Monday, March 28, 2011

Kek Permaisuri/ Madeline


ketika aku mengemas barang2 peralatan kek aku pada hari jumaat yang lepas, tetiba aku terjumpa acuan untuk buat kek madeline ini. Wahh...dah lama sungguh aku tak buat kek ini. Memandangkan bahan2 semua ada, jadi akupun mulalah buat projek. Alhamdulilah...menjadi jugak kek madeline ini. Teringat zaman persekolahan dulu ketika aku mula2 buat kek ini. Bila aku bawak balik, bagi mak aku rasa, terus dia jatuh cinta dgn kek ini. Dialah yang beli acuan ini. Dah dekat 30 thn usia acuan kek ini.
Maka, semenjak dari itu, setiap kali ada org bertunang, inilah kek yang mak buat utk dijadikan hantaran. Sampaikan kami adik beradik bertunangpun, inilah kek hantaran wajib bagi kami..hehehe.
Kini, nampaknya sang suami dan anakpun suka makan kek ini. Alamatnya kena selalu buatlah...hmm alahai..madeline ohh..permaisuri...

Thursday, March 24, 2011

Apam Polka Dot Dot


as salam. Ramai yang dah cuba buat apam polka dot dot. Aku jugak yang ketinggalan. Bukan apa, aku takut tak menjadi sbb aku ni bab apam mangapam ni fail sikit. Lagipun anak2 tak berapa gemar makan apam. Tapi entah kenapa semalam hati aku tergerak nak buat apam ni setelah lama memendam rasa. Mungkin dalam perasaan gundah gelana menunggu keputusan SPM anak dan duduk sorang2 pulak tu kt rumah, lalu aku mencapai semua bahan2 utk mengapam apam polka dot ni. Maka inilah hasilnya walaupun tak secantik orang lain punya namun puas hati..jadi jugak. Yang suprisingnya..anak2 suka. Kata diaorang sedap sbb ada inti..siap suruh ibu nya buat lagi nak promote kt kawan2 dan cikgu...
Resepi ini aku ambil dari Eiza Hamid, terima kasihlah kerana resepi yang best ini


Bahan2 :


3 biji telur ( yang sejuk dari peti sejuk)
275 gm tepung gandum
3 sudu teh baking powder
220 gm gula halus
150ml susu segar/ santan/cair
1 sudu kecil ovallette
filling : strawberry/ blueberry/peanut butter/kaya atau apa2 yang disukai


cara:
1. ayak tepung dgn baking powder.
2. pukul telur ,ovalette dan gula hingga kembang dan putih.
3. masukkan tepung dan susu. pukul lagi hingga kembang,gebu dan putih macam buat bahulu.
4. bahagi kepada beberapa bahagia utk diwarnakan mengikut pilihan.
5. masukkan dalam piping bag.
6. picit dalam acuan kertas (ikut suka size apa).
7. masukan filling. picitkan adunan keatasnya sehingga 3/4 penuh.
8. kemudian dot dotkan dgn warna pilihan ( adunan yang lain colour).
9. Kukus selama 15 minit

Keputusan SPM Asyraf

As salam. Hmm..alahai peningnya kepala hari ini. Tak tau kenapa..bangun2 kepala berat, tekak loya. Tak makan panadol. Cuba nak kurangkan pengambilan panadol ni. Cuma rendam kaki dalam air suam tadi. Anyway hari ini nak cerita tentang keputusan SPM anakku Asyraf. Alhamdulilah, dia dapat 5A dalam semua subjek teras, 1 B dalam subjek Bio, dan 3 C utk Kimia, Add maths dan Fizik. Actually aku expect lebih dari itu memandangkan dia bersekolah di sekolah yang bagus tetapi nak buat mcmana, itulah saja yang dia termampu. Namun aku terkejut jugak dia dapat C utk add maths dia sbb dia tak pernah lulus dlm subjek ini dan tak suka subjek ini.Syukur sesangat
Sekarang ini, menunggu kemana arah tuju dia dgn keputusan peperiksaan yang dia perolehi...mana nak masuk..U?Uitm? matrik? maktab?..tunggu sajalah mana yang dapat..namun aku harap dia dapat matrik sbb dia nak ambil biotech. Jadi dgn keputusan yg dia dpt, mungkin sukar ttp bila dia masuk matrik sekurang2nya dia akan belajar lebih dan memahami subjek yang dia perlu ambil utk memenuhi kreteria yang dikehendaki.
Harap2 anak sulongku ini berjaya menempuhi cabaran dan menjadi contoh utk adik2nya..aku tak mengharap terlalu tinggi utknya namun sekadar berharap apa yang dipilih akan menjamin masa depannya yang kian mencabar....

Monday, March 21, 2011

cuti2 Mersing 12/3 to 15/3



Strawberry Cheezy Fairlady Cake





Cheezy Fairlady cake ini aku buat untuk hari jadi anakku Najmi yang ke 13thn. Dah plan lama nak try buat kek ni yang mana akhirnya 'terbuat'lah semalam. Kek nya agak berat sebab ada cream cheese di dalamnya tetapi sedap di makan sejuk. Aku terlupa siapa tuanpunya resepi ini namun aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepadanya kerana kek yang sedap ini. Aku ubah sikit resepinya, aku buat strawberi sponge cake atas permintaan besday boy. Memandangkan semalam kat Giant banyak fresh strawberries yang baru sampai dan ada offer pulak tu, jadi aku gunakkannya utk deco. Simple jer..tp agak tak sesua utk budak lelakikan..?? hentam sajalah..anyway..aku puas hati dgn kek spongenya yang menjadi gebu...alhamdulilah..
Resepi ni aku ambil dari Norazizah Hamid ( Kongsi Resepi)


Bahan 2:


300 gm tepung sponge mix
5 biji telur 
75gm air sejuk
1 sudu kecil ovallette
1 susu kecil vanilla
75gm butter( dicairkan dan disejukkan) / minyak jagung


Utk layer:
100gm butter
150gm cream cheese
50gm icing sugar ( ayak)
100gm fresh cream


cara:
1.  Pastikan bekas tidak berminyak atau berair, kalau tidak kek tak akan naik.
2.  Pukul semua bahan kecuali butter sampai kembang, putih dan tak jatuh.
3   Masukkan buuter/minyak. Kacau perlahan2 hingga sebati.
4   Lapik loyang 9", tuang adunan dan bakar 160 c api atas bawah selama 45-50 minit atau hingga masak.
5   Sejukkan dahulu sebelum di belah 3.
6.  Utk layer : pukul butter dan cream cheese hingga sebati.
7   Masukkan gula dan pukul lagi, masukkan fresh cream. Pukul hingga kembang.
8   Sapukan ke lapisan pertama, letak lapisan kedua. Sapu lagi dan letakkan lapisan ketiga.
 Untuk hiasan.
     Pukul 100gm fresh cream + 2 sd besar air sejuk hingga kembang. 
     Ratakan ke permukaan dan keseluruh kek. Tabur parutan coklat putih. Hias dgn bunga atau apa2 yg   disukai.


***kalau tak nak hias dgn fresh cream, boleh buat lebih sikit adunan utk layer atau pakai buttercream, atau nak taruh coklat ganachepun boleh.Ikut citarasa masing2...

Sunday, March 20, 2011

Selamat Hari lahir Najmi...


Pada hari ini, 20/3...aku selamat melahirkan anak keempatku Muhammad Najmi melalui pembedahan setelah melalui detik2 cemas yang sehingga kini tidak akan dapat kulupakan. Aku dimasukkan ke hospital setelah air ketubanku pecah. Aku sangka akan melahirkan secara normal. Namun jeritan bidan yang tiba2 menjerit 'emergency' membuat aku panik tetapi terkawal. Suasana menjadi kelam kabut, aku diberi ubat penenang dan di suruh menandatangani surat izin utk dibedah sementara tangan doktor yang bertugas diseluk menahan bayi dai dilahirkan. Aku terpinga2 ..troli disorong ke bilik bedah. Dlm perjlnan, didlm lif, doktor menerangkan kepada suamiku kenapa aku harus di bedah. Ketika itulah aku tahu, bayiku ingin keluar melihat dunia dgn menghulurkan tangannya dahulu sambil memegang urinya...
sesampai di bilik bedah, aku disambut oleh doktor pakar Dr Zulkifli, yang kemudian mengambil alih doktor yg bertugas, utk menyeluk dan menahan bayiku dari keluar..akupun entah bila tiba2 tidak sedarkan diri.
Apabila aku jaga, aku selamat dibedah..dan dikawal rapi oleh jururawat. Di sisi, suamiku yang sedia menanti dan menungguku sedar. Suamipun memberitahu yang bayiku selamat dan sihat serta sempurna...alhamdulilah, syukur kepada Allah swt.
Kini telah 13 tahun usia anakku Najmi. Aku amat berharap dia menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Walaupun agak nakal sedikit berbanding adik beradik yang lain, dia ada keistemewaannya tersendiri...
Namun pengalaman melahirkannya tidak pernah aku lupakan..semoga dpt dijadikan pendoman dimasa akan datang.

Friday, March 18, 2011

blog berwajah baru..

as salam...amacam? cantik tak blog yang serba pink ni?..tetiba jer nak ubah wajah blog ni dan berselera nak tukarkan ke warna pink..nasib baik dgn tunjuk ajar anak, maka terhasillah wajah baru ini...suka sesangat sebab banyak roses...
anyway..wajah blog ni akan terus berubah2 mnegikut mood...hehe..

Welcome back!!


Kini blog ku Berwajah baru...Harap anda sume suke yer..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...