lagi.
Tambah telur kuning satu persatu, pukul lagi.
Dengan kelajuan sederhana, tambah tepung sedikit demi sedikit. Massukkan juga emulco. Putar lagi.
Masukkan putih telur yang dipukul tadi, secara balik kaup.
Masukkan buah strawberi yang di dadu. Gaul perlahan2 hingga sebati.
Tuang dalam acuan yang ada biskut tadi.
Bakar secara" water bath", selama 1 1/2 jam atau hingga masak.
Setelah masak, biarkan kek di dalam oven selama 1 jam sebelum dikeluarkan.
Biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum masuk dlm peti sejuk selama 3-4 jam atau semalaman, sebelum dihiaskan mengikut kesukaan.


Monday, April 18, 2011

Brownies Walnut

Yang ni aku buat semasa sepupuku datang semalam. Sebagai tambahan utk minum petang. Resepinya aku ambil dari kawanku Fina, Brownies Kukus Lapis Cheese..aku ambil basicnya aje..tak taruh cheese, aku taruh walnut. Hasilnya..oklah..ni gambar sebelum aku taruh topping choc.ganache..lepas topping, tak sempat ambil gambar..tetamu dah mai..




Blueberry Cheese Tart



Semalam, masa tengah shopping barang dapur kt Tesco Bandar Bukit Tinggi, dapat called dari sepupu nak datang rumah dengan maknya. Alamak..kelam kabut memikirkan nak masak apa..sbb diaorang nak datang petang. So kena sediakan minum petanglah. Dlam dok tolak troli tu..puas memikirkan apa nak  dibuat...hmmm..last2 aku decided nak buat tart keju blueberi memandangkan sepupu ku ini mengandung sulung dan gemar makan tart ni. Sebagai penambahnya aku plan buat laksa dan brownies. nasib baik semua bahan2 ada. Apalagi, pecut balik rumahlah...terus beroperasi..maka inilah dia percubaan pertamaku yang kira bolehlah...


Bahan pastry:
60gm gula kastor
250gm tepung gandum
130gm mentega sejuk( didadu)
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar air sejuk ( kalau kurang boleh tambah)

Satukan gula,tepung dan mentega. Ramas dgn hujung jari hingga jadi serbuk roti.
Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul sebati diikuti dgn air sejuk. (tambah jika perlu).Uli hingga doh kembut. Jangan terlebih uli.
Rehat dalam peti sejuk selama 15-20 minit.
Ambil sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan mini tart. Cucuk2 dgn garfu dan bakar selama 15 minit suhu 160 C.
Sejukkan tart sebelum diisikan filing.

Cheese Filing
250g cream cheese
60g gula ising
50g mentega
1 biji telur
1 sudu besar lemon jus
Blueberry filing

Pukul cheese,mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan telur, jus lemon dan putar hingga sebati.
Masukkan dalam piping bag.
Isikan sedikit filing bluberry ke dalam kulit tart, picit adunan cheese sehingga menutupi kulit tart.
Untuk corak, isikan blueberry filing ke dalam piping bag, dan picit sedit di atasnya. Lorekkan.
Bakar 5-7 minit.
Add caption

Thursday, April 14, 2011

Kek Alunan Kasih






Sebenarnya, dah lama sangat nak buat kek ni setelah menengok ramai rakan2 kt FB yang dah mencuba. Pastu tengok pulak kawan lamaku Fina, buat...cantik. Apalagi, carilah resepi ni..last2 jumpa kt blog CMG. Semalam cuba2lah buat sbb tengok resepinya macam sedap dan tgk pulak gambar kek ni kt blog CMG..mmg mengancam. Setelah menyinsing lengan dan menunggu selama 2 jam..akhirnya inilah hasilnya. Memang sedap dan cantik ( perasanlah pulak..). So apalagi..cubalah buat...Pada CMG, saya minta izin ye ikut sebijik2 mcm CMG sbb takut nak tukar2 kaler dan perisa, takut tak jadi. Minta halal ye..


Kek Alunan Kasih ( hasil skodeng blog CMG..minta izin yea CMG..)


Bahan:
5 biji telur gred A
250 gm mentega
2 1/2 cawan tepung gandum + 1 cmt baking powder( ayak)
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair
serbuk koko secukupnya
Pewarna makanan Ungu + perisa blueberry
Pewarna makanan pink + perisa strawberry
Pewarna Kuning + perisa vanilla


*** warna2 ni ikut suka sebenarnya..kalau nak warna lain dan perisa yang lain,terpulang..ikut citarasa sendiri.


cara2:
1. Putar mentega dan gula sehingga berkrim. Masukkan telur, putar lagi hingga kembang.
2. Masukkan susu cair dan esen vanilla. Putar lagi hingga sebati.
3. Dgn kelajuan rendah, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
4. Bahagi kepada 3 bahagian. Warna dan perisakan.
5. Masukkan dalam acuan 8" yang beralas kertas minyak, satu bahagian dahulu. Ratakan. Taburkan serbuk koko .
6. Masukkan satu bahagian lagi dan tabur lagi serbuk koko.
7. Masukkan bahagian akhir dan ratakan.
8. Bakar 45 minit 175 C atau hingga masak.
9. Biar sejuk dahulu sebelum potong.


Selamat mencuba.




Tuesday, April 12, 2011

Pandan Layer Cake



My 1st trial buat kek ni..rasanya dah ada tapi tak cantiklah..kastardnya tak smooth mcm kt kedai. Tapi alhamdulilah..seisi rumah suka kek ni sbb kurang manis..akan cuba buat lagi sampai berjaya...

Monday, April 11, 2011

American Chocolate Fudge utk besday suami 10/3/11



Besday hubby pada 10/3/11 yang lalu, aku buat kek American Chocolate Fudge. Sedapnya tidak terhingga kerana penuh dgn rasa coklat. Tapi aku tak dapat makan banyak...takutt..aku ada kencing manis..tak pasal2 nnti naik gula dalam darah pulak. Aku dapat resepi ni dari rakan di FB jugak.. So aku pandai2lah ubah mengikut citarasa aku. Bila rasa..ehh..mcm cake kt Secret resepi pulak...
mari kita lihat bahan2 utk kek ini yea...

Bahan2 untuk kek Chiffon:
bahan A :  45gm serbuk koko (larutkan dlm 120ml air suam)
6 biji kuning telur
150 gm gula kastor
195gm tepung naik sendiri
3/4 tsp baking powder
3/4 tsp bicarbonate soda
90ml mentega dicairkan/ minyak sayur atau jagung
1 1/2 tsp esen vanilla.

Bahan B :  6 biji putih telur
90gm gula kastor
3/4 tsp cream of tartar

Satukan bahan A, pukul hingga kembang.
Satukan bahan B, pukul hingga kental dan bertanduk.
Satukan bahan A ke bahan B secara balik kaup .
Tuang dalam loyang 9" dan bakar 40 minit atau sehingga masak pada suhu 170 C (jika menggunakkan acuan hitam).
Angkat dan telangkup kek ke atas redai, biar sejuk betul sebelum di potong 4 bahagian.

Untuk Filling choc.Fudge:

300gm choc. masakan hitam
3 kuning telur ( dipukul)
3 putih telur ( putar kembang)
90gm gula kastor
3/4 tbsp mentega
370 ml thick cream/whipping creampun boleh(pukul hingga likat)
2 1/4 tbsp gelatin
70 ml air

Rendam gelatin dalam air sehingga kembang. Panaskan/cairkan secara double boiled sehingga gelatin larut. Angkat dan sejukkan.
Cairkan choc.secara double boiled, masukkan kuning telur, kacau cepat2.Masukkan mentega dan gelatin. Kacau cepat2 dan angkat.
Masuukan putih telur( yang dipukul kembang dan kental dgn gula) secara balik kaup ke adunan choc. tadi.
Masukkan whipping cream yang dipukul kembang tadi, gaul rata. 
Boleh buat sehari sebelum nak buat, simpan dlm peti sejuk. Bila nak guna, keluarkan, pukul dgn whisk.

Cara menghias:  Letak kek lapisan petama di atas alas kek. Sapu permukaan dgn Choc.fudge tadi dan ratakan. Letakkan lapisan kedua. Sapukan lagi choc.fudge dan ratakan. Letak lapisan ketiga. Ulangi proses hingga ke lapisan ke4.
Sapu keseluruhan kek dgn choc fudge tadi sehingga meliputi semua bahagian kek. Simpan sebentar dlm peti sejuk. 
Bila agak keras, keluarkan dan curahkan choc.ganache sebagai topping. hias ikut suka.

Untuk ganache:
150ml thick cream/ whipping cream
350 gm choc.masakan hitam( cincang2 halus)
1 tbsp mentega.

Panaskan cream hingga meruap( bukan mendidih).Tuang keatas coklat dan butter. Kacau cepat2 sehingga coklat larut dan sebati. Tuang keatas kek tadi.






Nasi Ayam Penyet



Semalam operasi membuat nasi ayam penyet..dah cuba makan ayam penyet kt dua tiga kedai, hanya satu kedai yang memenuhi selera, kt Seksyen 2, Shah Alam..so, teringin nak buat sendiri. Nasib baik Kongsi resepi ada share resepi dari MYR. So apalagi..setelah berpeluh2 kt dapur menyiapkan bahan terutama bahan sambalnya, akhirnya pada 2.30 petang baru dapat makan. Boleh tahanlah resepinya terutama sambalnya..lainkali boleh buat lagi tapi nak ubah sikit sambalnya, nak taruh bagi lagi pedas..lagi pedas lagi bagus...hmmm...puas hati.
Bahan untuk ayam penyet :
Seekor ayam dibelah lapan ( rebus dan toskannya. Simpan air rebusan ayam)
3 sudu besar ketumbar biji ( sangai dan tumbuk)
1/2 sudu besar jintan manis ( sangai dan tumbuk)
1 sudu besar rempah ayam/daging
1 sudu besar serbuk kunyit
3 ulas bawang putih ditumbuk
3 cm halia ditumbuk
Sedikit air
1 sudu kecil garam
minyak utk menggoreng


Masuk semua bahan kecuali minyak ke dlm pengisar. Kisar hingga halus.
Lumur pada ayam dan perap semalaman.
Bahan kisar berlebihan boleh disimpan utk menggoreng tauhu dan tempe.
Sebelum menggoreng ayam, golek2kan ayam pada tepung beras.
Goreng hingga masak dan garing. Ketuk2 sebelum dihidang.


Untuk sambal:
Sedikit minyak masak
10 batang cili merah
10 biji cili padi
10 biji bawang besar(hiris)
5 biji tomato (potong 4)
sedikit belacan
2 sudu besar atau lebih ikan bilis (goreng)
sedikit gula merah


Tumis bawang merah,cili merah, cili padi. Bila layu, masuk tomato, gaul rata dan tutp api.Biar sejuk.
Blend atau tumbuk kasar semua bahan.
Tumiskan kembali bhn tadi dan perisakan dgn gula merah serta garam. Boleh taruh daun limau purut.
Angkat.


Untuk nasi ayam
3 cawan beras( cuci dan tos)
3 ulas bawang putih( ditumbuk)
3 in halia ( ditumbuk)
1 btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam dan kiub pati ayam
air rebusan ayam


Panaskan butter. Tumis bahan tumis. Masukkan bawang dan halia. Tumis hingga naik bau dan masukkan beras. Kacau 3-5 minit.
Masukkan kedalam periuk nasi letrik..
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam.
Kacau dan biarkan nasi masak seperti biasa.


Untu sup:


Lebihan air rebusan ayam tadi dipanaskan serta di masukkan sup bunjut.
Perisakan. Hias dgn daun sup.


Tempe dan tauhu di goreng dgn rempah lebihan perap ayam.


***hidang dgn berbagai ulam kesukaan.

Sunday, April 10, 2011

TIRAMISU

Resepi ni saya ambil dari kawan FB saya Gubri Gubra...terima kasih sbb tiramisu ni best sesangat...kalau tak ada biskut lady finger, boleh gantikan dgn sponge kek perisa coffee atau mocca atau cappucino ke atau apa2 saja kek perisa yang anda suka sbb kita yang buat dia..kan..


BAHAN A
250g krim cheese
3 tbsp gula halus
*guna hand mixer sebatikan

BAHAN B
3 kuning telur
3 tbsp gula halus
*mix n double boiler kan 2 bhn ni sehingga warna kuning telur oren - kuning cerah...

BAHAB C
3/4 cup whip cream
1 tbsp gula
*pukul hingga kembang
BAHAN D
1 paket instant coffee
1 cwn air suam
*campurkn hingga menjadi 'strong coffee'

BAHAN E
*koko....utk tabur kat krim cheese
*lady finger 2 paket
Angkat BHN B cmpurkan ke dlm BHN A...sebatikan...
masukkn 2 tbsp strong coffee...n gaulkan..
masukkn whip cream yg dah kembg tdi n gaul ngn spatula hingga sebati..

CARA MELAPIS:-

blh rujuk kat link ni...
http://www.youtube.com/watch?v=_HH-jCmVURc


Friday, April 8, 2011

Kek Karamel




Bahan A :  2 sudu besar gula  ( tabur dalam acuan 7 x 7, masak atas api perlahan, buat macam gula hangus dan berwarna perang)

Bahan B :  1/2 tin susu cair
                  70 gm gula kastor
                  1/2 sudu teh esen vanilla
                  3 biji kuning telur (gred A)
                 ( gula dan kuning telur dikaqcau bersama2 sampai agak2 gula hancur. Kacau perlahan2..masukkan esen vanilla.
                   Masukkan susu, kacau perlahan2, jgn sampai berbuih, sekadar adunan bercampur rata. Kalau berbuih, caramel tak menjadi,                             
                   lembik .Lepas tu letak adunan tadi ke acuan yg berisi gula hangus tadi. Ketepikan sebentar)

Bahan C :   140gm tepung gandum 
                   70gm gula kastor
                  3 biji kuning telur
                   135 ml air biasa
                   1 sudu teh baking powder
                   45 ml minyak masak/sayur
                  ( ayak tepung dgn baking powder. Pukul gula dan telur. masukkan minyak masak/sayur.Pukul lagi. Masukkan air. Kacau rataa.
                     Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga rata. macam buat kek biasa.)

Bahan D :   6 biji putih telur
                  70 gm gula kastor
                   1 sudu teh krim tartar
                   ( pukul semua bahan hingga kembang dan kental. Jika di terlangkupkan bekas ni, adunan tak jatuh.
                     Masukkan adunan ini kedalam adunan C tadi dan gaul dengan senduk kayu.)

Bahagi adunan C+ D tadi ke beberapa bahagian dan warna ikut suka.
Masukkan adunan tadi ke acuan berisi caramel tadi ( buat makan marble cake).
Bakar adunan secara steam -bath( letak acuan ke dlm satu bekas berisi air panas)
Bakar selama 1 jam ( ikut oven masing2).
Bila dh masak, keluarkan, rehatkan selama 10-15 minit.
Terbalikkan kek tadi, jgn tanggalkan acuan. Biarkan terlangkup bersama kek tadi.
Masukkan dlm peti sejuk selama 1 jam atau lebih.
Makan ketika sejuk.
Selamat mencuba semua...


Lama tak buat kek...percubaan pertama kali membuat Kek Karamel resipi Munira (KR) Alhamdulilah..oklah...mmg sedap kek ni, patutlah ramai yg suka...

Banana Chocolate Mousse Cake




Kek ni saya dapat resepinya dari rakan FB saya..Gubri Gubra. Lama dh cari resepi kek ni sbb dulu masa bujang2 dulu suka beli kek ni sepotong sepotong..Pastu lepas kawin, kek ni sering dijadikan pilihan bila ada besday. La ni dah boleh buat sendiri, alhamdulilah. So..siapa2 yang nak try, cubalah..mmg berbaloi..

Bahan untuk kek chiffon;

bahan A :  30gm serbuk kok ( dilarutkan dlm 120ml air suam)
4 biji telur kuning
100gm gula kastor
150gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 bicarbonate soda
60 mentega dicairkan
1 tsp esen vanilla

bahan B :  4 biji telur putih
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar.
***pukul hingga kembang, kental dan bertanduk.

Satukan semua bahan A. Kemudian masukkan bahan B ke bahan A secara balik kaup.
Masukkan dalam acuan 9', bakar 40 minit atau sehingga masak 170 C.
Biar sejuk sebelum dipotong 3.

Bahan untuk choc.mousse:

140gm choc.masakan hitam
1 sudu teh gelatin
100 ml air
1 tbsp mentega
2 biji telur kuning ( dipukul)
2 biji putih telur + 40gm gula kastor (pukul hingga kental dan bertanduk)
200ml thick cream/whipping cream
Pisang berangan yang masak ranum, di hiris2

Rendam gelatin dgn air. Panaskan secara double boiler sehingga gelatin larut. 
Cairkan coklat. Masukkan kuning telur, mentega dan gelatin
Gaul cepat2 dan angkat. Masukkan putih telur secara balik kaup dgn cepat. 
Masukkan cream, kacau perlahan dan hingga rata.
***boleh disedia sehari sebelum, simpan dlm fridge. Bila nak pakai, keluarkan dan pukul dgn hand whisk.

Cara melapis:
Letak laipsan pertama di atas alas kek. Sapu mousse rata2. Susun pisang rapat2 dan letakkan lapisan kedua. Atas lapisan kedua tadi, letakkan mousse dan susun pisang, Letakkan lapisan ketiga. Sapu keseluruhan kek dgn mousse sehingga penuh. Masukkan dlm peti sejuk sekurang2nya 1 jam. 
Keluarkan dan curahkan coklat ganache sebagai topping.


Besday my boy Alang Danial



Pada 6/4/11 yang lalu, anakku Muhammad Danial menyambut hari kelahirannya yang ke 15 tahun. Moga2 anakku ini membesar menjadi anak yang soleh dan memperoleh kejayaan di dlm hidupnya dunia dan akhirat. Tahun ini dia akan menghadapi PMR..harap2 dia dapat keputusan cemerlang sebagaimana abang2 nya jugak.
Pada hari jadinya aku buat kek Banana Chocolate Mousse, soto, pulut kuning serta rendang daging. pulut kuning tu aku buat juga sempena kejayaan anak sulongku dalam keputusan SPMnya yang lalu..

Tuesday, April 5, 2011

Chocholate Indulgence


Kek Chocolate indulgence ni aku buat untuk harijadi anakku Syafiq dan Zafri Haikal pada 9/2/2011 yang lalu. Ni first time aku buat kek ni tapi alhamdulilah..menjadi. Sedap pulak tu..namun kosnyapun agak tinggi. Patutlah secret receipe jual mahal..

breakfast roti hentam sajalah...


bangun pagi tadi aku tak tau nak breakfast apa yg nak dibuat untuk anak2 pergi sekolah dan suami pegi kerja. Termenung sat dalam lima minit...memikirkan apa bahan2 yang ada, Last2..setelah fikir punya fikir..maka jadilah roti ni..yang tak tau nak bagi nama apa..hentam sajalah labu..janji lepas makan pagi org2 rumah ku...

bahan2:
roti perancis yang dipotong serong
cendawan shitake (fresh) dihiris2
daging/ayam kisar
bawang besar didadu
bawang putih didadu
serbuk lada hitam
sedikit sos tiram
bahan perasa 'cukup rasa'
daun parsli cina dihiris halus
telur yang dipukul

Tumis bawang besar dan bawang putih, Bila agak layu dan kekuningan, masukkan daging kisar.Biar hingga masak. Masukkan cendawan. Gaulkan dan tambah sedikit air. Masukkan serbuk lada hitam dan sos tiram serta bahan perasa. Last sekali masukkan daun parsli. Angkat.
Masukkan adunan tadi ke dlm telur yang dipukul sedikit. Kacau2kan. Letakkan di atas roti dan goreng diatas minyak yang sedikit. Goreng bahagian yang diletak bahan daging tadi dahulu lepas tu terbalikkan perlahan2.
Siap..makan dgn sos cili dan mayonis..ikut suka..

Buat utk kawan2

Ni kek red velvet yang pada asalnya di tempah oleh seorang sahabat tetapi memandangkan tak dapat nak deliver kt dia, maka kek ini menjadi rezeki sepupuku yang mengandung yang teringin nak makan kek yang ada cheese. Jadi akupun sedekahlah kat dia...diapun sedang menunggu hari...


Kek red velvet dan carrot pineapple cake siap dipack utk sepupuku...

Apam polka dot dot...dibuat utk cikgu anakku di SKBT..anakku nak jamu cikgu dia...

Apam Beras/ Snow white




Dah lama nak buat apam beras @ snow white ni...cuma antara takut dan berani jer..takut sbb pernah buat apam..asyik bantat ajer..berani sebab dicabar oleh mak yang datang dari kampung. Dia teringin nak makan..Maka dgn penuh semangat, aku mulakan operasiku pada petang Jumaat...maka inilah hasilnya..mmg sedap dan gebusss...,mak akupun puji, sedap..aku makan dgn kelapa parut sbb dah biasa dari kecil, kalau makan apam mesti dgn kelapa...
Aku ambil resepi ni dari MYR, tapi lupalah pulak siapa tuanpunya resepi ni...anyway terima kasih sesangat di atas resepi yang enak dan mudah ini

Bahan2nya:
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula ( boleh dikurangkan)
1 pek yis mauripan ( 11 gm)
*** gaul semua dan ketepikan

2 cawan nasi sejuk di campurkan dgn 3 cawan air, blend hingga halus.

Satukan kesemua bahan hingga sebati dan perap sekurang2nya 1 jam..Kukus dalam acuan selama 30-45 minit atau hingga masak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...